A.I.D.S. - 16
Kematian. Apakah ada kehidupan setelah kematian Apakah erti kematian Apakah ia sekadar berhentinya degupan jantung dan terhentinya otak dari beroperasi atau sekadar terputusnya sedutan nafas. Atau adakah kematian itu bererti tamatnya satu riwayat panjang kehidupan lalu dikambus ke dalam bumi, ke dalam tanah tanpa ada rentetan yang lain Apakah kehidupan itu persembahan teater yang sementara sifatnya. Ya, sekali lagi, adakah kehidupan setelah kematian

Kehidupan semula! Apakah aku akan bangkit semula sebagai satu bentuk kehidupan baharu yang berbeza. Sebagai haiwan misalnya, atau kembali menyerap ke dalam roh insan yang bakal lahir lalu bernafas semula sebagai manusia baru. Kalau begitu kupohon sungguh-sungguh, jangan jadikan aku homosexual, jangan jadikan aku seorang gay! Ia satu keterasingan yang argh, aku sungguh-sungguh takut, sungguh-sungguh bimbang.

Siapa yang dapat menjawab persoalan ini Adakah kematian lagi setelah kematian Atau apakah ada satu bentuk kehidupan yang berbeza dari kehidupan di bumi. Tetapi tetap dinamakan hidup.

Dan kalau begitu aku akan dihumbankan ke mana Neraka Kerana aku gay yang jijik dan kotor cara hidupnya.

Di mana aku boleh mendapat jawaban Daripada siapa Tuhan Aku free-thinker. Jadi orang-orang seperti aku di mana Siapa yang benar Benarkah setelah kematian ada kehidupan sebagai haiwan Aku kotor, jadi sudah tentu aku bakal dijadikan haiwan jelek. Apa Babikah Anjing Kelkatu Nyamuk Serangga! Ah, merapu...

Lihat, bagaimana seekor tikus yang terapung di permukaan air, terkapai-kapai dan terkial-kial minta diselamatkan. Ia akan lemas. Ia sedar akan kematian. Argh, tragisnya, tikus yang tidak kenal konsep bunuh diri masih berusaha pada saat-saat akhirnya untuk terus hidup. Matikah yang akan menyerkupnya Dan lihat, tikus itu berputus asa. Ia lemah. Ia longlai. Ia sekadar menyerah. Ia sudah berhempas-pulas. Ia sudah tidak berdaya. Ia tenggelam sedikit demi sedikit. Separuh badannya, kepalanya, muncungnya sahaja kelihatan. Lihat itu misainya, dan pangkal kepalanya, dan ia terus tenggelam, terus ke dasarnya kolam. Lemas dan kematian. Ah, ngerinya. Apa yang ada setelah itu Kematian! Apa itu kematian...

Mati sedang mengelilingiku. Ia merantaiku. Ia membelengguku. Ia membunuhku. Ia, argh, kematian, sangat menakutkan! Tolong, tolong aku, tolong nyatakan apakah itu kematian Ke manakah aku setelah itu

Hari-hari yang berlalu kurasakan sungguh cepat. Detik-detik yang pergi ternyata sekali gesit tanpa menanti-nanti. Saat dan minit dan jam yang kuhitung semuanya luput. Pendulum jam dinding tua yang tersandar di rumah, masih berulang-alik kiri kanan, kanan kiri. Bila Bila pendulum jam dinding tua akan berhenti Akan kaku tanpa gerak, tanpa tindak.

Aku bangun di tengah malam, aku mendengar jeritan dan hilaian orang-orang dari kuburan. Aku bergegas ke jendela, menyelak langsirnya dan kucari, kuselidik, dari mana Kenapa Hilaian dan jeritan itu mengaum kuat dan ia bertambah kuat di dalam dadaku ini. Kudengar suara Norman merintih kekesalan, kudengar suaranya merayu minta dilepaskan. Argh, betapa ngeri!

