SEMBANG TEPI JALAN - 16
18 Met 2(m Aku masih bertemankan alam. Alam menjadi sumber berita penting menanyakan khabar tentang kamu yang entah di mana menghilang kini. Kamu masih tidak mahu muncul-muncul walau dalam mimpi. Begitukah ceritanya kawan Tidak mengapa. Di sini kita masih berpijak di bumi yang satu. Aku bukan di kayangan sana dan engkau pun bukannya tinggal di permukaan bulan. Asalkan engkau masih mampu ketawa dan menangis di lingkungan teman- temanmu atau persekitaranmu, itu sudah memadai. Akulah lampu alam yang akan menyuluh saat kauresah melabuhkan badanmu di sofa empuk yang tidak punya erti apa-apa melainkan nikmat siang hari. Adakah itu bererti aku ini halimunan sekiranya itu yang kau mahu Ah, termenung lagi di pagi yang cerah! Hujan pun tidak turun lagi di saat aku memerlukan bunyi dan deru air membasah di jendela rumah. Aku memang peka saat ini. Kalau kau mahu, akti mampu dan sanggup menghitung jutaan jumlah titik air hujan di sisiku - sekiranya ia mampu mengembalikan semalamku yang berantaikan bagai cermin retak. Aduh, mengapalah dibeginikan musim yang hanya sehari kita mampu menikmatmya Akil maxih mengharapkan engkau datang atau mahukah engkau kalau atas dayaku mi inginku ketuk pintu takdir, memohon agar takdir itu memihak padaku. Ah, tentunya itu semestinya tidak adil untuk duniamu! Maaf, aku masih 45 berkepentingan sebab aku ini bagai rokok yang membahayakan kesihatanmu. Begitukah Aku ini gila. Ketavva sendirian, menangis. Bukankali itu sebahagian daripada miiTipi kita yang nyata Jangan kau atau sesiapa pun mencontohi aku saat ini. Aku sedang karam di wilayah yang tak berpenghuni. Kau boleh namakan tempat ini Antah Berantah. Kamu mahu ke sana Pejamkan matamu. Bersama kita meneroka ke ruang yang cerah yang tanpa ruang dan masa. Lupakan tentang dunia yang sememangnya bukan milik kita saat ini. Tentunya aku bebas dan melebihi tahap bebasnya sang burung sebab burung masih perlu untuk pulang ke sarangnya. Bagaimana pula aku Misterikanlah aku bagai cenderawasih di kayangan yang makanannya kononnya hanyalah tahi bintang. Benarkah begitu Dunia ini terlalu banyak permainan dan sandiwaranya. Aku sebahagian daripada watak dan aku sedar tentang watakku atau aku kadang-kadang mungkin terlupa. Maklumlah aku ini ada masanya 'beku' juga seperti yang kaulalui kini. Tetapi bekukah engkau saat ini Ah, aku bukannya Tuhan yang berkuasa yang menjadikan! Aku cuma ada ego. Itupun bukan kepunyaanku. Apalah aku ini Aduh, sakitnya! Tidak mengapa. Sebentar dia datang bawakan ubat yang bisa menyembuhkan. Siapa pulak itu Pandai-pandai hendak mengubatkan aku ni. Bukannya apa, aku ini pun engkau juga - macam doktor. Kita kan bersahabat. Baik. Kalau begitu, bawakan aku cerniin. Aku mahu tatap wajahku sebentar. Wajah yang serinya hilang di sedut warna-warna resah yang bermain dan mungkin akan menjadi darah daging yang mungkin juga merbahaya untuk jiwa. Erm, nasib baik kau datang.