CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 16
ADWAN termenung. Mata memang memaku pandang pada kaca televisyen yang sedang bersiaran, tapi fikirannya tidak di situ. Mindanya berlegar-legar mencari punca kejadian malang yang menimpa dia dan kedua orang tuanya.

Takkanlah brek boleh rosak Kereta Amanda tu baru sangat, dia menggumam sendiri. Mengerah otaknya berfikir.

Saat itu pintu bilik rawatannya dikuak perlahan dari luar. Dia menghala pandang ke situ.

Assalammualaikum.

Susuk Qaireen yang terpacul di balik pintu membuat dia mengukir senyuman meleret. Terbang melayang apa yang sedang dia fikirkan tadi. Namun senyumannya mati bila Qaireen mendekat. Wajah kesayangan dia itu jelas nampak penat.

Waalaikumussalam. Dari kedai ke Mata Adwan mengekori setiap gerak-geri Qaireen. Dari si dia meletakkan beg tangannya di hujung kaki hinggalah melabuhkan duduk di atas kerusi, dekat dengan katilnya.

Aah. Sempat juga singgah hotel tadi. Rina ada kirim dokumen untuk awak semak. Qaireen tunjuk sampul surat dalam genggamannya. Dia ingin membukanya tetapi dihalang Adwan.

Letak dulu, sayang. Itu nanti-nanti saya tengok. Sekarang awak berehat dulu. Saya tahu awak penat. Adwan mengarah. Perlahan-lahan dia angkat tubuhnya walaupun payah. Mahu bersandar pada kepala katil. Segan mahu berbual dengan Qaireen dalam keadaan terbaring. Nampak macam dia tenat sangat.

Tumpuannya kembali pada skrin televisyen tetapi sekali lagi fikirannya bukan di situ. Kembali memikirkan kemalangan yang telah berlaku.

Qaireen akur. Sampul surat bersaiz A4 diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil Adwan. Dia memandang Adwan. Dia nampak dahi Adwan berkerut.

Apalah yang difikirkan agaknya Janganlah cakap yang Adwan tengah risaukan kerjanya. Dalam keadaan begini Adwan sepatutnya berehat. Hal hotel tu setahu dia Adwan sudah arahkan Rina untuk menguruskannya.

Sakit tak, awak Dia memandang Adwan sayu.

Adwan menoleh. Pertanyaan Qaireen menghilangkan lamunan dia. Hampir sahaja dia terlupa kehadiran gadis cantik ini.

Sakit bila awak tak ada dekat sebelah saya, dia membalas nakal bersama kenyitan mata. Dah lama tak mengusik Qaireen.

Orang tanya betul-betullah. Qaireen besarkan mata. Geram bila pertanyaannya Adwan jawab mainmain. Dahlah dia susah hati tengok Adwan macam ni, boleh pula lelaki ini bergurau.

Ouch! Baru rasa sakitlah, sayang. Adwan menyeringai. Bibir diketap rapat-rapat. Nak Qaireen percaya dengan aksinya.

Mana yang sakit Tangan Kaki Qaireen dah tak senang duduk. Dia berdiri. Mahu melihat sama ada tangan atau kaki Adwan yang sakit.

Sini. Adwan letak tangannya di dada. Senyuman nakal terukir di bibir.

Ada yang patah sebelah lagi tangan dengan kaki ni. Qaireen gigit bibir. Tangan dah mencekak pinggang.

Adwan ni memang tak padan patah tangan dan kaki. Ada saja akalnya nak mengusik dia. Selalunya dia yang mengusik Adwan. Sekarang ini terbalik pula. Dia duduk semula.

Setiap sakit yang saya dapat adalah peringatan daripada Allah. Mungkin ada sebab Dia turunkan semua ini kepada saya. Kelalaian dan khilaf saya di masa lalu agaknya. Adwan menunduk.

Awalnya dia memang bergurau, tapi bila mengenangkan keadaan dirinya sekarang adalah lebih baik dia muhasabah diri. Banyak yang dia perlu perbaiki. Masih belum sempurna dan tak akan pernah sempurna. Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Suasana hening tiba-tiba. Masing-masing merenung kosong pandangan di depan mereka.

Ujian dari-Nya tapi Dia memberi peluang kepada setiap hamba-Nya untuk bertaubat. Alhamdulillah saya rasa awak dapat peluang itu. Qaireen mengangguk saat Adwan memandang wajahnya.

Ya, Alhamdulillah. Adwan tersenyum kelat. Matanya melirik pada beg tangan Qaireen di hujung kakinya bila terdengar telefon bimbit milik Qaireen berbunyi.

Sekejap. Qaireen memberi isyarat agar Adwan menunggu. Dia mengambil beg tangannya. Telefon bimbit dikeluarkan. Satu pesanan ringkas diterima di aplikasi WhatsApp. Dia membacanya. Tanpa sedar dia mengeluh dan Adwan mendengarnya.

