Demi Ajai - 16
bab 16

AJAI masih leka bersama Gana di hadapan televisyen. Mereka rancak bermain dari tengah hari tadi.

Ajai, kau kata tadi nak pinjam komputer aku. Bila nak guna Gana memandang Ajai yang sedang leka.

Oh, ya. Lupa pula aku. Sekarang boleh

Okey. Tapi tunggulah habis main dulu. Nak cepat-cepat buat apa Macam takut kalah saja Gana menyindir Ajai. Dia ketawa terkekek-kekek. Bergodek-godek anak tekaknya.

Hah Agak-agak sikit. Tengoklah siapa yang sedang mendahului sekarang, balas Ajai.

Gana tergelak lagi. Dia malu sendiri. Ajai memang jarang bermain permainan video. Tetapi dia cepat belajar. Kini, dia sendiri hampir tewas di tangan Ajai.

Ajai, kamu nak makan apa-apa Boleh pak cik belikan.

Ajai mendongak. Dia tidak sedar bila

masanya Encik Thiru berdiri di sisinya. Tak mengapalah, pak cik. Saya dah makan sebelum datang ke sini tadi.

Gana

Tak apa, papa. Saya dah kenyang.

Gana tidak memandang wajah bapanya. Dia asyik menekan-nekan joystik di genggaman. Ajai tersengih melihat gelagat Gana.

Okey, main elok-elok. Papa balik lewat sikit. Nak singgah klinik sekejap.

Baik, papa. Hati-hati, balas Gana ringkas.

Gana dan Ajai terus bermain permainan video. Dibiarkan Encik Thiru meninggalkan jejak di ruang bilik itu.

Minggu ini telah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Minggu hadapan mereka bakal kembali ke sekolah. Dan fokus menjelang PMR akan digiatkan. Masa untuk berseronok-seronok akan disempitkan secara beransur-ansur.

Gana juga secita-cita seperti Ajai. Mereka berdua berhajat untuk mendapatkan tempat ke sekolah berasrama penuh. Gana selama ini terlalu manja dengan keluarganya. Dia berkeinginan tinggal di asrama sebagai proses persediaan sebelum melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi nanti di universiti.

Berbeza dengan Gana, dalam diam-diam

Ajai ada misi tertentu. Dia mahu membuktikan

kemasukannya di sekolah berstatus cemerlang bukan angan-angan kosong. Dia sedar siapa dirinya dan di mana asal usulnya. Jadi, dia mahu membuka mata banyak pihak yang mengeciskan taraf pendidikan masyarakat Orang Asli.

Baru-baru ini dia pulang ke kampung halamannya bersama Cikgu Isa. Ada satu program yang telah dianjurkan oleh bekas sekolahnya. Dia diminta berucap bagi menyedarkan masyarakat setempat tentang kepentingan pendidikan. Betapa setiap isi rumah perlu melahirkan graduan Orang Asli yang sebaris dengan komuniti lain.

Program yang direncana oleh guru besar di sekolah itu sedikit sebanyak telah menaikkan motivasi intrinsiknya. Walaupun dia belum lagi menyentuh kertas soalan PMR sebenar, tetapi dia langsung tidak canggung memberi galakan kepada kaumnya. Malah, seusai dia berucap, Tok Batin Kutam turut memberi penghargaan atas keberaniannya mengubah persepsi masyarakat.

Ajai melihat Gana di sisi. Remaja India itu bersungguh-sungguh mahu menewaskannya.

Ah, masa dah tamat! Gana menariknarik rambutnya yang kesat. Tewas juga dia akhirnya.

Ajai menumbuk udara. Gembiranya bukan kepalang. Aku menang!

Ya, kau hebat. Gana mengaku acuh tidak acuh.

Ajai menjeling. Kemudian dia tertawa berdekah-dekah.

Sudahlah tu. Lain hari aku boleh balas. Gana tidak mahu mengalah.

Ajai mencemik.

Gana tidak melayan langsung mencapai komputer ribanya di atas meja. Perlahan dia menguak papan skrin itu.

Ajai masih membisu. Gana lihat Ajai menyeluk sakunya. Terangkat sedikit punggungnya.

