Aku, Dia Dan Somtam - 16
BAB 16

NAH! Imran senyum. Di tangan Anis ada satu bekas somtam. Wajah merah gadis somtam itu ketara menyerlah.

Anis mengambil dompet dari tangan Imran. Dikuak sedikit melihat-lihat sesuatu di dalamnya. Alhamdulillah. Foto ibu dan Aira masih tersimpan di situ.

Huh! Apa awak ingat saya ambil duit awak ke Imran pandang Anis yang beria membelek dompetnya. Seolah mencari sesuatu yang hilang.

Anis tidak menjawab. Dia terus beredar dari situ. Imran yang masih tercegat di situ tidak dihiraukan.

Hei! Tunggu!

Anis berpaling. Tiada senyuman di bibirnya. Wajah jejaka itu sudah terasa muak di matanya. Apa lagi mamat ni nak

Nah!

Anis pandang sesuatu di tangan Imran yang menghulur kepadanya. Matanya beralih pula ke mata biru Imran yang redup. Ah! Mamat ni nak buat drama pulak!

Apa ni

Duit!

Untuk apa

Bayar somtam!

Anis diam seketika. Dia dongak semula. Somtam tu saya bagi kat awak! Bukan untuk dijual!

Wah! Sombong nampak! Ambillah! Saya ikhlas ni. Penat awak buat untuk saya. Penat awak datang pagi-pagi ke sini. Imran sengih. Ada nada sinis.

Anis perhatikan tingkah Imran yang tersengih sumbing di depannya. Entah-entah perli aku! Ikhlas konon! Dia mula melangkah meninggalkan Imran di situ. Mati hidup balik aku tak akan ambil duit mamat tu! Bentak hatinya kuat.

Kali ini Imran tidak mengejar Anis. Dibiarkan saja gadis somtam itu berlalu pergi. Bekas plastik di tangannya dimasukkan ke dalam beg sandang.

ANIS menuju ke tasik. Melihat ketenangan air di tasik sedikit sebanyak memberi ketenangan kepadanya. Sakit hati dengan sikap Imran. Air tasik direnung lama. Beralun-alun airnya menari bila angin pagi mula meniup perlahan.

Ehem!

Anis pantas menoleh. Atikah dan Linda sudah tercegat di belakang. Laa..aku ingatkan siapa tadi!

Tu la..mengelamun! Atikah mula duduk di sebelah Anis. Bahu Anis dirangkul lembut.

Eii! Geli aku! Anis tepis tangan Atikah.

Atikah sengih. Suka melihat Anis muncung. Terjuih mulutnya bila menyebut perkataan geli!

Awat dengan hang ni Pagi-pagi dah tercongok kat sini Atau hang ni..dah kena angau Layan perasaan sambil menikmati alunan deruan air tasik nan menghijau. Atikah bersajak. Dia jeling Linda di sebelah kanan Anis. Siap kenyit mata. Anis dah dihimpit Atikah dan Linda.

Erk! Air tasik hijau ke Linda pula bertanya Atikah. Sajak Atikah tadi macam tak kena di telinganya.

Yalah! Cuba kau tengok tu. Kan hijau tu! Atikah tuding ke arah air tasik.

Ah..tak kisahlah hijau ke, biru ke, kuning ke, janji boleh tenangkan jiwa. Atikah pertahankan sajaknya.

Anis sengih. Pasal air tasik pun boleh buat sajak.

Awat hang ni Termenung kat sini.. Sekali lagi Atikah bertanya.

Eh! Kata aku, yang korang dah terpacak kat sini jugak kenapa Anis pulangkan paku buah keras. Panas hatinya pada Imran masih terasa.

Kau tak nampak ke ni Atikah tarik-tarik baju dan seluar sukan yang dipakai.

Yalah! Kami joging lah cik Anis oi! Linda menyampuk.

Anis senyum. Entah apa yang difikirkan sehingga tidak sedar pakaian yang dipakai oleh kawan-kawannya.

Sorrylah..aku sakit hati tadi. Geram aku!

Kau geram kat siapa Linda cuit bahu Anis.

Adalah..ah! malas lah aku nak cerita. Aku blah dulu! Anis mula bangun.

Aku tahu! Atikah turut bangun. Dia senyum memandang Anis yang kelihatan terpinga-pinga.

Kau tahu apa

Aku rasa hang sakit hati dengan Imran kan Atikah cuba meneka. Dari riak Anis, jelas Imran yang dimaksudkan olehnya.

Cuba hang tengok kat sana tu! Atikah menuding ke arah bangku hujung di seberang tasik.

