SAAT AKU BERPALING - 16
NADHIRAH menangis sendirian sebaik sahaja dia meninggalkan Imran di luar pintu rumahnya. Empangan air matanya yang sedaya upaya ditahan di hadapan Imran, akhirnya pecah jua mengenangkan segala memori mereka yang terpahat selama lebih lapan tahun. Dia menekup mulutnya agar Imran yang berada di luar rumah tidak mendengar esakkannya. Sungguh dia kecewa. Hatinya dicarik rasa.

Imran tidak pernah membuatkan air matanya tumpah. Imran lelaki baik yang seringkali menjadi penawar dukanya. Nadhirah seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terjadi. Perbuatan Imran menyebabkan Nadhirah terkaku sendiri. Tidak terlintas langsung dibenaknya yang taufan sedahsyat ini akan melanda hubungan mereka.

Hanya satu sahaja Nadhirah nampak akan berlaku. Titik noktah pada hubungan ini jelas terlihat. Biarlah dia tanggung semua tanpa pengetahuan keluarga Tan Sri Malik kerana jika perkara ini terbongkar yang akan sakit nanti hanya dia. Adelia tak mungkin berundur hanya untuk memberi laluan padanya.

Ego Nadhirah yang begitu tinggi ketika berdepan dengan Imran sebentar tadi umpama tersadai di atas lantai sebaik sahaja dia melihat kelibat Imran menjauh pergi melalui kamera yang terpasang di depan pintu. Nadhirah hiba bercampur kecewa. Terlalu sukar untuk dia membuang Imran dari ingatan.

Nadhirah enggan duduk berseorangan di dalam rumahnya saat ini lantas dia mencapai kunci kereta yang tersangkut di pintu. Dia tidak betah mahu duduk bersendirian di dalam rumah. Memandu boleh membantunya menenangkan diri. Fikirannya terasa berkecamuk memikirkan Imran. Lemas!!!

Awak nak ke mana Satu suara menegur Nadhirah sebaik sahaja dia melangkah keluar.

Huh Nadhirah terkejut.

Sangkanya Imran belum lagi beredar. Nadhirah memandang sekeliling sebelum pandangannya menangkap kehadiran Faliq yang kelihatan sedang bersandar di pintu rumahnya di unit sebelah .

Nak keluar sekejap. Nadhirah cuba menyembunyikan wajahnya yang kelihatan sembab.

Saya ikut.

Huh Nadhirah terpinga-pinga.

Saya cakap saya nak ikut. Faliq menjelaskan sekali lagi akan hasratnya.

Awak nak ikut saya ke mana Nadhirah pelik. Tiada kerja lainkah yang ingin dibuat oleh jirannya ini.

Mana awak nak pergi, situlah saya ikut. Dengan muka temboknya, Faliq datang tanpa dijemput memberikan tawaran pada Nadhirah.

Sejak kebelakangan ini, ingatan Faliq sering terarah pada Nadhirah. Dia seringkali memikirkan dan membayangkan raut wajah Nadhirah. Faliq langsung tidak kisah jika digelar muka tembok oleh Nadhirah.

Nak digelar muka umpama jalan tak siap pun dia sudi. Saya just nak pusing-pusing je. Tak pergi mana pun. Nadhirah cuba mengelak. Dia mahu bersendirian.

Sebab tu saya nak ikut. Jom jalan. Tanpa Nadhirah sedari, Faliq sudah menarik kunci kereta Mini Cooper yang berada ditelapak tangannya.

Jom. Cepatlah masuk. Nadhirah dipelawa masuk ke dalam lif begitu sahaja.

Nadhirah sendiri tergamam. Entah bila masanya, kunci berkenaan sudah bertukar tangan. Tanpa menunggu jawapan dari Nadhirah, Faliq terus berlalu. Dia sudah pun menekan butang elevator membuatkan Nadhirah tiada pilihan lain.