Betapa sukarnya menghadapi kematian bila kita mengetahui masa dan saatnya. Sukar seperti seekor ayam yang diletak sebilah pisau tajam menunggu pisau itu menoreh, meleles perlahan kesakitan, pedih, bisa dan kengerian merayap, tertusuk sedikit, berinci-inci ia, lalu dalam semput, dalam cungap, nyawa pun tercabut. Lehernya koyak hingga ke tenggorok, memancur darah dan sah, itu kematian. Itu kematian yang terbayang di ruang matanya.

Dalam kabus malam yang tebal, dia merempuh dan melanda kekacauan, pandangannya tembus ke segenap ruang dan sudut, ke segenap benua dan ke seluruh alam. Alam sudah tidak berkehendakkan aku! Sudah menyingkirku. Menanti kematian yang diketahui saat dan masanya bakal mendatang, bagai seorang tua Yahudi di zaman Perang Dunia Kedua menanti soldadu Nazi mendatanginya lalu mengacukan pistol di kepala, menarik trigger dan bamm! Bersepai, juga berderai, berantakan dan bersepah-sepah ketul daging di seluruh ruang, darah memercik ke utara, ke selatan dan ke barat dan timur.

AIDS. Penyakit jahanam. Lihat, lihat manusia di sekelilingmu yang akan ditinggalkan, dilambai tanda selamat tinggal. Lihat manusia yang bakal menangisi kematianmu. Lihat kematian yang akan membunuh. Lihat-lihatlah kepada malaikat maut yang menyeringai ngeri.

Sesuatu yang menyeksakan, kumenderitai segala-galanya. Kesakitan sudah tidak tertanggung. Penyakit membeban tubuh, diri dan perasaan menanggung penyeksaan hebat, terasnya, kekesalan! Kematian cepat-cepatlah hadir, cepat-cepatlah datang.

Oppsss, nanti, nanti dulu. Sesungguhnya aku tidak bersedia sepenuhnya. Aku tidak tahu apa yang ada pada kematian. Apa bekal yang harus aku sediakan. Setakat mana kekejaman makhluk yang bernama mati itu. Terlalu zalimkah Bagaimana mereka yang menempuh mati dalam kedamaian, dengan ketenangan itu Jasa apa mereka dikurniakan kondisi sedemikian

Kematian Belum, belum lagi Tuhan. Aku belum bersedia. Rintih J.C.

***

Jill merangkul lengan J.C lantas berjalan perlahan, langkah dan jejak menapak mereka serentak. Angin dingin menampar muka J.C. Jill mengemaskan mafela yang melilit di leher J.C, anak saudara kesayangan. Kau degil, angin keras bertiup. Kesal Jill tidak sudah-sudah.

Sudah saya katakan, saya mahu rasakan kedinginan ini, nanti, kelak entah kehangatan yang membungkus saya ketika mati. J.C tenang.

Barangkali ini kedinginan yang terakhir. Tambah J.C lagi.

Jill menyoroti air muka J.C. Argh, tidak sudah-sudah kau mengulang soal matimu! Cukup... Jill bersuara sayu. Kelihatan wap berombak, berkisar keluar dari mulutnya. Sudah kukatakan kau tidak akan mati, tidak akan mati dalam kamus hidup kami.

J.C tersenyum. Perangsang yang sia-sia.

Jill menahan tangisnya. Tolong, tolong jangan bikin aku sedih lagi. Dia memaut lebih kemas lengan J.C. Bahu mereka bergesel, terasa tulang yang bersentuhan. Terlalu kurus.

Mereka berdua membelok ke simpang Jalan Twist. J.C menyeluruhi kawasan sekeliling. Cepat sungguh pulih.

Apa Jill kurang dengar. Dia menggenggam erat tangan J.C. Dulu kawasan ni rosak dan habis punah dalam rusuhan.

Oooo, memang, mereka bangunkan semula bangunan kedai yang runtuh itu dan sodok flat hujung untuk bina bangunan tambahan di hadapan. Err, memang cepat siapnya. Tapi siapa tahu, esok lusa ia runtuh dan berapa orang lagi yang akan mampus jadi korban.

Kritis! J.C ketawa lucu. Maklum sekarang musim kempen pilihanraya presiden. Oh, khabarnya Lorice akan bertanding untuk jawatan gabenor New York. Emma pula sebagai senator.

