Hey, Nora ... Nora...
Hey. Awak!
Syed Borhan mendapatkan Nora Napisah; gadis berkebaya itu memang aktif sehinggakan Borhan tercungapcungap mengejarnya. Dia kelihatan sungguh eksotik dengan persalinan kebayanya; begitu anggun seolah srikandi zaman silam yang pandai berpencak melindungi diri sendiri.
Seorang saja Borhan memulakan perbualan.
Tak pernah berdua... Nora seolah mengizinkan.
Awak ... dah makan
Are you asking me out Pipinya mulai merah padan. Ah, pipi mereka berdua.
Err ... ermm... ya
Is that a question or-
Yes, Im asking you out. Yes.
Well I can say no, cant I
Tak boleh. Not really. Borhan kelihatan masih gementar.
Eh, dah kenapa Nora masih menguji.
Sebab awak, selalu seorang saja
And
And now youre not. No longer.
Buhaira senyum; ah, cinta pertama takkan padan. Meski dia bukan lagi Syed Borhan dan Pujangga bukan lagi Nora Napisah, mana mungkin api cinta terpadam walau seratus tahun tak tercucuhkan.
***
Jadi, bagaimana aku harus menghubunginya
Sudah lebih dua minggu, Pujangga...
Pujangga diam; serba salah dibuatnya.
Juwita, perasaan aku serba salah sekarang ini...
Berkenaan dengan Razief
Iya, dan bukan itu sahaja.
Maksudmu
Khianatkah aku kalau aku nyatakan bahawa aku mencurigai Jaafar
Aku semakin tidak mengerti, Pujangga.
Khabarkan.
Pujangga mula berlegar mengeliling ruang
Makmal Keabadian itu; yang dijujuki oleh sampel manusia dari archaic Homo sapiens sehinggalah pemetaan spesis neoHuman. Jujukan sampel berupa fossil dan DNA dengan tekun dikumpulkan oleh Juwita, malah terdapat beberapa spesis DNA tumbuhan dan binatang dikumpul lengkap oleh saintis diraja itu. Pujangga terus menyuarakan keraguannya.
Cerita ini tidak punya banyak watak, Juwita...
Maksudmu
Aku mengesyaki salah seorang dari kita semua ini, adalah Tuan Pemerintah!
Kenyataan itu meremangkan Juwita. Pujangga terus memandangnya. Kelibat Jaafar ligat bermain di minda. Aduh Tuan Pemerintah, menjelmalah!
***
Jadi, tiada pemerintah
Maksudmu
Iyalah, maksudku apakah tiada pemerintah!
Alif Lam Lam Ha itulah pemerintah!
Tuhan Ah, dia tidak pernah wujud.
Apa kau lupa Razief, Dia itu lebih dekat dari urat lehermu
Lalu buktikan padaku. Jelmakan Dia!
Mereka diam dalam ketegangan.
Jujurnya Isa semakin malas melayan rengekan Razief; bukan sahaja dia terlalu banyak kerja untuk dilakukan, tetapi fikirnya si neo-Human yang sombong, bongkak dan riak itu selalu sahaja menjumpai cara untuk mendidihkan darahnya. Kalau dipukul nanti, tentu dia akan dimarahi Buhaira. Dilayan seolah seorang nabi.
Kononnya.
Apa tujuan kau ke sini sebenarnya, Razief
Razief diam.
Mustahil kau sengaja datang ke gelandangan kami kerana minat.
Razief diam.
Apa kau mahu lucutkan ke-neo-an kamu dan menyertai kami
Razief diam.
Atau kau ingin merasai pengalaman menjadi manusia asli
Razief diam.
Mungkin kau ingin mencari kebenaran di sini
Semua ini kerana mimpi bodoh itu Isa!
Kamu umat neo-Human, tidurmu mustahil tersamping mimpi.
Tetapi mimpi itu ... diulang-ulang...
Dan kau dengan yakin masih menafikan kewujudan Tuhan!
Razief diam. Isaiah sudah menang. Apa Tuhan itu tiada ataupun hilang
***
Cigar dari Cuba. Tidak pernah dari mana-mana.
