Kamu cuti lama ke Berapa hari Soal Mak Wan sambil menghulur segelas air suam pada Afi Lukman.
Taklah, mak. Saya balik sekejap saja.
Air suam diteguk perlahan sebelum meletak gelas ke atas meja.
Ika ke mana, mak
Ke mana lagi adik kamu tu petang-petang macam ni. Dia kan suka ke pantai.
Afi Lukman menegak badan. Dia pergi dengan siapa
Dia pergi soranglah.
Betul ke mak ni Soal Afi Lukman, ragu-ragu. Entah-entah ibunya dah berpakat dengan Ika. Betul. Mak nak tipu kamu kenapa pula
Sebab tadi saya nampak dia dengan lelaki.
Wajah Mak Wan sedikit terperanjat. Lelaki
Kalau tak salah pandangan saya, tu anak lelaki Che Jah.
Riak wajah Mak Wan berubah. Pasti lelaki dimaksudkan Afi Lukman adalah Idlan. Sebelum turun dari rumah, Ika memberitahu nak ke pantai seorang saja. Tapi, kenapa Idlan ada sama Mak Wan kelihatan bingung. Takkanlah anak gadisnya menipu Keraguan terhadap perhubungan sebenar Ika dan Idlan kembali berlegar dalam kepala. Sejauh mana agaknya hubungan mereka
Hati Mak Wan resah, tapi tak mahu menunjuk bimbang depan Afi Lukman. Risau kalau syak wasangkanya silap.
Assalamualaikum. Abang Afi balik Muncul Ika di muka pintu dengan wajah ceria.
Afi Lukman dan Mak Wan serentak menoleh sambil menjawab salam.
Ika dari mana Soal Afi Lukman sejurus Ika mengambil tempat di sebelah.
Dari pantai. Eh, Abang Afi cuti berapa hari Soal Ika pula. Masih dengan wajah ceria. Sedangkan dia tidak tahu, apa yang bakal jadi sebentar lagi. Afi Lukman hanya menanti masa untuk menyoal siasat.
Tak cuti. Balik sekejap nak jenguk mak, ayah dan Ika. Mana tahu kalau ada perkembangan terbaru, jawab Afi Lukman menyindir. Sengaja menekan suara apabila menyebut perkembangan terbaru. Ia merujuk kepada perkara yang dilihatnya tadi.
Ika masih tak menangkap maksud sebenar Afi Lukman. Dengan yakin dia membalas, Tak ada perkembangan terbaru pun. Kami kat rumah ni macam biasa aje.
Ye ke Tapi, apa Abang Afi nampak tadi... sesuatu yang luar biasa. Afi Lukman dah mula start enjin. Bakal berubah kerjaya dari seorang doktor kepada inspektor polis.
Dahi Ika berkerut. Memandang abangnya dengan wajah tak bersalah.
Abang Afi nampak apa Sungguh naif apabila dia menyoal.
Mak Wan hanya diam, tapi jelas dia nampak gelisah. Hati tuanya berasa Ika akan dimarahi sebentar lagi. Tapi, apakan dayanya. Afi Lukman memang terlalu mengambil berat tentang Ika.
Mak nak ke dapur. Nak masak untuk malam ni. Kamu sembanglah adik-beradik.
Apabila bayang ibunya hilang, Afi Lukman menarik nafas dalam-dalam. Dia mahu mulakan sesi soal siasat. Ika ke pantai dengan siapa
Macam biasalah. Pergi sorang-sorang aje. Kalau Abang Afi ada, selalu kan kita pergi berdua, jawab Ika jujur.
Afi Lukman merengus perlahan. Nampak sangat Ika berbohong.
Dah pandai cakap tipu Soalnya tegas.
