Mencari Kiblat Cinta - 158
Perlahan-lahan dia merapati lelaki itu. Bingkai gambar di tangan ayahnya ditatap sebentar. Melihat gambar tersebut, nafasnya berderu resah. Dia pernah melihat gambar itu dahulu, sewaktu dia mula-mula sampai ke rumah itu. Tapi entah sejak bila, bingkai itu tidak lagi dilihatnya selepas itu. Mungkin lelaki itu menyimpannya di suatu tempat agar tidak terus terseksa dengan kenangan silam.

Dia berteleku di sisi Tengku Amar. Raut wajah lelaki itu ditatap sayu. Hatinya seolah-olah tersayat melihat duka yang terpapar pada wajah itu. Maafkan Aliff ayah! Aliff berdosa pada ayah! Apa patut Aliff buat untuk tebus semua kesilapan Aliff yang lalu

Tanpa disedari beberapa titis airmata gugur dari pelupuk matanya. Airmata itu airmata penyesalan, yang lahir dari hatinya yang merasa kesal dan bersalah. Tanpa diduga dan tanpa dipinta, memori yang kembali di fikirannya hanya menyeksa dirinya serta orang-orang di sekelilingnya. Kalau dia tahu begini jadinya, dia lebih rela untuk tidak mengingati apa-apa pun. Dia lebih suka menjadi Aliff yang hilang ingatan tentang masa lalunya dari Naufal yang telah membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah.

Tiba-tiba Tengku Amar membuka matanya. Melihat anak muda itu memandangnya dengan wajah dibasahi airmata, dia cepat-cepat bangkit.

Aliff Kenapa ni

Aliff menggeleng. Pertanyaan lelaki itu tak mungkin akan ada jawapannya.

Kenapa menangis Soal Tengku Amar lagi, mulai bimbang. Apakah Aliff sakit Apakah anak itu mendapat serangan semula

Aliff tak apa-apa ayah. Aliff cuma risaukan ayah. Ujarnya berterus-terang.

Tengku Amar melepaskan keluhan. Posisi tubuhnya segera dibetulkan. Wajah anak muda itu ditatap penuh kasih.

Ayah tahu Aliff rasa terganggu dengan apa yang dah berlaku. Maafkan ayah kalau ayah buat Aliff terkejut kelmarin. Ayah cuma tak mampu menahan rasa marah bila melihat perempuan tu. Dialah yang bunuh Firdaus, abang Aliff. Jelas Tengku Amar.

******

Dia mengetap bibirnya berulangkali. Hatinya terasa pedih mendengar tuduhan lelaki itu. Ya ALLAH! Berilah aku kekuatan!

Ayah benar-benar rasa dia bersalah Mungkin juga bukan dia! Dia memberanikan diri berkata demikian. Seketika dia mendapat bahananya. Mata ayahnya mula menular tajam ke arahnya.

Aliff nak jadi macam abang Filman kamu jugak Khianati ayah

Bukan macam tu ayah. Aliff cuma

Macamana dia boleh tergamak kata yang dia cintakan perempuan tu Filman benar-benar dah melampau! Getus Tengku Amar kembali berang.

Aliff terdiam. Kata-kata lelaki itu ditelan antara dengar dengan tidak. Kenyataan bahawa Filman menyintai kakaknya Danira benar-benar sukar untuk dicerna. Sejauh manakah hubungan mereka sebenarnya

Ayah tak peduli. Suatu hari nanti ayah akan buat perempuan tu balik semula ke penjara. Dia takkan hidup senang setelah dia bunuh Firdaus. Ayah akan pastikan itu semua berlaku. Ujar Tengku Amar penuh dengan dendam kesumat yang melalangi hatinya.

Hati Aliff bergetar. Kata-kata lelaki itu umpama ditujukan kepadanya. Hanya dia yang memahami perit dan kesakitan itu. Ingin dia menjerit saat itu juga di hadapan Tengku Amar bahawa Danira tidak bersalah. Yang membunuh Firdaus adalah dia. Dialah penyebabnya! Namun sebaik melihat airmuka ayahnya, dia tidak ada keberanian langsung. Jiwanya jadi lemah dan tidak berdaya.

Kakak, adik kakak ini memang tak berguna. Naufal ni pengecut kak! Naufal dilahirkan ke dunia ini hanya untuk menyusahkan hidup kakak. Kenapa Naufal tidak mati sahaja enam tahun yang lalu. Tentu itu akan jadi mudah untuk kita semua, bisik hati kecilnya sebak.

Naufal! Dia menjerit nyaring. Matanya terbuka luas. Peluh dingin memercik di dahinya. Dia bingkas bangun lalu menolak selimut yang membalut dirinya. Namun dia tidak beredar dari katil, sebaliknya kedua tangannya memeluk kepala lututnya.

Nira Kenapa ni Suara Mak Minah muncul diikuti susuk tubuh wanita itu di muka pintu. Wajah itu kelihatan cemas memandangnya.

Kenapa bangkit dari katil tu Nira kan demam, eloklah berehat lagi sampai demam tu betul-betul kebah. Suruh Mak Minah.

Namun dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak betah lagi untuk terus menyembunyikan diri dalam selimut, sedangkan fikirannya asyik memikirkan tentang Naufal. Suara Naufal seolah-olah memanggilnya dalam mimpi.

Nira nak pergi cari Naufal, Mak Minah. Ujarnya.

Tapi Nira kan tak sihat lagi. Tunggu sampai Pak Maidin kamu balik dari warung, nanti kita sama-sama pergi cari Naufal. Pujuk Mak Minah.

Tapi Mak Minah

Dengar cakap Mak Minah ni Nira. Nira kena banyak berehat. Mak Minah dah masakkan sarapan, nanti kita makan sama-sama. Nira jangan bangun, tidur banyak sikit. Suruh wanita itu.

Nira nak mandi dulu Mak Minah. Pintanya.

Mak Minah mengangguk. Pergilah, nanti Mak Minah bawakan tuala dengan berus gigi untuk Nira.

Tak apalah Mak Minah, Nira dah bawa semua tu dalam beg pakaian Nira.

bersambung

Bab akan datang:

Dapatkan Danira bertemu dengan Naufal