Dude! I'm Getting Married - 16
BAB 16

HELMET diletak atas meja. Jai sandar di sofa. Lengan bajunya yang koyak dibelek sekilas. Masih ada kesan darah. Dia buka jaket hitam. Luka di siku masih sakit. Balik dari klinik tadi, dia tak benarkan Seri hantar ke rumah. Kesian pula kat Seri nak kena hantar sampai ke rumah.

Dalam juga luka aku ni

Jai, kenapa dengan kau ni

Jai menoleh. Acik dah menapak ke arahnya.

Kau ni..bagi la salam ke apa ke..ni menonong je masuk rumah. Kalau bagi salam kan bagus. Malaikat jawab tau! Jai betulkan duduknya.

Ok la..assalamualaikum.. Acik sengih.

Jai sengih. Dah terlambat. Dah masuk baru nak bagi salam. Acik..Acik..

Ni..kenapa berdarah ni Kau accident ke apa Acik belek lengan Jai.

Jai angguk.

Siapa yang langgar kau Atau..kau langgar orang tu

Orang yang langgar.. Jai malas nak jawab.

Memanglah orang yang langgar..takkan lembu pulak! Acik ketap bibir. Jai memang nak kena ni! Hempuk tempat luka tu karangbaru tahu!

Perempuan ke lelaki Acik tanya lagi.

Eh, yang kau sibuk nak tahu perempuan ke lelaki ni kenapa

Acik sengih. Mana tahu..kalau perempuan..kau terjatuh hati kat dia.. Acik menggumam. Dah la aku dah lama nak padankan dengan adik aku..

Apa pulak jatuh-jatuh ni Takkan sesaat tu aku jatuh hati pada perempuan. Kau ni.. Jai luku kepala Acik.

Tak ada la..aku harap sangat kau dengan adik aku tu.. Acik tak berani nak teruskan. Muka Jai dah lain macam.

Harap apa Cepat je Jai potong.

Jadi..kawan Acik buat isyarat couple. Kedua jari telunjuknya didekatkan.

Kau ni..tak pernah putus asa kan Jai mencebik.

Mesti la!

Hairan aku. Kau ni nampak apa kat aku ni Handsome Alim Gentleman Romantik Rasanya semua tu tak ada. Jai letak lengannya di atas paha. Masih rasa sengal.

Siapa kata kau tak ada semua tu.. Acik sengih lagi.

Jai diam. Dia belek lagi pembalut di lengan kirinya.

Kau ada ciri-ciri yang aku cari untuk adik aku. Kau tak pernah ambil kesempatan pada perempuan, kau sediakan diri dengan ilmu dan yang pasti kau ada wawasan. Acik senyum makin lebar.

Huih! Puji aku sampai petala ke lapan ni, macam dah serius! Kau biar betul bro! Jai sengih.

Aku cakap yang benar..

Err..mana Koci Jai alih topik. Lama-lama dengar pujian Acik, boleh kembang hidung aku.

Entah..banyak kerja kut.. Acik jenguk ke arah tingkap.

Eh, kau ni tak kerja ke Jai jeling jam di dinding. 11 pagi.

Aku cuti hari ni. Saja nak habiskan cuti aku. Asyik hadap komputer je hari-hari. Naik juling mata aku ni. Acik jawab malas. Dia sandar di sofa.

Oh ya..ni ada kerabu jantung pisang. Adik aku buat tau! Acik keluarkan bekas plastik dari dalam beg sandangnya.

Kau ni..tak ada menu lain ke Balik balik kerabu jantung pisang. Bagi la pizza ke, steak ke atau lamb chop ke.. Jai sengih.

Kau dah muak ke dengan kerabu jantung pisang ni Acik garu kepala.

Jai ketawa. Apasal lurus bendul betul la mamat ni.

Aku tak kata muak tapi kalau kau betul-betul nak aku jadi adik ipar kau, kau suruh adik kau tu buat semua tu untuk aku, boleh Jai mengusik.

Betul kau nak jadi adik ipar aku ni Acik dah bulat mata. Tersenyum lebar.

Jai diam. Betullah Acik ni serius.

Eh..kalau macam tu, aku on je!

Baik..mulai esok kau bawakan aku steak! Jai sengih. Wah! Ni dah bagus ni! Dapat makan free macam ni! Hihihi..

Esok

Eiii! Aku luku karang dia ni!

Maksud aku..bila-bila la Jai gosok-gosok pula kaki yang terasa kebas dan sengal.

Kalau macam tu..minggu depan aku bawa. Jangan lupa bulan depan birthday adik aku. Kau mesti datang! Acik mengingatkan Jai sekali lagi sebelum melangkah ke tingkat atas.

Yalah!!

JAI melangut dalam bilik. Dua hari doktor bagi cuti sakit. Acik pula dah keluar semula. Tadi bukan main kata nak cuti. Duduk rumah. Aku juga yang melangut sorang-sorang di rumah ni. Motosikal dah masuk bengkel. Seminggu lagi baru siap. Memang betul-betul dah patah kaki!

Majalah sport atas meja dibelek malas. Hmm..bila la aku boleh beli kereta ni. Motosikal aku tu pun sejak zaman universiti lagi aku guna.

Hmm..apa aku nak buat ni. Bosan pulak duduk rumah macam ni. Semua dah pergi kerja. Acik pulak dah blah..

Jai jeling telefon bimbit yang melalak lagu Its my Life.

Siapa pulak yang call aku time macam ni Takkan makmal kut Aku dah inform bos tadi.

