Lampu masih terang di ruang tamu rumah Khairul Rasheed. Lelaki itu belum tidur.
Kau sebenarnya jahat, Kay! Kau curi hatiku. Kau benar-benar perompak yang paling sadis. Tolong pulangkan hatiku semula. Aku mahukan hatiku yang dulu, yang tidak pernah kenal apa itu cinta dan rindu.
Kau sangat menyakitkan hati. Kenapa harus kau layan Shamila dengan mesra dan menyisihkan aku dari sisimu Kenapa Kay
Dada Kharlissa bergetar hebat. Ada sesuatu yang menyesakkan dadanya. Dia sebak dan air matanya mula bergenang. Perlahan-lahan juraian air mata mula membasahi pipi. Kharlissa menyekanya dengan jarijemarinya. Tidak sangka begitu mudah air mata itu mengalir apabila dia teringatkan Khairul Rasheed.
Kharlissa mengeluarkan kunci dari dalam beg tangan. Pandangannya kian kabur oleh air mata yang semakin lebat membasahi pipi. Kunci yang sedang digagau rakus, jatuh ke lantai. Dia cuba mengutipnya. Kala itu terdengar suara Khairul Rasheed, begitu dekat di belakang Kharlissa.
Wanita muda itu terkejut. Dia menoleh, memperlihatkan wajah yang bertamu air mata. Rasa segan mengisi hati. Dia tidak mahu dilihat Khairul Rasheed menangis sedih seperti seorang kanak-kanak kehilangan permainan.
Lissa! Khairul Rasheed menyeru namanya dengan lembut.
Pantas tangan lelaki itu menggagau kunci dan membantu dia membuka pintu. Daun pintu dikuak ke dalam hingga pintu terkangkang luas. Kharlissa melangkah masuk. Dia kaget apabila Khairul Rasheed ikut masuk ke dalam rumahnya dan menutup daun pintu serapat mungkin.
Kay! Apa yang awak buat Kenapa masuk ke
rumah saya
Saya nakkan penjelasan dari awak!
Penjelasan apa
Awak keluar makan dengan siapa Dengan
Norman
Ya. Kenapa
Jadi, Norman cuba goda awak Awak harus hatihati dengan dia. Dia tu playboy, tegas Khairul Rasheed. Amarahnya masih belum reda.
Apa kurangnya awak, Kay!
Apa Awak tuduh saya playboy
Yalah! Awak layan semua perempuan dahi licin. Perempuan kaya jadi pilihan awak kan Shamila yang cantik rupawan tu, tentu awak sukakan dia.
Khairul Rasheed tersenyum, Awak cemburu. Awak cintakan saya, Lissa
No way!
Kalau begitu, awak tak kisah kalau saya dijodohkan dengan Shamila Mami saya berura-ura nak jodohkan kami.
Up to you, Kay. Semuanya di tangan awak.
Khairul Rasheed menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas bahu Kharlissa.
Lissa, saya cintakan awak, bisik Khairul Rasheed dengan lembut lalu tangannya mencapai tangan Kharlissa. Dikucupnya dengan lembut telapak tangan Kharlissa.
Kharlissa terdiam kaku memerhati sahaja segala aksi Khairul Rasheed. Wajah Kharlissa berubah, menjadi merah seperti tomato yang masak ranum. Dadanya berdebar. Air mata yang hampir kering, meniti di bibir mata semula. Kelopak matanya dikerdipkan beberapa kali.
Ungkapan itu adalah ungkapan yang dia tunggutunggu. Namun Kharlissa terus membisu. Pipi gebunya basah semula.
Katakan perasaan awak dan saya sama. Saya sangat kecewa kalau awak tolak cinta saya, kata Khairul Rasheed lagi sambil merenung ke dalam mata Kharlissa, Saya mengambil masa yang lama untuk meluahkan rahsia hati. Saya takut... takut kehilangan awak.
Kay, saya juga cintakan awak, balas Kharlissa.
Apa dia Kharlissa Apa dia Tolong ulang kata-kata tu! Saya nak dengar puas-puas!
Ya, Kay. Saya cintakan awak. Saya cintakan awak!
saya cintakan awak! seru Kharlissa berulang kali sambil memegang ke dua-dua pipi Khairul Rasheed.
Khairul Rasheed terjerit gembira. Dia memeluk Kharlissa erat, kemudian melepaskannya. Dia merenung seluruh wajah Kharlissa yang kelihatan berseri-seri. Air matanya sudah kering sama sekali.
Malam itu, Kharlissa merasakan adalah malam yang paling bahagia. Dan dia percaya pada cinta yang berputik itu akan berkembang mekar dan tidak pernah layu. Dia yakin pada kebahagiaan yang bakal mengisi hidupnya di masa hadapan. Di sisi Khairul Rasheed dia tidak takut apa-apa. Dia tidak akan takut untuk menghadapi masa hadapan, kerana lelaki itu bakal melindunginya daripada disakiti.
