merayap di kaki. Aku toleh ke bawah dan ternyata bukan satu tapi banyak. Mungkin berpuluh. Pedih gatal makin mencucuk. Kaki kuhentak bagi membuang semut gatal yang penuh di kaki.
Sha! Panggilan Nek Timah menghentikan hentakan kakiku.
Lantas aku mendongak dan kelihatan Nek Timah dan Niel datang bersama. Spontan Nek Timah mencangkung dan tolong menepis semut gatal.
Tak apa nek. Sha boleh buang sendiri. Aku menolak sopan dan menarik lengan Nek Timah.
Masih degil macam dulu. Kedengaran suara Niel.
Geramnya aku dengan dia. Tak kasihan langsung dengan orang yang sedang digigit semut gatal. Sempat wajahnya kukerling. Tiba-tiba permata jernih gugur tepat ketika mata kami bertentang.
Sha, buang semut ni dulu. Niel pun janganlah macam ni. Nek Timah menegur kami dan perhatianku kembali teralih pada kaki. Sandal kucabut dan aku tunduk menguis semut merah kecil.
Alih dulu kaki tu dari sarang dia. Yang pergi pijak sarang dia tu siapa suruh Niel kembali bersuara.
Nek Timah menarikku bangun dan kami berlalu ke kawasan lapang bertar. Niel muncul bersama sandalku. Kakiku kian gatal akibat gigitan tentera mini ini.
Selesai membuang semuanya, kami bertiga duduk di meja gerai Nek Timah. Niel duduk bertentangan denganku. Sesekali badanku direndahkan untuk menggosok belakang kaki yang gatal. Rasa macam hendak tenyeh pada batu sahaja. Gatal betul.
Niel dengan Sha bincanglah elok-elok. Tak baik terus simpan salah faham ni. Kena bagi peluang masingmasing untuk jelaskan. Nek Timah memulakan bicara.
Tak... Aku dan Niel serentak membalas. Masingmasing berbalas pandangan seketika.
Apa yang ingin aku katakan ialah Tak ada apa-apa yang nak dijelaskan. Tidak tahulah Niel pun hendak cakap yang sama atau tak.
Tengok tu. Kalau terus macam ni, tak ada yang nak mengalah macam mana masalah nak selesai. Cuba jangan ego sangat. Salah faham ni macam racun dalam sebuah perhubungan. Tak kisahlah hubungan antara keluarga, sahabat mahupun pasangan. Selagi tak selesai, kita akan saling menyalahkan pihak yang lagi satu walhal masing-masing tak salah. Bila salah faham tercetus, ego beraja memang susahlah nak pertahankan sesuatu hubungan tu. Agak panjang nasihat Nek Timah.
Aku hanya mampu tunduk. Mengiyakan di dalam hati walau bibir terkunci.
Nek, kami bukannya bercinta pun. Niel laju mencelah. Merapu betul alasan Niel.
Aku dongakkan kepala. Wajah Niel kelihatan tidak puas hati dengan kenyataan Nek Timah tadi.
Nenek tak kata kamu berdua bercinta. Nenek cuma kata sesuatu hubungan. Macam kamu berdua ni, adik-beradik angkatlah. Nek Timah membetulkan silap faham Niel.
Itulah, cepat sangat buat konklusi entah apa-apa. Jelas kelihatan Niel menghela nafas yang agak panjang. Hampir sepuluh saat kami bertiga diam membisu sebelum seseorang memberi salam.
Jiran Nek Timah sudah sampai nampak gayanya. Jawabnya aku dan Niel akan tinggal berdua di sini. Usai menyalami Nek Timah, aku turut melangkah, tetapi ke arah bertentangan dengan Nek Timah.
Sha, lupa dah nasihat nek tadi Lembut sekali soalan Nek Timah. Lenganku dipautnya perlahan. Dalam keterpaksaan aku pamer senyuman nipis.
Sha sebagai yang lebih tua, kena beralahlah dengan adik. Lagi kata-kata Nek Timah yang tepat menusuk ke jantungku.
Macam aku kakak yang entah apa-apa pula. Tetapi, kalau dengan adik aku, boleh saja aku beralah. Ini dengan budak Niel, memang rasa hendak beralah tu jauh beribu batu. Bila melihatkan renungan Nek Timah yang benar-benar mengharap, aku jadi kalah. Perlahan-lahan aku mengangguk.