Eh, buat apa saya nak kena ikut awak pula, kita bukannya rapat pun. Rungut Nadhirah.

Faliq buat-buat tidak dengar. Sebaik tiba di parkir, Faliq menekan punat kereta dan berjalan menuju ke Mini Cooper berwarna kuning milik Nadhirah. Terjungkit sedikit kening Faliq melihat kenderaan yang digunakan jirannya ini.

Pakai seatbelt. Faliq memberi arahan sebaik sahaja Nadhirah menutup pintu kereta dibahagian penumpang.

Nadhirah akur dengan arahan yang diterimanya. Intonasi yang digunakan Faliq seolah-olah kereta yang mereka naiki itu Faliq yang punya menyebabkan Nadhirah menjeling ke arahnya.

Kita nak pergi mana Soal Nadhirah sebal.

Awak nak pergi mana Saya temankan. Faliq menjawab pendek. Dia sudah pun memandu kereta Nadhirah keluar dari perkarangan SP Utama.

Kenapa nak temankan saya

Sebab tak bagus memandu bila awak tengah susah hati. Bahaya. Jawapan Faliq menyebabkan Nadhirah memandang wajahnya.

At last, awak angkat juga muka awak tengok saya.

See, macam mana nak memandu dengan mata bengkak macam tu. Dah macam anak panda pun. Komen Faliq dengan tulus ikhlas.

Kenapa awak cakap yang saya not in a clear mind Nadhirah merasa pelik.

Saya terdengar your discussion with that guy. Jawab Faliq selamba.

Apa Nadhirah memandang wajah Faliq.

Saya tak sengaja nak pasang telinga. Suara korang kuat sebab tu saya terdengar.

Pandangan Nadhirah yang seakan-akan mahu memakannya membuatkan Faliq menggelabah.

Sikit je saya dengar jadi, tak banyak yang saya tahu. Malam ni biar saya yang bawa awak jalan-jalan. Awak nak ke mana

Entah, saya tak tahu. Nadhirah tiada jawapan untuk soalan Faliq.

Sebal juga hatinya memikirkan yang Faliq tahu apa yang terjadi pada cintanya yang putus di tengah jalan itu. Dia sendiri tidak tahu ke mana mahu dituju. Satu yang Nadhirah pasti, dia enggan berada di dalam rumahnya sendirian.

I decide everything then. Faliq terus memandu dan membiarkan sahaja Nadhirah tenggelam dalam khayalannya.

Sorry kalau pergaduhan kami tadi mengganggu ketenteraman awak. Lirih suara Nadhirah kedengaran.

Tak adalah. Couple bergaduh tu biasalah. Ujar Faliq sambil tangannya ligat menekan sesuatu. Volume radio sengaja dipasangkan dengan kuat agar Nadhirah merasa lebih selesa. Memberi ruang untuk Nadhirah menyendiri mungkin Ah, Faliq seakan-akan dapat membaca apa yang bermain difikiran Nadhirah.

Dah tak couple. Dah putus. Sangkal Nadhirah tanpa disedari.

Faliq mengangguk dan terus menumpukan perhatian pada pemanduannya yang sudah pun jauh meninggalkan kawasan SP Utama. Berita sedih yang disampaikan Nadhirah merupakan khabar gembira untuknya. Tiada langsung simpati yang bertandang. Ternyata Faliq suka mendengar pengakuan Nadhirah yang satu ini.

Hampir tiga jam Faliq memandu melalui lebuhraya utara selatan. Faliq tahu Nadhirah sedang berperang dengan dirinya sendiri. Dia sempat mencuri pandang ke arah Nadhirah yang masih melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Walaupun cuba berselindung di balik rambutnya yang terjuntai, Faliq dapat melihat wajah Nadhirah yang kelihatan merenung jauh ke luar tingkap.

Mereka berdua memilih untuk membisu dan menikmati sahaja pemandangan di luar.