WAH! Berseri-serinya wajah you pagi ni, Cik Kharlissa! tegur penyambut tetamu semasa Kharlissa berjalan masuk ke ruang lobi syarikat. Kawasan itu luas dan besar, berturap marmar yang berkilau bak cermin.
Kharlissa tersenyum bahagia. Dia mengakui kini dia seperti berdiri di puncak Gunung Kinabalu. Bahagia dan gembira sukar digambarkan dengan kata-kata.
Pagi tadi mereka sempat minum bersama, di gerai tidak jauh dari kondo. Khairul Rasheed masih cuti, tetapi dia akan berangkat ke Bangkok dalam waktu sehari dua lagi. Kharlissa tidak bertanya lanjut. Dia ingin meletakkan kepercayaan pada Khairul Rasheed. Jika dia masih menyimpan prasangka, pasti lelaki itu akan tersinggung. Eh, ya ke berseri-seri muka I Rasanya biasa je.
Biasanya kalau muka berseri macam ni, pasti sedang dilamun cinta.
Kharlissa hanya tertawa mesra sambil berlalu menuju ke pintu lif. Dia berdiri di hadapan pintu lif yang bertutup rapat. Lif bagaikan tersangkut di tingkat atas. Shamila dan bapanya muncul tidak lama kemudian. Kharlissa menegur Dato Emmer dengan mesra, namun Shamila hanya senyum dingin.
Mereka menaiki lif yang sama. Shamila dan Kharlissa langsung tidak bertegur sapa. Dalam diam seperti sudah terjadi permusuhan antara mereka berdua.
Sekitar jam satu petang, Khairul Rasheed datang menemui Kharlissa dengan membawa sejambak mawar kuning. Biarpun bunga mawar bukan bunga kesukaan Kharlissa, namun dia menerimanya dengan senang hati. Apa lagi pemberian dari lelaki yang kini bergelar kekasih.
I nak pinjam Kharlissa selama sejam, kata Khairul Rasheed pada Dato Emmer yang baru keluar dari biliknya.
Lelaki itu meletakkan sebuah fail di meja Kharlissa.
Okey, ni memang waktu rehat dia. Liss, you sediakan laporan ni lepas lunch nanti, pesannya sebelum beredar.
Kharlissa mencapai beg tangan, lalu terus bangun. Dia tidak ingin membuat Khairul Rasheed menunggu lebih lama. Beberapa minit kemudian mereka sudah berjalan seiring menghala ke lif. Dari dalam kamar kerjanya, Shamila memerhati sahaja. Bibirnya dikertap kuat.
Di dalam lif tiada sesiapa hanya Khairul Rasheed dan Kharlissa.
Lissa, awak berdiri terlalu jauh dari saya. Dekat sikit, pinta Khairul Rasheed sambil menarik tangan Kharlissa agar berdiri berdekatan dengannya.
Nanti jangan rindukan saya bila saya jauh dari awak, usiknya lagi sambil menggenggam tangan Kharlissa.
Kharlissa tersenyum. Pintu lif terbuka dan beberapa orang masuk ke dalam lif. Khairul Rasheed masih enggan melepaskan tangan Kharlissa, biar pun ada mata yang memerhati aksi mesra mereka.
Lepaskan tangan saya, bisik Kharlissa.
Tak, saya takkan lepaskan awak. Saya cintakan awak, balas Khairul Rasheed tersenyum.
Saya akan ke Bangkok, outstation, beritahu Khairul Rasheed setelah mereka berada di sebuah cafe. Makanan yang dipesan baru sahaja tiba. Khairul Rasheed mulai makan perlahan-lahan.
Amboi cemburunya saya. Awak akan sibuk di luar negara, tapi saya tinggal di sini buat kerja yang tak pernah habis tu!
Siapa yang suruh awak kerja Kalau kahwin dengan saya nanti, awak harus berhenti kerja. Duduk rumah, jaga anak.
Wajah Kharlissa masam. Dia tidak membalas katakata Khairul Rasheed.
Kenapa Awak tak nak duduk rumah, jaga anakanak kita ke
Baru je bercinta dua hari, dah nak ajak kahwin ke
Kalau tak nak kahwin, kita tunang dulu.
Kharlissa diam sejenak kemudian berkata, Saya belum sedia lagi la awak. Saya nak kahwin tahun depan, beritahu Kharlissa bersungguh-sungguh.
Aku belum bertemu dengan ibu dan bapaku. Tujuan pertama aku balik adalah untuk mencari ibu. Namun entah bagaimana dia bagaikan terlupa segala hasrat yang telah lama terbenam dalam hati.
Lagipun saya nak cari ibu saya. Dah lama saya tak jumpa dia, lebih kurang enam belas tahun.
Ibu awak masih hidup Bukan ke awak pernah
cerita ibu bapa awak dah meninggal Awak menangis di dada saya sampai basah baju saya tau.
Kharlissa menggigit bibir. Dia terlupa, begitu banyak pembohongan yang dilakukannya. Dia tidak ingat lagi semua pembohongan itu. Lalu penipuannya telah menjerat diri sendiri.
Errr, sebenarnya maksud saya... ibu saya meninggalkan saya. Bukan meninggal dunia, Kharlissa cuba berkata dengan jujur.
