2009.
Suatu pagi macam pagi yang biasa, aku pecut naik motor pergi stesen bas. Masa aku sampai jam sudah menunjukkan pukul 6.25 pagi. Maknanya lagi 5 minit bas 626 akan bergerak ke Kuala Lumpur.
Setelah memarkir motor di bawah tangga, aku menuju ke arah bas yang di muka pintunya berdiri brader penjual tiket berkemeja segak. Dari jauh aku nampak kepala-kepala manusia berbonjol di dalam bas, tanda penumpang sudah ramai. Ada yang mengangkat tangan kanan memperbetulkan aircond, ada yang merebahkan kerusi untuk tidur dan tidak kurang yang kemaskini status Facebook di telefon masingmasing.
Brader penjual tiket yang aku tak tahu namanya itu melambai-lambai ke arah aku supaya mempercepatkan langkah. Thiva yang duduk di kerusi pemandu sudah bersedia menggenggam kepala gear, cuma menanti masa untuk berlepas. Bunyi enjin menderum-derum.
Aku cuma berjalan tenang sebagai tanda orang lama. Sampai dekat brader jual tiket, aku tarik dompet keluar dari poket belakang. 4-5 orang penumpang yang beratur tadi semuanya kini telah masuk ke dalam perut bas. Yang tinggal cuma aku dan brader penjual tiket.
Cilake! Macam mana ada 2 ringgit je ni Aku membentak dalam hati bila tersedar yang duit dalam dompet cuma ada 2 ringgit.
Barder jual tiket dengan konfiden menghulurkan tiket ke muka aku padahal dia tak tahu duit dalam dompet cuma ada 2 ringgit.
Bro. Tunggu sekejap. Aku call bini aku suruh datang hantar duit. Lupa bawa duit pulak, kata aku bersahaja kepada brader penjual tiket. Jam sudah pukul 6.30 pagi.
Rumah abang kat mana Lama ke nak sampai sini Bas dah kena jalan ni, balas brader tersebut pada aku.
Aku jawab pada brader tu Sekejap je bro. Bagi aku call dulu.
Rumah abang kat mana Jauh ke dekat Lama ke bini abang nak sampai sini Brader penjual tiket masih keras hati bertanya.
Aku mula menyirap. Aku dengan Thiva bukannya kenal sehari dua. Masa dengan Manov lagi aku dah jadi abang-abang dalam perkara bas ni. Budak-budak atas bas tu pula bukannya aku tak berkawan. Setakat tunggu sikit dalam 10 minit apa ada hal Budak kerja jual tiket ni baru 1-2 bulan dah nak tunjuk besar kepala.
Aku cuba berlakon cool. Namun menyirap di dada siapa yang tahu
Sekejap je bro. Aku call kejap lagi sampai la.
Brader penjual tiket juga nampak cool. Tapi dalam cool, beliau tetap memberi tekanan pada aku.
Rumah abang kat mana Jauh ke dekat... dan pertanyaan kali ketiga ni sememangnya mengundang amarah!
Woi Mat! Aku naik bas ni hari-hari dah dekat 5 tahun! Setakat tunggu
Kisah Bas 626 - Aku Dan Brader Jual Tiket
sekejap apa kau punya masalah Rumah aku dekat ke, jauh ke...tunggu
je la sikit!
Suara aku keras dan garang. Budak-budak baru ni bila dah tak tunjuk hormat pada pelanggan senior memang patut diajar.
Brader yang tangan kanannya masih menggenggam tiket bas hanya mampu terkulat-kulat menahan suara keras dan garang dari aku.
Dalam kecelaruan emosi beliau menjawab, sebab tu la saya tanya. Rumah abang kat mana Jauh ke dekat Kalau agak jauh naik je la bas ni dulu. Duit tiket esok pun boleh setel. Tak payahlah susahkan bini abang datang sini.
Tanpa membuang masa, aku terajang tayar bas sampai terpelanting. Biar padan muka semua orang tak dapat pergi kerja.