Jom, ikut saya. Faliq memberhentikan keretanya dikawasan rehat dan rawat setelah Nadhirah sudah kelihatan tenang.

Kita dah dekat mana ni Nadhirah sememangnya tenggelam dalam lamunan. Dia langsung tidak tahu yang mereka sudah pun jauh meninggalkan Shah Alam sejak beberapa jam lepas.

Perak. Jawab Faliq.

Jauhnya

Dah, tak payah nak fikir banyak, kita turun dulu. Malam sudah menjelang ke ptang tanpa disedari. Perjalanan jauh ini membuatkan tubuh Faliq terasa sedikit sengal menyebabkan dia membuat keputusan untuk berhenti berehat dan makan sedikit.

Awak belum makan malam lagi, kan Faliq sekadar meneka.

Saya terlupa. Nadhirah tersenyum pahit.

Tatkala dia mula mengabaikan diri, hari ini ada pula insan yang mengingatkannya. Hari yang dilalui tanpa Imran takkan mungkin berlalu dengan mudah. Semua benda seolah-olah berada di luar kawalannya. Otaknya hanya dipenuhi dengan nama Imran.

Awak tunggu sini. Saya belikan makanan. Faliq memberi arahan. Dia membawa Nadhirah duduk di satu meja yang agak jauh daripada orang ramai.

Awak ada allergic apa-apa tak Sempat lagi dia bertanya sebelum terlupa.

Tak ada.

Nadhirah menurut segala arahan Faliq. Dia jadi hairan dengan dirinya. Walaupun setiap perkataan yang keluar dari mulut Faliq kedengaran seperti satu arahan yang wajib untuk diikuti, Nadhirah hanya mengikut sahaja tanpa banyak cerita. Mungkin terlalu penat setelah menempuh perjalanan panjang, dia biarkan sahaja Faliq memutuskan segala-galanya.

Ni awak punya, ni saya punya. Saya nak tengok awak habiskan semua ni. Baru kita balik. Kalau tak kita duduklah dekat sini sampai pagi.

Satu pinggan nasi yang dipenuhi dengan ayam goreng madu, sambal udang, sayur campur dan segelas teh lemon suam diletakkan di depan mata Nadhirah. Manakala Faliq memesan satu set nasi ayam Hainan buat dirinya bersama dengan segelas teh lemon ais. Satu polisterin berisi buah-buahan turut dibeli oleh Faliq sebagai pencuci mulut.

Ayam goreng

Awak suka makan ayam goreng, kan

Nadhirah mengerutkan dahinya, Kita bahagi awak nak tak Banyak ni.

Mana ada banyak. Kira normal tu. Awak buatlah macam mana pun, awak kena habiskan semua baru kita boleh balik. Tak kisahlah awak nak buat macam mana pun yang penting, pastikan nasi tu habis. Kenapa minuman saya suam Nadhirah komen lagi. Dia merasa yang dirinya ditindas oleh Faliq.

Awak tak boleh minum ais nanti sakit tekak pula. Kalau jatuh sakit esok, susah pula nanti. Selamba sahaja Faliq memberi jawapan.

Awak minum boleh pun Nadhirah masih belum berpuas hati.

Suara awak dah teruk sangat saya dengar. Serak, so jangan banyak tanya. Faliq meletakkan sudunya. Menunggu jika ada lagi soalan dari Nadhirah buatnya.

Faliq mendengus perlahan. Tidak suka dengan Nadhirah yang mempersoalkan tindakannya.

Nadhirah senyap, namun sempat mencuri pandang wajah Faliq. Tinggi, putih, segak, berkaca mata, kuat membebel, suka memaksa, suka buat keputusan sendiri, menyibuk sedikit. Itulah kesimpulan yang berjaya dibuat oleh Nadhirah. Ditambah pula apabila Faliq dengan selamba membebel padanya seolaholah mereka sudah seabad berkenalan. KALAH MAK JEMAH!!!

