AURA KEJIRANAN - 16
Untuk memastikan diri kita menjadi hamba Allah yang baik atau dengan tepatnya menjadi khalifatullah di atas muka bumi ini, kesempurnaannya amat bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mampu mengharmonikan hubungannya dengan Yang Maha Pencipta Allah s.w.t dan juga sejauh mana kemampuan seseorang itu menyerasikan hubungannya dengan sesama manusia. Inilah yang menjadi titik tolak dalam kehidupan insan Muslim mukmin yang beriman dengan Allah s.w.t. Inilah yang Allah firmankan dalam al-Quran:

Maksudnya:

Mereka ditimpa kehinaan walau di mana mereka berada melainkan jika mereka berjaya berpegang dengan agama Allah s.w.t. dengan menghubungkan diri dengan Allah s.w.t dan juga berbuat baik sesama manusia.. (Surah Ali-Imran: 112)

Alhamdulillah, agama Islam yang kita anuti ini, begitu prihatin dan telah menyusun adab-adab serta disiplin- disiplin hubungan yang diperlukan sebagai pra-syarat kepada kesempurnaan kita untuk menjadi khalifah Allah s.w.t Islam telah menyusunnya dengan begitu terperinci satu persatu dengan tujuan memastikan supaya kehidupan hamba Allah itu berjalan dengan penuh harmoni,dengan penuh selesa,dengan penuh damai dan jayanya.

Disusun begitu rupa bermula daripada beberapa adab dan disiplin yang begitu banyak yang antaranya disusun adab-adab berkeluarga, adab-adab kehidupan berumah tangga, adab bersuami isteri dan adab beranak pinak. Ini semata-mata bertujuan agar keluarga itu dapat mengecapkan kebahagiaan sebagaimana yang diungkapkan Baiti Jannati (Rumah ku Syurga ku).

Kemudian disusun pula dengan adab-adab berjiran tetangga atas dasar hormat-menghormati supaya kehidupan sekampung dan sehalaman itu selesa berbahagia agar tidak bersengketa antara satu dengan yang lain. Islam juga tidak cuai dalam menyusun adab dan disiplin hubungan antara sesama umat Islam,yang bermatlamatkan untuk benar-benar dapat merealisasikan apa yang Allah s.w.t Firmankan dalam al-Quran:

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara di antara satu dengan yang lain. Maka damaikanlah antara kedua saudaramu yang bermusuhan. (Surah al-Hujurat : 10)

Tidak juga dicuaikan oleh Islam di mana disusun adab-adab dan perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam yang berteraskan kemanusiaan sebagai merealisasikan apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran;

Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan Nya. (Surah al-Hujurat: 13)

Ini telah dijelaskan dalam al-Quran. Selain daripada itu, disusun oleh Islam berbagai-bagai adab yang lain hatta adab bertegur sapa, melarang, menasihatkan dan berdakwah yang semuanya ada disiplin dan ada adab yang telah ditetapkan oleh Islam, supaya dapat dilaksanakan dengan penuh harmonis dan dengan penuh selesa, sehinggakan apabila Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Allah Musa a. s. dan Nabi Allah Harun a.s. supaya pergi kepada Firaun dengan firman Nya:

Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia telah melewati batas kekufurannya. Maka kamu berdua bercakaplah padanya dengan kata-kata yang lemah-lembut mudah-mudahan dia akan ingat dan takut akan Allah s.w.t.. (Surah Toha: 43-44)

Hingga begitu rupa sekali walaupun Firaun itu memang ternyata kufurnya, memang ternyata tergelincir daripada landasan yang sebenar, tetapi masih lagi dipentingkan adab bagi Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. untuk menyeru Firaun supaya kembali ke jalan Allah.

Begitulah pendekatan yang digunakan dalam Islam untuk menserasikan, melunaskan dan mewujudkan keharmonian antara manusia dengan manusia di samping hubungan manusia dengan Allah S.W.T.

Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati.

(Surah al-Baqarah : 83)

Ini firman Allah S.W.T, kalau kita terima pandangan bahawa Islam itu membenarkan kita berkasar, kita mencarut, tidakkah itu bertentangan dengan apa yang Nabi kita Muhammad s.a.w.

tegaskan dalam hadisnya:

Awasilah kamu kata-kata yang kotor, maka sesungguhnya Allah Taala tidak suka (dalam erti kata benci), dengan kata-kata yang kotor dan mereka yang berperangai kotor.