Kepulan asap yang bergentayangan itu seolah-
olah menari setelah disorak oleh alunan irama Hala Timur dari penyanyi kuno proto-Human, Noraniza Idris. Hatinya menari serancak pukulan gendang dan kompang, saat cerut itu dihisap sepuasnya.
Cigar dari Cuba. Tidak pernah dari mana-mana.
Pemancar yang tiba-tiba teraktif itu mengumpulkan butiran neon dan membentuk satu lembaga bersaiz serupa dengannya. Jaafar semestinya menunggu kehadiran lembaga suruhannya sedari tadi; dia tahu ia mempunyai segala bukti yang terekod di dalam kanta bionik-nya. Lembaga itu tunduk dan patuh akan karismanya; tidak seperti sejarawan tua yang tidak habis-habis melolongkan kebaikan dasar pentadbirannya. Lembaga itu tersenyum, malah Jaafar juga.
Cigar dari Cuba. Tidak pernah dari mana-mana.
Laksamanaku, lembut dia menyapa Jaafar.
Khabarkan, sudah berjaya kamu memintas
program di Kubah gemawan
Hampir mustahil, Laksamana Jaafar...
Lalu kamu bawakan kegagalan untuk
menyembahku
Hampir mustahil, kataku. Adapun aku ini seorang yang tahu akan selok-belok sejarah neo-Kuala Lumpur dan juga sedikit ilmu perkomputeran; malah kedua-duanya menjadi kepakaran aku. Sehingga ke hari ini, aku tidak menemui walau satu bukti pun untuk melawan tanggapan kita.
Maksudmu
Maksudku, Tuan Pemerintah tidak pun berada di Kubah Gemawan, sebenarnya!
Jaafar diam; dia tidak tahu bagaimana harus dia tampil responsif dengan kenyataan itu.
Lalu apa penemuanmu
Kamu tahu bencana yang berlaku selepas Gempa
Mega dan Tsunami Raya yang lalu
Ribut solar
Benar laksamanaku. Lalu kamu tahu apa yang terjadi selepas itu
Jaafar diam; dia tidak tahu bagaimana harus dia tampil responsif dengan kenyataan itu.
Tuan Pemerintah berjaya mengawal kemusnahan megalopolis ini Jaafar cuba meneka.
Apa kamu lupa Laksamana Jaafar, beberapa hari selepas jilatan Ribut Solar, suatu istiadat tertutup telah dilaksanakan
Istiadat tertutup
Iya, laksamanaku. Mana mungkin kamu lupa akan istiadat penganugerahan kepada Mama Juwita.
Sri... Srikandi... MahaMencipta.... ya, malah aku tidak dijemput di dalam upacara tertutup itu.
Benar, laksamanaku. Lembaga itu kembali menduga Jaafar.
Lalu apa perkaitannya
Laksamanaku, tidak ada seorang pun neo-Human yang dijemput menghadiri istiadat itu
Dan Jaafar masih keliru sebnarnya.
Hanya ada Tuan Pemerintah yang mengalungkan darjah kebesaran itu kepada Mama Juwita.
Laksamanaku, masihkah kamu ingat akan nama gelaran darjah itu
Tentulah! Srikandi MahaMencipta Tepat sekali! Srikandi MahaMencipta!
Biji mata Jaafar tiba-tiba bundar memikirkan petanda demi petanda yang dibawakan oleh lembaga itu. Bulu di tengkuknya meremang; tekaknya terasa kering dengan dendam. Riwayatnya hampir-hampir tertanggal di saat kenyataan yang memeritkan itu dihadapinya. Lembaga itu tersenyum puas, sedang Jaafar sudah melucutkan cigar dari tangan tuanya.
Ce...celaka.... Apakah Ju... Juwita itu... Tu... Tuan Pemerintah!!!
Cigar dari Cuba; tidak pernah dari mana-mana. Apakah rahsia sudah terbongkar, dan dia itu tidak pun berada di mana-mana
***
Ah, aku sudah penat!
Anakku, bukankah kamu dicipta untuk tidak berasa sebegitu
Buhaira, bukankah aku nyaris maut dilaknat kecelakaan lalu
Maka bukankah Alif Lam Lam Ha telah
menyelamatkanmu
Razief mengumpulkan guni-guni gandum yang sudah dituai ke dalam sebuah gudang usang yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah mereka. Kumpulan proto-Human yang dibahagikan tugas masing-masing di ladang gandum itu masih tekun melakukan tanggung jawab mereka meskipun kadangkala terdengar bisik-bisik daripada proto-Human itu saat mereka mencuri-curi pandang kelibat Razief.