Hilang kelibat Nek Timah, aku kembali duduk di kerusi bertentangan dengan Niel. Dia sedang khusyuk bermain dengan telefonnya. Baru aku perasan ianya bukan Galaxy Note, sebaliknya iPhone keluaran terbaru.
Niel pergi mana Puas akak cuba hubungi Niel. Tiba-tiba mulutku becok. Lupa pula kami sedang perang dingin.
Niel mendongak. Wajahku ditenungnya hampir sepuluh saat. Macam hendak ditelan saja mukaku. Kecut juga perutku. Berkelip-kelip mataku memandang Niel. Dia langsung tidak berkelip.
Baru sekarang mak cik nak cari saya Bukan ke sebelum ni mak cik tak bagi saya muncul dalam hidup mak cik Walaupun saya ni poyo dan sengal, tapi saya tetap manusia yang ada hati dan perasaan. Tiba-tiba Niel meluahkan rasa hati.
Bibir kuketap sebelum membalas, Akak betulbetul minta maaf. Akak tak sengaja. Akak tersalah faham. Kak Mun memang bagitahu Fitri yang pujuk dia, tapi akak tak sangka yang Fitri tu Niel. Akak ingatkan Fitri lagi satu. Lagipun, kenapa Niel tak guna nama sebenar Kan terus kena serangan dariku. Hilang semua rasa kekok tadi terbang entah ke mana.
Sebabnya, masa saya sibuk pujuk Kak Mun tu saya tak sempat nak bagitahu nama saya. Dan kebetulan pula ummi telefon. Kak Mun dengar saya bahasakan Fitri dengan ummi jadi dia terus assume nama saya Fitri. Saya pula malas nak bagitahu nama sebenar sebab malas nak rumitkan keadaan dan orang akan tertanya-tanya pula nanti. Penjelasan Niel lebih panjang nampaknya. Tetapi memang sangat berasas alasan Niel. Hakikatnya memang kami berdua sibuk dengan salah faham yang remeh.
Macam mana Niel boleh jumpa Kak Mun Katanya Niel terserempak dengan dia dekat Dataran Pahlawan. Tapi, akak tak rasa yang Niel terserempak dengan dia. Mesti ada sesuatu yang akak tak tahu. Cerita aje dekat akak supaya tak ada salah faham dah lepas ni. Pandanganku penuh mengharap. Tidak sanggup bertanda tanya lagi. Sudah terlalu banyak tanda tanya terpaksa kuhadap. Bermula dengan kehilangan Munirah, kemudian Niel pula.
Niel merenungku dua saat sebelum meraup rambutnya dengan jari. Ala-ala iklan Brylcream pula aku tengok.
Ceritanya panjanglah mak cik. Pendekkan. Terus aku mencelah.
Niel silangkan tangannya ke dada, kemudian bersandar pada kerusi. Dari riak wajahnya seakan dia sedang menyusun kata.
Ingat tak malam Kak Mun hilang tu, mak cik ada call saya semula tanya tentang panggilan telefon. Masa tu saya nak bagitahu yang Faiz pesan suruh mak cik call dia semula secepat mungkin. Tapi, mak cik terus putuskan perbualan kita. Dari suara mak cik, saya dah tahu ada something big yang dah berlaku. Saya call Kak Zila nak dapatkan kepastian. Kenyataan Niel menimbulkan tanda tanyaku yang lain pula.
Kak Zila
Kami sempat bertukar nombor telefon masa sama-sama makan mempelam epal hari tu. Tahu-tahu sahaja Niel apa yang berselirat dalam fikiranku.
Aku hanya balas dengan anggukkan. Niel mengubah posisinya. Badan dialih ke hadapan sedikit dan kedua tangan diletak di atas meja.
Saya pujuk Kak Zila ceritakan apa yang berlaku. Kemudian, saya terus cari Facebook Kak Mun. Jumpa dari friendlist mak cik. Mujur mak cik dah aktifkan FB mak cik tu. Kata-kata Niel mengundang kerutan seribu di dahiku.
Badanku pula yang dianjak ke hadapan. Dagu ditongkat pada tangan kanan.