Ika garu kepala. Tak faham maksud abangnya. Tipu Siapa tipu
Sekarang Abang Afi cakap dengan siapa Dengan Ika, kan Abang Afi tak cakap dengan pokok kelapa. Kalau pokok kelapa boleh bercakap, tentu pokok kelapa beritahu, Ika pergi ke pantai dengan Idlan. Bukan pergi sorang-sorang. Ujar Afi Lukman. Suaranya keras.
Ika nampak tersentap apabila abangnya salah faham. Tentu Afi Lukman ternampak dia berjalan pulang bersama Idlan sebentar tadi.
Sebenarnya, Ika ternampak dia duduk termenung kat pantai tu. Jadi, Ika tegurlah. Lepas tu, kami balik sama-sama.
Afi Lukman bingkas dari kerusi. Berdiri membelakangi Ika yang masih duduk. Sejak bila dia balik sini
Ika jongket bahu. Entah, Ika tak pasti.
Ika berkawan dengan dia sekarang ni Afi Lukman berpaling menghadap Ika.
Ika tunduk sambil tangan bermain hujung baju. Wajahnya menunjuk bimbang apabila melihat air muka Afi Lukman. Tanpa suara, Ika mengangguk perlahan. Menjawab pertanyaan. Tak guna dia terus sembunyikan perkara sebenar. Dia tak biasa menipu.
Afi Lukman menggeleng. Nafas sesak dilepas perlahan. Cuba menahan rasa marah yang sedang berbuku.
Abang Afi tak benarkan Ika berkawan dengan dia lagi.
Ika mengangkat muka, melihat Afi Lukman yang berwajah tegang. Dia berkira-kira mahu membantah.
Ika faham maksud Abang Afi. Ika tahu Abang Afi merujuk pada perkara apa. Tapi, Ika cuma kawan dengan dia. Tak salah pun kalau kawan aje.
Abang Afi kata, berhenti berkawan dengan dia. Full stop. Ika jangan melawan.
Takkan tak boleh kawan langsung Soal Ika. Tak puas hati. Sebelah kaki dihentak perlahan ke lantai kayu. Begitulah selalu tabiatnya kalau tak setuju dengan sesuatu.
Afi Lukman duduk semula di sebelah Ika. Keluhan dilepas sebentar. Cuba mengusir perasaan geram apabila Ika tak mahu mendengar kata.
Ika tahu kan, Idlan dah kahwin Ika tak patut kawan dengan lelaki yang dah ada isteri. Lebih-lebih lagi dia dan keluarganya pernah malukan kita. Ika nak buat baik apa lagi dengan orang macam tu
Ika menoleh. Sepasang mata abangnya cuba direnung sedalam mungkin.
Ika ingat semua tu. Mana boleh Ika lupa Cuma sekarang, Ika tak suka kita bermusuh dengan dia, sekali pun dengan Che Jah dan Che Long. Tambahtambah lagi, mak dan ayah rapat dengan mereka. Takkan kita nak bermasam muka sampai ke mati Kan, tak elok
Afi Lukman mengeluh panjang. Susah nak buat Ika betul-betul faham. Dia sebenarnya risau kalau Ika jatuh cinta pada Idlan kalau mereka kerap berjumpa.
Tapi, Abang Afi tetap tak suka kalau Ika terus kawan dengan dia. Dalam kampung ni, ramai lelaki yang Ika boleh buat kawan. Contoh, Wan Hafiz.
Ika garu kening. Kalau abang Ha tu, Ika memang dah anggap dia macam kawan. Abang Idlan tu pula, sama saja dengan abang Ha. Sama-sama boleh dibuat kawan. Sama-sama manusia biasa. Yang boleh bercakap, boleh mendengar.
Afi Lukman mendengus kuat. Wajah diraup perlahan. Apalah yang dibuat Idlan pada Ika hingga adiknya begitu mudah lupakan perkara lalu.
