Kristal Berdarah - 16
BAB 15

Kawasan perkampungan bumiputera Sarawak itu bermandi cahaya. Sekalipun bukan daripada kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan, kemeriahan masih terasa.

Unggun api besar, sedang marak menyala di tengah padang. Para penduduk kawasan tersebut, sedang menge lilingi unggun api dan menanti. Sementara tiga orang tet a mu pula tercengang dengan sambutan yang mereka terima.

Saoud berasa bangga. Terlalu bangga kerana dapat memperkenalkan tanah tumpah darahnya kepada tiga orang golongan elit yang bodoh tentang kehidupan tradisi.

Makanan sudah terhidang di atas meja buluh berkaki pendek. Daging panggang, nasi, pulut dan kuihmuih. Saoud memperkenalkan Suhaili, Salman dan Ramlan kepada orang kampungnya.

Salman begitu bijak menyesuaikan dirinya. Tidak seperti tanggapan Ramlan dan fakta yang diberikan oleh Suhaili. Sedangkan Ramlan dan Suhaili agak sukar un tuk mende kat kan diri mereka dengan kehidupan yang be gitu asing. Kehidupan yang mereka tidak pernah impikan. apa tidaknya jikalau selama ini mereka tidak pernah ber niat untuk bertemu dengan orang kampung yang ber te linga rabit panjang mencecah bahu dan potongan rambut yang begitu melucukan. apa tidaknya, jikalau mereka terp aksa bermandikan cahaya api unggun dan berperang dengan serangga penghisap darah.

Kau dah tanya Salman atau Saoud tentang perkara itu Ramlan membuka butang bajunya.

bahang unggun api terasa membakar kulit badannya.

Tak! aku rasa mungkin Saoud ada cara tersendiri untuk mengorek rahsia daripada masyarakat tua kam pungnya. Tentu mereka tahu arah mana yang digunakan oleh Shariman dan Salimah dua puluh tahun dulu.

Sebiji buah yang tidak diketahui namanya, dipegang Suhaili. buah itu disajikan oleh penduduk kampung yang se dang berpesta bagaikan menyambut ketibaan dewa se mangat padi mereka.

aku rasa dia juga akan mendapat cerita yang sama seba gaimana kita juga. Salimah memang pernah ke sini suatu masa dahulu dan pergi ke Gunung Kemuning.

Ya! Malah dia juga mungkin diberitahu bahawa tem pat yang menjadi tarikan Salimah itu sebenarnya menjadi tarikan kepada berpuluh malah beratusratus orang wanita muda yang lain. Mereka menjadikan bangunan di kaki gu nung itu sebagai perhentian mereka yang terakhir. Me reka takkan pulang sehingga ke akhir hayat.

Unggun api semakin besar. bungabunga api terus ber terbangan ke udara. Suhaili mengerutkan mukanya, me merhati ke arah itu.

aku hairan, mengapa mereka... maksud aku, wanitawanita itu... menjadikan bangunan di kaki Gunung Kemuning sebagai tempat abadi mereka. Sedangkan ban yak tempat lain yang boleh mereka jadikan sebagai markas seni. Mereka tak perlu memisahkan diri daripada kehi dupan biasa. Tak perlu pergi terlalu jauh sampai menyu sahkan orang lain, Ramlan melahirkan kehairanannya.

betul kata kau. aku pun rasa ganjil bila mengingat kan perkara tu tapi mungkin mereka ada alasan ter sendiri. atau boleh jadi juga, kita sebenarnya mengikut jalan jauh. Suhaili tersenyum.

Tiupan seruling yang mendayu, membuatkan perbua lan mereka terhenti.

nampaknya mereka dah mengalunkan lagu untuk berpesta.

Suhaili tidak mengendahkan katakata Ramlan itu. Dia sudah tidak sabar lagi untuk merasa buah yang ada di tangannya.

emmm... manisnya! katanya dengan kagum apabila buah itu digigitnya.

Sudahlah! Tinggalkan buah tu. Masih banyak benda lain yang boleh dimakan dulu. Makanan di sana nampak nya lebih sedap dari buah ni.

Ramlan terus berjalan ke arah unggun api, tanpa menghiraukan Suhaili yang masih terus mengunyah buah di tangannya itu. Ramlan mula menghayati lagu yang se dang di mainkan oleh orang kampung Saoud. Dia meme tik jari seolaholah turut terhibur dengan persembahan tradisional itu.

Suhaili memandang segala perlakuan Ramlan dengan hati yang membara. buat kali pertama, Ramlan mening galkannya dan langsung tidak menghiraukan dia. Dia seolaholah wanita terpinggir yang tidak punya apaapa.

Dia lang sung tidak terhibur dengan suasana di per kampungan itu. buah di tangannya terus digigit. isi buah itu yang manis sekurangkurangnya menghilangkan sedikit rasa marahnya.

