Complete Me - 16
Bab 16

NOMBOR yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.

Dhia mengeluh kasar. Ikatan jubah mandi yang tersarung di tubuhnya dikemaskan. Skrin hitam pada telefon bimbitnya membuatkan hatinya semakin sebal.

Wajahnya diraup perlahan. Kakinya disilangkan. Nafas yang dirasakan turun naik itu cuba ditenteramkan sebaik mungkin. Nafasnya dihela perlahan. Ditarik dan dihembus berulang kali.

Tiba-tiba, handphone itu berdering. Dhia tersenyum sinis. Huh, kau mengalah jugak akhirnya! Namun apabila melihat nama yang tertera pada skrin, dia mengeluh berat. Lain yang diharap, lain pula yang muncul.

Mama.

Matanya dipejam buat seketika sebelum menjawab panggilan itu. Sebelum bersuara, sempat lagi dia menghembuskan nafas. Menghilangkan rasa sakit hati yang bertamu dalam jiwanya.

Ya, ma. Ada apa

Are you with Airish

Dhia memejamkan matanya lagi. Tiada nama lain lagikah yang mahu disebut

Why should I be with him Agaknya dia tengah

sibuk layan isteri dia....

Sayang, kenapa tak terus terang pasal identiti

Dhia yang sebenarnya

Dah terlambat, ma!

Sekurang-kurangnya dia tau.

Mama ingat dia kisah pasal Dhia

Dhia, mama cuma....

I know. Im hanging up.

Talian itu dimatikannya segera. Dedahkan identiti Dia sudah pun dedahkannya. And he still dont believe it. See! Peristiwa di majlis pernikahan Airish dan perempuan itu diingatinya kembali. Hari itulah dia meluahkan segala rahsianya. Namun, Airish tetap tidak percaya. Terus, apa lagi yang dia perlu lakukan

Kenapa dia perlu menghadapi rasa sakit hati akibat ditolak oleh seorang insan yang bernama lelaki

Peritnya amat terasa. Masih jelas bagaimana megahnya perempuan di KLIA tempoh hari berjalan di atas karpet merah. Hatinya terasa bagaikan disindir saja. Dengan lenggok jalannya memegang lengan Airish dengan begitu erat sekali. Perbuatannya jelas seperti mahu membuatnya cemburu.

Terlintas juga dalam hatinya tentang apa sebenarnya yang berlaku antara mereka. Baginya, hubungan mereka berdua terasa bagaikan mustahil sahaja. Mungkinkah perkahwinan itu sekadar helah Airish untuk mengujinya

Ah! Sungguh Dhia berasa sakit hati sekarang ini. Rasa marah, kecewa, geram dan yang paling penting cemburu cukup kuat terasa mencengkam dada. Nafas panjang ditarik.

Perlu ke untuk aku berjuang dapatkan Airish

Matanya dialihkan segera memandang foto yang terdampar di lantai. Foto kenangan antaranya dan Airish lapan tahun yang lalu. Wajah kacak Airish yang memeluk bahunya ditatap tanpa rasa puas. Dia rindukan momen indah itu. Kalaulah masa boleh berulang kembali, pasti dia tidak akan terima cadangan gila itu. Cadangan yang akhirnya menjerat dirinya hingga ke saat ini. Cadangan yang memusnahnya perhubungannya dengan Airish yang sudah terbina sejak lapan tahun dahulu.

Tolonglah adik, kak. Untuk kali ini saja. Adik nak sangat rasa dicintai oleh orang yang adik cintai..., esak tangis Nini Darina bergema di seluruh bilik.

Dhia Anna sedang terkedu. Rasa mahu pecah dadanya apabila mendengar akan cadangan gila adiknya. Kuat palma tangannya mencengkam tiang pada bucu katil.

Tapi ini kerja gila, dik! Airish tu kekasih akak. Akak tak tergamak mempermainkan dia!

Akak..., sayu Darina memanggil kakaknya.

Jelas, anak matanya retak seribu menjadi kepingankepingan kaca air mata. Ruang lihatnya kabur akibat matanya yang berkaca membataskan penglihatannya.

Tolonglah kak..., erat Darina memegang lengan Dhia membawa gadis itu duduk di sisinya. Wajah Dhia diusap penuh kasih.

Dik, sekalipun adik nak rasa dicintai tapi bukan dengan cara macam ni. Airish tetap nampak akak. Adik sedar tak

Senyap. Darina sudah berhenti merayu selepas mendengar suara tegas Dhia. Gengamannya dilurutkan dari mengengam erat tangan kakaknya.

Adik, lembut Dhia memanggil.

Akak cakap ajelah, yang akak tak sudi nak bantu adik.

Bukan macam tu....

Habis

Dhia memejam matanya. Rapat sekali. Kepalanya diangkat agar linangan air mata dapat ditahan. Nafas lembut dihela.

Akak tak yakin, dik. Akak takut.

