BEBERAPA pekerja Hotel Mayang Sari berkumpul di hadapan papan notis, 5 meter dari pintu masuk Kafe Suria. Notis yang terpampang menarik perhatian mereka.
ATTENTION PEOPLE!
CELEBRITY-ME! Is around the corner.
Who will be crowning the BEST celebrity look-a-like
Dare to dress up like Beyonce What about Elvis PerhapsJohnny Depp
This is the time for you to shine. We want to see the Celebrity in you.
Do not forget to mark this date in your diary.
Waittheres more. Congratulations to the following MSs Got Talent finalist.
1) Taufan Band
2) T & T
3) Willy Beatbox
4) Shira Hanifah
5) Andre the Magician
6) Viva Diva Jay
Finalist, be prepared. We want to see more than just talent from you.
Dress up and get ready to Party!
Jay!
Jay pun masuk
Macam mana si Jay boleh lepas
Juri rabun ni
Aku rasa, Jay rasuah juri.
Gilalah
Dan pelbagai lagi kata-kata luahan tidak puas hati dengan keputusan juri menjadikan Jay sebagai salah seorang finalis MSs Got Talent. Sedikit kata-kata makian dan cacian juga turut kedengaran.
Hello..hello..hellooooo. Kau carutkan mak depan-depan ya Aku cili mulut sorang-sorang, baru tau! Bagai diseru, Jay muncul.
Tepi sikit. Diva nak lalu Jay memberi arahan, laksana seorang ratu. Para pekerja yang berdiri di hadapan papan tanda segera memberi laluan. Ada yang memandang sinis, ada yang tergelak, ada yang mencebik.
Waaahhh.mak dapat masuk you alls. Jay berkata sambil tergelak riang.
Jay, kau rasuah juri kan Usik Fairus.
Rasuah Choy sangat mulut kau. Mak tak mainlah rasuah-rasuah juri ni. Balas Jay.
Ya ke Jay Kau bukan boleh percaya sangat.
Tak baik fitnah mak, nyah.
Fairus tergelak. Dia tak ambil serius pun sebenarnya dengan perkara ini.
Nyah, kau jealous dengan makkan Jangan macam tu nyah. Kalau mak menang sepuluh ribu tumak belanja kau pergi Koh Samui. Kita sun-bathing tepi pantai. Boleh mak pakai two-piece. Nak tak
Heeeiiii. Tak nak aku! Fairus menggeliut geli-geleman.
Zack tersengih sendiri mendengar perbualan itu. Dalam masa yang sama turut terfikir, bagaimana pula si Jay boleh disenaraikan sebagai finalis. Tapi, nak buat macam manakan Sudah rezeki Jay. Mungkin, juri ternampak apa yang orang lain tidak nampak dalam diri Jay. Atau mungkin ini hanya strategi pihak tertentu untuk memeriahkan suasana majlis.
Sorang aje Zack Mana Joe Zack ditegur Farah, Kapten dari bahagian banquet.
Zack kekal tersengih.
Biasalah Kak Farah. Orang tengah angau, mana ingat kawan-kawan. Balas Zack.
Farah tergelak.
Memang sejak beberapa hari ini, Zack ke kaf seorang diri. Ini kerana Joe Zulkifli sedang menjalankan misi - misi memikat Mastura. Waktu makan tengahari pun, lelaki itu akan ke bahagian Sumber Manusia terlebih dahulu, menunggu Mastura untuk makan bersama-sama.
Kau Zack, bila nak kena penyakit angau macam si Joe tu Soal Farah lagi, mengusik.
Zack tersenyum saja mendengar kata-kata Farah. Mereka berjalan saing menuju masuk ke dalam kafe. Sambil-sambil beratur untuk mengambil makanan. Mata Zack melilau seperti biasa mencari tempat yang sesuai untuk makan. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan Zareen sedang duduk seorang diri. Dia melihat di sekeliling, mencari kelibat Jessy. Selalunya, Jessy dan Zareen makan bersama-sama. Hari ini, Jessy tak ada. Peluang baik untuknya. Tapi, memikirkan Zareen yang sudah mempunyai teman lelaki, hatinya menjadi berbelah-bagi. Otak mengatakan bahawa tindakannya itu sebagai kurang sivik. Alahmakan aje pun. Bukan ajak kahwin
Kau nak berangan ke, nak makan, Zack Tegur Farah.