Jill tersenyum pura-pura. Payah nak menang. Mereka di luar sistem. Dia memberi komennya. Mereka melangkah laju-laju apabila terasa angin semakin keras menampar muka.

New York Daily! New York Daily! Suara budak penjual akhbar kedengaran nyaring.

Itu budak Robert yang jual surat khabar... kata Jill perlahan tanpa tujuan.

J.C menarik nafasnya semahu-mahu. Rasa tersumbat, tersengkang, tersekat. Dadanya sendat dan padat. J.C mencungap sedikit.

Biar aku beli, boleh kita dengar komen Republikan dan Demokrat berkenaan Lorice ni.

Pandangan J.C kabur dan berpinar-pinar.

Kau tunggu sini, mama pergi seorang.

J.C menarik nafas, sendat lagi dan terus padat. Dadanya berombak-ombak. Kepalanya berat untuk dibawa. Jalan raya bersegi-segi. Dia melangkah satu dua tapak. Mak ciknya entah ke mana.

Mama Jill, err... saya, sa.... ya, tak, err, argh, mama Jill. J.C mencungap terus. Semput dan sesak. Dadanya bagaikan kerobohan isi.

Pandangan J.C terus kabur dan dia rebah tersungkur, mencungapcungap dan mencungap. Dia mendengar suara.

Ambulan, panggilkan ambulan cepat!

***

Jill masih belum berhenti meraung meskipun didakap kuat oleh suaminya, Bruce yang juga kerusuhan hati. Jason tidak tenteram ke sana dan ke sini. Janet menjenguk ke dalam bilik rawatan tetapi segera dihalang oleh seorang atendan. J.C mencungap menarik nafas sebanyak-banyaknya sementara kakitangan di bilik rawatan ada yang terjerit-jerit. Put a tube in his lungs for the ventilator. Kesukaran proses ini menyebabkan J.C semakin meronta. Dia mencari nafas, menghirup dan menyedut separuh mati. Kakinya terjang ke kiri dan terjang pula ke kanan.

Janet yang tidak sanggup melihatnya, menangis tersedu-sedu, dipujuk pula suaminya. Whitney terduduk di ruang menunggu dengan air muka kosong. Bill mundar mandir seperti Jason, gelisah tidak sudah-sudah.

Tim kelihatan keluar dari dalam lif bersama Bill tergesa-gesa menghampiri Jason yang menggeleng-gelengkan kepalanya. Kita akan kehilangannya.

Tim menelan air liur. Tuhan, jangan sekarang!

***

J.C terbaring di atas katil di bilik peribadinya. Dia sungguhsungguh uzur walaupun cuma dibantu oleh oksigen biasa, bukan ventilator. Jambakan bunga di sana sini dengan kad-kad pelbagai warna. Di luar, kaum keluarganya berbual dengan suara yang perlahan sekali.

Topeng oksigen yang merimaskan J.C kadang-kadang dibuka oleh Bruce terutama tatkala J.C ingin berkata-kata. Seketika kemudian Bruce keluar mendapatkan Jill yang kelihatan sangat tenang dan tabah.

Apa kata doktor

Jason menghampiri orang tuanya. Tim mengiringi. CMV sudah merosakkan paru-paru dan penglihatan mata sebelah kanannya. Dia juga ada hepatitis, toxoplasmosis sudah merosakkan otak, hati dan paru-parunya.

Juga jantung. Sampuk Bill dari belakang.

KS sudah bersarang di usus dan perutnya. Glomerulonefritis juga mengganggu fungsi buah pinggangnya. Pneumonia memburuk. Kata doktor, dia tak dapat jamin J.C dapat bertahan lama sekiranya dibawa pulang. Jason memberi penerangan ikhlas.

Jill memejamkan matanya. Bruce merangkul isterinya dan dia menarik nafas dalam. Hatinya koyak berkeping-keping. Dia tahu perjalanan sudah sampai ke destinasinya.

Bill keluar dari kamar dengan wajah sugul. J.C kata, dia tahu Paul berada di New York sejak pagi tadi untuk pameran. Dia minta hubungi Paul, dia minta sekarang ini juga.