Macam mana awak tahu saya suka makan ayam goreng Nadhirah bertanya lagi.

Tekaknya beria-ia mahu menolak namun memikirkan amaran Faliq yang enggan pulang jika pinggannya bersisa, Nadhirah gagahkan jua dirinya untuk mengunyah semua walaupun dia tiada selera.

Faliq senyum, Selama kita berjiran, dah a few times saya terserempak budak penghantar ayam goreng singgah dekat rumah awak.

Awak menghendap saya ke selama ni Nadhirah mengerutkan dahinya. Dia jadi terkedu mendengar jawapan daripada Faliq. Lelaki ini tahu banyak benda tentang dirinya.

Mana ada. Well, dua tiga minggu ni, saya selalu ada dekat rumah sebab tu saya tahu apa yang jadi. Awak tak kerja ke Nadhirah menyoal.

Tak, kena gantung sebab langgar etika kerja. Dapat cuti dua minggu. Faliq menjawab dengan selamba dengan mengangkat dua jarinya. Dia seolaholah berbangga menceritakan pencapaiannya yang tengah digantung kerja.

Kerja apa

Saya Peguam. Jawab Faliq pendek.

Peguam Patutlah. Nadhirah ketawa kecil.

Apa yang patutnya Cik Nadhirah

Awak ada semua jawapan setiap kali saya tanya soalan. Memang peguam kena alert macam tu, kan

Alert yes. Menyibuk tidak. Saya dah lama sangat tinggal dekat SP Utama tak ada jiran sebab tu bila awak ada saya jadi over excited sikit. Faliq terus menyuap nasi ayamnya sambil bercerita.

Which firm

Helmi Mazlan & Co. By the way, Cik Nadhirah, kita berhenti bercakap sekejap boleh Dah nak sejuk dah pun nasi awak tu. Makan! Faliq menjuihkan bibirnya ke arah pinggan nasi Nadhirah.

Awak boleh panggil saya Nad aja. Nadhirah memberi cadangan. Faliq membuatkan dia rasa selesa. Saya Faliq Helmi Mazlan. Awak pangil saya Faliq.

Nama Faliq Helmi Mazlan kerja di firma Helmi

Mazlan & Co. Seem likes you are somebody in your field.

Tak ada maknanya. Kerja dengan famili sendiri pun kena gantung kerja juga.

Kenapa kena gantung kerja Hampir separuh sudah nasinya ditelan Nadhirah.

Faliq sengih, Suka sangat menyibuk hal orang. Oh, god! I need to fix this attitude, kan

At work, yes. Tapi, kalau luar dari bidang kerja, perangai menyibuk tu taklah teruk sangat. Sedikit sebanyak Nadhirah mula ceria kembali.

Bila awak mula kerja balik

Lusa. Nasib baik sekejap aje masa berlalu. Saya rasa macam dah nak gila, bila tak ada kerja nak dibuat.

So, bila awak balik dari Australia

Eh, macam mana awak tahu yang saya baru balik dari Australia Nadhirah terkejut dengan soalan Faliq.

Kita pernah jumpa dulu. Awak tak ingat ke

Bila

Sayalah penyamun Australia yang awak ketuk dengan buku a few months ago, balas Faliq dengan ketawa kecil.

Nadhirah terkejut besar. Dia langsung tidak mengingati wajah Faliq, La, awak ke orang yang saya pukul tu Macam mana saya tak cam awak ye Sorry.

Macam mana nak kenal, saya pakai penutup hidung dan mulut masa tu.

Betullah. Awak pakai penutup hidung masa tu sebab tu saya tak ingat. Saya betul-betul tak perasan.

Tak sangka kita boleh berjumpa lagi.

Saya pun tak sangka juga. What a weird coincidence.