Teguran itu membuatkan Zack menoleh ke tepi sambil tersengih memandang Farah. Tanpa membuang masa, dia mengisi pinggannya dengan makanan dan lauk. Sekali lagi, dia menoleh ke arah Zareen. Masih seorang diri. Sekali lagi dia cuba membuang rasa kurang senang dalam hati. Ah..lantaklah. Boyfriend dia bukannya ada kat sini.
Langkahnya diatur menuju ke arah Zareen. Zack terlambat beberapa saat saja. Papa B dan Angeline tiba-tiba saja mengambil tempat dan duduk bersama Zareen. Dia menghembus nafas kasar. Betul-betul kacau daun. Ada satu lagi kerusi kosong di sebelah Papa B.
Tapi, dia tak terasa mahu duduk di situ. Dia berniat untuk duduk dengan Farah tetapi, tempat yang diduduki Farah juga sudah penuh.
Zack mengambil keputusan untuk duduk saja di sudut hujung kafe. Sendirian.
Zack.
Sedang kusyuk makan, namanya dipanggil. Zack mengangkat muka.
Seorang sajabah Qayyum menegur.
Zack mengangguk.
Tanpa meminta kebenaran, Qayyum dan Amin mengambil tempat duduk di meja yang sama dengan Zack.
Mana Joe Tanya Amin. Soalan Mana Joe diajukan lagi kepadanya.
Zack sengih sambil mengangkat bahu. Malas hendak menerangkan untuk kesekian kali bahawa Joe Zulkifli sedang angau dengan gadis dari bahagian Sumber Manusia yang bernama Mastura itu lalu membiarkan dia makan sendirian.
Zack makan dengan senyap, sambil memerhatikan Qayyum dan Amin yang kelihatan tidak berapa gembira.
Sekarang, macam mana bah Dapat masuk final tapi Nizam sudah tak boleh nyanyi. Qayyum bersuara.
Itulah pasal. Nizam pun satu. Time-time macam inilah dia nak sakit. Amin melepaskan geram.
Dia sakit bukan dia mau, bah. Kau jangan marah sama dia. Qayyum menegur.
Amin diam.
Apa hal korang ni Zack turut menyampuk dalam perbualan itu.
Kau tau kan, band kita orang dapat masuk final talent show tu Ujar Amin.
Zack angguk.
Nizam pulak, boleh accident dua hari lepas Amin mengadu.
Zack mengangkat kening. Accident Dia merempit ke apa
Bukan merempit, bah. Nizam masa itu kerja shift malam. Masa dia sudah sampai ke rumah, di selekoh rumahnya itu, ada satu tiang lampu. Nizam cerita sama aku, dia nampak kelibat dekat situ.
Kelibat apa
Itu kelibat macam kecil-kecil saja bah...tu. Dia terkejut. Terus dia langgar tiang lampu.
Zack senyum kelat. Dia kurang gemar mendengar cerita seram sebegitu.
Entah-entah, kucing melintas. Tapi si Nizam ingat kelibatlahpontianaklahHantu Kak Limahlah Sampuk Amin, masih tidak berpuas hati
Benda halus, kau jangan buat mainbah. Di kampung aku, ada balan-balan kau tau Balas Qayyum.
Apa benda tu Tanya Amin.
Kalau Semenanjung sini, panggil penanggal. Di kampung aku sana, orang panggilbalan-balan.
Korang jangan cerita benda seram depan aku, boleh tak Tegur Zack, semakin tidak selesa.
Sekarang, macam mana bah Siapa mau nyanyi Soal Qayyum. Subjek cerita seram digugurkan dari topik perbualan. Amin angkat bahu.
Yang korang risau sangat, apa pasal Cari ajelah orang lain. Zack menyampuk lagi.
Mana sempat nak cari, bhai. Staff Party tak lama lagi. Mana sempat nak cari orang. Nak training lagi
Kau ke, Qayyum ke, Shidi ke Tak boleh nyanyi
Amin gelak terbahak. Aku nyanyi, bunyi Arab. Qayyum nyanyi, bunyi Sabah. Shidi nyanyitak bunyi langsung.
Zack tersengih.
