DIAGNOSIS: DELUSI - 16
Aku dan rakan sekelasku sedang berlegar-legar di meja pendaftaran kemasukan pesakit ke dalam wad medikal 2 Hospital Putrajaya (HPJ). Pagi Isnin itu, kami tiada sebarang kelas bersama pensyarah. Kebanyakan kami berada samada di wad medikal 1 atau 2 sementara menunggu doktor pakar datang untuk ward round.

Ward round memang wajib untuk kami turut serta jika tiada sebarang kelas. Banyak juga boleh dipelajari daripada ward round tersebut.

Aku lihat Dr.Farid, seorang houseman, seperti tertekan merenung straight ke arah komputernya. Ini dah kenapa, menaip tidak, membaca tidak, tiada apa-apa pun yang berlaku di komputernya. Aku monolog.

Aku tarik pergelangan tangan Mei Mei, berjalan menuju ke meja Dr.Farid, Heee Dr! melontarkan senyuman pagi. Pakaian dah kemas elok dah tapi wajah Dr.Farid serabut, kusut masai, mungkin tekanan kerja yang banyak barang kali menyebabkan luaran dalaman menjadi kusut. Kikikikiki.

Dr., apa pasai, termenung saja dari tadi. Tengah sedut maklumat daripada komputer ke Macam alienlah pula. Aku dan Mei Mei tersenyum lagi. Doktor lelaki itu turut tersenyum kelat.

Ish awak ini, ada-ada sahaja. Hari ini ada grand ward round, tapi saya ada satu kes lagi belum clerk. Patient tu punya la degil tak nak bagi kerjasama. Stress betul! Luah doktor kusut itu. Dah la ward round dengan HOD yang paling garang di Malaysia. Sambung Dr.Farid lagi.

Sabar doktor sabar. Tarik nafas hembus. Tarik lagi, hembus. Mari kami tolong doktor, patient baru masuk ke Mei Mei mencelah dari tadi dia berdiam diri. Mesti pesakit baru masuk ni, sebab semalam, petang hujung minggu itu, sebelum pulang, kami semua sudah clerk semua pesakit. Rasanya semua pesakit tiada masalah untuk memberi kerjasama.

Haaa, cuba awak tolong saya. Bed 13. Tengok tu. Dr.Farid menunjuk ke arah katil bernombor 13.

Dari jauh, aku mengamati pesakit di katil 13. Seorang perempuan India, muda, cantik, terbaring sahaja, tersarung uniform hospital di tubuhnya, dengan diselimuti sehingga ke paras dada. Riaknya sedikit murung, tiada air mata, jauh mengelamun merenung syiling. Dadanya pula berombak perlahan cuma bernafas tetapi kadang-kadang menjadi laju, aku kira barangkali sedang memikirkan perkara menyedihkan.

Aku dan Mei Mei berjalan perlahan menuju ke katil pesakit itu. Kami berdiri di hujung katil.

Tiada teman di sisi. Tiada juga sebarang bekalan makan di meja sebelah katilnya, tidak seperti pesakit lain. Baru benar masuk hospital barangkali, itu sebab semuanya tiada. Aku membuat andaian.

Hello selamat pagi, Mei Mei mendekati sisi kanan sambil membina rapport dengan pesakit itu. Ah, awak, kami pelajar perubatan. Ini kawan saya, Jasmin. Kami ingin berbual-bual dengan kamu sekejap boleh ya Mei Mei kedengaran Cinanya di dalam tutur kata tadi. Mei Mei senyum, dituruti aku. Pesakit itu hanya mengangguk, tiada emosi, tapi mengalihkan pandangannya ke arah Mei Mei.

Selepas 15 minit berbual; tambah tolak minit pesakit katil 13 itu senyap, tambah tolak minit dia menangis, tambah tolak kami senyap memberi masa pesakit katil 13 itu bertenang, tambah tolak Mei Mei mencari-cari bahasa Melayu yang sesuai untuk berkomunikasi, akhirnya kami berjaya mendapatkan cerita. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapatlah membantu Dr.Farid mengurangkan kusut masai itu sebelum grand ward round.

