Setiap kali loceng pintu berbunyi, dia menoleh ke pintu. Semalam, Puan Park menghubunginya. Katanya ada perkara penting untuk dibincangkan dan mereka harus bertemu hari ini juga. Abriel sengaja datang lebih awal daripada waktu yang dijanjikan supaya dia boleh mempersiapkan dirinya menghadapi apa saja yang akan dikatakan oleh Puan Park nanti.
Beberapa minit kemudian, orang yang ditunggu sudah pun tiba. Berkaca mata hitam dan membawa kipas tangan, wanita itu memang membawa imej wanita kaya yang angkuh. Dalam hati dia bersyukur kerana Mama tidak pernah memilih berpakaian sebegitu, sebaiknya Mama sangat sederhana orangnya. Cuma pada majlis-majlis penting barulah Mama akan berdandan cantik dengan gaya seorang isteri usahawan terkenal.
Puan nak minum soal Abriel penuh sopan. Mama sudah mendidiknya untuk bersopan-santun, tidak kira dengan siapa sekalipun.
Puan Park menggeleng sombong. Tak perlu. Aku cuma nak tahu, berapa yang kau nak
Abriel memerlukan beberapa saat untuk benar-benar faham maksud soalan itu. Bahkan dia sempat menganggap bahasa Koreanya tidak cukup bagus sehingga dia salah faham maksud ayat Puan Park tadi. Namun kata-kata Puan Park yang seterusnya mematahkan sangkaannya.
Cakap saja berapa yang kau nak. Tak ada jumlah yang aku tak boleh bagi pada kau.
Kenapa puan mahu bayar saya soal Abriel, dadanya mula terasa panas.
Untuk jauhkan diri dari anak lelaki aku!
Spontan Abriel berkata Ah.
Aku tak nak kariernya dirosakkan oleh perempuan macam kau, ujar Puan Park. Dia memandang Abriel dengan penuh kebencian.
Perempuan macam saya
Puan Park berdengus. Kau ingat aku tak tahu pasal kau Aku tahu kisah silam kau. Apakah yang janda pekerja pelayan kedai boleh lakukan untuk anak aku
Abriel tersengih. Nampaknya maklumat yang diperoleh Puan Park tentang dirinya tidak cukup lengkap. Dia menyesal kerana menyembunyikan maklumat dan status keluarganya semasa dia mengurus visa pelajarnya dulu.
Anak aku tak sama dengan lelaki lain. Dia membawa nama keluarganya yang cukup disanjung. Aku tahu kau mendekatinya kerana wang. Dia selalu memberi kau banyak duit kan Jadi kenapa tak berterus terang. Jumlah ini cukup tak untuk kau soalnya. Dia menghulurkan sekeping cek yang sudah ditulis sejumlah angka.
Abriel melihatnya sekilas. Kenapakah Puan menilai harga anak Puan begitu murah
Puan Park mengangkat keningnya. Dia tertawa sinis sebelum mengoyakkan sekeping cek lagi. Selepas menandatanganinya, dia menghulurkannya pada Abriel. Tak cukup Okey, ini aku beri kau cek kosong. Kau boleh isi sendiri berapa saja yang kau nak.
Abriel menggeleng. Bukan itu maksud saya. Saya tak perlukan duit puan. Kalau puan nak kami berpisah, puan cakap sendiri dengan anak puan. Ancam dia kalau perlu.
Puan Park merenung tajam pada Abriel. Kau ingat aku tak tahu permainan kau Orang miskin selalu banyak helah untuk memerangkap orang kaya seperti kami. Siapa yang ajar kau Orang tua kau
Abriel mengetap bibirnya geram. Kalau puan nak menghina saya, silakan. Tapi jangan libatkan orang tua saya dalam hal ini. Puan tak kenal mereka. Puan Park berdesis keras.
Macam yang saya katakan, kalau puan nak jauhkan dia daripada saya, larang anak puan dari berhubung dengan saya, getus Abriel marah.