Saya tengok list tempat belajar dan asal Kak Mun. Ipoh, Melaka dan Shah Alam. Saya andaikan Kak Mun tak ke Ipoh sebab bimbang terserempak dengan keluarga dia. Sesetengah orang akan lari jauh dari keluarga bila ada masalah sebab tak nak susahkan hati keluarga. Jadi Ipoh saya tolak. UiTM Shah Alam pula, erm saya andaikan sekitar Shah Alam. Tapi, firasat saya kata itu bukan pilihan utama Kak Mun untuk tenangkan diri. Melaka pula lebih jauh berbanding Shah Alam dan banyak tempat yang Kak Mun boleh pergi. Habiskan masa dengan berjalan di sekitar Dataran Pahlawan, naik Taming Sari atau beca. Firasat saya kuat ke situ, jadi saya upah orang untuk cuba jejaki Kak Mun kat sana. Alhamdulillah pencarian tu berhasil. Petang tu juga saya terus ke Melaka. Penerangan Niel kudengar dengan mata yang boleh kukira berapa kali sahaja berkelip.
Ahli nujum ke Niel ni Atau pernah menuntut ilmu dengan Detective Conan
Mak cik tak perlu tengok saya macam nak telan. Jangan pernah ambil mudah dengan firasat kaum Adam. Kali ini Niel hadiahkan senyuman nipisnya untukku.
Faiz dan Mukhriz tak dapat pun firasat macam
Niel.
Mungkin masa tu dia orang tengah kusut dan serabut. Tak boleh nak fikir jauh. Kalau saya tengah kusut pun saya tak mampu fikir rasional. Jawapan Niel sekali lagi tidak boleh kusangkal.
Aku anggukkan sahaja kepala.
Orang tengah sedih tak akanlah nak pergi tempat yang banyak kenangan dengan orang yang buat dia sedih. Rasa macam nak pergi jauh, tapi at least kena pergi somewhere yang familiar, sambung Niel dan aku terangguk-angguk mengiyakan.
Cakap tentang pergi jauh ni, erm Niel pergi mana sebenarnya Isu lain pula yang kuutarakan.
Niel kembali berpeluk tubuh dan baru sahaja dia membuka mulut ketika azan Asar berkumandang dari masjid berhampiran. Kami senyap seketika sambil menghayati azan. Harap-harap Niel juga sama denganku. Usai doa selepas azan dibaca, aku kembali memandang Niel.
Dah Asar. Akak rasa kita balik dululah kut. Tapi, Niel masih hutang jawapan dengan akak. Jari telunjuk kuangkat separas dagu tepat ke wajah Niel.
Apa-apa ajelah mak cik. Niel terus menolak kerusi. Kami sama-sama menyimpan kerusi ke atas meja semula.
Mak cik, telefon mak cik tu memang nak terus tinggal atas meja ni Soal Niel tiba-tiba.
Pandanganku terus dihala ke meja. Oh, boleh pula dari tadi aku tak nampak. Mungkin terlalu fokus dengan perbincangan isu salah faham kami.
Tak nampak pun daun Tiba-tiba Niel menyoal lagi ketika langkah kami dimulakan.
Daun Handset daun ke Handset tu dah lamalah. Masa zaman akak sekolah dulu popular. Sekarang orang tak pakai dah. Dengan yakinnya aku menjawab.
Mak cik ni kalau tak merapu memang tak sah ya Maksud saya Daun Hijau, si Iriz mak cik tu. Niel sedikit mendengus. Aku mencebik dua saat sebelum menoleh ke arahnya.
Amboi, sesedap rasa dia aje panggil kereta orang Daun Hijau. Habis tu Lada Merah Niel tu mana Aku luahkan dengan nada geram. Mata sengaja kujegilkan. Niel ketawa sebelah sambil menggeleng. Kemudian renungannya singgah ke mataku semula.
Saya rindu sangat... Belum sempat Niel habiskan ayatnya, aku spontan mengelipkan mata. Maksud saya, rindu sangat nak usik mak cik. Jawapan Niel berserta deheman.
Eh, tak ada orang lain ke nak usik selain akak. Aku boleh pula layankan perangai budak-budak Niel.
Mak cik aje yang saya paling suka usik sebab mak cik ni kelakar bila marah. Macam kartun pun ada. Sumber untuk buat saya gelak. Terapi yang sangat bagus untuk hilangkan stress. Siap dengan kepala terangguk-angguk Niel menjelaskan.
Oh, sesuka hati aje cakap akak kelakar macam kartun. Sabar ajelah. Kata-kataku diiringi dengan jelingan setajam mungkin.
