Pertanyaan ini kerap kali saya tanyakan kepada peserta dialog interaktif yang kami selenggarakan. Jawapan yang terkumpul hampir serupa iaitu setiap orang akan memukul-mukul radio rosak itu sampai berbunyi kembali. Masalahnya, jika hal itu kita lakukan terus-menerus, apakah radio tersebut semakin hari semakin bertambah baik atau sebaliknya
Jika radio sudah mati, selalunya radio tersebut dibawa ke kedai untuk diperbaiki. Mengapa kita memukul-mukul radio agar berbunyi kembali Ada beberapa alasan mengapa kita melakukan hal yang hampir serupa bagi radio yang rosak.
1. Tidak tahu sebab kerosakannya.
2. Ingin cara mudah dan cepat.
3. Terbawa-bawa dengan emosi dan rasa kesal kerana selalu terjadi.
4. Tidak ingin bersusah payah mencari sebab dan mencari penyelesaiannya.
Tanpa sedar, banyak ibu bapa yang memperlakukan anaknya seperti radio rosak. Setelah si anak tidak dapat diperbaiki lagi, maka mereka dikirim ke tempat pemulihan dan pembinaan remaja bermasalah atau bahkan hingga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semoga ini tidak lagi terjadi kepada kita.
Alasan yang menjadi penyebabnya pun hampir serupa:
1. Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui mengapa anaknya berperilaku seperti ini atau seperti itu.
2. Setiap ibu bapa ingin cara cepat dan mudah untuk mengatasi perilaku anaknya yang dianggap aneh.
3. Sebahagian besar ibu bapa melakukannya kerana didorong rasa emosi dan amarah.
4. Tidak banyak ibu bapa yang mahu bersusah payah belajar mencari masalah dan mendapatkan penyelesaiannya. Ibu bapa sering kali memukul anaknya yang dianggap sedang rosak baik dengan kata-kata yang kasar ataupun dengan menggunakan tangan (secara fizikal).
Sebahagian besar ibu bapa cenderung memilih cara yang mudah dan cepat dalam menyelesaikan konflik dengan anaknya iaitu dengan kekerasan, baik dengan kata-kata mahupun fizikal. Seperti juga radio rosak, pada awalnya ini akan memberikan reaksi seolaholah anak kita akan menjadi lebih baik tetapi lama-kelamaan hal ini akan menghasilkan tekanan jiwa bagi anak, yang akan menyebabkan pertentangan si anak terhadap ibu bapa.
Alangkah berdukanya si anak jika ibu bapa terus-menerus memperlakukan mereka seperti radio rosak. Bayangkan jika cara ini terus dilakukan pada anak-anak kita, apakah akan terjadi pada masa depan mereka kelak Bukti-bukti sudah banyak, betapa budaya kekerasan bermaharajalela tidak hanya pada kalangan anak, bahkan sudah merebak kepada para anggota dewan yang terhormat.
Ibu bapa dan guru tercinta, anak kita merupakan hasil cinta kasih dari ibu bapanya. Anak kita adalah permata yang tidak ternilai dan tiada bandingnya, anak kita adalah titipan Ilahi yang harus kita pelihara dengan penuh cinta dan kasih sayang. Betapa teganya kita, jika memperlakukan anak kita seperti benda yang tidak berharga dan siap untuk dilempar ke gudang atau mungkin dibuang ke tong sampah.
Marilah kita belajar bagaimana menguruskan anak kita dengan cara yang elok, teratur dan tepat agar anak kita tidak menjadi radio rosak yang banyak kita jumpa di rumah-rumah di seluruh negeri ini.
Anak kita adalah permata yang tidak ternilai dan tiada bandingnya."