Anis panjangkan leher melihat siapa yang dimaksudkan oleh Atikah.

Huh! Baik konon! Dia terang-terang buat dosa! Peluk perempuan selamba dek je! Anis membebel antara dengar dengan tidak.

Dari situ, jelas dia melihat Imran duduk berdua dengan seorang siswi yang cantik dan bergaya. Pakai baju sukan yang menampakkan ketiak dan berseluar ketat paras lutut. Agaknya dah berjanji joging sekali la tu.

Aku rasa sakit hati kau tu makin parah. Kat kampus ni, Imran terkenal di kalangan siswi. Aku rasa harapan kau tipis. Tapi kalau kau dapat tackle mamat tu, aku tabik! Linda pula mencelah.

Eii!! Boleh mimpi! Ingat aku ni macam perempuan tu ke Tergedik-gedik. Terlentuk manja karat macam tu! Eii! Geli! Anis mencebik. Dirasakan sikap seperti perempuan itu bukan dirinya.

Kau jangan cakap besar Anis. Selalunya lain yang diharap lain yang jadi! Atikah menyokong kata-kata Linda.

Tapikancara kau cakap tu..macam kau pun suka kat Imran tu..apa kau dah jatuh cinta ke Linda sekali lagi cuba mengorek hati dan perasaan Anis.

Anis tidak endahkan pertanyaan Linda. Kakinya melangkah laju meninggalkan tasik itu menuju ke perpustakaan mencari bahan untuk tesisnya nanti.

PULANG dari kampus, Anis terus ke rumah. Zarina di ruang tamu tidak dihiraukan. Laju saja dia melangkah ke bilik. Lama dia termenung memikirkan kisah hidupnya sendiri. Empat tahun dia berhempas pulas mengharungi dunia buku dan kuliah. Kalendar dicapai dari atas meja belajar. Tak sampai dua minggu saja lagi dunia kampusnya akan berakhir. Bermakna dunia baru akan muncul. Dunia yang sudah lama dinanti-nantikan. Wajah lelaki bermata biru itu tidak akan muncul lagi dalam hidupnya. Tika ini,kata-kata abang Razman semasa di dalam kapal terbang dulu mula terbayang di ruang mata. Kalimah itu cukup membuat hatinya tersentap. Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapa.

Mak..Anis tak cintakan abang Man Anis menekup muka ke meja belajar. Air mata mula berjurai keluar.

Perlahan dia menapak ke bilik air mengambil wuduk. Selesai solat maghrib, Anis mula menyambung semula kerja tesis yang masih berbaki. Minggu depan tesisnya perlu dihantar. Draf terakhir diperiksa berkali-kali. Serabut otaknya mula terubat. Mesej dari jejaka kacukan dah muncul di skrin komputer.

JS >Assalamualaikum..

Mawar Putih >Waalaikumussalam..

JS > Awak sihat

Mawar Putih> Sihatlah juga..

JS > Kenapa ni Macam tak kena je

Mawar Putih > Sakit hati.

JS > Sakit hati dengan saya ke

Mawar Putih > Tak..dengan orang lain.

JS > Kenapa nicer citer..cer citer..

Aku dah buntu dia pulak buat lawakni sah-sah tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni..

Mawar Putih > Tak apalah..menyusahkan awak saja.

JS > Sayakan sahabat awak

Mawar Putih > Ya tapi awak lelaki..segan saya nak cerita.

JS > Bila namanya sahabat, tak kira lelaki ke perempuan..macam dalam nota usrah awak ni.. Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan.....

Anis senyum. Sakit hatinya mula terubat. Tidak sangka, hanya dengan catatan kecil dalam notanya telah membuka pintu hati seorang insan untuk kembali mengenali diri dan Tuhan. Dia redha sekiranya nota itu tidak dikembalikan. Itu juga sebagai saham akhirat untuknya. Setidak-tidaknya nota itu menjadi medan dakwah untuk insan seperti Jay.

Hmm..kalaulah aku dapat kenal lebih dekat dengan hamba Allah ni.. Anis mengeluh perlahan. Dia pandang skrin komputer.

JS > Awak dah buat keputusan

Mawar Putih > Keputusan apa

JS >Pasal pilihan hari tu Dah solat istikharah

Mawar Putih > Belumbelum masanya lagi. Err..awak dah kerja ke masih belajar

JS > Masih belajar tapi dah nak habis. Awak

Mawar Putih > Samalah

JS > Oh really Belajar kat mana

Mawar Putih > Malaysia!