Niel balas dengan ketawa lagi. Akhirnya entah mengapa aku ikut ketawa.
WALL Facebook sudah hampir tembus kurenung. Jari telunjuk turut sama mengetuk komputer ribaku. Akhirnya nama Syafiq kutaip di ruangan cari dan jariku mula menaip ayat yang sesuai melalui peti mesej.
Aliya Shaqina:
Assalamualaikum. Aku nak tanya sikit boleh
Aku tunggu balasan dari Syafiq. Hal ini harus dijelaskan sebab aku rasa tidak sedap hati jika terus dibiarkan.
Shafiq:
Waalaikumussalam. Boleh, tanya ajelah.
Selamba sahaja balasannya. Eh, sudah lupakah tentang risikan keluarganya minggu lepas Aku pula yang mula jadi malu dan agak kekok sekarang.
Aliya Shaqina:
Kenapa tiba-tiba hantar keluarga datang rumah
Walau kekok, tapi aku tetap terus ke niat utama. Lama juga aku menanti jawapan dari Syafiq. Agaknya puas fikirkan ayat paling sesuai atau pendek cerita tak tahu hendak jawab apa.
Shafiq:
Aku sebenarnya nak cuba nasib. Mana tahu ada rezeki, kau terima. Hehe.
Aliya Shaqina:
Kau selamba hehe Kau ingat ini benda mainmain ke Susah payah mak dan ayah kau datang rumah aku dan kau boleh cakap nak cuba nasib. Tak reti nak berbincang dulu dengan aku Agakagaklah juga tiba-tiba nak masuk meminang aku. Kau letak mata dekat lutut ke apa Kita dah lama kawan dan aku rasa perkataan kawan tu dah sebati dengan kita. Tak akan pernah berubah.
Shafiq:
Sebab kita dah lama kawanlah, aku ingatkan perasaan tu boleh berubah jadi lebih istimewa.
Aliya Shaqina:
Memang silaplah kalau kau anggap macam tu. Bagi aku cukup kita jadi kawan. Aku tak boleh terima dan aku tak sangka kau nak kat aku.
Shafiq:
Aku pun tak tahu bila aku mula jatuh cinta dekat kau. Tiba-tiba aje datang. Tapi, tak salah kalau kita mencuba. Aku ada peluang lagi, kan
Seriau aku mendengar perkataan jatuh cinta. Biar betul si Syafiq ni Bibir kuketap dan aku alihkan laptop dari ribaanku. Kemudian kepala kulabuhkan ke bantal.
Tak faham sungguh dengan lelaki. Bertahun jadi kawan, boleh pula dia mahu jadi lebih serius. Sukar untuk aku menerimanya. Pintu hatiku masih terkunci rapat untuk sesiapa. Belum sampai masanya lagi.
Bukannya aku terlalu memilih pasangan, tapi kalau boleh aku nak yang kaya, kacak dan bekerjaya.
Galaxy A tiba-tiba berbunyi. Tanganku terus mencapainya. Ala, Syafiq telefon pula. Laptop kutarik ke atas riba semula. Mesej dari Syafiq kubaca.
Shafiq:
Kau faham tak maksud aku
Sha
Ish, apalah dia ni. Tanganku laju menaip mesej balasan.
Aliya Shaqina:
Aku faham. Cuma, lebih baik kau jangan harapkan peluang tu. Aku tak suka bagi harapan pada orang. Kita lupakan ya Ramai lagi calon yang lebih baik untuk kau. Percayalah, si dia yang terbaik akan muncul nanti. Ok, aku dah mengantuk, bye.
Tanpa rasa bersalah aku terus log out akaun Facebook. Biar jujur dari awal. Aku paling tak suka beri harapan pada orang. Harapanku agar Syafiq mengerti. Jika dia masih sayangkan persahabatan kami, semuanya akan kembali seperti sedia kala.
Tapi, pastinya rasa kekok itu akan hadir jua antara kami. Biarkanlah. Siapa yang suruh dia buat semua ini.
Malas memikirkan hal Syafiq lagi, lalu Galaxy A kucapai semula. WhatsApp dari Munirah kubuka terlebih dahulu.
Munirah:
Sha, Faiz ada hajat ni.
Aliya Shaqina:
Hajat apa pula
Berdebar-debar aku menanti Munirah selesai menaip. Jangan hajat yang bukan-bukan sudahlah.