Di wajah Khairul Rasheed tergambar rasa tidak puas hati. Dahinya berkerut. Dia merenung tajam wajah Kharlissa yang mulai merah padam. Tidak selesa, akibat jerat yang dipasang mengena batang hidung sendiri.
Ceritakan pada saya, kenapa ibu awak tinggalkan awak
Saya tak tahu kenapa dia tinggalkan saya. Tolong jangan tanya saya lagi hal ni okey Ia sangat menyakitkan dan melukakan hati saya, pinta Kharlissa dengan bersungguh-sungguh. Air matanya mulai tergenang. Dia menolak pinggan nasi goreng ke tepi, tiada selera untuk menghabiskan nasi yang masih berbaki.
Jadi, ceritalah pasal ayah angkat awak tu... Semuanya tipu belaka Tujuan awak supaya saya bersimpati soal Khairul Rasheed, mula dihantui rasa ragu.
Saya tak tipu pasal tu. Memang saya dibesarkan bapa angkat, Kharlissa meneguk minumannya. Dia semakin rasa tidak selesa apabila Khairul Rasheed mulai menyoal kisah lalu.
Entahlah Kharlissa. Saya tak tahu patut ke saya percaya pada cerita awak.
Kay! Kenapa awak cakap saya tipu Saya tak tipu awak pasal bapa angkat saya. Kalau awak tak percaya, awak boleh call dia... Suara Kharlissa tersangkut di kerongkong.
Masakan dia mahu Khairul Rasheed menghubungi Maxy. Alangkah gilanya permainan ini. Kharlissa rasa benci pada dirinya sendiri kerana dia harus terus membohongi Khairul Rasheed.
Tapi dia tak ada di sini. Dia dah tak penting lagi dalam hidup saya. Saya dah tinggalkan dia. Saya takkan balik lagi ke sana. Saya mahu bina hidup baru di sini. Dia Malaysia tempat tumpah darah saya.
Di mana awak dilahirkan
Di sebuah kampung, dalam daerah yang sangat terpencil. Sumpah! Memang saya dah lupa nama kampungnya. Saya dibawa merantau terlalu lama ke luar negara. Saya memang tak ingat langsung.
Okey. Kita lupakan saja hal tu. Saya rasa masa lalu awak tak penting. Yang penting masa depan, Akhirnya Khairul Rasheed memutuskan kata.
Tahu pun awak masa depan lebih penting dari masa lalu.
Khairul Rasheed tidak mahu bertengkar dengan Kharlissa. Pertengkaran akan merosakkan hubungan yang baru bermula. Kemanisan hubungan ini akan segera tercemar oleh rasa ragu-ragu dan curiga. Dia lihat wajah Kharlissa sudah berubah menjadi muram dan sedih. Dia kesal kerana mengungkit perkara lalu yang mahu dilupakan oleh wanita muda itu.
Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat Kharlissa membisu. Dia membiarkan Khairul Rasheed melarikan kereta Toyota Camry itu selaju mungkin. Lelaki itu menurunkan dia di hadapan syarikat gergasi milik Dato Emmer.
Petang ni saya akan bawa awak jumpa keluarga saya, beritahu Khairul Rasheed sebelum Kharlissa keluar dari kereta.
Petang ni Dahi Kharlissa berkerut.
Dia panik. Sebenarnya dia belum bersedia untuk bertemu dengan keluarga Khairul Rasheed. Kenapa lelaki itu terlalu terburu-buru
Agh! Saya belum sedia. Nantilah esok lusa.
Esok lusa saya dah nak terbang ke Bangkok, kata Khairul Rasheed sambil menggenggam tangan Kharlissa.
Jumpa untuk kenal-kenal aje, bukan ada tujuan lain. Bukan nak paksa awak kahwin dengan saya segera.
Nantilah! Saya betul-betul belum ready. Biar saya perbaiki diri dulu okey Nak jumpa bakal emak mertua, mestilah harus tunjukkan penampilan dan keperibadian yang paling unggul kan kata Kharlissa, amat mengharapkan persetujuan Khairul Rasheed.
Okey. Tapi janganlah sampai ambil masa selama setahun!
Kharlissa hanya tertawa kecil sebelum keluar dari kereta Khairul Rasheed. Dia berjalan laju menghala ke dalam bangunan. Lima minit kemudian dia sudah pun duduk di mejanya, menghadapi kerja.
Dari dalam bilik Shamila yang pintunya dibiarkan terbuka, Kharlissa menangkap suara orang tertawa. Dia memandang ke arah bilik gadis itu. Terlihat Shamila sedang berbual mesra dan tertawa bersama Datin Zora. Hampir putus jantung Kharlissa melihat Datin Zora ada di bilik Shamila.
Shamila menjeling pada Kharlissa. Bibirnya dicebikkan. Kau tambat hati anaknya, aku pula akan ikat hati si ibu. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan menang. Siapa yang bakal menjadi ahli keluarga baru Dato Salihin dan Datin Zora, hati Shamila berdialog sendiri.