DIAGNOSIS 3: MORTUARI - 16
Tolonglah, kau ingat orang pakai tudung tu semua baik ke Tak kanlah kau pandang hina pada orang macam aku Apa salahnya aku pakai seksi macam ni Bentak Arissa sewaktu rakan baiknya Aniss menegur perubahan sikap Arissa.

Dulu, Arissa bertudung labuh, berperwatakan baik dan sentiasa aktif dalam aktiviti usrah. Namun, setelah pertunangannya dengan Taha putus, dia seakan berubah 180 darjah. Tiada lagi jubah ataupun tudung labuh dan dia sudah mula pandai keluar malam dengan rakan-rakan yang baru dikenalinya.

Aniss bimbang dengan perubahan tersebut. Tambahan pula, dalam tempoh empat bulan lagi mereka akan menduduki peperiksaan akhir di kolej mereka.

Arissa, kau kawan aku. Aku cuma menasihati kau sahaja. Dulu cantik saja kau berpakaian menutup aurat. Tapi sekarang apa dah jadi dengan kau Soal Aniss kembali.

Aniss, come on la. Kau jangan jadi jumud sangat. Kau tahu tak, ramai perempuan berjubah dan bertudung labuh sebab nak sembunyikan perut yang memboyot sebab mengandung tau. Dan kau tau tak, perempuan pakai tudung labuh pun ada buat benda tak senonoh. Pakaian tidak melambangkan apa-apa.

Fullstop!

Arissa, menutup aurat tu kan suruhan agama. Apa kau sudah lupa apa yang Allah dan Rasul perintahkan

Hei, kan aku dah cakap. Yang pakai sampai tutup semua tubuh kecuali anak mata pun ada yang berzina la. Marah Arissa lagi.

Sayang, tutup aurat tu adalah kewajipan kita. Tapi aku tak nafikan kalau ada yang terlibat dengan gejala sosial. Kau tahu kenapa Sebab, Allah sendiri cakap yang selepas kau tutup aurat, kau kena rendahkan pandangan. Dalam erti kata lain, kau kena jaga batas pergaulan. Kalau kau pakai bertutup sekalipun tapi berdua-duaan dalam gelap dengan lelaki buaya yang mulut penuh romantis, pasti kau cair juga. Aniss cuba untuk menjelaskan pada sahabatnya.

Ah! Aku bosan dengan ceramah dari kau! Biarlah aku dengan hidup sendiri. Aku ingin bebas seperti helang berterbangan di langit tinggi. Megah mengibarkan sayap tanpa perlu risau akan jatuh kecundang. Biar aku terus mengaum pada sang langit dan biarkan angin bersembunyi kerana takutkan tujahan sayap ku ini. Kau faham Arissa menggapai beg tangan Pradanya dan melangkah keluar dari bilik.

Arissa kau nak ke mana tu Dah jam 10 malam ni. Tak elok anak gadis keluar malam. Larang Aniss.

Mak cik. Ini zaman orang naik ke bulan ok. Bukan nya zaman pendekar Mustar kayuh perahu macam dalam cerita P. Ramlee. Suka hati akulah nak keluar malam ke ape ke. Kau jaga diri kau sendiri boleh tak

Please la Arissa. Nabi Muhammad 1400 tahun dulu dah naik ke langit ketujuh. Apa yang nak dihairankan zaman sekarang baru orang mendarat ke bulan Tolonglah Arissa, janganlah berlagak sangat kalau orang beri nasihat. Aku cuma nak jaga kau saja. Aniss hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Arissa langsung tidak mendengar nasihat sahabatnya itu. Dia terus turun dari asrama dan menuju kereta. Tanpa berlengah, dia menghidupkan enjin kereta MyVi Extreme kuningnya dan terus menuju ke bandar. Sesampainya di bandar, dia membuat beberapa pusingan mengelilingi bangunan yang tersergam indah sebelum akhirnya bertemu dengan destinasi yang menjadi arah tujunya.

Dia segera meletakkan keretanya di tempat yang disediakan dan tanpa berlengah terus melangkah masuk ke DeClub Bistro. Di sana, rakannya Sham dan Ayie sudah pun sedia menanti. Seorang gadis yang tidak dia kenali sedang asyik berbual dengan Ayie sambil meminum minuman keras. Arissa segera mengambil tempat duduknya sementara Ayie dan gadis tersebut sudah mula menari tatkala DJ memutarkan lagu Gimme Gimme oleh Beenie Man.

