SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 16
15 Julai 2009: Pada pukul lima petang, dengan diiringi lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasua Malaysia (SPRM), Teoh Beng Hock dibawa pergi dari Bangunan SSAAS iaitu bu pejabat Kerajaan Negeri Selangor, untuk membantu dalam siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana peruntukan.

16 Julai 2009: Pada 12 tengah malam, ADUN Seri Kembangan, YB Ean Yong Hian Wah telah meminta untuk berjumpa dengan Beng Hock tetapi permintaannya ditolak.

Pada pukul 1.30 petang, mayat Beng Hock dijumpai oleh seorang pekerja pembersihan di beranda luar tingkat lima Plaza Massalam. Ibu pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Pihak SPRM mendakwa Beng Hock telah habis memberi pengakuan pada pukul 3.45 pagi dan telah dilepaskan tetapi Beng Hock telah meminta untuk tidur seketika di pejabat SPRM.

Pihak polis mengesahkan pada pukul lima petang bahawa orang yang dijumpai mati akibat terjatuh dari tempat tinggi adalah Beng Hock.

17 Julai 2009: Pakatan Rakyat emmbuat protes di pejabat-pejabat SPRM di seluruh Negara dan meminta supaya pihak berkuasa menjelaskan punca kematian beng Hock dan menubuhkan Suruhanjaya diRaja untuk menyiasat kes ini.

Perkarabgab ibu pejabat SPRM Selangor dibanjiri berates-ratus orang awam dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat untuk meluahkan ketidakpuasan hati merek dan tujuk orang ditahan polis termasuk Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat.

18 Julai 2009: Ketua SPRM, Ahmad Said Hamdan, membuat kenyataan bahawa SPRM tidak patut disalahkan atas kematian Beng

Hock hanya kerana dia berada di bawah pengawasan SPRM pada masa kematiannya. Pihak polis pula mengklasifikasikannya sebagai kes kematian mendadak.

19 Julai 2009: Dompet, beg bimbit, telefon bimbit dan kunci kereta Teoh Beng Hock diserahkan kepada pihak polis oleh pegawai SPRM yang menafikan bahawa barangan peribadi Beng Hock telah hilang selepas kematiannya.

20 Julai 2009: Perarakan jenazah Teoh Beng Hock bertolak dari Melaka dan diiringi oleh lebih kurang 3,000 orang.