Salman beredar ke sebelah unggun api. Dia tidak ber baju. Di bibirnya tercepit sebatang rokok berwarna kuning dan berasap tengit.

Kali ini Suhaili bangun. Dia mendekati anaknya. Dia ha rus menegur perlakuan Salman. Salman tidak sepatut nya merendahkan tarafnya dengan cara hidup masyarakat peribumi itu.

Kau sepatutnya tak merokok.

Oh... Dia memandang rokok yang ditarik keluar dari bibirnya. Kemudian memandang ke arah ibunya. Ya... sepatutnya begitulah.

Kenapa kau merokok juga

Salman merenung ibunya. Warnawarna api unggun kelihatan menari di wajahnya. Kenapa ibu sering mene gur apa saja yang saya buat Saya bukan budak kecil lagi. Saya dah dewasa. Saya tahu apa yang baik untuk diri saya. Tanggungjawab ibu untuk menjaga atau menegur saya sudah berakhir.

benda itu akan menjahanamkan hidup kau. Hati Suhaili berasa pedih apabila mendengar katakata anak nya itu.

Salman terdiam. Rokok yang berasap tengit tidak lagi dihisapnya.

ibu... benda inilah yang menjadi peneman hidup saya. Saya seronok. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan ni.

Tindakan kau salah. Keseronokan yang kau kecapi sebenarnya palsu.

Salman terdiam. barangkali dia merasakan katakata Suhaili sebentar tadi benar. Rokok dimatikan. Kemudian dicam pakkan ke dalam api unggun yang marak mem ba kar .

Suhaili kembali melangkah. Dia mendekati Ramlan yang semenjak tadi tidak berhenti mengunyah makanan.

beberapa orang penari sedang mempersembahkan tarian kepada tetamutetamu mereka itu. Orang kampung termasuklah Saoud sendiri kelihatan terhibur dengan tarian yang dipertontonkan. Mereka bertepuk tangan malah beberapa orang daripada mereka turut menggo yang kan badan, seiring dengan rentak muzik mengguna kan peralatan tradisi yang bunyinya terlalu berbeza berbanding muzik moden.

Ketika Suhaili menghenyakkan punggung di sebe lah nya, Ramlan menoleh. Kemudian kembali menumpukan perhatian kepada acara yang sedang dipersembahkan kepada mereka. Mulutnya tidak berhenti mengunyah.

Suhaili merenung anaknya. Salman kelihatan seperti patung gangsa yang berkilat apabila peluh membintiti badannya. Ditambah pula dengan sinaran api unggun.

Keadaan itu membuatkan Suhaili gelisah. Dia bangun dan berjalan ke arah satu kawasan yang agak gelap. akhir nya berhenti di satu tempat yang agak suram di bawah sepohon pokok. Suhaili duduk di atas seketul batu besar. Tangannya mendakap tubuh, menahan rasa sejuk yang mula menyerang. buah yang dinikmati sebentar tadi, selamat bersemadi di dasar perut. bintangbintang bertaburan di dada langit. Sekali im bas, titiktitik bebintang yang bergemerlapan itu mem bentuk wajah seorang gadis yang mencium ubunubun seorang lelaki yang terbaring.

Suhaili terhibur dengan pemandangan di dada langit. namun penumpuannya terganggu. ada bunyi mendesah di sebelahnya. bunyi yang perlahan, mendesis.

Suhaili memandang sekeliling. Dia tidak nampak apaapa. Dia merenung orangorang kampung yang sedang ber pesta. bunyi itu kedengaran lagi. Sekalisekala terlintas juga di hatinya, bahawa dia sekarang sedang berkhayal kerana dipengaruhi oleh asap tengit rokok anaknya. bunyi itu semakin mendekat. Suhaili sudah dapat

mengagak apakah benda yang berbunyi itu.

Ular!

Seekor ular sedang bergerak perlahan di atas daundaun kering yang bertaburan di permukaan tanah ber hampiran batu tempat dia duduk sekarang.

Suhaili sudah nampak bayangan memanjang bersisik. Suhaili tergamam. Tedung hitam itu bergerak meng ham pi rinya sambil memanggungkan kepalanya setinggi dua kaki. Tengkuknya mengembang.

Suhaili ketakutan. Dia tidak tahu apa yang harus dila ku kan. Dia kaku. nafasnya ditahan. Tedung hitam sudah hampir dengan kakinya. badannya meliangliuk seperti sedang menari. Mata ular itu membalikkan cahaya dan kemerahan.

Dalam keadaan panik, Suhaili masih sempat berfikir.

