Acu, cepatlah. Acu kata nak bawa Haziq jumpa Mama dengan papa ni. Haziq dah tak sabar nak jumpa Mama dengan papa dah ni.
Elzaara menggesekkan matanya dan menoleh ke arah jam loceng yang tersusun cantik di atas meja solek arwah. Jarum jam baru menunjukkan pukul enam pagi dan dia sudah dikejutkan oleh Haziq untuk bersiap ke kubur.
Haziq Awalnya Haziq bangun. Macam mana Haziq boleh ada dekat bilik ni Suara garau bertambah serak Elzaara menyapa Haziq yang berdiri di sisi katil. Dia terkejut melihat Haziq berada di bilik arwah mamanya sambil tersenyum lebar.
Haziq cari Acu dekat bilik tak ada lepas tu Haziq tengok dalam bilik ni, nampak Acu tengah tidur. Tu yang Haziq kejutkan Acu. Bila kita nak pergi jumpa Mama ni Acu Rengek Haziq. Wajahnya yang gembira kini bertukar menjadi cemberut kerana Elzaara bagaikan melengah-lengahkan pertemuan yang dirancang sejak semalam.
Okey, okey jom kita siap. Haziq pergi mandi dulu, solat subuh lepas tu Haziq siap-siap ya. Takkan nak jumpa Mama pakai baju tidur. Acu pergi siapkan baju Haziq yang paling cantik sekali!
Okey Acu! Yeayyyy, sayang Acu! Bergegas Haziq berlari menuju ke biliknya untuk bersiap.
Elzaara hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak saudaranya yang begitu mendambakan pertemuan bersama Mamanya. Dia mula mengemaskan katil arwah dan menarik laci meja solek lalu mencapai senaskah surah Yassin.
Tiba di bilik Haziq, kedengaran cucuran air pancut di bilik air. Elzaara terus merapati ke almari baju Haziq dan mengeluarkan sehelai kemeja T dan juga sehelai seluar jeans untuknya. Tanpa menunggu Haziq keluar dari bilik air, Elzaara terus memanjangkan langkahnya ke arah kamarnya dan bersiap-siap.
Ibu, El nak bawa Haziq keluar kejap tau, Elzaara memberitahu Puan Rahayu sebaik sahaja dia berselisih dengan ibunya di ruang tamu.
Nak ke mana Pagi-pagi lagi dah nak keluar Soal Puan Rahayu dengan dah berkerut.
Ke kubur. Nak bawa Haziq ke sana. Dia minta El bawakan dia pergi sana. Bolehkan ibu
Okey, boleh. Pergilah. Tapi, jangan lupa makan dulu sebelum nak ke sana. Haziq mana
Tengah siap dekat atas. Ibu tak nak ikut sekali ke Elzaara mempelawa ibunya.
Taklah. Kejap lagi ayah balik tengok rumah kosong pula. Nanti ibu pergi dengan ayah. Nak pergi sana, jangan emosi El. Kuatkan hati, jangan jadi lembik depan Haziq. Kasihan dia. Janji dengan ibu ya sayang Elzaara mengangguk, El janji ibu. Insya-Allah!
Janji yang dibuat oleh Elzaara sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan di hati Puan Rahayu. Puan Rahayu berharap sangat supaya Elzaara tidak akan sampai terbawa-bawa emosi dan perasaannya bercampur-aduk sebaik sahaja dia berada di kubur nanti. Puan Rahayu sangat faham dengan perangai Elzaara yang amat sensitif apabila melibatkan arwah Kakaknya, Elfira.
Acu jom... tiba-tiba Haziq menarik tangan Elzaara.
Haziq, makan dulu. Nanti karang Haziq lapar susah. Makan dulu ya nenek dah buatkan nasi goreng, ada dekat dapur tu. Pergi ajak Acu makan dulu... tegur Puan Rahayu.
Tak apalah Nek. Haziq dah lambat ni. Haziq nak pegi jumpa Mama.
Makan dulu Haziq. nanti perut kosong macam mana nak jumpa Mama Jom makan dulu ya Pujuk Puan Rahayu.
Okey Nek.
