Gallimard bergerak ke arah Toulon. Song masih di pentas, memerhati.
TOULON: Walaupun sikit, tapi impaknya besar Gallimard. GALLIMARD: Jadi betullah Amerika akan serang Vietnam ni
TOULON: Ini rahsia besar gallimard, apa yang aku bagitahu kau ni tapi ya, jawapannya ya. Diaorang tu tak ada wakil kat sini, jadi diaorang mintak tolong pada kita intip untuk diaorang. Katanya Jack Kennedy dah pun setuju untuk bom Vietnam utara. Kau rasa apa agaknya China akan buat
GALLIMARD: Mestilah diaorang akan bising.
TOULON: Ya
GALLIMARD: Mungkin. Walaupun diaorang tu tak lah baik sangat pun dengan Vietnam. Ho Chi Minh yang cantik tu diaorang tak suka.
TOULON: Tu lah pasal. Amerika ni memang tak tau malu. Vietnam tu sepatutnya kita yang punya. Dahlah diaorang langsung tak tolong kita simpan Vietnam dulu, sekarang lepas tujuh tahun, ada hati pulak nak ambik Vietnam untuk diorang. Menyakitkan hati kan.
GALLIMARD: Tapi tuan, kenapa pulak amerika nak tolong kita sedangkan kita pun tak lah beriya sangat nakkan Vietnam tu
TOULON: Apa yang kau cakap ni
GALLIMARD: Tuan, orang-orang kat sini Cuma nak berkawan dengan orang yang punya kuasa yang paling hebat. Tuan dah lama duduk di sini kan Tuan rasa orangorang Cina ni suka ke dengan fahaman komunis diaorang tu
TOULON: Aku duduk di sini tak bermakna aku duduk dengan orang-orangnya.
GALLIMARD: Maksud saya tu..
TOULON: Macam kau
GALLIMARD: Maksud tuan
TOULON: Mintak maaf lah Gallimard. Tapi aku tau rahsia kau.
GALLIMARD: Apa maksud tuan ni
TOULON: Aku Cuma dengar gossip je. Kau ada perempuan simpanan, kan Oop, tak payah jawab pun. Tak penting untuk aku tau. Tapi aku rasa, dia mesti cantik, kan
GALLIMARD: Ya..
TOULON: Kau memang dahsyat. Dalam kau sibuk bekerja ni, sempat lagi kau mencari. Tak macam kitaorang ni. Terpaksalah berpuas hati je dengan apa yang ada.
GALLIMARD: Nasib saya baik je, tuan
TOULON: Okei lah tu.. sekurang-kurangnya kau berhubung rapat dengan diaorang. Sedikit sebanyak mesti kau tau rahsia-rahsia dalam hati diaorang tu..
GALLIMARD: Tak ada lah apa sangat. Tapi diaorang tu sebenarnya rindukan zaman diorang dulu.
TOULON: Jadi apa yang kita nak bagitau Amerika pasal Vietnam ni
GALLIMARD: Yang barat dan timur memang boleh bekerjasama dengan baik sekali.
TOULON: Bercakap dari pengalaman nampaknya..
GALLIMARD: Diaorang pun manusia juga. Diaorang akan terima benda-benda baik yang kita boleh bagi diaorang. Tapi kalau amerika datang nak menyerang dan menakluk diaorang, saya rasa Vietnam takkan senang-senang menyerah kalah.
TOULON: Tapi macamana tu Amerika tu kuat. Macamana Vietnam nak lawan
GALLIMARD: Diaorang akan mintak berunding dengan kuasa yang lebih besar dari Amerika lah.
TOULON: Bagus. Aku akan repot pada Amerika apa yang kau cakap ni. Mesti diaorang suka. Diaorang ni kan pantang dicabar. (Toulon mula bergerak keluar)
GALLIMARD: Tuan
TOULON: Ya.
GALLIMARD: Gosip yang tuan dengar tu..
TOULON: Ya
GALLIMARD: Berapa ramai yang tau
TOULON: Di kalangan kita je. Kau jangan risau. Tak ada siapa akan bercakap pasal hal kau ni. Kita semua pun sama je. Bukan kau sorang je yang ada rahsia. Semua kita pun ada. Jadi, jangan risau. Pergilah kau pada kekasih kau tu. Kami sokong! (Toulon keluar)
GALLIMARD: (kepada audiens) Toulon tau! Dan dia tak kisah, malah menyokong lagi! Selepas itu, kami mula menghabiskan masa luang kami berkumpul, minumminumdan bercerita tantang hubungan sulit masing-masing. (gallimard bergerak ke arah song) Aku dan Butterfly pulak..(tiba-tiba komrad Chin masuk. Gallimard undur. Galimard bercakap kepada song) Apa dia buat kat sini
SONG: Pikirlah sikit, Rene. Macamana penonton nak faham jalan cerita ni kalau komrad Chin tak ada Janganlah memalukan diri kau tu. (gallimard bergerak menjauhi mereka)
GALLIMARD: (kepada audiens) Tiba lah masanya untuk anda semua faham kenapa kisah aku ni jadi sebutan di seluruh dunia. Jadi pujian yang juga kejian dalamsetiap perbualan orang-orang di seluruh dunia ni. Tapi jangan cepat menghukum aku. Cuba tengok perkara dari sudut pandangan aku. Kalau anda di tempat aku, apa agaknya tindakan anda Sama seperti aku atau lebih dahsyat dari itu (Gallimard keluar)