Kalau kita terima kenyataan yang kita katakan tadi, tidakkah ini bercanggah dengan apa yang Nabi sabda kan:

Bukanlah sebenarnya orang yang beriman, mereka yang mencaci cela dan melaknat yang mengeluarkan kata-kata kotor dan mengeluarkan kata-kata yang hina. Kalau kita terima kenyataan yang kita katakan tadi, tidakkah ini bercanggah dengan apa yang Nabi sabda kan:

Memaki hamun orang mukmin itu, adalah satu perkara yang tergelincir, rosak dan pembunuhannya itu adalah kekufuran.

Kalau kita terima bahawa insan membenarkan dakwaan mengatakan kita boleh berkata sewenang~wenang walaupun dalam bentuk tidak begitu sopan, tidakkah ini bercanggah dengan apa yang Nabi katakan dalam hadis bermaksud:

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan beriman pada Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata dengan kata-kata yang baik atau kalau tidak dapat melakukannya, lebih baik berdiam sahaja. (Riwayat Muslim)

Kalau kita terima bahawasanya kita boleh lakukan carut mencarut, maki hamun dan sebagainya tidakkah bercanggah dengan apa yang Nabi sebutkan dalam hadisnya:

Cukup atau memadai, seseorang itu dikatakan jahat, apabila dia memandang hina, merendah-rendahkan saudaranya Muslim yang Lain.

Kalau kita terima kenyataan yang seperti itu, tidakkah ia bercanggah dengan hadis Nabi bermaksud:

Tidak wajar dan tidak harus bagi seseorang mukmin itu memandang saudaranya dengan pandangan yang menyakitkan hati.

Kalau kita terima juga kenyataan itu, bagaimana pula sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:

Tidak lurus seseorang hamba itu, melainkan lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya melainkan lurus

lidahnya dapat memelihara daripada kata-kata yang

keji dan tidak masuk syurga seseorang itu yang sentiasa tidak lepas daripada mengganggu gugat jiran tetangga nya.

Tidak ada salahnya kita berlainan pendapat, tidak ada salahnya kita berbeza pandangan, kerana itu lumrah hidup manusia. Tetapi sejauh mana mampu kita mengendalikan perbezaan itu untuk memastikan ia benar-benar berada dalam keadaan baik, benar-benar diasaskan dengan pertimbangan yang rasional dan benar-benar tidak diruntun sebarang sentimen. Malah, walaupun berbeza- beza pendapat, hingga kalau perlu kepada perdebatan dan perbahasan pun Islam mengatur disiplinnya.

Bukankah Allah s.w.t telah berfirman:

Serulah manusia pada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bermujadalahlah,

berdebatlah atau berbahaslah kamu dengan mereka itu dengan cara yang lebih jitu yang terlebih baik, yang terlebih lunak... (Surah an-Nahl : 125).

Inilah yang harus kita fikirkan kalau kita terima kenyataankenyataan yang boleh menjejaskan imej umat Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah kita perlu, dalam menyampaikan sesuatu mesej itu, kita mesti mengikut rentak-rentak orang. Apakah untuk menyampaikan satu-satu mesej itu, kita perlu mengikut, meniru cara orang Barat. Orang Barat memanglah hidupnya begitu lepas, tidak tahu dibezakan yang mana baik dan buruknya lagi. Apakah kita perlu meniru begitu kalau kita ingin menyampaikan sesuatu mesej Maka kita harus tiru mereka, tutur kata lucah mereka, tutur kata yang jijik, tutur kata yang cemar Kemudian harus dianggap cara itu tinggi nilai seni dan tinggi nilai sastera.

Lantas dipertahankan pula, dengan menyatakan, itu adalah cara terbaik oleh kita. Bukankah yang demikian itu hanya memperlihatkan betapa dalamnya sentimen diri, yang mendorong kepada fanatik atau taasub. Harus diingat, apabila sentimen menguasai diri, mata kita akan gelap melihat segala-galanya. Bak kata ungkapan, mata musuh gelap menimbang kebaikan, mata kawan buta melihat kesalahan. Lantas menghasilkan pula ungkapan Perbuatan kita benar belaka, perbuatan orang salah semua.

Usah diseret Islam menuruti kita. kita harus menuruti Islam. Janganlah semudah itu untuk kita katakan atas nama Islam, boleh segala-gala. Boleh kita lakukan, boleh kita memaki hamun atas nama Islam, boleh kita mencaci atas nama Islam, boleh kita menggelar orang itu dan orang ini dengan berbagai-bagai gelaran yang tidak direlai oleh orang yang empunya diri. Persoalannya, harus kita merenungkan perkara ini.