Munirah:
Sebagai tanda terima kasih untuk Fitri, boleh tak kita orang nak ajak dia dan kau makan
Aliya Shaqina:
Fitri mana ni Confuse aku.
Munirah:
Ish, adik angkat kau lah. Faiz nak ucap terima kasih sebab tolong nasihatkan aku.
Alahai, kena temukan Niel dengan Faiz pula. Masalahnya aku tak tahu bagaimana untuk menghubungi Niel. Rasanya Niel sudah tidak menggunakan nombor sebelum ini.
Kenapalah petang tadi kami sibuk bergaduh sahaja Sepatutnya aku minta nombor barunya. Eh, haruslah mustahil. Tak akan aku pula yang terhegehhegeh minta nombor telefon Niel
Munirah:
Sha, nanti kalau Fitri setuju bagitahu aku ya. Kita tentukan masa.
Aliya Shaqina:
Ok, tapi aku tak janji bila. Nanti aku bagitahu dia.
Itu sahaja yang kubalas. Malas hendak panjangkan cerita. Andai Niel ada hubungi aku dalam masa terdekat ini, bolehlah aku nyatakan hajat Faiz. Tetapi, andai bertahun-tahun Niel senyap menyepi dariku memang tiadalah rezeki untuk mereka bertemu.
SIARAN radio kutukar untuk kesekian kalinya. Langsung tiada lagu yang kena dengan jiwa.
Galaxy A kucapai dan punat kutekan dan skrin kusentuh. Ada 10 mesej WhatsApp. Sembilan mesej adalah dari WhatsApp group. Sebenarnya aku memang kurang aktif dengan mana-mana WhatsApp group. Tak ada privasi. Tetapi jika pekara yang dibincangkan berkaitan dengan konvoi perkahwinan yang aku akan sertai, maka aktiflah aku. Atau hal-hal kerja yang berkait rapat denganku. Jika tidak memang aku jadi silent member sampai ke sudah.
Ada satu sahaja WhatsApp yang benar-benar mencuri perhatianku sekarang. Bukan kerana betapa pentingnya ia, tetapi kerana betapa merimaskan.
WhatsApp kesepuluh dari nombor yang sama.
+601532462451
Tengah buat apa tu
WhatsApp sebelum ini mula kubaca mengikut turutan. Ada 9 kesemuanya. Makin lama makin meluat idea si penghantar misteri untuk mendapatkan responsku. Memang tak reti hendak putus asa agaknya. Ikutkan hati, mahu sahaja aku tukar nombor telefon. Tetapi, itu macam aku mengaku kalah pula. Aku harus menang dalam perang WhatsApp ini.
+601532462451:
Salam
Hai, boleh berkenalan
Sombongnya dia.
Hello, selamat pagi.
Assalamualaikum. Tak jawab berdosa.
Hai hai orang di sana.
Bila nak reply WhatsApp
How are you
Buat apa tu
Pinn Bunyi hon yang agak kuat dan panjang membuatkan Galaxy A terlepas dari tanganku. Mujur hanya jatuh ke riba. Dalam kelam-kabut aku memandang ke hadapan. Patutlah, kereta di hadapan sudah bergerak ke kaunter lagi satu. Terkocoh-kocoh aku menurunkan brek tangan dan menukar ke gear D.
Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan Suara petugas ramah kedengaran.
Bagi saya satu Bubur Ayam WhatsApp. Dengan yakin aku menjawab.
Haaa Dia kedengaran terkejut. Selang satu saat kemudian, kedengaran pula ketawa melalui mesin suara.
Eh... sorry, tersasul. Dengan rasa malu memuncak, aku terus minta maaf. Cepat-cepat aku sambung membuat pesanan lain.
Ya Allah, malunya aku.
Ish, ini semua salah si penghantar misteri. Buat malu aku sahaja. Tapi, macam jahat pula aku salahkan dia. Walhal salah sendiri.
Siapa suruh sibuk main telefon tadi Tak kiralah kita sedang menunggu giliran untuk drive thru makanan segera atau drive thru basuh kereta, mahupun ketika lampu isyarat merah. Tetap tidak boleh leka dengan benda lain hingga mengganggu fokus. Sesaat terlalai, buruk padahnya.
Pesanan Khidmat Masyarakat untuk diri sendiri!