Kenapa, sayang

Qaireen rasa serba-salah nak cakap. Sudahnya telefon bimbitnya ditunjukkan saja kepada Adwan. Mahu Adwan membaca sendiri. Adwan tersenyum. Dia memandang Qaireen.

Nak pergi sekarang ke Qaireen jongket kening. Bersedia untuk berdiri.

Boleh juga. Kesian pula dekat Amanda. Dah berapa hari tak balik rumah. Adwan mengangguk.

Kalau macam tu saya panggil nurse sekejap.

Qaireen terus berdiri. Melangkah pergi dari katil Adwan. Menghampiri pintu bilik rawatan ini.

Nak buat apa Adwan memandang pelik.

Nak guna wheel chair, kan Qaireen membalas dengan soalan.

Awak angkat saya seorang tak boleh ke Adwan kenyit mata.

Kalau nama saya Mrs. Adwan baru boleh. Qaireen besarkan mata.

Soon, sayang. Soon. Adwan tersenyum lebar.

Hesy... lekas-lekas Qaireen keluar. Malu bila Adwan membalas begitu. Nampak macam dia tak sabar sangat mahu disatukan dengan lelaki itu.

Adwan ketawa. Geli hati melihat reaksi Qaireen. Tawanya reda bila Qaireen muncul semula. Ada dua orang lelaki berpakaian putih menyusul Qaireen dari belakang. Salah seorang darinya menolak kerusi roda. Mereka membantu mengangkatnya untuk didudukkan di atas kerusi roda.

Terima kasih. Qaireen tersenyum kepada keduaduanya sebelum mereka keluar dari situ.

Pandangannya beralih pada Adwan. Bersedia untuk menolak lelaki itu. Namun matanya dibesarkan bila Adwan mendongak memandang dia.

Senyum tu sikit-sikit aje.

Senyumkan satu sedekah. Qaireen ketawa. Dia mula menolak Adwan keluar dari situ.

Sedekah kalau pada orang perempuan. Adwan membalas tidak mahu mengalah.

Encik Adwan cemburu. Qaireen mengusik. Masih lagi ada sisa tawa dalam bicaranya.

Tak ada maknanya saya nak cemburu. Saya ni mengingatkan awak aje. Adwan berpura-pura bersuara tegas. Kenyataannya memang dia cemburu. Pada dia senyuman Qaireen itu hanya dia sahaja yang boleh tatap. Bukan untuk dilorekkan pada orang lain.

Yalah tu, sengaja Qaireen memprovokasi. Dia tahu Adwan memang pantang kalau dicabar begitu. Pasti akan menjawab.

Namun telahan Qaireen tersilap. Adwan tidak membalas. Hanya ukir senyuman nipis.

Awak, awak okey tak ni Qaireen bertanya. Risau dia bila Adwan tidak bercakap apa-apa. Dia lebih rela Adwan berbunyi dari diam seribu bahasa.

Saya okey. Lagi okey kalau awak tak tolak laju sangat. Macam tengah merempit aje rasanya ni. Adwan tertawa.

Automatik Qaireen perlahankan tolakannya, Laju sangat, eh Maaf, saya tak pernah tolak orang naik wheel chair.

Jangan saya tercampak sudah. Kesian dekat awak nanti. Adwan ketawa di hujung kata-katanya.

Kenapa nak kesian dekat saya Berkerut dahi Qaireen memikirkan kata-kata Adwan. Yang sakit Adwan bukan dia tapi kenapa dia pula nak dibelaskan.

Dua-dua tangan dah patah sebab tercampak. Tak bolehlah saya nak jabat tangan tok kadi nanti. Melepas awak nak jadi Mrs. Adwan... Adwan ketawa lagi.

Tak padan tangan dengan kaki patah. Ada saja modal dia. Qaireen mencubit lengan Adwan dari belakang. Dia turut tertawa.

Cubitlah, sayang. Tak sakit pun, seloroh Adwan.

Sabar, Qaireen. Sabar. Qaireen menggeleng. Meledak tawa Adwan.

SETIBANYA di depan pintu bilik rawatan yang menempatkan Mama dan Papanya, sebelah kakinya yang tidak patah naik pada alang pintu. Menghalang Qaireen dari terus menolak dia masuk ke dalam. Sebelah tangannya turut diangkat.

Kenapa Terhenti tolakan Qaireen.

Saya cuai, Qaireen. Adwan mengeluh.

Dia tidak sanggup untuk masuk ke dalam. Menatap wajah Mama dan Papanya. Wajah-wajah yang seperti sedang lena diulit mimpi. Bezanya dengan orang yang sedang tidur, banyak wayar berselirat pada tubuh Mama dan Papanya.

