SUDAH agak lama Alyssa tidak mengunjungi kelab yang menjadi pilihannya untuk menikmati santai malamnya. Kelibatnya itu, pasti dirindui oleh teman-temannya, terutama sekali Nisya dan Fir. Namun begitu, kerinduan kedua insan durjana itu, bukannya kerinduan terhadap seorang kawan, tetapi kerinduan yang tersemat hanyalah rancangan untuk menjahanamkan kehidupan Alyssa yang sudah lama tertangguh. Semenjak Rossa masuk campur dalam percaturan mereka tempoh hari, segala rancangan mereka seolaholah menemui jalan buntu.
Nampak gayanya, Alyssa lebih mempercayai Rossa dari Nisya dan Fir. Rossa telah menunjukkan jalan keluar dari manusia-manusia jahanam itu kepada Alyssa dengan dibantu oleh sahabatnya, Elly. Lalu kini, Alyssa didapati tidak lagi mengunjungi kelab itu untuk menghabiskan malamnya dengan sia-sia. Nisya dan Fir, tidak dapat menerima keputusan Alyssa itu. Ada perkara yang sedang mereka rencanakan untuk memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh Alyssa itu. Segala-galanya demi wang dan nafsu serakah mereka. Mereka tidak akan berhenti selagi Alyssa tidak
terjerumus dalam perangkap mereka. Mereka akan memastikan bahawa Alyssa sedia untuk dipasarkan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Bagi Fir pula, Alyssa adalah pelengkap nafsunya yang sedang membuak-buak itu.
Rancangan aku tempoh hari, pastinya akan berjalan lancar, kalau tiada yang menjadi batu penghalangnya. Semua ini gara-gara dia tu,
tuduh Fir sambil menuding jari ke arah Rossa yang sedang rancak berbual dengan temannya di suatu sudut kelab itu. Nisya hanya mengerling wanita berbadan sasa itu. Rossa telah terlalu jauh mencampuri urusan mereka. Rossa juga pernah memberi amaran kepadanya, agar tidak menjerat Alyssa ke kancah kemusnahan. Nisya tidak pasti, mengapa Rossa bersungguh-sungguh mahu menghalang perencanaannya terhadap Alyssa kali ini. Sedangkan, sebelum ini dia langsung tidak ambil kisah dengan keruntuhan sosial gadis-gadis lain yang turut menjadi teman hiburannya.
Di dalam fikirannya, Nisya mula mereka-reka akan sebabnya Rossa bersifat keprihatinan yang agak berbeza kepada Alyssa itu. Apakah Alyssa punya talian persaudaraan dengannya, maka dia cuba menghalang Alyssa dari terjebak dengan perangkap jahat Nisya itu Atau mungkin, Alyssa adalah adik kepada teman lelakinya Atau, jangan-jangan, Si Rossa itu telah jatuh hati kepada Alyssa Mungkin juga! Nisya telah lama mengesyaki Rossa merupakan seorang lesbian kerana sepanjang perkenalan mereka, Nisya tidak pernah terlihat Rossa bersama kelibat seorang lelaki di kelab tersebut.
Semua teman-teman yang menemaninya, terdiri dari kaum hawa sahaja. Bisikannya, cukup mesra dengan teman-teman sejenisnya itu. Lalu, tanpa memperdulikan kehadiran Fir di sisinya ketika itu, Nisya mengatur langkah untuk berhadapan dengan Rossa. Dia mahu mendapatkan kepastian dari wanita bertubuh tegap itu. Tetapi, Rossa pula kelihatan bangkit secara tiba-tiba dan melangkahnya menuju pintu keluar kelab tersebut. Maka, terkedek-kedeklah Nisya berlari-lari anak mengejar Rossa, agar tidak terlepas dari perhatiannya. Nisya bernasib baik kerana sempat mematikan langkah Rossa itu. Dia berjaya memaut lengan Rossa yang berotot itu dari belakang, sebelum sempat Rossa memasuki kereta Suzuki Swiftnya. Rossa yang terkejut dengan rentapan Nisya itu, terus menoleh dan bertanya kasar,
Eh perempuan! Dah kenapa dengan engkau ni, ha Engkau dah gila, ya Cepat lepaskan tangan aku ni, sebelum aku humban engkau dalam longkang besar tu.
Gertakan Rossa itu, cukup untuk digeruni oleh insan bertubuh kerdil dan kurus seperti Nisya. Nisya tahu, Rossa tidak pernah bersenda dalam ugutannya. Jadi, sebelum dia jadi mangsa dibuang ke longkang, lebih baik dia lepaskan sahaja genggamannya pada lengan berketak Rossa itu
Look, Rossa, I bukan nak cari gaduh dengan you. Cuma, I tak berpuas hati dengan keprihatinan you terhadap Alyssa selama ini. Kenapa ha, you bersikap terlalu protective pada dia I dont think that youve got something to do with her,
luah Nisya yang memperlihatkan sikap bengangnya terhadap Rossa itu.
And, kalau ada apa-apa yang I rencanakan untuk kami berdua, you tak berhak untuk ikut campur, tahu tak Ingat Rossa, I yang bawa dia masuk ke dalam dunia ini dan you pun kenal dia menerusi I. So, you jangan nak bertindak lebih sudu dari kuah pula. Kalau tidak, malu you nanti, bila rahsia silam you, diketahui oleh Alyssa,
sambungnya lagi. Rossa mula membeliakkan matanya dan merenung tepat ke mata hitam Nisya.
Apa yang engkau cuba untuk sampaikan ini, Nisya Engkau nak ingatkan aku atau nak gertak aku Kalau setakat hal Alyssa tu, aku rasa engkau tak perlu terhegeh-hegeh kejar aku macam ni. Engkau jangan ingat, bila engkau rapat dengan kasanova dan samseng pub macam Si Fir tu, aku takut dengan engkau. Lebih baik engkau blah dari sini, sebelum gigi engkau tu, semuanya berterabur atas jalan ni.
Rossa, tunggu dulu,
kata Nisya apabila melihat Rossa mula untuk membuka pintu keretanya.