Haa, wei, jom present summary patient ni kat aku. Awak orang dah buat physical examination belum Dr.Farid menyergah dari belakang. Kami berdua serentak menggeleng. Mari aku PE-kan patient. Salah seorang daripada awak dua, susun history patient. Amboi, tiba-tiba sahaja Dr.Farid menjadi begitu bersemangat. Bagus!

A 21 years old Indian girl from Putrajaya with no known medical illnesss or mental illness, was admitted this morning when she was found to be unconscious in her room. Yesterday, she had a fight with her boyfriend whom she believed cheated with other girl. She then took 15 tablets of paracetamol last night around 10 pm. According to patient, at first she felt dizzy then later on was unconscious. She regained her consciousness in A&E HPJ around 2 pm. There was no vomiting nor nausea, or other gastrointestinal symptoms such abdominal pain, diarrhea nor constipation, prior to unconsciousness. Otherwise, other systemic review was unremarkable. She is the youngest out of three siblings, is studying nursing in private college located in JB. Non smoker, non alcoholic drinker and did not take any illicit drugs.-Mei Mei.

Kelihatan Dr.Farid sangat gembira dengan history Mei Mei, dia tinggal re-confirm sahaja dengan pesakit katil 13 itu.

Tapi, awak tahu tidak suicidal risk patient ni berapa tanya doktor kusut bertukar semangat kepada kami. Err,, kami krik krik dan tidak tahu.

Selang seminit selepas itu, seorang jururawat datang ke cubicle kami memberitahu, Dr.HOD telah tiba.

Marilah kita mengikuti grand ward round wahai medical student sekalian. Dapatlah ilmu sedikit sebanyak daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Nota kaki: Jangan sekali-kali menggantikan nama pesakit dengan nombor katil. Tidak bagus begitu!

****

Membunuh Diri

American Psychiatry Association (APA) telah mendefinisikan beberapa terma berkait dengan kelakuan bunuh diri, antaranya adalah;

1. Bunuh diri: kematian dengan bukti bahawa seseorang itu merancang untuk mati.

2. Cubaan membunuh diri: mencederakan diri sendiri dengan kesan tidak menyebabkan kematian disertakan dengan bukti bahawa seseorang itu berniat untuk mati.

3. Rancangan membunuh diri: memikirkan atau menjadi perancang untuk membunuh diri.

Adalah menjadi tanggungjawab pengamal perubatan apabila menerima pesakit untuk mengenal pasti faktor-faktor bunuh diri seseorang individu.

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan kementerian kesihatan Malaysia mengenai bunuh diri, doktor haruslah mengenal pasti faktor penghalang serta faktor-faktor yang mendorong seseorang melakukan bunuh diri.

Namun begitu, bukan perkara yang mudah untuk seseorang pesakit ini bekerjasama untuk menyampaikan maklumat penting. Justeru itu, seseorang doktor haruslah bijak membina rapport dengan pesakit. Contohnya; sentiasa menghormati para pesakit, bersikap profesional dan tidak bersikap menghukum pesakit serta jangan menunjukkan riak terkejut atau malu dengan apa yang diperkatakan oleh pesakit.

Faktor-faktor bunuh diri dengan akronimnya; SAD PERSON:

Sex; jantina- lelaki bunuh diri 3 kali lebih kerap berbanding wanita.

Age; umur- 19 tahun atau lebih muda, 45 tahun atau lebih tua.

Depressed; murung- 30 lebih terdedah daripada individu yang tidak mengalami kemurungan.

Previous attempters; pernah melakukan sebelum- 64 kali lebih berpotensi untuk membunuh diri

Ethanol abuser; penyalahgunaan etanol atau alkohol- 15% peminum alkohol membunuh diri.

Rational thinking loss; ketidakupayaan berfikiran rasional- contohnya pesakit yang mempunyai psikosis, mania, kemurungan.

Organized plan; membuat perancangan teliti.

No spouse; tiada teman hidup- bujang, bercerai (duda, janda, balu).

Sickness; mempunyai penyakit yang tenat atau kronik.

Faktor-faktor ini juga dipanggil sebagai skala risiko membunuh diri atau suicide risk scale. Jika satu faktor ditemui untuk seseorang pesakit, hendaklah diberikan skor 1.