Hello

Awak ok

Jai jauhkan telefon dari telinga. Siapa ni Tak pernah aku dengar suara ni

Err..awak siapa

Seri. Maaf, saya tak kenalkan diri tadi. Saya risaukan awak..

Laa..awak ke Jai sengih.

Awak ok ke

Ok..awak tak payahlah risau. Awak kerja kan Dont worry. Awak kerja la Jai sengih. Hmm..cik Kalut ni memang ambil berat pasal aku.

Saya tak boleh buat kerja..teringatkan awak..

Jai senyum lagi. Suara Seri di hujung talian dah berubah nada. Tergagap-gagap. Ingatkan aku

Ingatkan saya Kenapa

Saya..sebenarnya risaukan awak..

Im ok. Anyway thanks sebab hantar saya pergi klinik tadi. Ok bye! Assalamualaikum.

Talian putus. Sengaja dia matikan. Lama-lama bersembang nanti, lain pula ceritanya.

Jai sambung membelek majalah kereta yang dibeli minggu lepas. Kenapa dengan aku ni Tak boleh nak fokus pulak

Dia bangun pula menuju ke tingkap. Langsir diselak sedikit. Jalan lengang.

Mati kutu aku macam ni.. Jai tutup langsir. Dia menapak pula ke katil. Baring.

Siling putih tu la menjadi peneman setia. Entah apa yang ada kat atas siling tu. Namun yang pasti, kadang-kadang ilham datang dari situ. Pelik bila fikir balik.

Jai tenung lagi. Fikirannya dah melayang pada kejadian tadi. Seri anggun dengan blaus peach dan skirt labuh kembang bercorak bunga ros kecil. Sesuai dengan tudung yang bercorak sama. Sweet!

Ah..buat apa aku ada perasaan macam ni. Entah-entah dia tu tunang orang atau isteri orang. Jai tepuk pipi sendiri. Berkali-kali.

Lagipun aku dah berjanji pada diri. Sebelum bernikah, aku perlu bekalkan diri dengan ilmu..ilmu yang boleh membawa aku dan keluarga yang bakal dibina nanti menuju ke syurga. Pernikahan bukan sekadar menyatukan dua insan berbeza, meramaikan umat Nabi tetapi menyatukan hati dan rasa yang sama bersama dengan iman. Aku harus betul-betul bersedia. Pernikahan bukan hanya untuk sehari dua tapi untuk kekal sehingga akhirat.

SERI letak telefon bimbitnya di atas meja. Lepas hantar Jai ke klinik tadi, Jai berkeras nak balik sendiri. Ikut hati dia nak hantar Jai ke rumah.

Dia macam nak mengelak je. Masa dalam kereta, aku tanya sepatah dia jawab sepatah. Aku je yang lebih-lebih. Ingatkan dah dapat nombor telefon dia, aku bolehlah sembang lama sikit.. Seri menongkat dagu. Sengaja dia

minta nombor telefon Jai tadi. Tu pun punya la susah, banyak soal pula mamat tu.

Agaknya aku ni je yang terhegeh-hegehhaih..

Apa yang menung panjang tu

Seri dongak. Kak Siti dah tersenyum di depannya bersama beberapa fail di tangan. Hmm..tambah lagi la kerja aku.

Oh..kak. Tak ada apa.. Seri senyum kelat.

Ni..tolong check ejaan dan tatabahasa. Kat sini banyak guna bahasa Inggeris tapi sejak dapat projek dengan kerajaan ni, segala urusan surat-menyurat dalam bahasa Melayu. Terkial-kial jugaklah nak karang surat ni. Boleh Seri edit Kak Siti letak fail di atas meja.

Boleh kak..tu kan kerja saya sejak azali lagi. Seri sengih.

Siti ketawa mengekek. Seri dah pandai buat lawak.

Akak dengar..Seri nak berhenti kerja Kenapa

Saya dah dapat kerja tetap kak. Kerja sebagai Chemist. Seri senyum. Cerita tentang kerja baru ni dia mula bersemangat. Tak sabar dah nak blah dari situ.

Oh..ingatkan ada sebab lain. Ya la..Koci kan selalu buli Seri. Akak rasa Koci tu..suka kat Seri la. Lain macam dia tenung Seri. Siti mengusik.

Seri mencebik. Bagi kahwin free pun aku tak ingin. Memanglah Encik Farid a.k.a Koci tu segak, tampan, kacak macam Hrithik Roshan tu tapi sikit pun aku tak ada rasa kasih ke, cinta ke atau rasa yang sewaktu dengannya. Tak ada langsung!

Kenapa diam Seri pun suka Koci jugak ke Usik Siti lagi. Muka Seri dah berubah merah.

Eh! Tak naklah kak. Encik Farid tu bukan taste saya. Seri menjuihkan mulut.

Habis lelaki macam mana yang Seri suka

Hmm.. Mata Seri dah menghala ke siling. Senyum sendiri. Terbayang wajah Jai.

Hai.kalau dah menala ke siling tu..ada special la tu..siapa

Erk! Seri tersedar. Aku mengelamun ke tadi

Errmana ada kak Seri tunduk.

Okey la..akak pun tak nak korek rahsia Seri. Nanti kalau Seri nak kahwin, jangan lupa jemput akak! Siti menapak semula ke mejanya.

Seri senyum hambar. Kalau tanya soal boyfriend ni, dia jadi buntu. Tak tahu nak jawab apa. Susahnya cinta bila hanya sebelah saja yang rasa, sebelah lagi tak ada apa-apa.