Apa lagi ni
I rasa-rasalah, you ni ada hati pada Alyssa, kot. Sebab itulah, you bersungguh-sungguh mempertahankan dia, kan Yalah, I tahu, you ni spesis yang gemarkan kaum sejenis atau panggilan manjanya, lesbian. Rossa, I rasakan, I boleh tolong you kot untuk nyatakan segala isi hati you tu pada Alyssa. Tapi, dengan syarat, you mesti tolong I untuk mempengaruhi perempuan tu. If we able to get into the deal, I believe that we might be friends, forever,
ucap Nisya.
Ha ha ha, so funny,
Rossa ketawa besar mendengar timbal balik yang tidak berakal langsung oleh Nisya itu.
Entah kenapa I feel that I am not interested at all. Jadi, kau pergi sahajalah jual onar engkau tu pada orang lain. But, I trust that everybody have a very good reason to laugh at you, as what I did,
jawab Rossa yang berlalu pergi membiarkan Nisya sendirian dalam keadaan bertambah bengang. Pagi esoknya, Alyssa awal-awal lagi telah keluar dari rumahnya untuk menyahut panggilan temuduga dari Uncle Bob. Dia dimaklumkan oleh Elly, bahawa Uncle Bob berminat dengan profail peribadi yang dimajukannya tempoh hari. Alyssa telah memohon pekerjaan sebagai pereka seni untuk hiasan dalaman dari syarikat perunding hiasan dalaman dan seni reka yang baru dibuka oleh Uncle Bob itu. Mungkin ini, peluang terbaiknya untuk merealisasikan minatnya dalam bidang seni lukis dengan menterjemahkannya sebagai kerjaya. Selain dari itu dia berharap sangat untuk segera keluar dari syarikat yang diterajui oleh Tuan Fahreen itu. Dia berasa tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan lelaki itu, apa lagi setelah melalui pelbagai perkara yang meruntun jiwanya, sejak akhirakhir ini.
Temuduga yang berjalan dalam suasana tenang bersama Uncle Bob itu, tidak mengambil masa yang lama. Uncle Bob merupakan seorang lelaki seni yang serba ringkas dalam tatacara kerjanya. Dia hanya memperkatakan sesuatu yang perlu sahaja bagi menggali kredibiliti yang dipunyai oleh insan yang bakal bergelar pekerjanya itu. Selebihnya, dia banyak berpandukan kepada ujian lukisan dan lakaran yang turut dinilai dalam mempersembahkan hasil seni dan karya yang terbaik, sebagai satu jenama imej yang bermutu untuk syarikat yang bakal diterokainya tidak lama lagi. Selesai temuduga, Elly sudah sedia menunggunya di pesisir pejalan kaki, berhampiran dengan jambatan Sungai Gombak. Mujurlah, Uncle Bob bersetuju untuk mengadakan temuduga itu pada hujung minggu. Jika tidak, jenuh juga untuk Alyssa bersoal jawab dengan ketua jabatannya, jika dia harus memohon cuti. Kalau boleh, dia tidak mahu sesiapapun di pejabatnya itu tahu, bahawa dia sedang mencari peluang pekerjaan di syarikat lain, terutama sekali suaminya yang juga pemilik Tajul Holdings itu.
So, macam mana beb Rasa-rasa, ada peluang ke tidak
tanya Elly yang begitu teruja sekali untuk mengetahui perjalanan temuduga tersebut.
Entahlah, harap-harap adalah rezeki aku dekat tempat Uncle Bob tu. Kalau ditengok dari cara dia, nampak gayanya, macam dia suka saja dengan hasil kerja aku,
jawab Alyssa, yang telah dua kali merasakan debar melamar kerja baru itu.
Kalau engkau dapat kerja kat tempat Uncle Bob tu, bagus juga, beb.
Hai, kenapa pula Engkau ni, macam suka saja aku berhenti dari syarikat tempat kita kerja sekarang ni,
soal Alyssa yang musykil dengan kata-kata Elly itu.
Eh, tak adalah, beb. Aku suka, kalau engkau dapat kerja dekat tempat Uncle Bob tu, sebab bakat yang ada dalam diri engkau tu. Sampai bila engkau nak pendamkan kebolehan yang engkau ada ni Lebih baik engkau jadikan peluang kerja dengan Uncle Bob nanti, sebagai platform untuk engkau kembangkan lagi bakat seni tu. Selagi engkau masih berkerja di bawah Tajul Holdings, selagi itu bakat engkau tu, tak ke mana, beb,
balas Elly pula. Elly masih teringat akan lakaran imejnya bersama teman baiknya itu, yang dibuat Alyssa ketika mereka masih menuntut di Tingkatan Lima. Menurut Alyssa, lukisan itu lahir dari hati, terbit di mata dan dikemudi indah oleh tangan yang melata. Lukisan lakaran gambar mereka berdua yang dihasilkan oleh Alyssa itu, tergantung kemas pada dinding rumah ibunya, di kampung. Alyssa sendiri yang menghadiahkan lakaran hatinya itu kepada ibu Elly, sebagai tanda kasihnya terhadap orang tua yang sudah dipandang seperti ibunya sendiri. Lukisan itu adalah pengubat kerinduan Mak Cik Markonah. Di samping itu, ianya sebagai simbolik yang menyatakan kepadanya, bahawasanya, dia sebenarnya punyai dua orang anak gadis, yang turut menyayanginya dengan sepenuh hati.
Manalah tahu, suatu hari nanti, nama engkau akan tercatat di kalangan ahli senilukis negara yang berjaya. Aku mesti bangga beb, sebab kawan baik aku telah berjaya mencapai cita-citanya,
ujar Elly lagi, yang penuh dengan angan-angan dan impian buat Alyssa.
Woi mak cik, engkau ni bercakap macam aku ni dah confirm dapat kerja dengan Uncle Bob tu. Eh, mak nenek, ingat sikit, sejauh mana sekali pun minat aku, kalau dah tak ada rezeki, apa yang boleh aku buat,
bentak Alyssa, namun dalam nada gurau apabila melihat angan-angan Elly yang sudah terbang terlalu jauh itu.