JS > Pandai juga awak buat lawak..:)

Mawar Putih >

JS > Saya teringin nak kenal awak lebih dekat tapi yalah..siapalah saya ni..kan...kan

Teringin Hmm..okey jugak. Dari layan Imran yang menyakitkan hati tu! Dah rasa dalam hati ada bungaah, tetiba je aku suka kat Jay ni kenapa

Mawar Putih > Awak nikita sama-sama hamba Allah. Saya pun nak juga kenal insan yang dah temui jalan Allah ni..:)

JS > Ya...jadi awak sudilah jumpa saya

Mawar Putih > Errfoto profil awak nibetul ke tipu

JS >Awak niketara sangat ubah topik. Kenapa tiba-tiba tanya pasal foto profil ni

Mawar Putih > Saja tanya

JS > Kalau awak persoalkan foto saya, foto awak apa kurangnya. Bunga je tu...

Mawar Putih > Saya perempuan. Kalau letak foto sebenar, bimbang jadi fitnah pula

JS > Oh..macam tu ke

Mawar Putih > Maaf sebab saya tak boleh kenalkan diri saya yang sebenar. Tak elok rasanya kita bercerita sesuatu yang belum pasti menjadi hak kita.

JS > Saya tak faham

Mawar Putih > Maksud saya..kita kenal di alam cyber. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Jadi tidak sepatutnya kita dedahkan sikap dan rupa kita apatahlagi soal hati dan perasaan. Maksud saya kepada yang bukan hak. Lainlah jika suami isteri.

JS > Hmm.kalau macam tu saya kena jadi suami awak dulu la baru boleh jumpa

Anis gelak geli hati. Senangnya Jay cakap.

Mawar Putih >Bukan macam tu maksud saya. Bila ada ikatan yang sah maka tiada lagi halangan untuk buat apa saja.

JS > Betul tapi bukankah sebelum diijabkabul, kita perlu mengenali pasangan kita. Sekurang-kurangnya melihat wajah bakal isteri atau suami.

Mawar Putih > Betul. Itu yang seeloknya tapi biarlah kena dengan caranya. Kalau sudah suka pada seseorang itu, elok terus berjumpa ibu bapanya.

JS > Hmmjadi bolehlah saya jumpa ibu bapa awak

Anis terdiam. Erk! Jay ni serius ke

Mawar Putih > Awak serius ke

JS > Hahaha! Gotcha! Awak dah menggelabah! Saya bergurau jelahkecut perut awak ya!. Tapi kalau awak izinkan..saya akan jumpa orang tua awak.

Mawar Putih > Maaf..saya bukan memilih tapi saya tak kenal awak. Mana tahu

JS > Mana tahu apa Saya ni penipu

Aku belum cakap apa-apa..dia sendiri terasa. JayJay

Mawar Putih > Bukan itu maksud saya..saya perlu berhati-hati. Sedangkan lelaki yang saya kenal pun saya kena berhati-hati. Inikan pula awak yang saya belum kenal lagi.

JS > Hmmternyata awak seorang yang terlalu berhati-hati. Saya suka cara awak.

Mawar Putih > Err..kita ni dah menyimpang dari tajuk asal. Apa awak buat sekarang

JS > Sedang chat dengan awak lah

Mawar Putih >Saya tahulahmaksud saya..awak sibuk ke Buat tesis ke apa

JS > Tak

Mawar Putih > Oh

JS > Ada soalan lain

Mawar Putih > Kalau saya tanya hal famili awak..tentu awak mengelak nak jawab. Jadi baik saya tanya hal awak saja.

JS > Kalau awak nak nikah dengan saya..then saya kenalkan seluruh famili saya. How was that

Mawar Putih > Awak nijanganlah main-main. Saya bukannya seorang yang sibuk dengan hal peribadi orang lain. Hal diri sendiri pun tak pernah habis.

JS > Saya tak main-main la. Ni bukan cubaan. Ni betul-betul!

Mawar Putih > Takut saya sebut pasal nikah ni.

JS > Nak takut buat apa Kan bina masjid tu. Allah suka. Pernikahan ni sebenarnya kita dah sempurnakan separuh dari agama kita. Tu dari nota awak jugak tau.Ayat Allah lagi!

Mawar Putih > Entahlahokeylah awak. Saya dah mengantuk. Selamat malam. Assalamualaikum.

JS > Waalaikumussalam

Ya Allah..apa sudah jadi dengan aku ni Aku nak kenal Jay tapi mengapa muka Imran yang muncul dalam otak aku ni!!! Anis mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri dengan jari.