Di dapur, Puan Rahayu sibuk menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan cucu dan anak bongsunya. Haziq makan dengan penuh kelajuan tanpa menghiraukan kalau-kalau dia tersedak.
Haziq, makan elok-elok sayang. Tak mau makan laju-laju, nanti tercekik. Makan perlahan-lahan ya sayang. Kalau tak, Acu tak nak bawa Haziq pergi jumpa Mama, ugut Elzaara. terus sahaja Haziq memperlahankan kunyahannya. Nasi di dalam pinggannya sudah tinggal sedikit.
Haziq nak tambah lagi Tambah sikit lagi ya... Puan Rahayu menyendukkan lagi nasi goreng ke dalam pinggan Haziq.
Haziq yang tidak sempat mengatakan tidak hanya terdiam melihat neneknya menambahkan nasi untuknya. Tanpa banyak bicara, nasi goreng terusmenerus masuk ke dalam mulutnya lalu dikunyah.
Dah Haziq soal Elzaara sebaik sahaja melihat pinggan Haziq licin buat kali keduanya.
Elzaara yang sudah kekenyangan sudah mencuci pinggannya dan kini tersandar malas di kerusinya.
Dah Acu.
Okey, angkat pinggan tu, lepas tu basuh ya. Acu tak nak Haziq tinggal je pinggan dalam singki tu. Kesian nenek nak basuh nanti.
Dah, biarkan je. Nanti basah lencun pula baju Haziq tu. Haziq, letak je situ nanti nenek basuhkan. Dah-dah pergi cepat. Karang dah panas terik payah pula. Haziq, sudah, sudah. Basah baju tu nanti... Tegur Puan Rahayu menghentikan tindakan Haziq yang sedang mencuci pinggannya. Bajunya sudah terkena percikan air dek gara-gara membuka air dengan kuat. Puan Rahayu segera menutup paip singki dan menarik pinggan dari tangan Haziq.
Haziq segera membasuh tangannya yang sudah penuh dengan sabun buih lalu mengikuti Acunya. Elzaara menyalami tangan ibunya dan diikuti dengan Haziq. Elzaara sudah menyusun barang ke dalam kereta dan di tangannya hanya berisi sebotol air mawar. Puan Rahayu menghantar anak dan cucunya ke muka pintu sehinggakan kereta MyVi Elzaara hilang daripada pandangan.
Setibanya mereka di tanah perkuburan, Elzaara memakirkan keretanya di bawah pohon yang rendang. Haziq yang begitu teruja untuk berjumpa dengan mamanya kelihatan sibuk membelek dirinya di depan cermin kereta. Dia mencapai songkoknya yang diletakkan di seat belakang dan memperbetulkan keadaannya bagi memastikan dirinya kemas.
Elzaara pula membuka pintu belakang kereta dan mengeluarkan sebotol air mawar dan juga segulung tikar. Senaskah Yaassin dicapai dari dalam dashboard dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
Acu, cepatlah. Haziq nak jumpa Mama ni. Tak sabar ni... Keriangan Haziq untuk bertemu dengan Mamanya terpancar di wajah. Sejak dari dalam rumah sehinggalah ke tanah perkuburan keterujaan Haziq tidak pernah pudar dan makin galak dia mendesak Elzaara agar cepat sampai kerana dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Mamanya.
Yelah-yelah sabarlah kejap. Acu nak kunci kereta dulu. Nah, Haziq tolong bawa botol air ni boleh tak Segera Haziq mencapai botol air yang dihulurkan oleh acunya meskipun dia tidak mengerti untuk apa air itu.
Haziq, ingat pesan Acu ya. Jangan bising-bising dalam kawasan kubur tau. Tak elok, Elzaara memberi pesanan kepada Haziq.
Okey Acu. Tapi, kalau Haziq nak cakap pelanpelan dengan Mama boleh tak Acu
Elzaara menganggukkan kepalanya.
Assalamualaikum wahai penghuni kubur, Elzaara memberi salam sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam kawasan perkuburan.