Beb, jangan lupa, setiap kejayaan itu dimulakan dengan angan-angan. Sebelum kita mempunyai citacita, kita perlu punyai impian dan impian itu lahirnya dari angan-angan juga. Aku rasa, tak salah untuk kita terbang jauh membawa angan-angan kita, sebab kita sendiri tahu kebolehan yang kita ada ni. Banyak impian yang telah menjadi kenyataan, tahu tak, asalkan kita selaraskan dengan usaha yang jitu. Ingat tu, mak cik,
ujar Elly dengan serius. Mereka agak beruntung kerana ketika itu, jam sudah pun menunjukkan pukul dua setengah petang. Oleh kerana itu, waktu sesak sudah pun berlalu dan tinggal hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang masih setia menikmati keenakan makanan di situ. Lagi pun, hari itu hari minggu, jadi pengunjung tidak seramai ketika hari bekerja. Maka, dapatlah kedua sahabat ini menikmati hidangan tengah hari mereka dengan aman dan tenteram.
Assalamualaikum!
Tersentak dua sahabat yang baru sahaja selesai menikmati makanan mereka, apabila disapa oleh seorang wanita. Apabila ditoleh, rupa-rupanya wanita itu adalah orang yang mereka kenali.
Walaikumsalam. Ya Allah, engkau rupanya, Rossa. Eh beb, engkau ingat tak dengan Cik Rossa ni. Ala, minah ni yang bantu engkau untuk jumpa aku, masa dekat pub tempoh hari. Ha, lupalah tu. Banyak sangat makan semutlah, engkau ni Elly,
ujar Alyssa yang cuba mengingatkan Rossa kepada Elly. Elly, yang pada mulanya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu, akhirnya berkata,
Oh ya, ingat, ingat. Astaghfirullah hal azim! Maaflah Cik Rossa, bukannya saya lupa. Tetapi, wajah Cik Rossa ni, berbeza tau, antara malam dan siang. Sebab tu, saya keliru sikit tadi. Tapi, trust me, Cik Rossa, you look great in a shiny day,
kata Elly pula, yang cuba berfalsafah sebagai pemikat hati Rossa. Rossa hanya tersenyum manis dengan gelak jenaka Elly. Memang benar Rossa kelihatan lebih anggun, di waktu siang hari. Ini adalah kerana, dia lebih gemar mengenakan pakaian kemeja labuh lengan panjang bersama seluar jeans, tanpa secalit mekap pun. Gayanya yang santai, lebih menyerlahkan keayuannya sebagai gadis Melayu. Berbeza dengan penampilannya ketika ke kelab ataupun pub. Dia kelihatan lebih ganas dan garang, menyebabkan pria-pria kelab ataupun pub, berasa cuak untuk mendekatinya. Rossa meletakkan satu sampul kuning, berisi pelbagai dokumen di dalamnya, lalu berkata,
Saya baru lepas jumpa dengan kawan saya, atas urusan passport dan visa. Nasib baik ada dia, kalau tidak, tentu rumit nak settle kan semua ni. Mana nak kena pergi pejabat kedutaan lagi, imigresen lagi. Tapi, alhamdulillah, semuanya dah selesai,
beritahu Rossa.
Eh, urusan passport dan visa Awak nak ke mana Rossa
soal Elly penuh tanda tanya.
Oh, saya nak ke Italy, minggu depan. Saya dapat kerja di sebuah firma arkitek antarabangsa di sana. Saya ikat kontrak selama lima tahun di sana. Tetapi, saya akan menetap di dua atau tiga buah negara Eropah lagi, selain dari Itali. Banyak sekali procedure yang saya nak kena selesaikan within this few weeks,
jelas Rossa. Alyssa yang berasa agak sedih dengan berita yang baru disampaikan oleh Rossa itu, lalu memegang tangan wanita pernah membantunya itu.
Kenapa awak nak kena merantau jauh ke negara orang, demi sesuap nasi, Rossa Di negara kita inikan, masih ada banyak lagi peluang pekerjaan untuk arkitek berbakat seperti awak ni
Alyssa, saya ini sebatang kara. Tak ada sesiapa untuk saya di sini. Saya, anak yatim piatu, sama seperti awak juga, Alyssa. Tetapi, keadaan saya lebih menyedihkan, kerana saya tidak pernah tahu siapa ibubapa kandung saya, sejak lahir lagi. Menurut ibu yang menjaga saya di rumah anak-anak yatim itu, saya diserahkan oleh pihak berkuasa kepada mereka, selepas dijumpai terbiar dalam suatu kawasan semak, berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Hidup saya di sini, sudah hancur Alyssa. Sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk berhijrah, mencari fenomena baru untuk kehidupan masa depan saya.
Barulah hari ini Alyssa tahu akan nasib malang yang menimpa wanita yang disifatkannya sebagai berhati waja itu. Sikap kasar Rossa selama ini, telah berjaya menyembunyikan nasib malang yang dialaminya.
Nasib baik ada Abang Hazmat. Dia banyak membantu saya menyelesaikan segala permasalahan saya. Sejak hari itu, saya telah menjadi adik angkatnya. Dialah yang bertanggungjawab merubah jiwa dan penampilan saya, supaya menjadi lebih berani. Dari dia jugalah, saya belajar seni mempertahankan diri. Kami sering berhubung dan Abang Mat banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya. Malahan, saya juga kenal dengan isterinya. Saya amat mengagumi sifat jujur yang ada dalam diri Abang Mat. Dia tidak pernah selingkuh dan sentiasa menjaga amanahnya dengan baik,
jelas Rossa satu per satu.
Wait, wait, wait, Rossa. Abang Hazmat atau Abang Mat yang awak maksudkan itu, adalah orang kanan Tuan Fahreen, kan Maknanya awak kenal rapat dengan merekalah
tanya Elly yang sudah mulai sangsi tentang hubungan itu. Alyssa juga turut curiga apabila nama Abang Mat dan Tuan Fahreen, tiba-tiba muncul di corong telinganya. Apakah selama ini, dia bernasib baik atas ehsan dari Tuan Fahreen juga Nampak gayanya, Tuan Fahreen telah mengirimkan Abang Mat untuk mengawasi segala gerak-gerinya.