Dan kau berjanji akan menjauhi dia soal Puan Park lagi. Saya tak mahu berjanji apa-apa dengan puan. Tapi, bila dia sudah bertekad mahu menjauhi saya, tak ada apa-apa yang saya boleh lakukan untuk mendekati dia. Abriel mengeluarkan wang dan meletakkannya di atas meja. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu. Dah banyak saya buang masa di sini.
Abriel bangun dan terus melangkah keluar dari restoran. Benarkah apa yang dia katakan sebentar tadi Benarkah dia tidak akan berusaha menahan Jaejoong kalau lelaki itu berniat mahu meninggalkannya suatu hari nanti
jjj
Jaejoong menunggu di sebuah bilik suit di sebuah hotel lima bintang di Jepun dengan perasaan gelisah. Pagi tadi ibunya menghubunginya, mengatakan ada perkara penting yang mahu disampaikannya. Sejak pagi tadi juga dia cuba menghubungi Abriel tetapi gagal. Kali terakhir dia bercakap dengan gadis itu beberapa hari lepas, gadis itu berkata keadaannya baik-baik saja dan dia sedang sibuk dengan projeknya di universiti.
Pintu bilik hotel terbuka. Ibunya masuk ditemani beberapa orang pembantu peribadi sambil memberi beberapa arahan. Dia memandang Jaejoong sekilas sebelum mengarahkan semua pembantunya untuk keluar dari bilik itu, kecuali seorang pembantunya yang paling rapat, seorang lelaki tua bernama Lee Hyuk Jae.
Kau sudah putuskan hubungan dengan perempuan tu soal ibunya sebaik mereka berdua duduk di sofa.
Jaejoong menghela nafas panjang. Kan aku dah kata, aku takkan putuskan hubungan dengan dia, ujarnya sesopan mungkin.
Tuan Lee, tolong ambilkan sampul surat warna coklat yang semalam tu, katanya pada pembantu peribadinya. Tuan Lee menunduk hormat sebelum mengambil sebuah sampul surat berukuran sederhana besar di atas almari yang berhampiran. Sampul surat itu dihulurkan kepada Puan Park yang terus membukanya dan mengeluarkan beberapa keping gambar dar dalamnya.
Mungkin lepas ni kau akan berubah fikiran, katanya lalu meletakkan gambar itu di hadapan Jaejoong.
Ada beberapa keping gambar Abriel bersama seorang lelaki. Ada gambar saat mereka berpelukan, berciuman pipi dan makan malam di restoran mewah. Darah Jaejoong spontan menggelegak.
Aku dah kata, perempuan tu tak macam yang kau sangka. Kau tengok apa yang dilakukannya masa kau tak ada, ujar Puan Park sinis. Dia mengeluarkan satu perakam suara dari beg tangannya dan memainkannya. Terdengar suara Abriel dengan jelas mengatakan. Kenapa Puan menilai harga anak Puan begitu murah Kemudian sunyi seketika, diikuti bunyi cek dikoyak. Kemudian suara ibunya berkumandang. Tak cukup Okey, ini aku beri kau cek kosong. Kau boleh isi sendiri berapa saja yang kau nak.
Puan Park menghentikan rakaman itu. Aku harap lepas ni kau akan memilih perempuan yang lebih baik, ujarnya dengan riak dingin.
jjj
Jaejoong mundar-mandir di biliknya. Sejak keluar dari bilik ibunya tadi, dia berusaha menghubungi Abriel namun gagal. Benaknya penuh sesak dengan pertanyaanpertanyaan yang mahu dilontarkannya pada gadis itu. Hampir pecah rasanya dada menanggung kemarahan yang semakin menggunung, sehingga dirasakannya semakin sukar untuk bernafas.
Hello suara Abriel menyahut. Panggilan akhirnya berjawab.
Cakap pada saya semua tu tak benar, ujar Jaejoong serius.
Apa yang tak benar
Awak ke mana sejak seminggu ni Betul kea da projek di kampus
Diam sesaat. Sedang mencari alasan kah dia Sah. Memang gadis ini sedang menipunya. Rasanya seperti ada luka yang baru ditoreh di hati Jaejoong. Mengeluarkan darah yang tidak kelihatan.