Nah, ambil ni! Aku nak ke bilik adik aku sekejap. Guna baik-baik. Gana menyerahkan komputer ribanya. Lalu meninggalkan Ajai keseorangan dalam bilik itu.

Baik, jangan risau. Ajai meyakinkan Gana.

Ajai terus menggerak-gerakkan jari telunjuknya pada landas sentuh. Selesai dia membuka enjin carian, matanya kembali ditujukan kepada kulit luar bungkusan ubat itu. Dia membaca nama ubat itu berkali-kali. Lantas ditarikan jari-jamarinya di papan kekunci. Satu per satu huruf disalin seperti yang terkandung pada bungkusan itu.

Cari.

Berderet-deret capaian yang tersenarai. Nanar sejeda. Dibacanya satu-satu. Dia tertarik pada pautan yang satu ini. Lagi pula, artikelnya berbahasa Melayu. Langsung diklik.

Paparan terpampang. Perlahan-lahan dibaca. Sampai sahaja pada perenggan keempat, iris matanya terhenti. Tidak berdaya untuk terus bergelintar.

Ajai menarik nafas dalam-dalam. Sungguh, dia tidak menyangka Cikgu Isa sedang berperang dengan penyakit leukimia. Mukanya ditekupkan dengan kedua-dua belah tangan. Wajah pucat Cikgu Isa tiba-tiba menerjah masuk dalam kegelapan itu.

Ajai. Ajai!

Gana masuk. Dia lihat Ajai khusyuk berdoa. Tangan cedingnya bergetar. Dibiarkan sahabatnya itu merintih. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Dia mahu bertanya, tetapi hatinya menegah.

Tingtong!

Loceng rumah keluarga India itu berbunyi. Gana terus meninggalkan Ajai yang masih melutut.

Oh, cikgu. Masuklah dulu.

Tak apa. Cikgu datang nak jemput Ajai.

Nak bawa dia keluar berjalan. Kamu nak ikut

Cikgu Isa tercegat di muka pintu. Matanya melilau mencari kelibat Ajai.

Eh, tak mengapalah. Saya kena jaga adikadik saya, terang Gana.

Ayah kamu mana

Katanya ke klinik. Cikgu masuklah dulu. Saya nak panggil Ajai. Dia ada di atas main komputer.

Tak apalah. Cikgu tunggu di luar saja. Ha, itu pun dia! Cikgu Isa memuncungkan bibirnya memanah Ajai yang sedang mara ke arah mereka.

Oh, cikgu. Kenapa Ajai berpura-pura tenang. Dia baru sahaja terkenangkan guru itu tadi. Dia paksakan senyum.

Ajai, pak cik kau nak bawa kau keluar berjalan, jelas Gana bersahaja.

Ajai gumam. Gana mengonarkan keadaan. Mengapa pula saat-saat begini dia menggelari Cikgu Isa sebagai pak cik.

Pak cik Cikgu Isa menggaru-garu tengkoknya. Ada garis-garis nipis di dahi.

Yalah. Pak cik. Gana tersengih dalam hairan.

Pak cik siapa tanya Cikgu Isa lagi.

Ajai tidak keruan. Gana dan Cikgu Isa sedang mengendong kekeliruan di otak masingmasing. Ajai tidak mahu didatangi masalah lagi.

Pak cik Ajailah. Cikgu. Gana mengalihkan ibu jarinya ke badan Cikgu Isa.

Oh, kamu salah faham ni. Cikgu bukan pak cik Si Ajai ni.

Habis tu Gana musykil. Keningnya hampir bersambung.

Er....cikgu. Jomlah kita pergi. Hari dah nak hujan ni, Ajai mencelah. Dia tahu dirinya terhimpit. Ditariknya lengan Cikgu Isa.

Perang baru bakal tercetus. Cikgu Isa memerhatikan gerak Ajai. Remaja itu tertunduk kaku. Keringat mula bertunas di setiap lubang kulit sawo matangnya.

Gana masih menunggu balasan Ajai. Cikgu Isa juga turut sama menanti. Sekarang, dua pasang mata sedang menyeluruhi susuk sang pendusta. Rantaian dusta yang dicipta tanpa sengaja, tanpa rela.