Alyssa, janganlah awak fikir yang bukan-bukan. Saya cuma pernah mendengar nama Tuan Fahreen, tetapi tidak pernah ketemu dengannya. Saya selalu berhubung dengan Abang Mat. Sumpah, semasa mula-mula mengenali awak, saya tidak tahu yang awak punyai hubungan akrab dengan Abang Mat dan Tuan Fahreen,
jelas Rossa lagi.
Jadi, sekarang ni, awak tahulah apa yang telah terjadi kepada saya dan hubung kait saya dengan Tuan Fahreen
teka Alyssa pula.
Hubungkait Alyssa dan Tuan Fahreen Saya tak faham, hubungan yang macam mana yang Alyssa maksudkan
tanya Rossa pula, seperti langsung tidak tahu akan perkara yang pernah terjadi itu. Elly memegang tangan Alyssa dan berkata,
Beb, aku tak rasa Cik Rossa ni tahu semua perkara. Mungkin dia kenal dengan Abang Mat dan Tuan Fahreen, tetapi, dia tidak tahu hubungan kalian berdua. Seharusnya, kita jangan menambah kemusykilan dia, ya
Begini sahajalah Alyssa, saya ada terdengar perbualan Nisya dan Fir tempoh hari. Mereka merancang untuk menjual awak ke sindiket pelacuran antarabangsa, dengan jumlah yang lumayan sekali. Saya tidak tahu, mengapa saya jadi begitu prihatin dengan nasib yang bakal menimpa awak nanti. Lantas, ketika saya bertemu dengan Abang Mat, saya terus menceritakan masalah yang bakal dihadapi oleh awak, Alyssa. Abang Mat yang memberitahu saya, bahawa dia kenal dengan Alyssa. Tetapi, menurut Abang Mat, Tuan Fahreen adalah saudara kepada Alyssa. Jadi, saya tidak hairanlah mengapa dia begitu sibuk mencari Alyssa. Apa sebenarnya hubungan Alyssa dengan Tuan Fahreen itu
Kali ini, Rossa pula yang mengajukan soalan, seperti dia sudah mula mengesyaki sesuatu antara Alyssa dan Tuan Fahreen. Namun, dia tidak mahu ambil tahu soal hubungan itu dengan lebih mendalam lagi. Apa yang penting ialah niatnya untuk menyelamatkan Alyssa dari perangkap Nisya dan Fir, sudah berjaya. Pertemuan dengan Rossa hari itu membibitkan seribu satu makna untuk diri Alyssa. Walaupun sedih mengenangkan yang dia bakal kehilangan seorang sahabat baru yang baik hati, namun dia bersyukur kerana tidak dirundung nasib malang seperti yang pernah dilalui oleh Rossa. Segala nasihat dan pesanan Rossa, dijadikan azimat untuknya menempuh liku-liku hidupnya dengan lebih bermakna lagi, selepas ini. Sudah hampir tiga minggu Mariana meninggal dunia. Rata-rata kehidupan, sudah kembali berjalan seperti biasa. Kehilangan yang diratapi oleh Alyssa juga, sudah mulai reda.
Dia sudah dapat menerima hakikat akan segala suratan yang dituliskan untuknya, sejak azali lagi. Tiada lagi tangisan yang menemani hari-harinya kerana setiap kali dia berasa rindu kepada kesemua orang tuanya, dia pasti akan mencari ketenangan dengan mengalunkan ayat-ayat suci kalam Allah. Selain memberi kedamaian kepada jiwanya, ianya juga sebagai sedekah jariah untuk papa, mama dan ibunya. Setiap kali ada kelapangan, pastinya Alyssa akan mengunjungi pusara mereka. Alyssa mahu mereka semua tahu bahawa anak mereka akan selalu menemani mereka walaupun dipisahkan oleh dua alam yang berbeza. Alyssa sentiasa memohon pada Allah agar segala doa dan amal jariahnya akan diperkenankan dan sampai kepada kesemua orang tuanya. Semoga roh mereka semua sejahtera di sana. Berehatlah mereka dengan aman dan tenteram.
Pada pagi Ahad itu, Roziana sempat menemani Alyssa menziarahi pusara ketiga orang tuanya. Memandangkan hari itu dia tidak bekerja, maka dia berasa bertanggungjawab untuk menemani adik kesayangannya itu. Selesai mengaminkan doa Yassin, Alyssa dan Roziana menjirus pusara Sulaiman Bakhtiar, Mariana dan Siti Fatimah dengan air yang dicampur dengan bunga mawar dibawa khas dari rumah. Alyssa bernasib baik kerana pusara arwah ibu kandungnya, Siti Fatimah juga terletak tidak jauh dari pusara papa dan mamanya. Walaupun sudah lebih dua puluh tahun Siti Fatimah meninggal dunia, namun pusaranya tetap kekal terpelihara.
Lyssa, Kak Rozi gembira sangat melihat perubahan Lyssa sejak akhir-akhir ini. Syukur Alhamdulillah,
ujar Roziana, ketika mereka berjalan kaki keluar dari kawasan pusara, menuju ke tempat letak kereta.
Lyssa sedar kak, selama ini Lyssa telah banyak melakukan dosa dan melukakan hati orang-orang yang Lyssa sayangi. Lyssa terlalu banyak menyalahkan orang lain, untuk setiap bala yang menimpa diri Lyssa. Lyssa tidak pernah nak melihat atau mengkaji hikmah yang mungkin tersembunyi di sebalik segala-galanya,
kata Alyssa dengan penuh rasa sesal. Mulai sekarang, Alyssa berjanji pada dirinya sendiri, bahawa dia akan berubah demi kepentingan dirinya sendiri. Dia tidak mahu tersilap langkah seperti arwah mamanya. Dia juga menjadikan pengalaman yang dikongsi bersama dengan Rossa, sebagai penebat kepada segala kehendaknya kepada kemungkaran dan kemaksiatan.