Sham menuangkan Chivas Regal ke dalam gelas dan memberikannya kepada Arissa. Pada awalnya dia menolak tetapi kerana berterusan dicabar, dia akhirnya mengalah. Dia meneguk cecair kuning kehitaman itu sebelum meluahkannya kembali disebabkan rasanya yang pahit.

Nah, cuba ni. Sham mencampurkan sedikit kola ke dalam gelas tersebut dan diisi juga beberapa ketul ais. Kemanisan kola menenggelamkan rasa pahit minuman keras tersebut. Arissa bagaikan hanyut dalam dunianya dan mula hilang pertimbangan. Dia mula bercakap semahunya. Diluahkan perasaan sedih, marah dan gembira pada Sham. Sham tersenyum keji! Tanpa berlengah, dia memesan pula segelas Absolut Vodka dan mengumpan Arissa untuk minum.

Arissa bagai dirasuk hantu. Semangatnya meluap, jiwanya bergelora, keinginannya merayap-rayap di segenap penjuru tubuhnya. Keinginan untuk bebas, untuk memanifestasi segala resah dan gelisah. Namun, di sebalik semua itu dia sebenarnya menyembunyikan kesedihan hati. Ternyata dia belum benarbenar lupa akan bekas tunangnya. Benarlah! Gadis yang baru putus cinta akan melakukan perkara di luar kawalan mereka.

Sham masih tersenyum. Tangannya membelai rambut Arissa. Dadanya terbuka luas, menyambut tubuh Arissa yang membenamkan badannya bagi menyembunyikan tangisannya. Sham mengucup lembut dahi Arissa dan anehnya Arissa hanya membenarkan. Diam bagai merela, akur dan patuh bagai turut berkeinginan diperlakukan begitu. Bagai anak kucing yang dibelai manja tuannya, begitu jugalah Arissa menyerah diri.

Tidak sampai lima belas minit Arissa meminum minuman tersebut, kepalanya terus berasa berat. Matanya sudah tidak mampu untuk dibuka lagi. Badannya longlai dan dia sudah tidak tahu apa yang terjadi terhadapnya.

Hanya apabila siang menjelma, didapati dia berada di dalam sebuah bilik dan dibungkus dengan selimut putih. Sham sedang berdengkur di atas katil betul-betul di sebelahnya. Tangannya merangkul pinggangnya. Ayie berserta gadis itu pula sedang bergelimpangan di lantai. Kepalanya masih berat tetapi sesuatu di lantai membuatkan dia bingkas bangun.

Itu adalah pakaian dalamnya!

Dia berasa takut, menyesal dan sedih apabila akhirnya menyedari yang dia berada dalam keadaan bogel. Badannya lebamlebam seakan digigit dan dia berasa pedih di kemaluannya.

Dia menangis teresak-esak. Wajah Aniss kembali menerpa di mindanya.

Tanpa berlengah, dia segera memakai pakaiannya dan berlalu pergi. Dia dalam dilema. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya. Patutkah dia melaporkan pada polis sedangkan itu adalah salahnya. Dirinya dirasakan kotor dan jijik. Dia berjalan tanpa arah mengelilingi kota yang penuh dengan kesibukan.

Dia cuba untuk melupakan segalanya dan memulakan hidup baru. Hari berlalu dan dia mula menjalani hidupnya seperti normal. Dia sudah serik untuk keluar dengan mana-mana lelaki atau ke tempat-tempat hiburan. Namun, dia berasa terdapat perubahan yang ketara pada dirinya. Payu daranya mula membengkak dan sakit. Ada garisan hitam tumbuh pada perutnya. Kemuncaknya adalah apabila dia berasa ada sesuatu menendang dari dalam perutnya. Dia berasa cemas. Mungkinkah dia mengandung Anggapannya itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila pemeriksaan doktor mendapati kandungannya sudah pun berusia 26 minggu. Yang peliknya, perut dia tidak membesar seperti gadis yang lain.