Projek yang kau katakan tu termasuk memeluk dan mencium lelaki ke soalnya lebih kuat. Entah dia sedang menjerit, atau menangis. Dia sendiri pun tidak tahu.
Hah Apa maksud awak suara gadis itu kedengaran tidak mengerti. Hampir saja Jaejoong percaya. Tapi aku tak mudah dibohongi kan
Saya ada gambar.
Gambar apa Sekarang suara gadis itu kedengaran sedikit panik.
Gambar kau dengan lelaki tu! jerit Jaejoong nyaring. Rasanya ingin saja dia melemparkan telefonnya kerana terlalu marah. Kalau Abriel mengaku dia bersama lelaki lain, apa yang harus dilakukannya Sanggup kah dia menerima penjelasannya
Rasanya lama sekali gadis itu diam sebelum menyahut. Awak dengar dulu. Lelaki tu
PAK!!! Telefon Jaejoong pecah berderai dilemparnya. Lelaki itu menjerit marah, melepaskan semua kemarahan yang terbuku di dada.
Di Seoul, Abriel menggenggam telefon bimbit yang tibatiba terputus taliannya itu. Ada bunyi yang kuat sebelum talian terputus. Jaejoong melempar telefonnya sampai pecah. Dia pasti. Apa yang dikatakan oleh Puan Park sampai Jaejoong marah begitu Pasti perempuan tua itu mengupah seseorang untuk mengambil gambar Abriel bersama Rafael sebelum memberikannya kepada anaknya. Abriel terduduk di sofa. Hubungannya dan Jaejoong sudah berakhir. Begitu sahaja Atau perlukah dia berusaha untuk menyelamatkan hubungan itu Dia harus menjelaskan perkara sebenar pada Jaejoong. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
Telefon bimbit dicapai. Dia mencari nombor telefon yang didaftarkan atas nama ORANG GILA. Sekarang dia benarbenar memerlukan nombor telefon itu.
Helo Abriel
Kau di mana sekarang
Di apartmen. Kau ada masalah dengan hyung Ada bunyi dia melontar barang di dalam biliknya.
Ada. Tolong beritahu dia yang lelaki di dalam gambar itu ialah abang aku.
Gambar Gambar apa
Tolonglah! Tolong cakap pada dia!
Aku tak boleh beritahu dia. Dia tak tahu aku ada simpan nombor telefon kau. Nanti dia makin marah.
Jangan risaukan perkara tu. Yang penting kau tolong beritahu dia perkara sebenarnya. Tolonglah!
Nada suara gadis itu yang seperti mahu menangis menyentuh hati Yoohwan. Baiklah. Aku akan cuba
beritahu dia.
Terima kasih.
Yoohwan menunggu di depan bilik Jaejoong sehingga Jaejoong keluar dengan mata yang merah. Hyung, tadi kekasihmu telefon. Dia nak aku cakap yang
Jaejoong menggeleng. Aku tak nak dengar alasan dia. Mungkin dia akan kata lelaki itu ialah abangnya. Aku tak nak dengar pembohongan dia lagi, ujarnya dengan nada marah. Yang aku perlu sekarang adalah alkohol yang banyak.
Yoohwan meninggalkan Jaejoong yang sedang menyelongkar mini bar untuk mencari minuman keras.
Dia masuk ke biliknya dan menghubungi Abriel. Macam mana soal gadis itu tidak sabar.
Aku dah cakap. Dia tak percaya. Katanya kalau kau beri alasan yang lelaki itu adalah abangmu, bermakna kau sedang cuba menipunya lagi. Maaf. Aku tak boleh buat apa-apa, terang Yoohan lembut.
Kedengaran bunyi Abriel mengeluh berat. Baiklah, katanya. Terima kasih. Panggilan ditamatkan. Yoohwan terpegun seketika. Gadis itu terlalu tenang. Tidak seperti seseorang yang baru bertengkar dengan kekasihnya. Sebenarnya dia lebih suka kalau gadis itu marah-marah atau menangis. Ketenangan itu membuatnya khuatir.