Kak Rozi, maafkan Lyssa sebab telah banyak mengeruhkan hubungan antara kita. Lyssa tak tahu apa yang merasuk pemikiran Lyssa sebelum ini. Hidup dalam dendam telah membutakan hati dan perasaan Lyssa. Syukur alhamdulillah, Allah masih mahu menolong Lyssa, walaupun Lyssa telah lama melupakan-Nya.
Allah tidak pernah melupakan hamba-Nya. Andai kita melakukan kebaikan, Dia sayang, kalau kita melakukan kesalahan pun, Dia tahu, dik. Sentiasa dekatkan dirimu dengan-Nya, agar setiap kesalahan yang bakal dilakukanmu akan terhalang. Kak Rozi akan sentiasa mendoakan Lyssa, agar sentiasa diberkati dan dirahmati dengan kasih-Nya,
nasihat Roziana lagi. Kedua-dua wanita itu berpelukan sesama sendiri. Hari yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu oleh pekerja-pekerja Tajul Holdings telah pun tiba. Hari itu mereka berlepas ke Genting Highlands, bagi menjayakan program tahunan Hari Keluarga, anjuran pihak syarikat. Pagi-pagi lagi, bas-bas yang disewa untuk mengangkut para pekerja dan keluarga mereka, sudah bergerak mendaki kawasan peranginan terkemuka negara itu.
Segala-galanya berjalan lancar mengikut jadual dan para pekerja Tajul Holdings dan keluarga mereka kelihatan amat gembira dan ceria sekali sepanjang perjalanan tersebut. Mereka tiba di puncak peranginan tersebut tepat jam sepuluh pagi. Setiba sahaja mereka di situ, semua pekerja dan keluarga mereka diarahkan berkumpul setempat, sementara pihak pengurusan menguruskan proses daftar masuk untuk penginapan semua yang terlibat dalam program percutian tersebut. Seperti biasa, perempuan yang paling menyibuk dan tergedik sekali, mula memainkan peranannya untuk memberikan arahan-arahan, walaupun tidak diarahkan untuk berbuat demikian. Tujuannya hanya satu, untuk menunjukkan kuasanya yang tidak habis-habis itu. Dia tidak sedar bahawa semua pekerja sudah meluat menyaksikan sikapnya yang terlebih-lebih itu.
Perhatian semua! Dengar sini! Saya mahu mengingatkan semula, peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan di sepanjang percutian ini. Jangan sekali-kali melakukan perkara yang menyalahi undangundang. Saya tidak mahu dengar ada yang komplen tentang perlakuan kamu semua. Jika terdapat sebarang masalah, sila berjumpa dengan saya dan jangan memandai-mandai sendiri,
ucap Che Ros, seperti biasa memberikan peringatan yang agak keras kepada semua yang hadir.
Huh, macam cikgu besar yang bagi amaran pada murid sekolah rendah sahaja!
rungut salah seorang pekerja yang hanya bersuara tanpa bersemuka.
Sudahlah, dia ingat dia siapa nak bagi arahan macam pengawas pusat sumber pada kita ni Boleh jalanlah!
sungut Arul, juga dari kejauhan.
Ala, perempuan tu bernasib baik saja tahun lepas. Kalau tidak, mesti aku dah debik dia sampai lebam biji mata,
laung Abang Din, mengimbas kembali kenangan dia bertekak besar dengan Che Ros pada percutian yang lepas. Che Ros yang cukup kenal dengan suara orang yang cuba mencari fasal dengannya tahun lepas, bersuara,
Saya akan pastikan bahawa tahun ini, tiada lagi yang akan berani untuk membantah saya. Ini janji saya, jika tidak, jangan panggil saya Che Ros, pembantu peribadi Tuan Fahreen, bos besar Syarikat Tajul Holdings.
Amboi, berlagak sungguh perempuan kerek tu, kan Nasib baik, dia cuma jadi pembantu peribadi kepada Tuan Fahreen. Kalau dia jadi isteri Tuan Fahreen, mahu tonggeng terbalik jadinya, company ni, kan beb Oppss!
kata Elly yang tiba-tiba menekup mulutnya sambil mengerling Alyssa kerana dia hampir terlupa, bahawa yang sedang berdiri di sisinya itulah, isteri Tuan Fahreen. Walau bagaimanapun, Alyssa sedikit pun tidak berkecil hati dengan keterlanjuran kata-kata Elly itu. Dia tidak pernah berasa bahawa, dia mempunyai ikatan rasmi dengan pemilik syarikat mega itu. Selama ini, dia menjalani kehidupannya seperti anak gadis biasa, tanpa terikat dengan tanggungjawab rasmi sebagai seorang isteri. Namun dia masih musykil, mengapa hatinya bergetar setiap kali berhadapan dengan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen tidak menyertai rombongan pekerjanya menaiki bas. Sebagai seorang ahli korporat yang berpengaruh, soal keselamatan, sudah tentunya menjadi keutamaannya. Atas nasihat ketua pengawal peribadinya, Abang Mat, Tuan Fahreen mengekori rombongan tersebut dengan menaiki kenderaan persendiriannya yang diiringi oleh beberapa orang pengawal peribadinya. Namun begitu hatinya begitu melonjak-lonjak sekali untuk turut menyertai rombongan bas tersebut. Dia begitu teruja dengan percutian kali ini kerana untuk pertama kalinya program tersebut turut disertai oleh Alyssa, isterinya.
Namun, Alyssa ibarat burung, walaupun terbang menari-nari di hadapannya, dia tidak dapat menggapai pujaan hatinya itu. Buat masa itu, cukuplah sekadar Alyssa dipuja dan dibelai dari lubuk hatinya yang paling dalam. Urusan pendaftaran masuk ke bilik hotel, tidak mengambil masa yang lama. Pihak pengurusan syarikat telah membuat pengesahan awal dengan pihak hotel di Genting, bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sudah pastinya, urusan itu dikendalikan dengan teliti oleh pihak hotel kerana Tajul Holdings merupakan salah satu dari rakan koporat mereka. Apa lagi dengan kemunculan kelibat Tuan Fahreen di pusat peranginan tersebut melancarkan lagi segala urusan. Pihak pengurusan hotel, tentunya mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada syarikat milik tokoh korporat muda yang terkenal itu. Selepas para pekerja diberi kunci ke kamar masing-masing, mereka mula bergerak menuju ke bilik mereka untuk melepaskan lelah perjalanan. Alyssa berkongsi bilik dengan rakan baiknya, Elly.