Apa neo-Human sudah turun pangkat menjadi kuli kah
Buhaira, apa kamu benar-benar percaya ada kuasa yang lebih besar menjaga kita
Bagaimana kamu boleh tidak mempercayainya,
Razief
Razief diam, memikirkan.
Anakku, bertanyalah untuk membebaskan kerungsingan hatimu.
Apa... bagaimana kamu bisa hidup selama ini, Buhaira Guni gandum diangkut perlahan. Buhaira masih belum mahu berhenti dan Razief juga masih menggagahkan belikat kelulinya.
Kun fayakun. Ujar Buhaira, selembutnya.
Ah, aku tidak mengerti bahasa Timur Tengah,
Buhaira
Razief, adapun Alim Lam Lam Ha itu, mampu melakukan apa-apa sahaja menurut kehendakNya walaupun di luar keterbatasan akal manusia. Alif Lam Lam Ha pernah menidurkan sekumpulan pemuda digelar Ashabul Kahfi selama beberapa ratus tahun, malah tanpa bantuan kecanggihan
ciptaan Mama Juwita, anakku.
Lalu Alif Lam Lam Ha jugalah yang menjilat kaum kamu dengan Gempa Mega dan Tsunami Raya Begitu
Begitulah setiap apa yang berlaku ini, ada hikmahnya. Tiada satu pun yang tersisa sia.
Aku masih tidak mengerti Buhaira. Jika Tuhan itu berkuasa, kenapa dia meminta-minta untuk disembah oleh ciptaan-Nya pula Bukankah Dia itu cukup berkuasa Lalu apa adilnya dia mencipta manusia yang kononnya lemah untuk menyembahnya Kamu kata, itulah kun fayakun; dan Dia mampu berbuat apa sahaja. Lalu kenapa Alif Lam Lam Ha tidak mencipta manusia yang taat sahaja Supaya mudah untuk Dia menyeksa kah
Buhaira diam.
Aku bukan ingin memperkecilkan kepercayaanmu,
Buhaira. Cuma menelusuri sejarah umat protoHuman yang lalu, banyak sungguh darah yang tumpah serta nyawa yang rebah di atas nama Tuhan. Malah menurut sejarah kuno yang diajarkan Tinta Pujangga sewaktu aku berkuliah dulu, bukankah cucu Muhammad Yang terpuji itu pun, akhirnya dibunuh umat proto-Human yang lalu
Anakku Razief, agama itu sempurna, cuma
penganutnya tidak.
Lalu apa fungsi agama jika tidak mampu
memperbaiki proto-Human
Kamu masih belum memahami-
Buhaira, Tuhan itu sekadar fantasi untuk menyedapkan gemuruh hatimu; memberikanmu tempat untuk bergantung harap. Dongengan Timur Tengah itu dikarang oleh proto-Human selepas Muhammad Yang Tepuji itu wafat, sebenarnya. Dikarang oleh ulama-ulama proto Human.
Lalu
Buhaira, bukankah kamu sendiri yang mengatakan bahawa penganut ini tidak sempurna Apa Kalam Tuhan pun, bisa dikarang oleh ketidaksempurnaan
Langit di Dataran Pembebasan mendung; seperti kebiasaanya. Proto-Human yang sudah membanting belikat sudah mula pulang ke teratak masing-masing; Isa mungkin masih di pesisir pantai menghitung kira hasil tangkapannya. Buhaira memandang anak muda neo-Human yang berada di hadapannya. Dia dengan lembut membalas;
Mungkin ada perancangan dari Alif Lam Lam Ha untukmu; sehinggakan Dia menghantar kamu, dari susur galurnya Syed Borhan!
Buhaira diam. Razief terjatuh ke dalam lembah kekeliruan maha dalam.
***
Kamu... kamu kenal siapa Syed Borhan
Hah
Syed Borhan. Pernah dengar
Apa cakeramu itu, longgar barangkali Razief. Hahaha ... sudah, aku terlalu sibuk untuk melayan kamu.