Kau mau ganti tempat Nizam Qayyum menembak soalan pada Zack.
Hah, betul. Bernas cadangan kau. Kau ganti tempat Nizamlah...Zack. Amin menyokong.
Ganti tempat Nizam Huih, tak nak aku. Balas Zack, pantas.
Kenapa pulak Kau kan dah biasa main band. Kata Amin.
Zack diam.
Bolehlah Zack. Sepuluh ribu tu bhai. Pancing Amin lagi.
Zack geleng.
Ala...bolehlah Zack. Lagipun, kau dah selalu buat show...dah power. Amin memujuk dengan sedikit ayat pujian. Dengan harapan, Zack bersetuju.
Power apanya Biasa jek. Zack merendah diri walaupun terasa sedikit kembang setelah dipuji.
Bolehlah Zack. Amin terus memujuk. Zack geleng lagi.
Zack. Kau tak baik tau...hampakan kawan-kawan. Kalau kau susah, kawan-kawan jugak yang tolong... Amin cuba memujuk lagi dengan menggunakan pendekatan berbeza.
Zack memutarkan biji mata.
Aku sanggup lari bogel satu kaf ni Zack, kalau kau setuju Tambah Amin.
Kau buat sekarang Cabar Zack.
Okey. Amin bangun lalu membuka zip seluar.
Woi! Cilakak lu... Marah Zack apabila Amin benar-benar mahu membuka seluar. Gila apa si Amin ni Kalau awek, bolehlah tahan lagi.
Amin sengih. Zip seluar ditarik kembali lalu duduk semula.
Zack. Bolehlah Amin tak putus asa memujuk.
Zack...tolonglah sama kami. Sepuluh ribu bahagi empat, dapat dua ribu setengah seorang bah. Qayyum mencelah.
Itu kalau menang. Kalau tak menang Zack menyoal kembali.
Kita kena fikir positif, bah. Baru boleh maju. Balas Qayyum.
"Zack.." Amin membuat muka kasihan. Mereka terdiam sepuluh saat.
Yalahyalah. Zack akhirnya bersetuju. Tidak sampai hati pula mahu menghampakan kawan-kawan.
Terpancar cahaya kelegaan di wajah Amin.
Tapiada syarat. Semua finalis, kena ikut tema staff party. Kata Amin.
Zack menghembus nafas perlahan. Dia sudah tahu tentang itu. Ini adalah salah satu sebab kenapa dia tak mahu masuk pertandingan sebegini. Dia malas mahu berpakaian mengikut tema. Tahun lepas, acara makan malam tahunan bertemakan tradisional. Walaupun dia seorang komiti, dia cuma hadir dengan baju Melayu yang dipadankan dengan seluar jeans sahaja. Sekarang, demi kawan-kawan, dia terpaksa bersetuju. Sudahlah nama kumpulan pun Taufan. Kena tiru pula gaya artis. Dia tak tahu sama ada mahu menyesal atau tidak saat ini.
Gaya artis mana yang korang nak tiru ni Tanya Zack.
Band Kiss. Amin menjawab, selamba.
Wak lu!
Amin terbahak lagi.
ANE, Marlboro Light satu. Zack membuat pesanan kepada Ane kedai di stesen bas, sambil matanya melilau memerhatikan suasana.
Duit dan rokok bertukar tangan sambil Ane kedai tersengih kerana mendapat keuntungan. Zack kemudiannya menapak ke tempat kawasan merokok seperti biasa. Tidak ramai orang yang merokok pada waktu ini. Hanya ada dua orang. Salah seorang darinya adalah
Kate Zack berkata sendiri, perlahan. Langkahnya terhenti. Tak tahu sama ada dia perlu meneruskan niatnya untuk merokok di situ atau tidak. Sudah lebih seminggu, dia sengaja mengelakkan diri dari Kate. Semua panggilan telefon dan mesej dari Kate tidak dibalas.
Zack berpaling semula ke belakang dengan harapan, Kate tidak perasan akan kemunculannya.
Zack!
Namanya dipanggil dengan kuat. Harapan Zack terbakar menjadi abu. Tak jadi hendak meninggalkan tempat itu.
Kate menghampiri Zack dengan wajah masam mencuka.
Hai. Zack senyum sumbing.
Kate tidak membalas.