Dia bernasib baik kerana pihak pengurusan telah mendaftarkan namanya sebilik dengan Elly. Kedua-dua sahabat ini berasa sungguh seronok sekali. Dapatlah nanti, mereka berkongsi kegembiraan menikmati percutian kali ini bersama-sama. Kedua sahabat ini berjalan seiringan, sambil bernyanyi-nyanyi lagu gembira yang sering mereka dendangkan ketika di zaman persekolahan dahulu. Oleh kerana bilik mereka agak jauh, maka mereka terpaksa menempuh beberapa frasa pusat peranginan itu. Namun, hati mereka gembira kerana dapat menikmati pemandangan indah di Genting Highland, sehinggakan kepenatan berjalan tidak dirasai sama sekali.
Beb, dah lama sangat aku tak pergi Genting ni. Aku ingat, last sekali aku jejakkan kaki di sini, masa rombongan sekolah rendah dahulu. Dah lebih sepuluh tahun tu. Aku tak sangka, dalam masa sepuluh tahun ini, begitu banyak sekali perubahan yang dilakukan di sini. Aku tengok ada tambahan hotel-hotel baru, taman-taman rekreasi yang baru, serta fasiliti-fasiliti hiburan yang lain. Mengancam sungguh keadaan di sini sekarang, kan
kata Elly dengan begitu teruja sekali
Mestilah beb, Genting ini kan, salah satu destinasi percutian yang tercatat di peta dunia. Manamana pelancong yang melawat Malaysia, mesti akan memasukkan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang harus dikunjungi. Cuba engkau tengok di sekeliling kita ni, macam-macam bangsa ada di sini, dari pelbagai negara. Tak hairanlah, tempat ini sibuk sepanjang tahun. Kalau tak book awal-awal, jangan haraplah dapat bermalam di sini,
tambah Alyssa pula.
Ha, cuba engkau tengok kaunter check-in tadi, berduyun-duyun manusia sampai kena ambil nombor giliran. Kalau group kita tadi pun, kena que macam tu juga, alamatnya malam nantilah baru kita dapat masuk bilik. Nasib baik pihak management kita, dah buat confirmation awal-awal,
sambung Alyssa lagi, berseloroh. Genting Highland amat terkenal di mata dunia kerana keindahan pusat peranginan dan kepelbagaian kemudahan beriadah untuk sekeluarga yang disediakan di taman tema itu. Jumlah pengunjungnya sering meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai bangsa yang datang berkunjung, terutama sekali pelancong dari China dan Taiwan.
Sejak akhir-akhir ini juga, pihak pengurusan taman tema tersebut tidak putus-putus menerima kunjungan pelancong-pelancong dari benua Asia Barat. Maka, tidak hairanlah jika wanita berpurdah menjadi panorama biasa di pusat peranginan tersebut. Mereka gemarkan suasana sejuk di Genting Highland, yang jarang sekali mereka temui di tanah air mereka sendiri. Selain dari itu, mereka juga suka membeli-belah di Genting Highland. Menurut mereka, barangan yang dijual di pusat peranginan itu murah. Mungkin kerana nilai mata wang dan taraf hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia. Disebabkan itu, para peniaga di pusat tersebut, banyak mengaut keuntungan dari golongan itu.
Beb, aku rasa macam berada di luar negerilah. Sudahlah suasananya sejuk, ramai pula pelancong yang berbangsa asing di sini. Kalau macam ni, tak dapat pergi luar negeri pun tak apa, datang sajalah ke Genting Highland ni. Lagi pun, orang pokai macam kita ni, mana mampu nak bercuti sampai ke luar negeri tu, kan So, kita datang sajalah ke sini, dapat juga beranganangan macam bercuti di luar negara,
ujar Elly yang tidak habis-habis dengan terujanya sedari tadi. Alyssa hanya tersenyum manja mendengar bebelan Elly yang tiada kesudahannya, sejak dari dalam perjalanan lagi. Mujurlah mereka tidak menaiki bas yang sama dengan Che Ros. Jika tidak, mesti Elly menerima teguran percuma dari wanita perasan itu, kerana Ellylah, orang yang paling bising sekali semasa di dalam bas tadi. Tetapi, mereka semua tetap santai kerana Che Ros tiada di situ. Jadi, tiada siapa yang boleh jadi inspector gadjet di situ, untuk menyekat kegembiraan mereka. Ketika asyik berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan indah di sekitar mereka, secara tidak sengaja mereka terserempak dengan Tuan Fahreen dan para pengawalnya.
Namun, nasib mereka baik kerana Che Ros tiada di situ. Selalunya, wanita itu tidak akan terlepas dari mengekori jejak bos kesayangannya itu, ke mana sahaja. Barangkali dia terlalu penat dan terus sahaja bergegas ke biliknya untuk merehatkan diri. Benar bagai di duga, Alyssa dapat merasakan yang dadanya berdebar ketika berhadapan dengan Tuan Fahreen. Seperti mahu luruh jantungnya ke bumi, apabila menatap kekacakan wajah lelaki yang menjadi idaman ramai wanita itu. Renungan Tuan Fahreen terus menembusi denyut jantungnya, untuk bergetar lebih deras lagi. Peluhnya mengalir membasahi belakang bajunya, walaupun dia sedang berpijak di tanah dingin. Dia terlupa, bahawa dia sedang berhadapan dengan lelaki yang bergelar suaminya.
Ehm...beb, aku gerak pergi bilik dululah. I think hes got something to chat with you. Aku tak berminat untuk jadi tukang sibuk dekat sini,
bisik Elly kepada Alyssa, sebelum berlalu pergi meninggalkan sahabatnya itu yang masih berdiri kaku di situ. Begitu juga dengan Abang Mat yang turut merasakan bahawa dia dan pengawal-pengawal yang lain, tidak pantas untuk berada di situ, mengganggu pertemuan pasangan aneh itu. Maka Abang Mat segera mengarahkan semua orang bawahannya untuk meninggalkan Tuan Fahreen bersama Alyssa seketika.