Tolong jangan cakap macam tu, Adwan. Bukan awak nak semua ni berlaku, kan Qaireen memujuk. Dia berusaha menahan air matanya yang hampir menitis. Sungguh dia sangka dia kuat untuk Adwan, tapi hati perempuannya nyata rapuh juga.

Saya yang pegang stereng tu, Qaireen. Memang saya yang salah. Ya Allah, kenapa kau turunkan ujian yang berat kepadaku Suara Adwan bertukar serak. Sebak melihat insan-insan kesayangannya yang kaku di atas katil. Dia meraup kasar mukanya dengan sebelah tangan.

Kenapa dengan awak ni Mana Adwan yang saya kenal Adwan yang kuat. Adwan yang tak pernah putus asa. Adwan yang kental dengan cabaran dan dugaan yang datang. Adwan yang sentiasa beri saya semangat untuk hadapi hari-hari esok. Tolonglah jangan macam ni. Saya perlukan awak, Adwan. Qaireen membentak. Tegas dan keras dia bersuara. Biarlah dia nampak kejam dengan kata-katanya. Itu adalah lebih baik dari membiarkan orang yang dia sayang berputus asa. Allah tak suka dengan hamba-Nya yang lemah.

Maafkan saya, Qaireen. Maafkan saya. Tak tahu kenapa saya tewas dengan kata hati. Adwan mengeluh. Tersandar lemah.

Jangan salah faham. Saya bukannya marah pada awak, Adwan. Cuma saya tak mahu awak melayan kata hati tu. Qaireen merendahkan nada suaranya. Mahu Adwan faham tujuan dia mengungkap kata-kata begitu.

Ya, saya tahu. Adwan membalas perlahan.

Kita masuk sekarang Lembut lontaran suara Qaireen.

Adwan mengangguk. Lemah. Saat pintu ditolak, mata mereka bertembung dengan Amanda yang masih lagi berada di dalam bilik itu.

Amanda. Qaireen menegur.

Reen, aku tak susahkan kau ke Amanda berdiri. Menghampiri Qaireen dan Adwan.

Pergi balik, adik. Biar Along dengan Qaireen pula yang jaga. Adwan memintas sebelum sempat Qaireen menjawab.

Dia mengangguk kepada Amanda. Tanda tak kisah. Biarlah dia pula yang mengambil giliran menjaga Mama dan Papanya. Dia ingin menebus silapnya yang telah menyebabkan kedua-duanya jadi begini.

Along jaga diri juga. Reen, thanks. Aku pergi dulu. Assalammualaikum. Amanda menepuk bahu Adwan. Dia berpelukan dengan Qaireen sebelum berlalu.

Qaireen menolak Adwan ke ruang tengah yang memisahkan dua buah katil. Dekat dengan kerusi yang Amanda duduk tadi. Dia tinggalkan Adwan di situ. Dia tahu Adwan mahukan masa untuk bersendirian dengan kedua ibubapanya. Cukuplah dia hanya memerhati dari sofa yang terdapat di dalam bilik ini.

Adwan renung wajah Mamanya. Rasa sebak menyerbu dada. Sakit matanya melihat keadaan Mamanya yang berselirat dengan pelbagai jenis wayar. Tangan Mamanya dipegang.

Ma, maafkan Along. Along tak sengaja. Along tak ada pilihan.

Qaireen kalih pandang. Mendengar bicara Adwan saja dah buat dia sebak apatah lagi kalau melihat tingkah Adwan yang meluahkan rasa hatinya itu. Pasti air matanya berjuraian.

Mama bangun cepat, ma. Bagi Along tebus kesalahan yang Along telah buat. Adwan menggenggam kemas tangan Mamanya. Kepalanya mendongak. Menahan air matanya dari keluar. Walau dia tahu benteng pertahanannya sudah lama runtuh.

Perlahan-lahan dia menoleh katil yang menempatkan Papanya pula. Selimut yang menutup separuh tubuh Papanya dibetulkan. Ditarik hingga menyelimuti dada Papanya.

Pa, ampunkan along. Along tak sangka boleh jadi macam ni. Bangunlah, pa. Along janji along akan sentiasa berada di samping papa untuk uruskan hotel kita. Akhirnya Adwan tewas juga dalam ketentuan takdir. Dia menunduk. Menangis. Teresak-esak hingga terhinggut bahunya.

Bukan sahaja Adwan kalah malah Qaireen juga. Mata yang sudah berkaca berderai akhirnya. Air matanya mengalir menuruni pipi. Rintihan Adwan benar-benar menyentuh hatinya. Dia tahu rasa sakit yang Adwan rasa. Dia pernah alami perkara yang sama. Bezanya dia kehilangan kedua orang tuanya buat selama-lamanya.