Orang yang mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak mengetahui Allah, seakan-akan dia tidak mengetahui sesuatu pun. Tanda marifat adalah cinta. Siapa yang mengenal Allah tentu mencintai Nya. Adapun tanda cinta adalah tidak mementingkan sesuatu yang lain dari hal-hal yang dicintainya daripada Allah. Siapa yang lebih mementingkan sesuatu yang dicintainya daripada cintanya kepada Allah, bererti hatinya sakit, sebagaimana perut yang lebih suka memakan tanah daripada roti, maka perutnya akan sakit.
Penyakit hati ini tersembunyi. Boleh jadi pemiliknya tidak tahu, kerana itu dia mengabaikannya. Sekiranya dia tahu, mungkin dia tidak sabar menanggung pahitnya ubat, kerana ubatnya adalah menentang nafsu. Kalaupun dia sabar, belum tentu dia mendapatkan doktor yang boleh mengubatinya. Doktor di sini adalah para ulama.
Doktor yang sakit jarang yang hendak mengubati orang lain yang sakit, sehingga penyakit menjadi merebak ke mana-mana dan ilmu pun hilang, ubat hati dan penyakit hati sama-sama dibiarkan, manusia hanya sekadar melakukan ibadah-ibadah zahir, sedangkan di dalam batinnya hanya sekadar tradisi. Inilah yang disebut tanda sumber penyakit.
Untuk mengetahui keadaan agar segar kembali setelah berusaha melakukan rawatan ialah dengan melihat jenis penyakitnya. Rawatan penyakit kikir ialah dengan mengeluarkan harta, tapi tidak perlu berlebihlebihan dan boros. Penyakit lain dengan rawatannya sendiri, seperti panas dengan dingin agar tidak semakin panas dan tidak menjadi terlalu dingin, agar tidak menjadi penyakit baru dan yang dituntut adalah sederhana.
Seseorang harus terselamat dari segala akhlak yang buruk, agar dia tidak mempunyai hubungan dengan sesuatu pun dari keduniaan, agar jiwa dapat meninggalkan dunia dalam keadaan memutuskan hubungan dengannya, tidak menoleh kepadanya dan tidak mengharapkannya. Pada saat itu dia akan kembali kepada Rabnya sebagaimana kembalinya jiwa yang muthmainah.
Kerana jalan tengah yang hakiki antara dua sisi itu cukup sukar dikesan, bahkan lebih lembut daripada sehelai rambut dan lebih tajam daripada pedang, maka tidak hairanlah siapa yang boleh melalui jalan yang lurus ini di dunia, tentu akan melewati jalan ini pula di akhirat. Kerana sukarnya istiqamah, maka hamba diperintahkan membaca, Ihdinas-sirathalmustaqim beberapa kali setiap hari. Siapa yang tidak sanggup istiqamah, hendaklah dia berusaha mendekati istiqamah, karena keselamatan itu hanya dengan amal salih.
Sementara itu, amal yang saleh tidak keluar kecuali dari akhlak yang baik. Maka hendaklah setiap hamba mencari sifat dan akhlaknya sendiri, hendaklah mengubati satu persatu dan hendaklah bersabar dalam masalah ini. Siapa yang menyedari umur yang pendek jika dibanding dengan kehidupan akhirat yang panjang, maka dia akan berani menanggung beratnya perjalanan selama beberapa hari, untuk mendapatkan kenikmatan yang abadi.
Ketahuilah bahawa bila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba, maka dia membuatnya tahu aib dirinya. Siapa yang mempunyai mata hati, dia tidak akan takut terhadap aib dirinya. Jika dia tahu aib dirinya, memungkinkan baginya untuk mengubatinya. Tetapi majoriti manusia tidak mahu tahu aib dirinya sendiri. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di kelopak mata tidak nampak. Kotoran di mata orang lain nampak .
Siapa yang ingin mengetahui aib diri sendiri, maka ada 2 kaedah yang boleh dilakukan:
Menghadap seorang orang alim atau pakar yang boleh mengetahui aib jiwa, sehingga dia mengenali aibnya dan sekaligus mengubatinya.
Mencari rakan karib yang jujur, dapat dipercaya dan bagus agamanya. Dia boleh menjadikan teman karib itu sebagai pendampingnya, agar memberinya peringatan dari akhlak atau perbuatannya yang kurang baik. Amirul Mukminin Umar bin Al-Khaththab R.a pernah berkata, Semoga Allah merahmati seseorang yang mahu menunjukkan aib ku.
Suatu kali dia bertanya kepada Salman tentang aib yang pernah dilakukannya. Maka Salman menjawab, Aku mendengar engkau pernah mengumpulkan dua jenis sayur di meja makanmu dan engkau mengenakan dua jenis pakaian, satu untuk siang hari dan satu lagi untuk malam hari.
Umar berkata, Apakah ada selain itu Tidak, jawab Salman. Kalau dua hal itu aku sudah tidak melakukannya lagi, jawab Umar bin AlKhaththab. Umar juga pernah bertanya kepada Hudzaifah, Apakah aku termasuk orang-orang munafik dia perlu bertanya seperti itu, sebab siapa yang kedudukannya semakin tinggi, maka tuduhan terhadap dirinya juga semakin berat. Di zaman sekarang jarang ada teman karib yang jujur dengan memiliki sifat seperti ini. Sedikit sekali teman yang tidak mempunyai perasaan dengki.
Orang-orang soleh sangat suka jika ada seseorang yang menunjukkan aib mereka. Sementara kita pada zaman sekarang justeru marah besar jika ada seseorang yang menunjukkan aib kita. Hal ini menunjukkan lemahnya iman. Sebab akhlak yang buruk itu seperti kala jengking. Jika ada seseorang yang memperingatkan bahawa ada di dalam baju salah seorang di antara kita ada kala jengking, maka secepat itu pula kita kan bertindak untuk membunuh kala jengking tersebut. Sementara akhlak yang hina lebih berbahaya dari kala jengking, bagi orang yang tidak menyedarinya.
Mengambil manfaat tentang aib dirinya dari penuturan musuhnya. Sebab mata yang penuh kebencian itu tentu akan memancarkan keburukan. Manfaat yang boleh diambil seseorang dari musuh, akan mengingatkan aib dirinya. Hal ini lebih bermanfaat baginya daripada teman karib yang mencari muka dan menutup aibnya.
Keimanan kita kepada Allah, punca kekuatan. Manusia ini, kehidupannya bukan sentiasa berada di atas. Kehidupan manusia, kembarnya adalah ujian. Akan tiba masanya, manusia akan diuji dari arah yang tidak terjangka. Kadangkala, ujian datang dalam keadaan manusia tidak bersedia.