Tuan, saya dan yang lain-lain akan tunggu tuan betul-betul di bawah escalator ni. Kalau tuan perlukan apa-apa, panggil saja kami,
beritahu Abang Mat perlahan. Tuan Fahreen hanya menganggukkan kepalanya, sebelum Abang Mat dan pengawal-pengawalnya yang lain turut berlalu pergi dari situ. Kini, cuma tinggal dua pasang mata yang tidak putus-putus merenung dan mengerling antara satu sama lain. Dunia ketika itu dirasakan, hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja. Alyssa benar-benar kekok untuk mengeluarkan kata-kata setelah apa yang dilaluinya sebelum ini. Mungkin juga dia malu dengan Tuan Fahreen, di atas segala-galanya.
Alyssa, apa khabar
tanya Tuan Fahreen yang memecah kebuntuan, setelah lama terpaku dan terdiam.
Baik,
jawab Alyssa ringkas, namun perkataan itu seperti keluar atau tidak sahaja dari mulutnya.
Semasa kenduri tahlil untuk arwah mama tempoh hari, abang tunggu juga, kalau-kalau Alyssa nak menghadiri majlis yang dibuat di tempat abang tu. Tetapi, Alyssa langsung tak call!
Oh, saya pergi majlis tahlil yang dibuat di tempat saya sahaja. Maaflah, saya tak sempat nak pergi majlis di tempat tuan tu. Anyway, thanks a lot, sebab tuan sudi adakan tahlil khas untuk arwah,
kata Alyssa pula, namun matanya masih tetap tidak mampu untuk menentang cahaya dari mata Tuan Fahreen. Tuan Fahreen merenung Alyssa dengan penuh kasih sayang. Alangkah indahnya, jika kedinginan tempat itu mereka nikmati dalam keadaan berdakapan dan bermesraan. Ramai juga pasangan yang baru berkahwin, memilih Genting Highland sebagai salah satu destinasi bulan madu mereka. Tetapi, pasangan ini hanya mampu berdiri hampir lebih sedepa jaraknya, di dalam cuaca yang sesuai untuk orang yang berkasih sayang.
Please dont thank me on all that. Abang pernah kata bahawa Puan Mariana adalah ibu mertua abang, jadi dia adalah tanggungjawab abang. Malahan, sesiapa sahaja yang ada hubungan kekeluargaan dengan Alyssa, juga keluarga abang dan abang turut bertanggungjawab terhadap mereka,
tegas Tuan Fahreen.
Mama adalah orang terakhir yang pergi dalam keluarga saya. Kini, saya tinggal sebatang kara. Tiada siapa pun ahli keluarga saya di dunia ini. Sekarang, saya cuma punya Kak Rozi dan Elly sahaja,
rintih Alyssa pula. Ya Allah, kalau diturutkan hati, mahu sahaja Tuan Fahreen memeluk isterinya itu, di situ juga. Tak sanggup rasanya dia mendengar luahan rasa yang keluar dari bibir wanita kesayangannya itu. Bagaimana Alyssa boleh mengatakan bahawa dia tiada berkeluarga lagi, sedangkan dia punyai seorang suami yang berhak untuk menyayangi dan mencintainya setulus hati.
Jangan cakap begitu, Alyssa. Abangkan ada di sini dan sedia memenuhi segala kehendak dan keperluan Alyssa, bila-bila masa sahaja,
luahnya pula.
Tak apalah tuan, terima kasih sahaja. Saya tak mahu terlalu banyak termakan budi. Takut pisang berbuah dua kali.
Tuan Fahreen tidak mengerti, mengapa sehingga saat ini, Alyssa masih berdendam dan marah kepadanya. Dia telah melakukan segala-galanya dengan sebaik mungkin untuk memenangi hati wanita yang sedang bertakhta di hatinya itu. Mengapakah Alyssa langsung tidak mahu memahami, perasaan kasih dan cinta yang tumbuh di hatinya itu. Barangkali, masih ada terlalu banyak lagi kekurangan pada dirinya sehingga Alyssa masih tidak pantas untuk menyintainya.
Jangan fikirkan tentang budi, Alyssa. Ini adalah tanggungjawab abang untuk Alyssa. Walau sebenci mana sekali pun, Alyssa kepada abang, abang tak pernah akan abaikan segala-galanya itu,
jelas Tuan Fahreen dengan nada suara mendatar.
Terima kasih sekali lagi atas budi dan tanggungjawab tuan itu. Saya berharap, saya tidak akan menyusahkan tuan lagi, selepas ini,
ucap Alyssa sambil mula mengatur langkahnya untuk menyambung perjalanan ke bilik hotelnya yang tergendala dengan kehadiran Tuan Fahreen itu. Walau bagaimanapun, Tuan Fahreen sempat memaut lengan Alyssa, lalu berkata,
Abang yakin suatu hari nanti, Alyssa akan faham maksud dan niat abang terhadap apa yang abang lakukan, selama ini.
Inilah kali kedua, Tuan Fahreen menyentuh tangan isterinya itu. Kali pertama mereka bersentuhan, ketika upacara batal air sembahyang, selepas mereka diijabkabulkan dahulu. Kini, sudah hampir beberapa bulan mereka bernikah, Tuan Fahreen masih belum berpeluang untuk melihat atau memegang bahagian tubuh isterinya yang lain, melainkan tangan sahaja Setibanya Alyssa dibilik hotelnya, dia terus sahaja membuangkan tubuhnya ke dada katil. Wajah dan katakata Tuan Fahreen, masih berlegar-legar di mindanya. Dia cuba untuk melupakan kejadian sebentar tadi tetapi gagal. Semakin kuat gambaran wajah Tuan Fahreen bermain-main di matanya.