Mereka beriringan masuk dan merentasi deretan kubur. Ranting kayu dan daun-daun kering bersepahan di atas tanah dan suasana yang sunyi membuatkan Haziq seperti agak ketakutan sedikit kerana dia berjalan sambil memegang hujung blaus Elzaara. Tiba sahaja di hadapan sebuah kubur yang terletak di bawah pohon rendang, Elzaara membentangkan tikar.
Haziq mula duduk di hadapan kubur dan dia kelihatan tercengang apabila melihat Elzaara yang mula membuka senaskah Yassin yang diambil dari beg sandangnya dan membaca di hadapan kubur. Haziq terpandangkan tulisan yang terukir di batu nesan berwarna putih itu tetapi dia langsung tidak memahaminya kerana tulisan itu adalah tulisan jawi.
Acu...
Jari telunjuk Elzaara tegakkan dan diletakkan ke bibirnya sebagai tanda isyarat supaya Haziq menutup mulutnya dahulu sementara dia menghabiskan bacaannya. Haziq yang faham akan isyarat tersebut dengan segera menekup mulutnya dengan kedua belah tangan.
Elzaara meneruskan pembacaannya sehingga habis dan Haziq hanya diam sambil tangan comelnya mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di atas kuburan mamanya tanpa disuruh.
Sadaqallahulazim...Alhamdulillah! Elzaara menutup helaian terakhir naskah Yassin tersebut dan menyimpan kembali naskah itu ke dalam beg sandangnya.
Dia mengukir senyuman pada Haziq yang masih lagi tekun mencabut rumput. Rumput-rumput tersebut bagaikan menarik minat Haziq sehinggakan dia masih lagi tidak sedar bahawa Elzaara sudah menyudahi bacaannya. Elzaara mengusap belakang Haziq dan memeluknya dengan erat.
Assalamualaikum Kak, adik datang ni Kak. Dah lama adik tak datang melawat Akak, kan Adik minta maaf Kak sebab adik tak pernah nak melawat Akak kecuali masa hari pengebumian Akak dulu. Oh ya Kak, ni adik datang bawa Haziq, anak Akak satu-satunya. Haziq, inilah kubur Mama Haziq, Elzaara mengenggam tangan Haziq untuk meminjamkan kekuatannya kepada anak buah kesayangannya itu walhal dia sendiri tidak pasti sama ada Haziq kuat atau pun tidak untuk menyingkap kebenaran di hadapan matanya.
Ini kubur Mama Haziq Elzaara mengangguk.
Batu nesan di hadapannya di usap lembut dan jari-jemarinya berhenti di ukiran nama arwah pada batu nesan tersebut. Haziq terdiam apabila melihat anggukan Elzaara.
Mama, Haziq datang nak tengok Mama. Haziq rindu dekat Mama. Haziq tak pernah tengok Mama depan mata Haziq. Haziq tak pernah rasa Mama belai Haziq. Kenapa Mama pergi tinggalkan Haziq Sebak mula mengundang di kawasan perkuburan. Suara Haziq tiba-tiba menjadi sayu dan sendu apabila melihatkan sebuah kubur dihadapannya. Mama... hanya dua ulas bibir bergerak tanpa suara. Air mata mula bertakung di tubir mata Haziq.
Elzaara tidak mampu nak mententeramkan hati anak saudaranya sedangkan hatinya juga turut walang tika itu. Ucapan demi ucapan yang dilontarkan oleh bibir Haziq membuatkan Elzaara terkelu.
Elzaara hanya mampu memeluk erat tubuh kecil Haziq. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan bagi menenangkan hatinya kerana Elzaara juga sedang merasakan apa yang dirasakan oleh Haziq kini. Air matanya yang kini bertakung di kelopak mata cepatcepat dikesat kerana dia tidak mahu Haziq melihatnya menangis.
Kak, adik tengah tunaikan amanah Akak untuk jaga Haziq. Tapi, adik minta maaf sebab adik cuai dan lalai masa jaga Haziq baru-baru ni. Adik tau adik dah bersalah sebab tak jaga Haziq betul-betul sampai Haziq masuk hospital. Adik janji dengan Akak yang adik akan jaga Haziq betul-betul lepas ni. Adik takkan cuai lagi. Itu janji adik! Elzaara seakan-akan berikrar dihadapan Elfira sambil Haziq dipeluk erat. Suaranya serak dan sebak sewaktu dia melafazkan janji. Haziq, meh bangun, siram air ni dekat kubur Mama, Elzaara meleraikan pelukannya dan kedua-dua mereka bangun untuk menyirami pusara Elfira.