Kerana ketakutan, dia meminta bantuan dari seorang lagi temannya Ezzaty. Kata Ezzaty, itu tanda breakup sex! Ia adalah trend anak-anak muda zaman sekarang. Kerana putus cinta, mereka seakan mahu menunjuk pada dunia terutamanya bekas teman lelaki mereka bahawa mereka bukan sekadar sampah di tepi jalan yang hanya dibiarkan tanpa dipeduli. Mereka masih laku keras!

Kata sepakat dicapai dan keputusan mereka bulat. Tanpa berlengah, mereka memulakan langkah dan bertemu dengan seorang bidan kampung. Pertemuan dengan Mak Limah mengubah kehidupannya secara total.

Bidan tersebut memberikan beberapa biji pil untuk ditelannya sebelum membuat urutan pada perut. Kata Mak Limah, ia untuk memecahkan darah dan seterusnya membuang darah tersebut keluar melalui salur farajnya.

Pulang dari rumah, perutnya mula memulas. Bahagian pubisnya juga semakin sakit dan ada darah mula keluar dari kemaluannya. Pada asalnya, dia menyangka bahawa itu adalah proses buang pecah darah yang normal seperti mana yang diceritakan oleh Mak Limah.

Namun, darahnya mengalir tanpa berhenti. Sudah 20 kali dia menukar tuala wanitanya tetapi tiada tanda masalah tersebut akan berakhir. Ada darah pekat yang mengalir bersama gumpalan darah beku. Sakit perutnya itu sudah tidak mampu untuk dia tanggung. Dia berjalan ke bilik Aniss untuk meminta pertolongan dan akhirnya jatuh pengsan betul-betul di hadapan Aniss. Bunyi dia jatuh mengejutkan Aniss dan membuatkan gadis tersebut terperanjat beruk melihatkan sesosok tubuh yang dikenalinya itu berlumuran dengan darah.

Ambulans segera dihubungi dan tiba sepuluh minit kemudian. Dua jarum IV line dipasang dan cecair normal saline dimasukkan dengan laju. Arissa diletakkan di atas stretcher dan dimasukkan ke dalam ambulans. Hujan yang turun dengan lebatnya sedikit sebanyak mengganggu pacuan ambulans. 15 minit kemudian, ambulans tiba di Jabatan Kecemasan. Loceng dibunyikan tiga kali menandakan ada kes resusitasi yang memerlukan para doktor merawat dengan kadar segera.

Arissa sudah tidak sedar apa-apa. Tiba-tiba, dia merasakan seolah-olah dirinya terapung di udara. Dilihatnya, ada jasad terbujur kaku di atas katil di zon merah jabatan kecemasan. Para doktor bertungkus lumus memberikan ubat-ubatan melalui IV line. Ada jururawat yang menggantung beg darah dan menyambungnya kepada saluran IV line.

IV Tranxenamic Acid 2 gram and start infusion 1 g per hour Seorang doktor muda menjerit.

Uterus is not contracting. Give her 1 ampoule of IM Syntometrine and start uterine massage. Doktor tersebut menjerit lagi dalam bahasa yang tidak Arissa fahami.

Asystole.... Start CPR and get me Intubating set Teriak seorang doktor yang berada di penjuru kepalanya.

Activate Red Alert now! Get me Hemabate!75 Doktor yang tadi berada di tepi katil memberi arahan baru.

Tiba-tiba Arissa terasa seperti ingin menangis apabila melihat para doktor melakukan CPR ke atasnya. Seorang doktor lagi melakukan intubasi dengan memasukkan tiub ke dalam rongga pernafasannya. Arissa terasa dirinya semakin ringan dan seolaholah ingin menghilang ke udara.

Damn, we are losing her! Get me more packed cells, jerit Doktor.

Tiga puluh minit CPR dilakukan tetapi tiada tanda-tanda jantungnya kembali berdegup. Sudah hampir 5 beg darah dimasukkan tetapi usaha tersebut bagaikan sia-sia.

Cardiac monitor mengeluarkan bunyi bising dan skrin nya hanya memaparkan garisan putih yang lurus. Para doktor sudah berusaha selama satu jam tetapi usaha itu tidak berjaya. Ia akhirnya dihentikan. Selimut putih menutupi seluruh tubuh Arissa. Dia dapat rasakan bahawa rohnya mula menghilang dan tidak tahu ke mana destinasi seterusnya. Adakah dia menikmati perubahannya dan breakup sex yang membawa pada perubahan nasibnya