Tapi, Idlan lain. Wan Hafiz tu lain. Tolong dengar nasihat Abang Afi. Dia dan Ika pernah ditunangkan, tapi kenapa dia buat-buat bodoh dengan menidakkan pertunangan tu hingga sanggup kahwin dengan perempuan lain Sekarang, kenapa Ika macam nak bela dia Takkan begitu mudah hati Ika lembut untuk maafkan dia
Ika terdiam. Seakan mati kutu mahu menjawab. Dia pun tak faham dengan dirinya sendiri. Apa yang Idlan lakukan dulu, ibarat debu berterbangan ditiup angin. Hilang dan lenyap begitu saja. Sekarang, dia senang berkawan dengan Idlan. Ada sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Seperti sesuatu yang hilang, kini ditemuinya semula. Apabila dijumpai, dia rasa ingin menjaga.
Ika dengar tak apa Abang Afi cakap Berhenti berkawan dengan Idlan. Kalau tak, Abang Afi terpaksa ambil tindakan. Perbelanjaan Ika setiap bulan, Abang Afi akan sekat. Dengar tak ni Setiap bulan. Suara Afi Lukman menekan.
Ika menahan rasa. Begitu kejam abangnya buat keputusan. Tak sayang diakah
Sampai macam tu sekali Abang Afi nak buat pada Ika Okey. Tak apalah. Lepas ni, Ika akan kerja untuk tampung yuran kelas menjahit dan kelas tarian. Ika pun dah tak mahu susahkan Abang Afi lagi, ujarnya lalu bingkas dari kerusi dan langsung melangkah ke bilik.
Melihat Ika yang nekad, Afi Lukman bergegas menuju ke bilik adiknya. Pintu diketuk perlahan.
Ika, keluar! Abang Afi belum habis cakap lagi. Kenapa Ika biadab sekarang Selalunya Ika tak macam ni.
Tiada tindak balas, Afi Lukman mengetuk lagi. Sama hasilnya macam tadi. Tiada respon dari dalam.
Mungkin Ika merajuk.
Ika, buka pintu sekarang. Kalau tak...
Belum sempat Afi Lukman habiskan amaran, pintu bilik terbuka dari dalam.
Kalau tak, apa Abang Afi nak pecahkan pintu bilik ni Okeylah. Kalau Abang Afi dah tak sayang Ika, Abang Afi buatlah perkara Abang Afi cakap tadi tu. Tak nak bagi duit kat Ika, sudah. Ika tak boleh buat apa sebab tu duit Abang Afi dan bukan duit Ika. Suka hatilah Abang Afi nak buat apa pun.
Ika dah pandai melawan. Kalau sebelum ni, Abang Afi cakap apa dan nasihatkan apa, semua Ika dengar dan tak pernah bantah. Tapi, sebab anak Che Jah, Ika dah berani potong apa Abang Afi nak cakap. Sepatah Abang Afi nasihat, sepuluh patah Ika pintas. Tolong hormat sikit dengan siapa Ika berdepan. Bukan dengan kawan-kawan Ika boleh cakap sesuka hati. Tapi, dengan abang kandung. Jangan melampau sangat.
Apa kamu dua beradik bergaduh ni, hah Sampai ke bawah sana ayah dengar. Kenapa ni Ayah Wan muncul.
Ika mencebik dengan wajah simpati. Segera meluru dan memaut lengan ayahnya.
Abang Afi ni melampau sangat, ayah. Dia tak benarkan Ika kawan dengan Abang Idlan. Bila Ika tak nak dengar cakap dia, dia main ugut-ugut pula. Dia dah tak nak bagi duit belanja pada Ika lagi, adu Ika sambil menyelit pula di belakang ayahnya.
Afi Lukman menunduk. Menghela nafas amarah yang tiba-tiba memuncak.
Ayah Wan menggeleng. Kalau dalam soal anakanak bergaduh, dia memang tak suka masuk campur. Dia lebih suka kalau kedua-duanya selesaikan masalah sendiri dan tak perlu orang lain menyebelahi salah seorang darinya. Lagipun, mereka bukan budak-budak yang harus dipantau itu dan ini.
