Nira nak ke mana sebenarnya dengan beg pakaian tu Soalan itu terpacul dari mulutnya tanpa dirancang. Anak gadis itu berpaling ke arahnya. Wajah Danira sedikit berubah.
Errtak ke mana-mana Mak Minah. Nira memang rancang nak tidur semalam dua kat sini. Ujar gadis itu memberi alasan.
Bukan Nira nak lari Nira nak pergi jauh tinggalkan kami kan Teka Mak Minah. Kata-katanya membuatkan wajah Danira tambah muram. Mak Minah mengeluh panjang. Sayu hatinya ketika menatap wajah anak gadis itu.
Danira duduk di sebelah wanita itu. Kepalanya tunduk. Mak Minah mengerling. Dia nampak jelas titis-titis air mata yang mula menuruni cerun pipi yang licin itu.
Nira tak nak susahkan sesiapa lagi Mak Minah. Bisik anak gadis itu.
Nira tak pernah susahkan sesiapa pun. Tekan Mak Minah.
Tapi Nira akan susahkan Naufal kalau Nira tak pergi dari hidupnya. Tengoklah apa yang berlaku Kalau bukan sebab Nira degil nak mencari Naufal, tentu Naufal takkan tahu bahawa selama ini kami berhutang dengan keluarga angkatnya. Nira dah musnahkan hidup Naufal, Mak Minah. Nira dah rampas peluang Naufal untuk menjadi Aliff.
Mak Minah terdiam. Kelopak matanya turut bertakung. Kata-kata Danira menjemput simpatinya.
Nira benar-benar sayangkan Naufal. Hanya dia satu-satunya yang Nira ada di dunia ni. Tapi Nira tak mahu musnahkan hidupnya Mak Minah.
Tapi sebab Naufal, hidup Nira yang musnah. Mak Minah sedih tengok Nira jadi macam ni. Nira gadis yang baik, tapi Nira terhukum kerana kesilapan Naufal. Mak Minah tak fikir ini semua adil untuk Nira. Luah Mak Minah sebak.
Dahulu, Nira pernah rasa takdir begitu kejam mempermainkan hidup Nira. Nira hilang ayah, hilang umi dan lepas itu Nira hilang Naufal pula. Tapi sekarang baru Nira sedar, semua yang berlaku ada harganya. Nira takkan menyalahkan takdir lagi Mak Minah. Nira cuma mahu pergi jauh dari sini dan mulakan hidup baru.
Mak Minah segera merangkul gadis di hadapannya. Hatinya sudah tidak tahan menangisi nasib gadis itu. Kasihan kamu Nira! Sampai bila kamu mesti menanggung semua ini Sampai bila
... bersambung