Mana budi bahasa kita, mana sopan santun kita, mana resam timur kita, mana adat Melayu kita, mana budi pekerti kita, mana akhlak kita Hinggakan bukan sahaja menjatuhkan maruah atau imej kita, malah orang yang bukan Islam pun timbul kekeliruan, apa sudah jadi dengan umat Islam yang dahulunya mengatakan bahawa Islam tidak membenarkan mengeluarkan kata-kata kotor, lucah dan sebagainya tetapi sekarang sudah sebaliknya.

Bukankah Allah S.W.T. telah berfirman: Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu mengeji

atau memperolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi orang yang mereka mengolok-olokkan itu lebih

baik daripada mereka dan jangan pula wanita-wanita memperolok-olokkan wanita yang lain kerana boleh jadi

mereka lebih baik daripada wanita-wanita itu... (Surah al-Hujurat : 11)

Inilah yang harus kita fikirkan apa yang Tuhan tarik perhatian kita itu. Apakah sanggup kita tukarkan format tarbiah kita Rata-rata sejak datuk nenek kita sehingga sekarang mendidik anak-anak kita supaya jangan mengeluarkan kata-kata yang kasar, jangan keluarkan maki hamun. Tersasul dari mulut anak mengeluarkan perkataan yang tidak baik, kita cubit mulut anak itu kerana ia tidak wajar diucapkan.

Itu dia format didikan kita, itu dia cara didikan kita. Apakah kita mahu tukarkan pula dengan pendekatan pendidikan atau metodologi pendidikan dengan cara, gaya dan budaya carut mencarut serta maki hamun iniInilah yang harus kita renung. Inilah yang harus sama-sama kita fikirkan. Semoga Allah s.w.t akan memberi taufik dan hidayah kepada kita kerana kalau cara ini berterusan, cara ini kita amalkan, maka ternyata sekali pemikiran

HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Untuk memastikan diri kita menjadi hamba Allah yang baik atau dengan tepatnya menjadi khalifatullah di atas muka bumi ini, kesempurnaannya amat bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mampu mengharmonikan hubungannya dengan Yang Maha Pencipta Allah s.w.t dan juga sejauh mana kemampuan seseorang itu menyerasikan hubungannya dengan sesama manusia. Inilah yang menjadi titik tolak dalam kehidupan insan Muslim mukmin AURA KEJIRANAN yang beriman dengan Allah s.w.t. Inilah yang Allah firmankan dalam al-Quran:

Maksudnya:

Mereka ditimpa kehinaan walau di mana mereka berada melainkan jika mereka berjaya berpegang

dengan agama Allah s.w.t. dengan menghubungkan

diri dengan Allah s.w.t dan juga berbuat baik sesama manusia.. (Surah Ali-Imran: 112)

Alhamdulillah, agama Islam yang kita anuti ini, begitu prihatin dan telah menyusun adab-adab serta disiplin- disiplin hubungan yang diperlukan sebagai pra-syarat kepada kesempurnaan kita untuk menjadi khalifah Allah s.w.t Islam telah menyusunnya dengan begitu terperinci satu persatu dengan tujuan memastikan supaya kehidupan hamba Allah itu berjalan dengan penuh harmoni,dengan penuh selesa,dengan penuh damai dan jayanya.

Disusun begitu rupa bermula daripada beberapa adab dan disiplin yang begitu banyak yang antaranya disusun adab-adab berkeluarga, adab-adab kehidupan berumah tangga, adab bersuami isteri dan adab beranak pinak. Ini semata-mata bertujuan agar keluarga itu dapat mengecapkan kebahagiaan sebagaimana yang diungkapkan Baiti Jannati (Rumah ku Syurga ku).

