MY SWEET ARISSA - 16
TERIMA KASIH, Bad, ucap Puan Hanim sebaik Badrul meletak beg pakaian mereka di tepi pintu Penthouse yang terletak di tingkat paling atas bangunan Hotel Sweet Arena.

Kalau tidak ke rumah Hakimi, di situlah dia dan keluarganya menginap. Memang selesa walaupun tidak sebesar rumah Hakimi. Punya tiga buah bilik tidur, lengkap dengan dapur, ruang tamu dan ruang makan.

Ya. Saya keluar dulu, Puan. Badrul meminta diri.

Bad! panggil Puan Hanim tiba-tiba.

Badrul yang baru hendak memusing tombol pintu menoleh. Ya, Puan

Bad kenal ke dengan budak perempuan tu soal Puan Hanim ingin tahu.

Kenal. Kenapa Puan soal Badrul. Dia mengagak pasti Puan Hanim akan bertanya tentang Arissa.

Kawan Bad ke Tiba-tiba dia merasa seperti hendak marah namun dikawalkan suaranya. Dengar penjelasan Badrul dulu, bisiknya sendiri.

Tak, tapi dia pernah bekerja dengan Sweet Arena

di sini, jelas Badrul.

Ooo... ya Terkejut Puan Hanim mendengarnya.

Ya, akui Badrul sambil mengangguk.

Wafa yang sedang duduk, bangun dan menghampiri Puan Hanim sebaik mendengar perbualan keduanya.

Siapa tu sampuk Wafa ingin tahu.

Assistant Mr Julien Leong. Dialah yang buat proposal untuk projek resort Langkawi Walid dulu. Rasanya Walid kenal sangat dengan dia, jelas Badrul. Mujurlah dia sudah diajar oleh Hakimi apa yang patut dijelaskan bila Puan Hanim bertanya begitu.

Puan Hanim memandang Wafa. Nampaknya menantunya itu bukanlah calang-calang orang walaupun khabarnya anak yatim piatu. Dia pernah mendengar tentang projek resort Langkawi yang terpaksa ditangguhkan gara-gara mahu merebut projek di Johor Bahru beberapa tahun yang lalu.

Ada apa-apa lagi Puan Badrul bertanya. Harapharap tak ada, hatinya berharap sendiri. Dia mahu cepat-cepat keluar dari situ.

Tak ada. Terima kasih. Puan Hanim menggeleng.

Ya. Saya keluar dulu. Sekali lagi Badrul meminta diri.

Puan Hanim menarik nafas dalam-dalam sebaik pintu bertutup rapat setelah Badrul keluar. Dia menoleh memandang Wafa yang sudah duduk semula di sofa yang ada di ruang tamu.

Agaknya mereka dah lama bercinta kut Umi. Wafa membuat telahannya.

Sengaja dia ingin melihat reaksi Puan Hanim. Kalau sudah lama bercinta, masakan Puan Hanim tidak tahu. Atau memang perkara itu sengaja dirahsiakan oleh Hakimi

Hisy, kalau dah lama, tentu Umi tahu. Begitu pun dia tidak pasti dengan kata-katanya sendiri. Masakan semuanya Hakimi beritahu. Sejak bertunang, Hakimi memang banyak berahsia darinya.

Kimi dah bernikah pun... baik putuskan sahaja pertunangan ni Umi.

Wafa menyuarakan pendapatnya dengan suara perlahan. Inilah peluang dia untuk meleraikan tali pertunangannya dengan Hakimi. Dia rimas dengan mamanya, Puan Talha dan Puan Hanim yang suka mendesaknya.

Tak!

Terkejut Wafa mendengar suara lengkingan Puan Hanim yang sedang memandangnya.

Wafa tak mahu bermadu Umi! tegasnya.

Perlahan-lahan dia bangun dari duduk. Tiba-tiba sahaja dadanya menghangat kerana cadangannya dibantah oleh Puan Hanim. Tidak bolehkah wanita itu faham tindak tanduk yang sudah Hakimi buat.