But I like it, Faliq tersengih. So, awak pula kerja apa Faliq sememangnya berminat untuk tahu kerana dia sudah lama perasan yang Nadhirah jarang keluar daripada rumahnya. Nadhirah langsung tidak kelihatan seperti wanita berkerjaya.

Saya kerja sendiri. Uruskan perniagaan tinggalan arwah Mama.

Business apa

Hartanah.

Tapi, saya jarang tengok awak keluar pergi kerja.

Syarikat saya berpangkalan di Gold Coast. Ada business partner. Saya cuma monitor dari sini. Selalunya sebulan sekali atau pun kalau ada meeting, saya akan terbang ke sana. For the past few weeks kami cuma buat video conference.

Menarik! Faliq memuji sambil dia terus menyedut air yang berbaki. Kalau dilihat dari gaya dan penampilan, Nadhirah memang ada gaya sebagai ahli perniagaan.

Apa

A young lady leading a risky business.

Not so young Faliq. Saya dah dekat 30 tahun dah.

Well, saya dah 32, still kerja makan gaji.

Ala, awak pun tak lama lagi jadi pemilik firma guaman juga kan

Lambat lagi. So, awak nak kita teruskan perjalanan atau balik Shah Alam Soal Faliq. Dia tiada masalah langsung jika Nadhirah mahu meneruskan perjalanan.

Nak pergi mana lagi Kita baliklah. Banyak sangat dah masa yang awak bazirkan untuk saya. Nadhirah tersenyum nipis mendengar soalan daripada Faliq.

Mana tahu kalau-kalau awak tak nak balik. Faliq sekadar bergurau. Perbualan mereka berdua berlarutan hampir sejam lebih sebelum mereka berangkat pulang.

Nadhirah kelihatan sedikit ceria berbanding di awal perjalanan tadi. Hatinya sedikit terubat apabila mendengar banyak cerita-cerita lucu dari Faliq.

Thanks untuk semuanya malam tadi. Ucap Nadhirah sebelum dia masuk ke dalam rumah.

Benda kecil. Hopefully kita boleh jadi kawan lepas ni Faliq menghulurkan tangannya.

Hurm terima kasih untuk semuanya. Nadhirah sekadar menganggukkan kepala.

Reaksi kayunya membuatkan Faliq tertanya-tanya sendiri.

Saya masuk dulu.. Nadhirah segera berlalu. Hatinya yang begitu sarat dengan kesedihan terasa kembali selesa. Ringan rasanya apabila dapat meluahkan perasaan pada seseorang.

Kelibat Nadhirah sudah lama ditelan daun pintu tetapi Faliq masih kekal berdiri di hadapan rumah Nadhirah. Matanya seakan akan terlekat pada muka pintu unit 39A ini. Entah apa yang bersarang dikepala, entah apa juga yang bertamu di hatinya. Faliq tidak tahu apa-apa namun pandangan matanya tetap juga terpaku pada pintu rumah ini.

Haishhhh.. tengok nombor rumah pun jadilah. Parah, parah. Apa nak jadi dengan kau ni Faliq Soal Faliq pada dirinya sendiri.

Nak buat macam mana kan. Bila dah tak boleh nak tatap muka tuannya lama-lama, tatap muka pintu pun jadi lah. Getus Faliq lagi di dalam hati.

Ada bibit-bibit indah yang mula terasa wujud jauh di dalam hatinya. Selama ini Faliq tidak pernah merasai perasaan berbunga seperti ini. Pertama kali di dalam hidupnya apabila hanya dengan memandang seraut wajah itu, hatinya terasa begitu tenang dan apabila wajah itu hilang di balik daun pintu, mulutnya terasa ringan sahaja mahu memanggil Nadhirah kembali. Semalaman bersama terasa begitu singkat bagi Faliq.

Jatuh cintakah aku Ada senyuman nipis yang turut terlukis di wajahnya kini. Gadis penyapu itu membuatkan hati Faliq berbunga-bunga tanpa alasan yang jelas.