MY PRETTY BOY - 16
TAK! Jerit Tunku Hardie, meronta-ronta untuk dilepaskan.

Lebih kuat dia meronta, lebih kuat lagi kedua-dua RO itu memegang tangannya. Sejak tadi tumpuan dihalakan ke arah Tunku Hardie. Tak sanggup rasa untuk melihat dedahan aurat Maria yang sengaja diperlakukan itu. Sama taraf seperti pelacur jalanan!

Kamu semua bawa tertuduh di ruang tamu dan kamu, sila sarungkan pakaian kamu dan jumpa kami di ruang tamu, arah RO sekali lagi.

Mereka semua mengganguk faham. Tunku Hardie tak terdaya berbuat apa-apa melainkan menurut saja kemahuan RO yang bertugas.

Sampai hati you, Qamra! Sampai hati you buat I begini kesal Tunku Hardie dalam hati.

Tunku Hardie menunggu di sofa tamu sementara menanti Maria keluar dari bilik. RO yang lain duduk berdekatan dan ada juga yang menanti di muka pintu. Bimbang jika mereka berdua tiba-tiba meluru keluar melarikan diri. Sebentar kemudian muncul Maria yang sudah siap berpakaian. Dia diarahkan duduk bersebelahan dengan Tunku Hardie.

Saya tak mahu panjangkan cerita, penyelesaian adalah kamu berdua harus bernikah sekarang ini juga. Demi menjaga nama baik, Tun Tunku Harith.

Apa Nikah Saya kena nikah dengan dia! Tak, Tuan. Saya tak mahu nikah dengan dia! Sangkal Tunku Hardie sambil merenung tajam ke arah Maria yang tenang mendengar. Seperti merelakan apa yang telah terjadi di antara mereka berdua.

Adakah pernah kamu terfikir berkali-kali untuk melakukan perbuatan terkutuk ni Kamu berdua sudah sedia maklum bahawa zina itu salah satu dosa-dosa besar, tapi kenapa kamu berdua masih lagi menghampiri Di mana kamu berdua letakkan nilai agama kamu sampai kamu boleh tergoda dengan hasutan syaitan laknatullah Berdas-das soalan ketua RO bertanyakan mereka berdua.

Masing-masing terdiam. Tunku Hardie membatukan diri. Hala pandangan hanya pada jambangan bunga anggerik yang terletak elok di atas meja. Renyukan kertas tadi masih lagi berada dalam genggaman. Fikirannya menapak semula pada Qamra Ain. Dia bosan untuk fikirkan benda lain. Dan, dia hampir terlupa yang malam ini seharusnya membawa Qamra Ain makan malam dan sekaligus perkenalkan gadis itu pada Papanya. Tanpa istikharah, dia yakin Qamra Ain tercipta untuknya dan dia yakin juga Papanya juga merestui hubungan antara dua darjat itu.

Nikah Kenapa aku harus nikah dengan betina yang merosakkan hubungan aku dan Qamra

Saya menurut saja, Tuan. Saya setuju.

Aku takkan nikahi kau! Never! Kau yang hancurkan hubungan aku dan Qamra! sangkal Tunku Hardie keras. Pantas dia bangun dari sofa.

Habis! Kandungan I I mengandungkan anak you, Hardie! Maria mengosok-gosok perut di hadapan mereka semua tanpa rasa segan silu. Sudahlah pakaian yang jarang sehingga menonjolkan susuk tubuh yang ramping. Terpaksa RO menoleh ke arah lain setiap kali bertanyakan soalan pada wanita itu.

Kau jangan nak mengarut, Maria! Aku tak pernah tiduri kau! Aku sentuh kau pun tak, jangan nak cuba fitnah aku! sangkalnya keras.

Kalau ikutkan nafsu setan yang mula menguasai diri, mahu saja dirodok ke dalam mulut busuk perempuan itu dengan garpu. Kerana mulut Maria punca porak peranda hubungannya dengan Qamra Ain.

Astaghfirullahalazim beristightar panjang ketua RO yang mendengar keterangan Maria.

Ustaz Azli, bawa kedua-dua mereka ke JAWI. Hubungi keluarga cik ni dan maklumkan pada mereka supaya hadirkan diri. Tunku Harith pula, biar saya yang hubungi beliau nanti.

Di kesempatan yang ada terus Tunku Hardie berlari meluru ke arah pintu ketika mereka sibuk mengambil keterangan dari Maria. Dia tak peduli, walau apa pun terjadi dia perlu cari Qamra Ain. Jika boleh ditukar ganti Maria dengan Qamra Ain, dia lebih rela bernikah dengan gadis yang dicintainya itu malam ini juga.

Malas dia hendak menunggu lif, terus dia menuruni anak tangga. Sampai saja di lobi, dia berlari sekuat hatinya mengelak dari RO menjejakinya. Baru dia teringat dia terlupa untuk mencapai kunci kereta di atas rak kasut.

Tunku Hardie merengus kuat sambil menendang kuat tong sampah di tepi lif. Ini semua gara-gara kau, perempuan sial!

Dia nekad untuk meredah hujan petus walau apa pun yang terjadi. Qamra Ain perlu ditemui segera.

Dia harus memohon maaf pada gadis itu di atas kecurangan yang dilakukan. Baru kini dia sedar, Maria sengaja memporak-perandakan hubungannya selama ini.

Hujan masih lagi turun dengan lebat. Dia menutup kepala dengan kedua-dua belah tangan di atas kepala. Dari kejauhan dia ternampak Qamra Ain sedang menarik pintu lalu memboloskan diri di dalam kereta. Sebentar kemudian kereta itu menderum laju membelah kelebatan hujan turun.

Qamra! Tunggu I! Jerit Tunku Hardie namun suaranya ditenggelami oleh bunyi hujan yang semakin lebat.

Sewaktu dia sedang melintas untuk ke seberang jalan, sebuah kereta Myvi yang tak sempat menekan brek melanggar dengan kuat. Dia terpelanting jauh beberapa meter ke hadapan.

Pinggangnya terhentak di pembahagi jalan manakala kepala pula terhantuk pada serpihan batu blok. Darah merah pekat mula memancut keluar bercampur dengan air hujan yang mengalir deras mengikut haluan air yang lalu. Dia terlentang keseorangan di situ. Kepalanya mula berpinar-pinar dan pandangannya beransur-ansur bertukar menjadi gelap.

Qamra jangan tinggalkan aku

Renyukan kertas tadi terlepas dari genggaman dan pergi berlalu bersama air hujan yang mengalir bercampur dengan darah penyesalan tanpa kesudahan.