Kemudian disusun pula dengan adab-adab berjiran tetangga atas dasar hormat-menghormati supaya kehidupan sekampung dan sehalaman itu selesa berbahagia agar tidak bersengketa antara satu dengan yang lain. Islam juga tidak cuai dalam menyusun adab dan disiplin hubungan antara sesama umat Islam,yang bermatlamatkan untuk benar-benar dapat merealisasikan apa yang Allah s.w.t Firmankan dalam al-Quran: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara di antara satu dengan yang lain. Maka damaikanlah antara kedua saudaramu yang bermusuhan. (Surah al-Hujurat : 10)

Tidak juga dicuaikan oleh Islam di mana disusun adab-adab dan perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam yang berteraskan kemanusiaan sebagai merealisasikan apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran;

Wahai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan

bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha

Mendalam Pengetahuan Nya. (Surah al-Hujurat: 13)

Ini telah dijelaskan dalam al-Quran. Selain daripada itu, disusun oleh Islam berbagai-bagai adab yang lain hatta adab bertegur sapa, melarang, menasihatkan dan berdakwah yang semuanya ada disiplin dan ada adab yang telah ditetapkan oleh Islam, supaya dapat dilaksanakan dengan penuh harmonis dan dengan penuh selesa, sehinggakan apabila Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Allah Musa a. s. dan Nabi Allah Harun a.s. supaya pergi kepada Firaun dengan firman Nya:

Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia telah melewati batas kekufurannya. Maka kamu berdua

bercakaplah padanya dengan kata-kata yang lemah-

lembut mudah-mudahan dia akan ingat dan takut akan Allah s.w.t.. (Surah Toha: 43-44)

Hingga begitu rupa sekali walaupun Firaun itu memang ternyata kufurnya, memang ternyata tergelincir daripada landasan yang sebenar, tetapi masih lagi dipentingkan adab bagi Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. untuk menyeru Firaun supaya kembali ke jalan Allah.

Begitulah pendekatan yang digunakan dalam Islam untuk menserasikan, melunaskan dan mewujudkan keharmonian antara manusia dengan manusia di samping hubungan manusia dengan Allah S.W.T.

Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Surah al-Baqarah : 83)

Ini firman Allah S.W.T, kalau kita terima pandangan bahawa Islam itu membenarkan kita berkasar, kita mencarut, tidakkah itu bertentangan dengan apa yang Nabi kita Muhammad s.a.w. tegaskan dalam hadisnya:

Awasilah kamu kata-kata yang kotor, maka sesungguhnya Allah Taala tidak suka (dalam erti kata benci), dengan kata-kata yang kotor dan mereka yang berperangai kotor.

Kalau kita terima kenyataan yang kita katakan tadi, tidakkah ini bercanggah dengan apa yang Nabi sabda kan:

Bukanlah sebenarnya orang yang beriman, mereka yang mencaci cela dan melaknat yang mengeluarkan kata-kata kotor dan mengeluarkan kata-kata yang hina.

Kalau kita terima kenyataan yang kita katakan tadi, tidakkah ini bercanggah dengan apa yang Nabi sabda kan:

Memaki hamun orang mukmin itu, adalah satu perkara yang tergelincir, rosak dan pembunuhannya itu adalah kekufuran.

Kalau kita terima bahawa insan membenarkan dakwaan mengatakan kita boleh berkata sewenang~wenang walaupun dalam bentuk tidak begitu sopan, tidakkah ini bercanggah dengan apa yang Nabi katakan dalam hadis bermaksud:

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan beriman pada Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata dengan katakata yang baik atau kalau tidak dapat melakukannya, lebih baik berdiam sahaja. (Riwayat Muslim)

Kalau kita terima bahawasanya kita boleh lakukan carut mencarut, maki hamun dan sebagainya tidakkah bercanggah dengan apa yang Nabi sebutkan dalam hadisnya:

Cukup atau memadai, seseorang itu dikatakan jahat, apabila dia memandang hina, merendah-rendahkan saudaranya Muslim yang Lain.

Kalau kita terima kenyataan yang seperti itu, tidakkah ia bercanggah dengan hadis Nabi bermaksud:

Tidak wajar dan tidak harus bagi seseorang mukmin itu memandang saudaranya dengan pandangan yang menyakitkan hati.

Kalau kita terima juga kenyataan itu, bagaimana pula sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:

Tidak lurus seseorang hamba itu, melainkan lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya melainkan lurus

lidahnya dapat memelihara daripada kata-kata yang

keji dan tidak masuk syurga seseorang itu yang sentiasa tidak lepas daripada mengganggu gugat jiran tetangga nya.

Tidak ada salahnya kita berlainan pendapat, tidak ada salahnya kita berbeza pandangan, kerana itu lumrah hidup manusia. Tetapi sejauh mana mampu kita mengendalikan perbezaan itu untuk memastikan ia benar-benar berada dalam keadaan baik, benar-benar diasaskan dengan pertimbangan yang rasional dan benar-benar tidak diruntun sebarang sentimen. Malah, walaupun berbeza- beza pendapat, hingga kalau perlu kepada perdebatan dan AURA KEJIRANAN perbahasan pun Islam mengatur disiplinnya.

