DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 16
1996.

Aku dilantik menjawat jawatan pengawas sekolah masa aku tingkatan dua. Disebabkan polisi management sekolah aku masa tu adalah berfikir di luar kotak, maka datanglah idea bijak pandai untuk melantik para pengawas dari kalangan pengganas dan penjenayah sekolah.

Alasannya sangat strategik - kalau pengganas sudah jadi pengawas, maka sekolah akan aman sejahtera sebab budakbudak mesti takut dengan pengganas. Dan secara mantiknya budak-budak ini sekaligus akan menurut arahan para pengawas tanpa banyak songeh.

Aku pula telah dikenalpasti oleh brader-brader naqib sebagai pengganas masa depan. Jadi memang sesuai dan amat cocoklah jawatan pengawas dipertanggungjawabkan ke atas diri aku.

Antara langkah-langkah mengawal tingkah laku pengganas supaya menyerupai pengawas, warden asrama aku telah bersepakat mewajibkan kami para pengganas ni menjadi imam sembahyang Maghrib dan Isya secara bergilir-gilir setiap hari. Aku tahu tujuan mereka murni. Nak melatih pengganaspengganas supaya menjadi manusia baik-baik yang beramal soleh. Bijak sungguh warden-warden aku. Memang soleh sungguhlah!

Maka jadual imam pun ditampal secara rasmi di papan buletin masjid.

Di sini bermula kisah aku yang menginsafkan...

Tiga hari jadual imam bermula. Hari keempat sampai giliran aku. Sembahyang Maghrib beb. Aku punya jantung tak pernah tenteram sejak jadual imam tu keluar. Pagi petang aku practice hafal ayat-ayat mana yang aku boleh hafal. Bacaan zikir, bacaan doa, semua aku practice. Memang intensif sungguh latihan aku. Pada aku, sepengganas mana pun aku, bab-bab sembahyang aku perlu serius. Nak imamkan lima ratus orang makmum ni beb, bukan anak bilis punya hal!

Petang hari keempat tu aku berhenti main awal daripada biasa. Mandi, bersiap dan pakai bedak wangi-wangi.

Dalam pukul 6.45 petang, aku pergi makan kat dewan makan. Tapi duduk asrama ni memang jenis lauk dia tak semenggah. Contohnya lauk ikan cencaru yang keras macam gampang! Haram tak sedap langsung pula tu! Tapi nak jadi imam punya pasal aku tak boleh kutuk sangat, tak afdhal. Aku makan juga sedikit. Sambil makan aku ulang-ulang hafalan aku. Ok mantap! fikir aku syok sendiri.

Selesai makan aku pergi tandas, buang air kasi habis. Aku nak jadi imam beb. Dah tentu duduk saf depan. Buatnya tak boleh handle nak terkencing tak tentu hala, mahu tercalar sifat-sifat cool dan ganas aku di mata makwe-makwe di saf belakang.

Sampai masjid, aku terus duduk saf depan. Habis azan dan

Trilogy Dont Look Back In Anger

iqomat, semua isi masjid bangun berdiri nak sembahyang Maghrib.

Aku melangkah ke tempat imam penuh debaran, lekat microphone kecil kat celah butang baju melayu. Berbekalkan sedikit keyakinan aku baca niat. Angkat takbir. Sembahyang bermula

Bacaan aku lancar. Rukun sembahyang aku confidence sudah selesai dengan cemerlang. Bilangan rakaat, ruku, sujud dan tahiyyat semua berjalan dengan etika-etika sembahyang yang betul. Lepas aku bagi salam, aku alunkan zikir sikit. Makmummakmum semua ikut. Dalam-dalam berzikir tu aku cuba ingat kalau-kalau lah sembahyang aku tadi ada cacat cela. Aku rasarasa tak ada yang kurang.

Tapi tak tau apa hal dalam lubuk hati aku ada sedikit rasa tak senang. Ini mungkin bisikan syaitan nak ganggu konsentrasi zikir aku, fikir aku jujur. Ustaz belakang aku senyum tanda aku lepas ujian jadi imam. Aku lega sikit. Namum masih cemas. Cemas lagi dan makin lama bertambah cemas kuasa infiniti! Pundek sungguh perasaan macam ni.

Aku tadah tangan nak baca doa. Hati aku makin jadi tak sedap. Aku pandang makmum yang melaut penuh masjid. Semua nampak macam ok tak ada masalah. Argh! Apa hal hati aku tak tenang sangat ni Doa aku teruskan sambil hati gundah gulana, risau, jiwa berkecah, dada menggelegak. Sampailah ke ayat terakhir doa aku

Allahuma zakkirna, min huma nasi na...

(Ya Allah, ingatkanlah kami dari apa yang kami terlupa)

Macam kilat memanah jiwa nurani aku! Sungguh Tuhan dah ingatkan apa yang aku terlupa!

Aku dah ingat. Aku ingat memang baik punya!

Aku yakin!

Aku pasti!

Doa aku mengundang ketakutan dalam diri.

Muka aku pucat lesi macam bangsat! Mata aku dah mula bergenang air mata. Lutut aku rasa longlai. Pandangan aku dah mula samar-samar tak ketahuan. Habis doa aku gagahkan diri bersalam dengan makmum. Tangan menggeletar, kepala lutut pula rasa nak terpelanting. Aku jadi bisu tak cakap sepatah pun. Semangat hero dalam diri aku hilang entah ke mana. Dalam hati tak sudah-sudah aku berdoa supaya Tuhan ampunkan dosa aku tadi.

Semua bersurai. Balik dorm. Pergi prep.

NOTA KAKI

1. Beb, aku lupa renew air sembahyang lepas aku kencing kat tandas tadi. Ni nak kira macam mana Superhero ke Supercilakak

2. Siapa-siapa budak sekolah aku yang aku zalimi dengan tak sengaja,silalah qada sembahyang Maghrib korang.