BLACK WIDOW - 16
NAMA wisma itu sendiri mendebarkan hati, namun, timbul juga semangat yang membakar. Murad membelokkan keretanya memasuki perkarangan Wisma Pahlawan, membakar semangat Ayu agar mewajakan dirinya.

Namanya menakutkanlah bang!

Hai... Wisma Pahlawan, semangat pun mestilah semangat pahlawan! Murad sengih. Walaupun abang berat merelakan Ayu terbang di awan biru, namun demi cinta dan sayang, abang lepaskan kerana abang yakin Ayu takkan sanggup melakukan perkara yang melukakan had abang! Abang.... Ayu berasa sayu. Matanya bening merenung Murad. Terima kasih dan Ayu berjanji untuk tidak menodai kepercayaan abang!

Murad senyum. Kereta diletakkan ke dalam petak dan enjin dimatikan. Mereka tiba di pejabat MAS, 114

membulatkan mata Ayu dan Murad. Tidak disangka para calon sudah ramai membanjiri ruang kerana Ayu sangka dia adalah manusia paling awal.

Kewibawaan terasa mencair. Dia membelek dirinya yang berseluar slacks wama krim, kot potongan lirus dipadankan dengan kemeja lembut beropol.

Ayu sedia maklum betapa penampilan pakaian turut diambil kira selain daripada potongan badan dan wajah yang menarik. Keseluruhannya adalah personaliti dan kewibawaan diri. Mampukah aku pastikan salah satu tempat daripada mereka yang ramai ini Malah, secara kasar, para calon yang hadir begitu menarik dan bergaya. Ah, mampukah aku Riak di wajah mula beralun resah.

Tenang Ayu.... Murad yang mengerti menepuk bahu Ayu dengan mesra. Don't worry, you'll be one of the success ladies!

Ayu menjungkit bahu. Belum tahu... abang tengoklah tu... ramai yang lawa-lawa, manalah Ayu ada chance kalau macam ni!

Ayu jangan bimbang... relax aje. Ayu pun cantik juga... and to me, you're the most beautiful girl around here!

Alah... abang ni, orang serius dia nak gurau pulak!

Siapa yang gurau... abang cakap betul... whatever pun... good luck okay! Abang tunggu di kereta!

Ayu angguk, dan hatinya semakin berdebar. Belum pun sempat degupan jantungnya reda, temuduga bermula dan para calon mula menanti giliran.

Dan, entah bila Ayu sendiri tidak pasti namanya dipanggil. Bagaikan dipukau, tubuhnya beralun me-masuki bilik.115

RASYIDAH berpaling, menatap serambi rumah utama yang besar dan gagah, dikelilingi pancang kayu yang dijadikan pagar. Di situlah dia bermain dan membesar, di rumah pusaka milik Pak Dek; bekas temenggung yang juga datuk kepada Ayu.

Dia bergegas ke rumah Ayu apabila mendengar berita temannya itu akan berangkat ke KL. Perutnya semakin membukit, dan sekali-sekala terasa tendangan nakal daripada anak yang bakal lahir.

Kalau tidak kerana Ayu, entah apa yang bakal terjadi. Mujur dituruti nasihat Ayu dan saat ini segala-galanya berjalan lancar.

Malangnya, Ayu telah pun pergi semalam dan dia tidak sempat bersemuka. Cuma, menurut kata Ani; Ayu berpesan agar wang yang diberikannya dulu tidak perlu dibayar.

Anggaplah wang itu sebagai sedekah kepada anak yang bakal dilahirkannya.

Air mata jatuh jernih, hati tersentuh luluh. Tidak disangka begitu murni hati Ayu. Rasyidah melangkah pergi, melontar pandangan terakhir dan dia tersenyum melihat kelongsong telur yang berbaris di hujung daun seakan lidah raksasa itu....

MURAD resah menanti di dalam kereta. Dirinya tidak senang duduk lalu keluar berpusing-pusing. Setiap kali para calon berlalu pergi, keluar daripada bangunan MAS, dia pula yang berdebar-debar.

Mampukah Ayu melepasi ranjau dan diterima sebagai pramugari Benarkah dirinya benar-benar ikhlas membenarkan si gadisnya terbang di awan biru Mampukah dia merelakan Ayu melayani orang 116

lain, menghadiah senyuman Dia ingat lagi betapa manis dan jinaknya pramugari yang melayani dirinya setiap kali dia terbang ke luar negara.

Ah-

Kenapa bang

Keluhannya tersekat, dikekang oleh kemunculan Ayu secara tiba-tiba.

Ai... bila Ayu keluar, tak nampak pun Macam mana abang nak nampak... Ayu tengok abang berpusing-pusing macam orang kalah judi saja!

Murad tersengih. So... macam mana Entah kenapa ghaib pula pemberontakan yang melanda hatinya sebentar tadi. Dia bagaikan tak sabar menanti Ayu bersuara mengatakan dia telah berjaya.

Fifty...fiftylah bang! Ayu tak sure!

Apa dia soal

Alah... mula-mula berbual saja, tanya tentang background, tanya tentang minat dan sebagainya. Senanglah kalau macam tu

Ada satu yang Ayu tak pastil

Mengenai apa

Hm... sebab utama Ayu pilih stewardess Ha... apa Ayu jawab

Ayu jawab... hm... adalah!

Come on lah... abang nak tahu apa yang Ayu jawab... cepat... abang nak dengar!

Hm....

Come on!

Ayu jawab....

Apa

Tapi dalam bahasa orang putih!

Ha... jawablah... abang nak dcngar!

Okey! Ayu mengerut hidung. Nak tau jugak! Iyalah... cepatlah! Murad semakin tak sabar nak 117

tahu.

Alah... Ayu jawab... gini: They asked me, why do I want to be a flight stewardess and I said I just need a job, and I want to have my own money. If it's not flight stewardess, it has to be something else, but since my first choice is to be an air hostess, thats why I am here.

Murad terpaku.

Amacam

Wow... very impressive!

Last sekali dia tanya satu lagi soalan!

Apa

Mereka kata... kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangkakan, banyak rintangan dan kesu-karan... so Ayu jawab senang aja!

Apa Ayu jawab Murad pula yang beriya-iya nak tahu.

Ayu jawab gini: I would like to take the challenge!

Murad terkebil-kebil.

Ha... macam tulah mata mereka bila Ayu jawab begitu... terkebil-kebil macam mata abang! Ayu ketawa. Apa pandangan abang... agak-agak Ayu dapat ke tidak

Murad menjungkit bahu tetapi mulutnya berkata: Dapat!

Dan, Ayu cuma tersenyum ceria...118