Itu saja masalahnya Ayah Wan berpaling ke arah Ika yang masih bersembunyi di belakangnya.
Ika tunduk. Kedua-dua tangan diramas. Tak berani dia nak menjawab.
Kenapa Ika diam Cakaplah lagi dengan ayah. Mengadulah lagi dengan dia. Afi Lukman mencelah.
Ika mengangkat muka. Merenung tajam ke arah abangnya. Ika dah cakap apa yang perlu Ika cakap. Sekarang terpulang pada ayah dia nak sebelahkan siapa. Kalau Ika tak boleh kawan dengan Abang Idlan, Ika akan patuh kalau itu keputusan dari mulut ayah dan bukan dari mulut Abang Afi.
Ayah Wan menggeleng lagi. Nampak tak setuju dengan kata-kata anak gadisnya. Ika tak boleh bercakap macam ni. Kalau ayah dah tak ada lagi, Abang Afi wali yang paling dekat kalau Ika nak berkahwin satu hari nanti. Apa yang keluar dari mulut dia, sama saja dari mulut ayah. Kalau dia nasihat, Ika kena dengarlah. Tak boleh bersikap macam ni.
Jadi, ayah tak sukalah kalau Ika terus kawan dengan Abang Idlan
Bukan ayah tak suka. Nak berkawan tu boleh, tapi janganlah selalu sangat. Ayah takut nanti satu hari Ika jatuh suka pada dia.
Kalau suka pun apa salahnya. Bukan ke abang pernah cakap, Idlan tu lelaki. Dia boleh kahwin sampai empat. Kalau betul Ika sukakan dia, abang kata kita tak boleh nak bantah. Cepat betul abang lupa apa abang cakap dengan saya semalam. Mak Wan tiba-tiba menyampuk. Dari dapur dia datang sambil membawa senduk di tangan. Sengaja berkata begitu bagi menyindir pendapat suaminya semalam.
Afi Lukman melopong. Ika terpinga. Betul ke ayahnya pernah keluarkan pendapat itu di hadapan ibunya
Jauh sungguh cara ayahnya berfikir. Takkan dia boleh jatuh cinta pada Idlan Dia pun tak mahu sampai begitu jadinya. Dia hanya berkawan. Titik.
AFI LUKMAN memukul stereng perlahan. Masih terngiang setiap hujah Ika di cuping telinga.
Degil sungguh adiknya itu. Ibu dan ayah pula seakan-akan menyokong.
Tak berlama-lama di rumah ibu ayahnya, dia ambil keputusan kembali ke hospital. Dari melayan karenah adiknya, lebih baik melayan karenah pesakit.
Sebelum turun dari rumah, sempat dia hulurkan duit belanja pada Ika. Apabila melihat riak sugul di wajah Ika, tak sampai hati dia nak sekat perbelanjaan seperti apa yang dia tegaskan sebelumnya. Baginya, adik tetap adik. Mana boleh dianggap musuh walau sekalipun mereka bergaduh hingga keluar segala urat tengkuk.
Pemanduannya terganggu apabila terpandang seseorang yang duduk di perhentian bas. Segera kaki menekan brek dan memarkir kereta di bahu jalan. Dia keluar dari kereta. Kelibat seorang wanita cukup dikenali menarik perhatian untuk dia melangkah lebih dekat.
Nor Sebaris nama itu meniti di bibir. Perlahan dia duduk di sebelah wanita yang pernah bertakhta di hati satu ketika dahulu.
Linor menoleh. Hampir-hampir ternganga melihat Afi Lukman muncul tiba-tiba.
Awak dari mana dan nak pergi mana Afi Lukman menyoal lantang. Bunyi hiruk pikuk kenderaan atas jalan memaksanya bercakap lebih kuat.