Tentang tu Wafa jangan bimbang... tahulah Umi nak uruskan, ya. Ya, dia punya rancangannya sendiri.

Berkerut dahi Wafa.

Tak baik runtuhkan rumah tangga anak Umi sendiri, berdosa. Kalau Kimi rasa dia boleh bahagia dengan pilihannya, biarlah... Wafa tak mahu berdosa. Cukup-cukuplah dosa yang ada ni, keluhnya mengharap wanita itu faham. Bimbang dia melihat air muka Puan Hanim. Tiba-tiba dia merasa takut dengan wanita itu.

Umi dah janji dengan Wafa dan Mama Wafa... jadi Umi kena tunaikan. Tak kiralah macam mana sekali pun, hmm... dah, jangan fikirkan sangat. Cuma, Umi minta, Wafa jangan beritahu perkara itu pada sesiapa walaupun Mama Wafa sekalipun, pinta Puan Hanim selaku memujuk gadis itu. Dia akan pastikan gadis di hadapannya itu akan menjadi menantunya. Dia tidak mahukan isteri yang sudah dipilih oleh Hakimi.

Umi, jangan macam ni... meruntuhkan masjid itu berdosa besar tau tak, lebih daripada mungkiri janji. Mama dan Papa pun tentu akan faham. Wafa cuba menyakinkan wanita itu dengan keputusannya sebentar tadi.

Puan Hanim menghampiri Wafa dengan senyuman. Bahu gadis itu diusap lembut.

Wafa tak perlu fikir apa-apa. Serah semuanya pada Umi. Tahulah apa yang Umi akan buat pada Hakimi dan budak perempuan tu. Sebenarnya dia belum memikirkan apa-apa. Semak kepalanya dengan kisah Hakimi tadi. Namun cuba diyakinkan dirinya, Wafa akan tetap menjadi menantunya kelak.

Umi. Bimbang Wafa melihat riak wajah wanita itu.

Dah... masuk ke bilik. Rehat, suruh wanita lagi.

Wafa senyap. Tidak tahu apa yang patut dibalasnya lagi.

Wafa nak makan apa-apa ke

Wafa yang sedang mengheret beg pakaiannya memandang Puan Hanim. Kemudian menggeleng kepala.

Wafa nak mandi dahulu kemudian tidur.

Yalah... pergilah berehat.

Wafa mengangguk dan melangkah ke bilik yang pernah dihuninya beberapa kali kalau ke situ. Memang selesa sangat-sangat Penthouse milik keluarga Hakimi. Walaupun tidaklah terlalu besar dan mewah, ia masih dikategori selesa.

Sebaik Wafa menghilang masuk ke dalam bilik, Puan Hanim pula menarik begnya menuju ke bilik utama yang terletak berhadapan dengan ruang tamu. Dia masih berkira-kira hendak menghubungi suaminya untuk memberitahu apa yang telah berlaku di sini.

Tunggu esok jelah, keluhnya sendiri sambil menutup pintu bilik.

Tubuhnya pun masih berasa penat dengan perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan berita pernikahan rahsia Hakimi.

Kimi, Kimi, keluhnya sendiri.

JENUH Hakimi berpusing kiri dan kanan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, namun terasa seperti diasak dengan peristiwa tadi. Matanya masih tidak dapat dipejamkan. Sudah beberapa jam dia berada di atas katil.

Tidak pasti, adakah dia rasa bersalah dengan Puan Hanim atau sebaliknya. Apa pun, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukan. Kali ini biar Uminya tahu yang dia juga punya pendirian dan boleh membuat keputusan sendiri. Dan keputusannya adalah tepat!

Arghhh...

Pantas tubuhnya yang kekar tegak dalam kesamaran cahaya yang mencuri masuk dari bilik mandi. Hakimi bangun dan melangkah ke pintu. Dia mula melangkah keluar dan turun menuju ke tingkat bawah.

Dilihat pintu bilik yang diduduki oleh Arissa terbuka.