Apa yang akak takutkan

Akak takut nanti, rahsia kita bocor. Setiap orang tak sama. Nanti kalau adik bersama Airish dan dia perasan, macam mana

Darina menarik kembali tangan Dhia dan diletakkan di atas tangannya. Tangan itu diusap lembut seraya tersenyum manis.

Kita kan kembar. Apa yang akak rasa, adik pun rasa. Apa yang akak suka, adik pun suka. Tiga bulan aje... lagipun Airish tak tau yang akak ada kembar. Lepas tiga bulan, mungkin adik pun akan pergi....

Apa adik cakap ni Akak tak suka!

Air mata yang ditahan sudah tidak tertanggung rasanya. Sungguh dirasakan beban untuk menahan gelodak jiwanya dari menangisi nasib kembarnya. Air mata yang mengalir perlahan bertukar deras apabila melihat sebelah lagi jiwanya turut menangis sama. Namun walaupun menangis, Darina masih mampu tersenyum. Tangan kecil molek itu menyapu lembut air mata di pipi Dhia. Menghapuskan segala rasa yang tidak enak bertakung dalam kotak fikiran kakaknya.

Kita tak mampu nak halang takdir, kak. Kita tak tahu apa yang akan jadi kat adik lepas pembedahan tu. Sebab tu adik buat permintaan ni... mungkin ni kali terakhir adik dapat rasa mencintai dan dicintai oleh lelaki yang adik suka. Walaupun cinta itu hanya untuk akak!

Mama dengan papa macam mana

Kita tukar tempat untuk seketika. Akak duduk sini, dan adik keluar. Tiga bulan saja, kak... tolonglah.

Dhia mengangguk cuma. Waktu ini, bersuara bukanlah pilihan yang tepat kerana bila-bila masa sahaja air matanya akan tumpah lagi. Wajah adik kembarnya direnung dalam-dalam. Fikirannya bercelaru memikirkan akan cadangan adiknya. Mahu ditolak kelak akan meranalah separuh jiwanya. Mahu menerima, bimbang akan masa depannya nanti, bagaimana. Dia jelas buntu.

MY first love is you serius Airish menyoal.

Urat di dahinya jelas tegang. Berita yang baru sahaja disampaikan Dhia begitu memeranjatkannya. Tipu! Namun, melihat wajah Dhia yang kelihatan sungguh tenang tika ini, bagaikan merenggut keyakinan dalam dirinya. Tak! Mustahil! Dhianya dah lama mati!

You masih tak percaya

Apa motif you sebenarnya, Dhia Hebat betul you korek cerita silam I, kan Dari mana you dapat pun I tak tahu.

What Dhia jelas terkejut dengan kata-kata Airish itu. Airish. You tahu tak, I adalah Dhia! Dhia Anna binti Dato Sulaiman!

Its just co-incidence. Siapa-siapa pun punya nama seperti tu.

Look, Airish. Look at this face, carefully! Muka yang sama, suara yang sama, perwatakan yang sama! Are you still gonna deny it

Dunia penuh dengan teknologi sekarang ni, sesiapa pun mampu buat perkara yang sama. Tolonglah,

Dhia. Stop this nonsense. I think you should go home now. I kecewa dengan you, Airish.

Tok! Tok!

Foto bersama Dhia itu ditekup di bawah bantal. Tubuh Afiqa yang terjengul di sebalik pintu itu memeranjatkan Airish. Afiqa tersengih lebar menayangkan giginya yang putih bersih.

Eh, nak masuk ketuk pintu dululah! Tak ada adab ke

Pulak. Dia yang biar pintu terselak nak salahkan orang. Sendiri yang baling batu, nak disorokkan tangannya pula. Tak ada adab.

Apa

Tak usah apa-apa sangatlah! Saya nak.

Dum!

Hampir sahaja pintu yang bergegar gara-gara ditutup Airish itu berlaga dengan hidungnya. Memang tak sah lagi, kau ni mamat period! Cepat sangat bertukar mood! Barang yang disandarkan di dinding itu dijeling.

Tok! Tok!

Airish merengus kasar. Memang mahu cari pasallah perempuan ni. Pintu itu dibuka. Kecil sahaja, memang muat-muat untuk mukanya sahaja terjengul di situ. Matanya membulat besar tiba-tiba.

Maaf ye

Airish tersenyum. Tubuhnya disandarkan pada pintu kamarnya yang sudah terbuka luas. Terasa lucu pula melihat teddy bear yang besar berada tepat di matanya. Tangan teddy bear itu dimainkan, mengikut setiap tutur kata yang keluar dari bibir Afiqa.

Im so sorry. Will you forgive me

Airish tersenyum. Tiada rasa mahu membalas katakata Afiqa. Dirinya lebih suka menonton babak yang dimainkan Afiqa ini. Nampak sangat comel. Senyumannya bagaimanapun mati tatkala Afiqa melarikan wajahnya dari berselindung di sebalik kepala teddy bear berbulu kekuningan itu.

Kenapa susah sangat nak maafkan orang ni! Cubalah jadi pemaaf sikit! marah Afiqa tiba-tiba.