Linor nampak teragak-agak nak membuka mulut.
Sa... saya dari klinik, jawabnya sambil bermain tangkai plastik ubat di tangan.
Wajah disembunyikan sebalik hujung selendang panjang yang dipakai secara tak sempurna. Harapharap Afi Lukman tak perasan dengan luka-luka kecil di wajahnya.
Afi Lukman picingkan mata. Ada kesan lebam dan luka-luka kecil di wajah Linor. Dia tahu Linor cuba sorokkannya dengan selendang. Tapi, matanya belum cukup rabun untuk tidak nampak.
Nor, kenapa dengan bibir awak
Linor menggeleng lemah. Tiba-tiba air mata begitu murah menitis ke pipi. Lekas-lekas diseka dengan hujung selendang.
Awak jangan tanya apa-apa. Saya tak boleh jawab soalan awak.
Afi Lukman beriak tak mengerti.
Saya tanya macam tu saja, kenapa tak boleh jawab soalan saya
Linor palingkan muka. Dia berharap teksi atau bas muncul segera. Boleh dia beredar lebih cepat pulang ke rumah.
Afi Lukman sedar kegelisahan Linor. Macam ada sembunyikan sesuatu.
Saya kawan sekampung awak. Saya perlu tahu apa berlaku pada awak. Cakaplah, Nor. Kenapa bibir awak cedera Cakap dengan saya. Afi Lukman terus mengasak. Dia tak puas hati selagi Linor tidak menjelaskan.
Dahlah, Afi. Awak tak perlu ambil berat fasal saya. Linor cuba mengelak.
Saya ambil berat sebab saya... Kata-kata Afi Lukman terhenti. Halkum bergerak-gerak. Sukar nak meluah rasa yang terpendam di dada.
Linor menoleh dan sedikit mendongak. Melihat wajah yang satu ketika pernah memberi kebahagiaan, pernah menzahirkan rasa cinta dan sayang, hatinya dipalit rasa bersalah. Akhirnya, Linor tunduk semula. Dia terus membisu biarpun Afi Lukman mengasak bermacam soalan, dia tak mahu menjawab.
Kenapa dia dipertemukan semula dengan lelaki ini Kalau boleh, dia tak mahu berjumpa lagi dengan Afi Lukman. lelaki yang dia kecewakan kerana mengambil keputusan berkahwin dengan lelaki lain atas pilihan keluarga. Kasihan Afi Lukman pada ketika itu bersungguh memasang impian untuk mereka dirikan rumahtangga bersama.
Afi Lukman terlalu angankan kebahagiaan, terlalu impikan sebuah keluarga harmoni. Tapi, apa yang dia balas Dia hanya memberi kelukaan di hati Afi Lukman dengan keputusan yang dibuat. Dia terlalu taat pada ibu dan ayah kerana mahukan dia berkahwin dengan lelaki kota yang merupakan kenalan lama ayahnya.
Sungguh dia rasa bersalah. Ditambah lagi apabila mengenang nasib diri yang malang apabila berjodoh dengan lelaki tak berperikemanusiaan. Setiap hari dia diherdik, dimaki dan tak cukup dengan itu, dia turut dipukul tanpa rasa belas. Bekas suaminya seorang yang panas baran. Akhirnya, dia diceraikan dan terpaksa pulang ke kampung.
Nor, terus-terang dengan saya. Apa sebenarnya berlaku pada awak Kenapa teruk sekali saya nampak muka awak Awak macam... dipukul. Betul awak dipukul Siapa pukul awak Soal Afi Lukman lagi bagaikan mendesak.
Linor menangis. Segalanya diceritakan pada Afi Lukman dari awal hingga akhir. Tak larat dia nak tanggung lagi penderitaan yang dibawa pulang.
Afi Lukman menggeleng berkali-kali. Tak sangka nasib Linor begitu teruk.