Air mawar yang turun bagaikan hujan yang membasahi bumi diiringi dengan air mata Elzaara yang masih belum ada tanda-tanda untuk kering. Di biarkan air matanya menuruni ke pipi tanpa diseka. Hatinya pedih mengenangkan sebuah pusara di hadapannya dan juga sekujur tubuh yang berada disisinya.
Haziq, jom balik sayang... Ajak Elzaara. Di menutup botol kosong dan juga cuba untuk menggulungkan tikar tetapi Haziq masih lagi tidak berganjak dari situ.
Haziq menggelengkan kepalanya. Dia hanya Kaku di hadapan pusara Mamanya.
Haziq ada apa-apa nak cakap dengan Mama lagi ke Soal Elzaara lembut.
Mama dengar ke apa Haziq nak cakap Kan Mama duduk dalam tanah.
Elzaara mengangguk, Ya sayang. Mama dengar apa yang Haziq nak cakap. Haziq cakaplah apa yang Haziq nak cakap. Acu tunggu.
Mama, Haziq sayang sangat dengan Mama. Haziq teringin nak jumpa Mama dengan papa. Sampai sekarang papa tak datang jumpa Haziq. Mama dah tinggalkan Haziq, papa pun tak ada jenguk Haziq. Papa tak sayang Haziq ke Atau papa pun dah pergi tinggalkan Haziq macam Mama Tersedu-sedu Haziq meluahkan rasa hatinya kepada Mamanya.
Begitu lurus hati seorang kanak-kanak yang begitu dahagakan dan dambakan kasih sayang seorang Mama dan papa meskipun dia disayangi oleh Acu, atuk dan juga neneknya. Walaupun Haziq hidup dengan penuh kasih sayang daripada orang sekelilingnya tetapi apa yang dia inginkan adalah kasih sayang daripada Mama dan papa kandungnya.
Elzaara begitu tersentuh apabila mendengar akan luahan hati Haziq yang begitu jujur. Dia sedar bahawa selama ini dia tidak berlaku jujur dengan Haziq. Dia langsung tidak menyangka bahawa Haziq amat merindukan papanya.
Haziq yang begitu mendambakan seorang papa di dalam hidupnya sebagai pengganti mamanya yang sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Walaupun kasih sayang yang dicurahkan oleh Elzaara sekeluarga melebihi segala-galanya tetapi manakan sama dengan kasih sayang ibu bapa yang sebenar!
Haziq... pujuk Elzaara.
Haziq menoleh dan kemudiannya tersenyum. Dia tidak mahu Elzaara sedih apabila melihatnya sebak.
Acu, jom balik. Mama nak rehat. Nanti kita datang lagi boleh tak Acu pintanya dengan sepenuh hati.
Boleh, boleh. Nanti sabtu ahad Acu bawa Haziq datang ziarah Mama lagi ya Laju sahaja Elzaara menyetujui cadangan Haziq.
Haziq mengangguk mendengar jawapan Elzaara. Reaksi wajahnya hanya tampak bersahaja tanpa sebarang ekspresi.
Mereka mula mengemaskan tempat tersebut dan memastikan pusara Elfira kelihatan kemas dan teratur tanpa sebarang sampah yang mungkin ditinggalkan oleh mereka berdua. Tikar digulung secara kasar dan Haziq sudah berdiri tegak bersedia untuk pulang. Elzaara memegang batu nesan dan berbisik.
Kak, adik balik dulu ya. Nanti adik datang lagi kemudian. Akak rehat dekat sini tau. Assalamualaikum Kak. Adik sayang Akak sangat-sangat.
Mama, Haziq balik dulu tau. Nanti Haziq datang lagi. Sayang Mama. Ucap Haziq sebelum beredar meninggalkan kubur mamanya.