Hai, perempuan ni, sengaja nak suruh aku masuk ke Laju langkahnya menuju ke bilik Arissa lalu menjengah ke dalam. Katil bersepah seperti tempat tidur kucing beranak, tetapi Arissa tiada di situ.

Encik cari saya ke

Terkejut Hakimi. Dia menoleh.

Awak ni buat saya terkejut tau! Hakimi mengurut dadanya. Memang dia terkejut sungguh-sungguh tadi.

Arissa sengih.

Encik cari saya ke Sekali lagi dia menyoal.

Tak.. saya tengok pintu bilik ni terbuka, jelasnya. Arissa mengangguk dan mula melangkah ke pintu. Awak dari mana

Dari dapur. Arissa menunjuk botol air yang berada di tangannya.

Hakimi pula mengangguk kepalanya.

Esok Encik pergi jenguk Umi Encik Arissa berhenti di muka pintu bilik dan memandang Hakimi yang masih berdiri di tempat tadi. Melihat gaya lelaki itu seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan kepadanya.

Hakimi menghela nafasnya. Dia sendiri tidak pasti sama ada hendak menjenguk ataupun tidak. Kalau ikutkan bukan jauh sangat pun. Naik ke tingkat atas sekali Hotel Sweet Arena je. Di situlah Penthouse milik keluarga mereka.

Pergilah jenguk Encik. Umi Encik datang dari jauh. Esok saya masakan nasi lemak sambal tUmis udang letak petai. Mak Cik kata itu sambal kegemaran

Puan Hanim.

Hakimi memandang Arissa dengan senyuman.

Awak tak terasa ke apa yang Umi saya cakap tadi

Memanglah terasa. Tapi dia tak tahu kisah sebenar. Masakan saya nak marah. Kau tak tahu aku dah rasa macam nak menangis tadi! Arissa merintih sendiri. Tak apalah, orang tua kan Lagipun memang Puan Hanim tidak tahu kisah sebenar.

Hakimi senyap lalu melangkah ke sofa di ruang keluarga tidak jauh dari pintu bilik tempat Arissa tidur. Arissa tetap tegak berdiri di ambang pintu biliknya.

Menyesal saya bawa awak dalam masalah saya ni. Tak semena-mena awak pula yang kena.

Tak baik mengeluh dan menyesal Encik. Ini jalan yang diaturkan Allah. Mungkin di penghujungnya ada pengajaran untuk kita semua. Jalan untuk bahagia tidak semua manis ketika melaluinya, nasihat Arissa.

Terpegun dia mendengar nasihat Arissa.

Memanglah... tapi saya rasa, rancangan saya ni memang mencari bala. Dah menyusahkan awak pula, keluh Hakimi tidak puas hati.

Encik rasa bersalah dengan Umi Encik ker Arissa sengih.

Mana ada!

Habis tu dah Encik kata menyesal, lepas tu mengeluh... itu tanda-tanda rasa bersalahlah tu. Arissa sengih.

Ya, dia membenarkan kata-kata Arissa. Namun sukar untuk mengakui di bibir. Memang dia rasa bersalah sangat-sangat terhadap Uminya. Walau bagaimanapun dia tetap tidak mahu mengahwini Wafa jika ikatan perkahwinannya dan Arissa terlerai kelak.

Kalau Encik rasa nak patah balik, saya tak ada masalah. Tiba-tiba dia merasa sedih dengan katakatanya sendiri.

Hisy, awak jangan nak mengada-ada! Nikah kahwin ni bukan main-main tau! Tercengang Arissa.

Tapi ini untuk dua tiga bulan kan Dadanya sudah berdebar-debar dengan tutur Hakimi sekejap tadi.

Hakimi senyap lalu bangun.

Saya nak turun. Bercakap dengan awak buat tekak saya kering macam puasa. Dia melangkah menuju ke tangga untuk turun ke dapur.

Betulkah apa yang dicakapkan tadi. Aduh... kepalanya pun sudah tidak menentu dengan situasi yang sedang dialami. Nampaknya perkara begini betulbetul bukan boleh dibuat main-main lagi, keluhnya sendiri.