Lelaki jenis apa suami awak sampai sanggup pukul isteri Seorang isteri untuk dilindungi dan bukan untuk disakiti. Kenapa awak tak buat laporan polis
Linor menyeka air mata yang tumpah berkali-kali dengan belakang tangan, Dia orang berpengaruh. Saya ni sekecil-kecil kuman kalau nak banding dengan dia. Apa kuasa saya ada Kalau saya buat laporan, belum tentu saya menang. Sebaliknya, mungkin malu saya dapat. Saya tak berdaya, Afi. Saya tak kuat...
Afi Lukman diam sebentar. Betapa malang nasib Linor. Dia fikirkan selama ini Linor bahagia, tapi jangkaannya silap. Kalau dia tahu nasib Linor begini, dia sanggup dipertemukan semula dengan wanita itu lebih awal. Biar dia jadi penyebab pada perceraian Linor bersama lelaki dayus itu. Biar Linor tahu dia masih menyimpan rasa cinta hingga ke hari ini. Tak luak pun walau sesaat.
Bila dia ceraikan awak
Empat hari lepas.
Awak ada anak
Linor menggeleng, Bagus juga saya tak dikurniakan anak dengan dia. Kalau tak, pasti anak itu akan jadi mangsa perceraian kami.
Afi Lukman terangguk-angguk. Betul juga.
Linor menarik nafas lega. Satu beban selama ini ditanggung seorang diri, akhirnya terluah juga. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Afi Lukman. Ingin mengorek pula cerita lelaki itu. Maklum saja, begitu lama mereka tak bersua. Entah dah kahwin atau belum Afi Lukman, langsung dia tak tahu berita.
Awak macam mana sekarang
Afi Lukman memberi senyum tawar. Sudi juga Linor bertanyakan kehidupannya.
Saya macam nilah. Macam apa yang awak lihat. Tak... maksud saya, awak buat apa sekarang
Kerja apa Kalau dah kahwin, anak berapa orang Buat masa ni saya bertugas di HUSM. Awak doktor, ya Linor membuat telahan.
Afi Lukman mengangguk perlahan sambil melirik senyum.
Doktor apa Soal Linor, berminat ingin tahu lebih lanjut.
Doktor cinta. Selamba Afi Lukman membalas.
Linor mencemik. Tahu Afi Lukman sekadar bergurau.
Afi Lukman sengih panjang, Saya tak minat nak cerita soal kehidupan sendiri sebab saya anggap ia tak penting. Kehidupan awak yang lebih penting sekarang. Lepas ni, awak nak buat apa Nak kerja apa untuk teruskan hidup
Linor mengeluh berat. Sesak dada dengan soalan Afi Lukman.
Saya tak tahu apa mesti saya buat sekarang. Tapi, saya perlukan kerja untuk sara diri. Kalau terpaksa berniaga goreng pisang dan keropok, saya sanggup asalkan tak menyusahkan mak dan ayah. Lagipun, saya masih muda. Tulang empat kerat masih berfungsi dengan baik. Tak ada alasan untuk goyang kaki, jawab Linor sedikit berjela.
Awak tak payah susah-susah kerjalah. Kahwin saja dengan saya.
Linor terlopong, Jangan berguraulah. Saya ni bekas orang. Tak layak untuk awak.
Afi Lukman senyum kelat. Linor masih tak kenal dia. Dia tidak mengutamakan soal status. Baginya, itu tak penting kerana semuanya bermula dari hati.
Kita dah kenal lama. Awak belum tahu hati budi saya Masih tak tahu sikap saya Atau... awak dah buang saya selamanya dari hidup awak Awak dah padamkan nama saya dari hati awak
Awak cakap apa ni, Afi Pantas Linor memotong. Dia tak mahu Afi Lukman terus buat andaian bukanbukan.