Kemaafan perlu datang dari keikhlasan, ujar Airish selamba.

Saya ikhlaslah ni nak minta maaf.

Nak buat macam mana kalau aku tak ikhlas nak maafkan

Airish melangkah kembali masuk ke dalam biliknya.

Pintu sengaja dibiarkan terbuka. Tidak berniat mahu menutupnya. Belakangnya yang dirasakan dihempas sesuatu. Lelaki itu spontan berpaling.

Awak ni kan memang. Tunggulah!

Afiqa beransur pergi. Menyesal dirasakannya ingin meminta maaf kepada suaminya. Kalau tak disebabkan peristiwa dia meracun Airish dengan masakannya semalam, pasti dia tidak akan melakukan semua ini. Namun, mengenangkan akan semua salahnya bermula daripada perbuatannya membuatkannya nekad untuk memohon maaf daripada Airish.

Tinggallah Airish berseorangan. Ceh! Ingatkan nak masuk tadi. Teddy bear yang besar itu ditenung. Ada bentuk hati di tangan kanannya, tertulis Im Sorry. Tawa kecilnya tercetus. Afiqa... oh, Afiqa!

SEKEJAP-SEKEJAP mata Katrina mengerling ke depan, dan sekejap-sekejap matanya dikalihkan dengan paksa menghadap kertas projek barunya di atas meja kerja. Akalnya mendengus geram. Apa ni Semuanya tak kena! Itu tak kena, ini tak kena. Semuanya disebabkan kewujudan lelaki ini. Buat apa dia dalam pejabat aku ni Memang sengaja nak cari pasal.

Wajahnya diangkat. Lelaki itu begitu resah sekali. Sesekali dia ke kiri dan sesekali dia ke kanan pula. Serbaserbi tak kena pada pandangan mata Katrina. Apa yang dia sibukkan tu, sampaikan aku yang sibuk ni pun tak terasa sibuknya. Ralit sungguh Aidil membelek deretan baju-baju di suatu sudut dalam bilik kerja Katrina.

Awak cari apa tegas suara Katrina.

Huh Aidil menghembuskan nafas kelegaan. Terus, tubuhnya didaratkan di atas sofa yang tersedia di situ.

Apa awak cari tadi

Suara awak.

Katrina diam. Diam tidak berkutik.

Stop being nonsense.

I miss it, tersandar lesu tubuh Aidil di situ.

Letih yang pastinya. Hampir satu jam juga dia menyibukkan dirinya menggeledah itu dan ini dalam bilik Katrina. Dia menggeledah pun ada sebabnya. Orang tua-tua cakap, sambil menyelam minumlah air.

Dia sempat mencari-cari sesuatu yang ingin dipastikannya. Alhamdulillah, benar tekaannya. Katrina masih lagi single dan belum menaruh hati pada manamana lelaki lagi. Itu yang ingin dipastikannya. Buktinya Dia habis menggeledah dan belum lagi menjumpai mana-mana gambar lelaki pun. Hanya foto gadis itu bersama Afiqa. Cantik manis kedua-duanya. Ayu benar.

Memang saya dah gilalah. Puan kusayang.

Ciklah! Saya belum kahwin, pintas Katrina laju.

Tapi awak saya yang punya. Jadi biasalahkan diri dengan panggilan puan tu ye

Mengada. Entah siapa yang cakap nak jadi dia punya.

Saya cakap!

Hei! Itu dikira paksaan tau!

Dah, jom makan.

Pergilah! Siapa nak pergi Katrina menjual mahal.

Aidil mengangguk sahaja membuatkan hati Katrina membengkak.

Tak nak pergi, tak apa. Saya ajak staff awaklah. Linda! Aidil sudah keluar dari pintu itu.

Kelihatan Linda menghampiri dirinya tersengih.

Ada apa kaca matanya dibetulkan posisi kedudukannya. Sengihnya usah dikata. Diluaskan selebar mungkin. Lebar dari utara ke selatan.

Saya nak ajak awak makan ni. Jom.

Ya ke Linda berubah ceria ke tahap yang paling maksima.

Ops! Lin, jagakan kedai elok-elok ya Saya nak keluar! arah Katrina berlalu keluar dengan lenggok menggodanya melepasi Aidil yang berhadapan dengan Linda.

Sengaja dia mengambil laluan tengah-tengah di antara Aidil dan Linda. Langkah Katrina serta merta mati apabila terasa bagaikan dirinya sahaja yang berjalan tika ini. Segera badannya dipusingkan ke belakang.

Nak pergi tak

Aidil hanya ketawa melihat tingkah laku Katrina. Sambil menggelengkan kepala, dia menyaingi langkah gadis itu yang sudah ke hadapan. Linda turut tersenyum, dia tahu yang Aidil hanya bergurau untuk membuat Katrina cemburu.

Bos, tapaukan untuk saya tau!

Potong gaji! laung Katrina meledakkan lagi tawa Linda yang sedang memandang pemergian pasangan yang dirasakan seperti merpati sejoli itu.

Romantik betul.