Bukankah Allah s.w.t telah berfirman:

Serulah manusia pada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bermujadalahlah,

berdebatlah atau berbahaslah kamu dengan mereka itu dengan cara yang lebih jitu yang terlebih baik, yang terlebih lunak... (Surah an-Nahl : 125).

Inilah yang harus kita fikirkan kalau kita terima kenyataankenyataan yang boleh menjejaskan imej umat Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah kita perlu, dalam menyampaikan sesuatu mesej itu, kita mesti mengikut rentak-rentak orang. Apakah untuk menyampaikan satu-satu mesej itu, kita perlu mengikut, meniru cara orang Barat. Orang Barat memanglah hidupnya begitu lepas, tidak tahu dibezakan yang mana baik dan buruknya lagi. Apakah kita perlu meniru begitu kalau kita ingin menyampaikan sesuatu mesej Maka kita harus tiru mereka, tutur kata lucah mereka, tutur kata yang jijik, tutur kata yang cemar Kemudian harus dianggap cara itu tinggi nilai seni dan tinggi nilai sastera.

Lantas dipertahankan pula, dengan menyatakan, itu adalah cara terbaik oleh kita. Bukankah yang demikian itu hanya memperlihatkan betapa dalamnya sentimen diri, yang mendorong kepada fanatik atau taasub. Harus diingat, apabila sentimen menguasai diri, mata kita akan gelap melihat segala-galanya. Bak kata ungkapan, mata musuh gelap menimbang kebaikan, mata kawan buta melihat kesalahan. Lantas menghasilkan pula ungkapan Perbuatan kita benar belaka, perbuatan orang salah semua.

Usah diseret Islam menuruti kita. kita harus menuruti Islam. Janganlah semudah itu untuk kita katakan atas nama Islam, boleh segala-gala. Boleh kita lakukan, boleh kita memaki hamun atas nama Islam, boleh kita mencaci atas nama Islam, boleh kita menggelar orang itu dan orang ini dengan berbagai-bagai gelaran yang tidak direlai oleh orang yang empunya diri. Persoalannya, harus kita merenungkan perkara ini.

Mana budi bahasa kita, mana sopan santun kita, mana resam timur kita, mana adat Melayu kita, mana budi pekerti kita, mana akhlak kita Hinggakan bukan sahaja menjatuhkan maruah atau imej kita, malah orang yang bukan Islam pun timbul kekeliruan, apa sudah jadi dengan umat Islam yang dahulunya mengatakan bahawa Islam tidak membenarkan mengeluarkan kata-kata kotor, lucah dan sebagainya tetapi sekarang sudah sebaliknya.

Bukankah Allah S.W.T. telah berfirman: Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu mengeji

atau memperolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi orang yang mereka mengolok-olokkan itu lebih

baik daripada mereka dan jangan pula wanita-wanita memperolok-olokkan wanita yang lain kerana boleh jadi

mereka lebih baik daripada wanita-wanita itu... (Surah al-Hujurat : 11)

Inilah yang harus kita fikirkan apa yang Tuhan tarik perhatian kita itu. Apakah sanggup kita tukarkan format tarbiah kita Rata-rata sejak datuk nenek kita sehingga sekarang mendidik anak-anak kita supaya jangan mengeluarkan kata-kata yang kasar, jangan keluarkan maki hamun. Tersasul dari mulut anak mengeluarkan perkataan yang tidak baik, kita cubit mulut anak itu kerana ia tidak wajar diucapkan.

Itu dia format didikan kita, itu dia cara didikan kita. Apakah kita mahu tukarkan pula dengan pendekatan pendidikan atau metodologi pendidikan dengan cara, gaya dan budaya carut mencarut serta maki hamun iniInilah yang harus kita renung. Inilah yang harus sama-sama kita fikirkan. Semoga Allah s.w.t akan memberi taufik dan hidayah kepada kita kerana kalau cara ini berterusan, cara ini kita amalkan, maka ternyata sekali pemikiran kita sudah gersang. Apabila pemikiran kita sudah gersang, tamadun akan pincang dan akan membawa kita kecundang. Nauzubillahi min zalik.

Dari abu Dzar berkatarasulullah berpesan kepada ku, apabila kamu memasak ,hendaklah perbanyakan airnya lalu berikanlah sebahagiannya kepada jiran mu agar dengan itu kamu memperoleh kebaikan. Riwayat Muslim.