Afi Lukman menarik nafas. Agak susah untuk berkata yang benar. Dia tunduk sebentar dan hanyut dengan emosi tak terkawal. Semua kerana masih wujud perasaan cinta terhadap kekasih lama. Apabila Linor berpisah dengan suaminya, Afi Lukman bagaikan menaruh harapan semula.
Awak tahu kenapa saya tak kahwin sampai sekarang
Belum tiba jodoh awak, jawab Linor selamba tanpa terfikir jawapan itu akan mengundang rasa tak senang pada Afi Lukman.
Afi Lukman menggeleng dengan jawapan mudah diberikan Linor.
Senang awak bagi jawapan. Kalau awak boleh baca isi hati saya, tentu nak pandang muka saya pun awak tak sampai hati.
Saya tak faham. Linor kerutkan kening. Sungguh dia tak boleh meneka dengan tepat apa yang bermain dalam kepala jejaka itu.
Afi Lukman merenung lama ke wajah Linor hingga membuatkan Linor serba salah.
Saya cintakan awak, Nor. Perasaan saya tak pernah berubah. Hati saya hanya pada awak. Selama awak tinggalkan saya, tak pernah saya pandang perempuan lain. Hanya awak... di hati saya. Tak ada perempuan lain. Tak ada...
Linor meneguk liur. Tak terkata dengan luahan Afi Lukman yang dilihat sangat telus dan jujur.
Saya hargai ketulusan hati awak. Tapi, saya dah tak layak untuk awak. Terima kasih kerana terus menyintai saya. Kesetiaan awak, saya hargai.
Saya akan tunggu awak habis tempoh edah. Serius saya ajak awak kahwin. Saya tak mahu kehilangan awak lagi dan sanggup terima awak jadi isteri bukan sebab simpati dengan nasib awak. Tapi, kerana sayangnya saya pada awak. Cinta yang kekal ini, tak mahu saya persiakan dan harap awak juga macam saya. Tolong jangan buang cinta saya dari hati awak. Saya yakin bila saya renung mata awak, perasaan cinta itu masih ada. Afi Lukman membuat telahan di samping meluah rasa hati secara terus-terang. Rasanya dia dah tak sanggup lagi menyelindungi rasa hati dan perasaannya terhadap Linor.
Linor tertunduk. Terharu dengan kata-kata Afi Lukman hingga terpaksa berdiam diri seketika. Cuba mencari alasan sebaik mungkin untuk menolak lamaran. Dia masih berpegang dengan pendirian. Dia tak layak menyambung hubungan istimewa dengan Afi Lukman.
Afi, jangan bermain dengan perasaan. Mungkin awak terbawa-bawa dengan emosi bila terjumpa saya di sini. Tak mungkin sampai macam ni sekali keputusan awak untuk jadikan saya isteri Saya tak sesuai untuk awak. Carilah gadis setaraf dengan status awak sebagai lelaki bujang. Saya ni bekas orang. Kita dah tak sesuai hidup bersama.
Fikiran awak masih kolot. Masih dijajah pemikiran segelintir masyarakat Melayu yang kurang cerdik. Awak jadikan status dan kedudukan seseorang sebagai kayu ukur untuk hidup bersama Selama saya kenal awak, saya tahu awak tak sebodoh itu. Afi Lukman membidas keras.
Linor kembali tunduk. Penat dia dapat setiap kali berhujah dengan lelaki itu. Bukan dia tak kenal Afi Lukman. Juara pidato lima tahun berturut-turut di sekolah dahulu.
Suasana jadi hening. Cuma sesekali bunyi kenderaan bertali arus di jalan raya menjadikan suasana bingit seketika.
Mari saya hantar awak balik. Saya tak lupa jalan nak ke rumah awak. Ingatan saya masih kuat. Belum nyanyuk. Afi Lukman cuba bergurau untuk menghilang ketegangan antara dia dan Linor.
Sempat dia menarik nafas tenang ketika terpandang senyum tipis terukir di bibir wanita itu.