Ya Allah, mengapa aku jadi begini, setiap kali berhampiran dengannya Macam orang gila aku dibuatnya. Apakah kuasa yang ada pada wajahnya kerana aku terasa bahawa, aku adalah manusia yang paling bodoh sekali, setiap kali berhadapan dengan dia,
getus hatinya.
Ya Rabbi, mungkinkah aku telah jatuh cinta padanya Tidak, mana mungkin aku cintakannya. Aku telah dinikahkan dengannya tanpa kerelaan hatiku. Dia telah menggunakan kuasanya untuk memiliki aku secara paksa. Jadi, aku tidak punya alasan untuk jatuh hati kepadanya. Aku seharusnya benci padanya, bukan menyukainya. Aku seharusnya melupakannya, bukan merinduinya. Tapi, mengapa perasaan aku begini
bisiknya lagi. Alyssa mula memasang angan-angan, andainya suatu hari nanti, dia benar-benar bersedia menjadi isteri sebenar kepada lelaki berwibawa itu, adakah hidupnya akan bermurung dan ditemani malang lagi Barangkali, dunia akan terbentang luas dihadapannya, untuk dia pilih jalan dan cara hidup yang diinginkannya. Pastinya ramai wanita yang akan cemburu kepadanya kerana berjaya merantai hati jejaka terhangat, kegilaan ramai itu. Sudah tentu dia akan jadi terkenal kerana sentiasa mengiringi suaminya itu nanti. Namun, itu hanya sekadar angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Bagi Alyssa, jika dia menerima kehadiran Tuan Fahreen di dalam hidupnya kelak, bermakna dia telah melanggar prinsip hidupnya sendiri. Tiada toleransi untuk masa depan yang dilukis secara paksa. Tidak guna berbaik dengan orang yang menggunakan kuasanya untuk menindas manusia lemah sepertinya. Orang sebegini harus dibenci untuk selama-lamanya.
Hatiku harus menjadi sekeras batu, walaupun jiwaku selembut baldu,
luah hatinya lagi.
Hai, Puan Alyssa, jauh berangan nampak. Teringat peristiwa terserempak dengan putera raja ke, beb
sapa Elly yang baru sahaja keluar dari bilik air. Alyssa tersentak apabila disergah begitu. Rasa malu menerpa hangat ke wajahnya.
Orang-orang tua ada berkata, siapa-siapa yang suka termenung jauh ni, maknanya dia sedang angau. Mak aku kata pula, susah jadi orang angau ni tau, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena. Kalau macam tu, boleh kena penyakit angin satu badan, tahu tak. Namanya, penyakit angin cinta!
usik Elly lagi.
Hish, engkau ni Elly, ada-ada saja. Mana ada aku angau. Engkau jangan nak pandai-pandai buat spekulasi sendiri. Itu fitnah namanya,
bantah Alyssa sambil menarik muka masam.
Eh beb, mana ada aku fitnah engkau. Ini, namanya kenyataan. Engkau terserempak dengan Tuan Fahreen sebentar tadi, itu kenyataaan. Engkau dan dia, saling berenungan antara satu sama lain, itu juga kenyataan. Satu lagi, engkau dan dia, sama-sama punya perasaan, itu juga bakal jadi kenyataan. Terima sajalah beb, kalau orang dah suka, hati sendiri pun dah berkenan, tak guna disimpan lagi perasaan itu. Takut-takut esok, jadi tempoyak. Huisshh...masam gitu,
tambah Elly lagi, yang tak henti-henti menggiat hubungan suami isteri tersebut. Kata-kata Elly itu, ada kebenarannya. Cinta sudah di depan mata, mengapa harus disia-siakan. Orang lain berebut-rebut mencari cinta sejati, sedangkan cinta untuk Alyssa, sudah terhidang untuk dia nikmati. Cuma, rasa dendam dan marah, membatasi segalagalanya.
Beb, aku tak nafikan yang Tuan Fahreen tu, persis lelaki Melayu terakhir idamanku. Kalau dia miliki aku dahulu dengan cara yang budiman, aku tak akan teragak-agak lagi untuk mencintainya sepenuh hatiku. Tetapi, dia adalah lelaki yang mengeji cintanya sendiri. Aku tak akan berikannya peluang kedua. Dia boleh menagih cinta dari perempuan lain, tetapi tidak aku,
tegas Alyssa lagi.
Whateverlah beb. Tetapi, aku nak beri nasihat sedikit pada engkau. Apa kata, engkau buka hati engkau sendiri dan tanya perasaan engkau. Apa yang engkau rasa, bila dia menyentuh kau, sama jugalah dengan apa yang engkau bakal rasa, jika engkau tahu yang dia menyentuh wanita lain pula. Aku tak mahu engkau terluka lagi, andai kata suatu hari nanti, pintu hatimu dibuka Allah untuknya, tetapi dia sudah mendekati orang lain. Jangan engkau kecewa pula masa tu beb,
Elly cuba mengingatkannya. Hati sendiri, kadangkala sukar diduga. Kita tak tahu, bila ianya akan berubah. Tuhan berkuasa untuk merubah hati kita dan juga berkuasa untuk menetapkan hati kita juga. Begitu juga dengan rasa hati Alyssa. Dia tidak pasti, selama mana dia mampu membenci Tuan Fahreen. Dia sedar, sejak akhir-akhir ini, dinding kebal kebenciannya pada lelaki itu, sudah terhakis sedikit demi sedikit. Dia bimbang, jikalau kebencian itu bakal bertukar menjadi cinta, jika Tuan Fahreen masih terusmenerus menyulam perasaannya.
Ya Allah, andai benarlah dia adalah jodohku, yang telah Engkau tetapkan sejak azali lagi, Engkau bukakanlah perasaanku untuk menerimanya. Tetapi, andai kata, dia bukan lelaki yang sesuai untukku, Kau tolonglah tutup pintu hatiku ini serapat mungkin. Jauhkanlah dia dari aku dan tutupkanlah pintu hatinya juga untuk terus-menerus berbuat kebaikan untukku. Sesungguhnya, aku berserah diri dan cintaku kepadaMu, Allah,
doa Alyssa di dalam hatinya.