Wajarkah dia menjerit meminta pertolongan daripada orang kampung yang sedang berpesta Wajarkah dia me manggil Salman ataupun Ramlan untuk menolongnya atau dia sendiri yang mengusir ular itu berapa lamakah dia dapat bertahan seperti ini adakah terlalu sakit jikalau dipatuk se ekor tedung hitam, atau adakah itu jalan mudah untuk ma ti bagaimana pula dengan wang sembilan puluh juta ringgit dan sebuah syarikat teguh miliknya Siapa yang akan menjadi tuan punya dan siapa pula yang berkuasa

atau masih sempatkah dia bertemu dengan saudara kandungnya yang telah lama tidak ditemui adakah Salimah akan merasai kesakitan dipagut ular seperti mana yang akan dirasainya sebentar nanti

Suhaili terus memandang sekeliling. Mencari ruang un tuk melarikan diri dan pada masa yang sama, mencari ruang untuk menghapuskan ancaman itu.

Ular itu masih berdesis. Ketika itulah Suhaili ter ke nangkan pengemis tua buta bersama ularnya. adakah tedung hitam yang sedang memanggungkan kepala milik pengemis tua buta itu adakah ular ini memberi sebarang petunjuk kepadanya atau memberikan bantuan kepadanya, seperti mana yang dikatakan oleh pengemis buta tua itu.

Pengemis buta itu sudah mati, katakata Ramlan semalam terlintas di benaknya.

Pengemis tua itu sudah mati Tidak mungkin!

Jikalau pengemis buta itu sudah mati, siapa pula yang mem bunuhnya Untuk apa apa motifnya

Pertanyaan demi pertanyaan terpalu di benaknya. Ket ika di dalam perjalanan tadi, dia langsung terlupa un tuk ber ta nyakan hal itu kepada Ramlan. Ramlan juga namp ak nya tidak teringat untuk memberitahunya wa lau pun dia sudah mengarahkan Ramlan untuk berbuat de mikian.

Seorang peguam seperti Ramlan sepatutnya tidak melupakan sesuatu yang penting, desis hati Suhaili.

Suhaili merenung mata ular yang bersinar di dalam gelap. Ular itu masih merenungnya... sepenuh per hatian. na mun ia masih tidak menyerang. Satu keanehan ataupun... Suhaili mencondongkan badannya; untuk melihat dengan lebih jelas.

Ular ini akan menolong puan. Percayalah, katakata pengemis tua buta itu kembali mengiang di telinga nya.

Mata ular itu berkerdip ciriciri yang tidak ada pada seekor ular biasa. Lidahnya yang bercabang, keluar dan masuk tanpa henti.

Suhaili menoleh ke arah unggun api. Ular itu meluncur ke hadapan. Sertamerta dia melompat sambil menjerit. Dia tidak dapat mengawal peti suaranya daripada bergetar. Dan ketika dia sudah mendarat di tanah, ular itu berdiri betulbetul di atas kakinya.

Suhaili berasa geli. Dia cuba melakukan sesuatu agar ular itu men ing galkannya. Tindakannya tidak mendatang kan hasil. Malah ular itu mula memanggungkan kepala. Kepalanya bergoyanggoyang, bergerakgerak kecil. Se dang kan cahaya yang terpantul pada matanya itu meng gambarkan kemarahan yang nyata.

ibu! Dari arah unggun api itu, dia terdengar Salman memanggil.

Di sekeliling unggun api, kekecohan mula berlaku. Ramlan, Salman, Saoud dan orang kampung lain, berlari keluar dari kawasan unggun api dan menjeritkan nama Suhaili.

aku di sini! Di sini! Suhaili tidak mengerti sama ada hatinya berasa puas atau kecewa. Tetapi sesuatu yang nyata ialah, dia mahu melepaskan diri daripada tedung itu yang terus memanggungkan kepalanya itu. Mereka berlari ke arahnya. Ketika itulah si tedung hi tam merendahkan kepalanya, melungsur dan menghilang di dalam gelap.

Sebaik sahaja orang kampung, Salman, Ramlan dan Saoud sudah berada di hadapannya, mereka begitu kalut ber tanya sama ada dia cedera atau tidak. Saoud mengambil tugas sebagai penanya. Selesai ber tanya dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Suhaili, dia merenung Suhaili dengan pandangan yang sungguh tajam.

Puan sepatutnya tak ada di sini. Puan tak tahu apaapa tentang kawasan ini. Unggun api dinyalakan bukanlah untuk sukasuka tapi untuk menghalau binatang buas dan binatang berbisa seperti ular. Puan bernasib baik kerana tak diserang harimau lapar. Kalau tidak...

Suhaili meninggikan suaranya. Harimau Kau ber gurau

Tetapi sesungguhnya Saoud tidak bergurau. Selepas beberapa ketika, kesungguhan Saoud menerangkan kepadanya terbukti. ngauman harimau terdengar sayup di dalam hutan yang menjadi latar belakang perkam pu ngan itu.