Ayahmu di mana
Di Rumah Ibadat. Dia itu Ketua Saf protoHuman.
Apa kamu pernah dengar perihal Syed Borhan,
Isa
Ah, sungguh aku tidak pernah mendengar nama asing itu. Apa, adakah lagi keturunan Syed yang masih tersisa dalam jangkauan Masihi sebegini
Tapi-
Buhaira itu frasanya berlapik, Zief. Mungkin nanti kau akan mengerti.
Hmm... kamu ini Isa, hendak kemana
Apa, namamu kini Buhaira
Aku tidak-
Jadi jangan campuri urusanku.
Dahulu Razief pernah menghadiri sesi kuliah yang pernah diterajui oleh Srikandi Tinta Pujangga; namun tidak pernah terpacul daripada mulut sejarawan ulung itu akan perihal Syed Borhan. Barangkali, proto-Human itu seorang tokoh yang penting sehinggakan Buhaira mengaitkannya dengan susur galur keluarga Razief.
Tetapi... aku... aku ini anak tunggal Mama
Juwita! Hatinya berterusan meneka.
***
Sekumpulan saintis ulung neo-Kuala Lumpur berdiri di belakang Juwita. Cincip kagum melihat apa yang terpampang di hadapannya; Juiwita telah berjaya melakukan replikasi Human Genome Project seperti yang telah dimulakan oleh saintis proto-Human pada tahun 2001. Uniknya, kali ini Juwita berjaya menyalin segala maklumat genome neoHuman sebagai pengganti dokumentasi maklumat protoHuman yang sedia ada.
Kamu tahu Cincip, manusia itu mempunyai sebanyak 20 500 gen, dipecahkan kepada 150 000 pasangan base masing-masing.
Lalu, apa yang Srikandi ingin laksanakan seterusnya
Cincip, aku ingin terus menyalin simpan segala maklumat gen neo-Human, spesis tumbuhan dan binatang yang terpilih sebagai satu dokumentasi yang unggul untuk kegunaan masa hadapan. Malah aku telah berjaya mencipta suatu program yang memungkinkan aku membawa maklumat itu merentasi halangan logistik.
Srikandiku, untuk apa pengkajianmu ini
Ini urusanku. Kamu hanya perlu menganalisa
jujukan ini dengan penuh berhati-hati.
Aku akan cuba sehabis dayaku, Srikandi.
Aku mahu Exon dan Intron nya dikenalpasti dan dimanipulasi sebaiknya.
Nanti, kita akan memindahkan segala data
genomik ke dalam satu peranti, Srikandi
Apa kamu ini disuruh Tuan Pemerintah untuk
melucutkan hal peribadi aku!
Menjunjung titah, Srikandi MahaMencipta.
Kamu tahu apa yang terkandung di dalam bahtera Nabi Nuh Hanya sanubari Juwita yang berbicara. Takkan ada sesiapa pun yang akan berjaya meneka penamat hikayat ini.
***
Lalu sambil bertempik, aku mengetuai mereka melarikan diri.
Selepas tragedi Lupus Tuhan yang kamu pernah ceritakan dahulu
Benar. Kami sekumpulan, dalam 555 manusia yang lain, melarikan diri.
Bagaimana abah masih selamat
Razief, Isa, kami tiba di satu sempadan yang mempunyai kawasan tasik yang maha dalam.
Dan tentera Jaafar masih lagi berada di belakang, mengejarmu Razief sedari tadi menunjukkan minat.
Iya, tentera yang dipimpin Laksamana Jaafar alHussien mengejar kanmi.
Syukur, kamu masih selamat, Buhaira.
Namun, tahukah kalian siapakah yang telah
menyelamatkan aku dan 555 manusia yang lain
Khabarkan kami, abah...
Alif Lam Lam Ha!
Alif Lam Lam Ha! Serentak Razief dan Isa bertanya.
Iya, ditakdirkan bahawa tasik maha dalam itu tibatiba menjadi cetek di tengahnya, lalu terdamparlah satu laluan yang melorongkan kami untuk sampai ke permulaan Dataran Pembebasan.
Ah, ini hanyalah sekadar dongengan Timur
Tengah! Razeif seakan tidak percaya.
Sudah ku nyatakan pagi tadi anakku, Kun Fayakun.