I pergi dulu. Kata Zack. Ayat itu saja yang ada dalam kepalanya untuk menghindari Kate.
Kenapa Kate menyoal.
Zack diam, sedikit jengkel. Padanya, Kate tidak ada hak untuk mempersoalkan tindakannya.
You did not reply to any of my messages. You did not pick up the phone when I gave you a call. You are ignoring me. Why Kate menyoal lagi.
Zack menghembuskan nafas kasar. Dia ada alasan tersendiri tetapi sudah pasti dia tidak akan menerangkannya kepada Kate.
I sibuklah. Zack memberi alasan sepaling ringkas.
Tipu!
Zack diam. Hanya memandang wajah Kate yang masam.
Why are you ignoring me Kate mengulangi soalannya. Suaranya meninggi kali ini.
Why is that matter to you Zack mula menyoal balas. Rimas.
Answer my question!
Kalau I tak nak
Idiot! Marah Kate.
Whats wrong with you, Kate
Whats wrong with me Nothing is wrong with me. You are the one who ignoring me. So...whats wrong with you
Zack menggeleng. Ill see you around. Malas hendak bertengkar, Zack melangkah pergi.
You said kita kawan. Kawan should not ignore each other! Kate berkata dengan suara lebih kuat, hampir menjerit.
Niat Zack untuk pergi dari situ terbantut lagi.
Kawanshould not ignore each other. Kate mengulangi ayatnya. Kali ini, dengan nada lebih perlahan. Sayu.
Zack menarik nafas sekali lagi. Ada sesuatu dalam nada suara Kate yang menyebabkan dia merasa bersalah dengan tindakannya.
Jom...kita duduk kat situ. Ajak Zack, setelah terdiam hampir seminit.
Mereka melangkah seiring lalu duduk sebelah-menyebelah di salah satu tembok di situ. Zack menghulurkan kotak rokok kepada Kate tetapi Kate hanya menggeleng. Zack mengangkat bahu. Rokok dinyalakan untuk diri sendiri. Mereka terdiam lagi.
I ada buat salah ke Tanya Kate, perlahan.
Zack menggeleng.
Then, why are you ignoring me
Zack kekal mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Kate bahawa, tindakannya itu adalah kerana dia merasa kurang senang dengan gaya hidup Kate.
Why did you leavethat night Kate menukar soalan.
Sebenarnya, I tak suka hang out kat tempat macam tu Zack berterus-terang.
Kate diam. Zack menghembuskan asap rokok ke udara.
Sorry. Ujar Kate. Mungkin I dah salah anggap tentang you.
Maksud you Zack meminta lebih penjelasan
I thought you are the guy thatyou knowcoolloves to chill out
Means what
I ingatyou tak kisah pergithat kind of place
Zack senyum tawar.
Youve made me feel bad, you know Sambung Kate.
Sorry. Zack pula meminta maaf.
You are my kawan, Zack. Please dont ignore me.
Kata-kata Kate menyebabkan Zack merasa bersalah sekali lagi. Nafas dihela panjang. Otaknya berfikir seketika. Wajah Kate yang kelihatan mendung ditatap. Nafas dihembus keluar. Mungkin, dia perlu menerima saja Kate begitu. Atau mungkin, jika berkawan lebih rapat, cara hidup Kate dapat diubah
Are you free, tomorrow night Soal Zack.
Yup. Why
Zack mengambil sebatang pen dan buku nota kecil dari dalam beg galasnya lantas menulis sesuatu. Kemudian, kertas diceraikan dari nota itu dan dia menghulurkannya kepada Kate.
The Nicky's Kening Kate berkerut membaca nama dan alamat yang ditulis Zack.
Datang sini, esok. Ill show you how to chill out.. Balas Zack.
I thoughtyou saidyou dont like to go to the club
This is not that kind of club. Its more like a place where you can enjoy music, food, drinks and maybe.you can get to know some hot guys like me.Terang Zack, sempat berseloroh.
Hot guy You Hot...sangat! Balas Kate lalu ketawa.
Zack tersengih cuma.
Okay. Ill meet you there then
Zack tersenyum.
Thanks.Zack. Kate berkata perlahan.
"Thanks For what"
"Sebab masih sudi jadi kawan I."
Zack terpaku sebentar dan kemudian mengangguk perlahan.