Ia disahkan oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter dalam satu majlis di Beijing bersempena Ekspo
Bolasepak Antarbangsa. FIFA berpuas hati dengan kajian Persatuan Bolasepak China yang sukan bola sepak telah dimainkan di China sejak tahun 300 Sebelum Masihi, di sekitar kawasan bernama
Linzi dalam Wilayah Shandong. Pada waktu itu Kota Linzi adalah ibu kota kerajaan Dinasti Qin.
Zaman lampau di China, sukan tersebut dipanggil Cuju bermaksud sepak bola. Dua pasukan dengan 16 orang setiap pasukan akan bersaing memasukkan bola berbalut kulit dan bulu burung ke dalam jaring kecil yang dipaut pada rumpun buluh. Pemain boleh menggunakan apa sahaja anggota badan kecuali tangan.
Sukan ini semakin popular semasa era Dinasti Han (sekitar 200 Sebelum Masihi hingga 220 Selepas Masihi), peraturan piawai permainan juga ditetapkan selain turut
menjadi modul dalam latihan ketenteraan. Semasa era Dinasti Tang (618 hingga 907 Selepas Masihi), bola berbalut bulu burung telah diganti dengan bola berisi udara, dan sukan bola sepak semakin popular di China, di mainkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk wanita.
Ia turut popular hingga ke wilayah semenanjung Korea dan kepulauan Jepun.
Di era Dinasti Song, sukan ini siap mempunyai pasukan profesional, bertanding dalam kejohanan khas (dari tahun 960 hingga 1279), dan sukan ini mempunyai undang-undang permainan yang khusus.
Sukan cuju mula merudum popularitinya semasa era Dinasti Ming. (sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka, yang mana pada ketika itu turut popular dengan sukan sepa raga bulatan).