Mencari Kiblat Cinta - 160
FILMAN memandang lelaki di hadapannya. Namun airmuka lelaki separuh umur itu tetap tenang menerima panahan matanya yang tajam. Joshua di sisi lelaki itu turut senyap di tempat duduknya.

Wajah kedua-duanya ditenung silih berganti. Nafasnya dilontar kasar. Tubuhnya disandarkan ke belakang. And you expect me to believe this What kind of joke is this Filman bersuara dengan nada meninggi.

Joshua menoleh ke arah Umar. Gerak-geri lelaki itu tetap tenang. Kemarahan Filman dihadapi dengan toleransi. Umar tersenyum hambar. Dia tahu sesiapa sahaja pasti akan sukar untuk mempercayai apa yang dikatakannya sebentar tadi. Filman sama sahaja seperti Joshua sewaktu mula-mula dikhabarkan hal tersebut.

Terserah, kau mahu percaya atau tidak Filman. Tapi kerana hal inilah Firdaus terkorban. Jadi apakah kau mahu biarkan sahaja perkara ini Soal Umar.

Filman terdiam. Kata-kata Umar ditelan dengan wajah gusar.

Aku dan Firdaus sudah lama menyiasat tentang Mednex Laboratories dan penglibatan Datuk Kahirul. Lelaki itu kejam orangnya dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan semua keinginannya diperolehi. Dan Snowman adalah jenis dadah sintetik yang sangat berbahaya jika jatuh ke tangan lelaki ini dan orang-orangnya. Jika formula ini jatuh ke tangan lelaki seperti Datuk Kahirul dan Snowman berjaya dikeluarkan, seluruh negara ini akan lumpuh dalam masa yang singkat. Sambung Umar lagi.

Filman menarik nafas panjang. Dia masih ingat lelaki yang diperkenalkan padanya di majlis ulangtahun syarikat Datuk Parish di Kuching tempohari. Lelaki berjambang itu kelihatan menggerunkan walaupun bahasa pertuturannya agak mesra. Di situ juga dia bertembung dengan Umar, lelaki di hadapannya yang mendakwa kaitan abangnya Firdaus dengan sebuah organisasi pengedaran dadah. Sekarang baru dia faham kenapa Umar ada di majlis ulangtahun syarikat Datuk Parish ketika itu. Lelaki itu sebenarnya sedang mengintip gerak-geri Datuk Kahirul.

Kita dah ada semua bukti-bukti kesalahan Datuk Kahirul dan dua orang kanannya Faruk dan Cobe. Hanya formula itu sahaja yang belum ditemui. Sampuk Joshua.

Di mana kamu berdua dapat maklumat-maklumat tu Soal Filman dengan suara mengendur.

Dari Danira. Ujar Umar.

Filman tersentak. Danira

Sebelum dibunuh, Profesor Adnan berjaya menyorokkan maklumat-maklumat tentang kegiatan organisasi tu dalam dua utas rantai yang merupakan cip yang pernah aku berikan padanya. Salah satunya diserahkan pada anak perempuannya Danira dan satu lagi pada anak lelakinya Naufal. Maklumat di dalam rantai Danira mengandungi semua kegiatan-kegiatan dan organisasi Datuk Kahirul dan orang-orangnya. Kami percaya, rantai yang dipakai oleh Naufal mengandungi formula Snowman. Ujar Umar.

Sekarang kita hanya perlu mencari Naufal dan cuba dapatkan cip tersebut. Ujar Joshua pula.

Filman termenung panjang. Wajah Danira melayang di fikirannya. Dia juga terkenangkan perbualan antara gadis itu dengan Aliff dua malam yang lalu. Ada sesuatu yang terus membahang di fikirannya. Apakah Aliff yang berada di rumahnya saat ini benar-benar Naufal, adik Danira Tapi kalau benar rantai yang harus mereka cari itu kepunyaan Naufal, kenapa dalam tempoh ini dia tidak pernah melihat sebarang rantai di leher Naufal

Beritahu aku sesuatu, apakah Danira yang bunuh abang aku Soal Filman seraya mengalihkan pandangan ke arah Umar. Dia inginkan kepastian tentang perkara yang satu itu sebelum dia membantu Umar dan Joshua seperti yang diharapkan kedua-dua lelaki itu.

Umar menarik nafas panjang. Joshua sudah mengigit bawah bibir, geram mendengar pertanyaan lelaki itu yang tak habis-habis. Sebentar tadi lelaki itu pernah bertanya padanya benda yang sama. Apa lagi yang masih dimusykilkan Filman sebenarnya

Ada saksi yang nampak Firdaus diheret ke tempat itu oleh beberapa orang lelaki. Dia dibebaskan kerana dia tak bersalah. Danira dianiayai. Getus Joshua dengan suara meninggi. Umar sempat menjeling ke arah Joshua yang kelihatan meradang.

Habis kenapa dia ada di tempat kejadian ketika itu Kau nak aku percaya sahaja bulat-bulat apa yang kau percaya Herdik Filman turut berang.

Dah enam tahun aku jadi peguam dia. Ya, aku percaya pada Danira. Meskipun seluruh dunia menuduh dia pembunuh, aku akan tetap mempertahankan dia. Balas Joshua berani.

Filman ketawa kecil. Kau cakap begini bukan sebab kau suka anak guam kau sendiri bukan Sinis nada kata-kata Filman diajukan pada Joshua.

Kalau ya kenapa Kau cemburu Balas Joshua pula enggan mengalah.

Filman membeliakkan matanya besar-besar. Dia bingkas bangun, mahu segera angkat kaki dari situ. Dia sudah tidak peduli pada permintaan Umar padanya.

Waktu aku lihat kau bersama dia di taska itu, kau layan dia dengan baik. Aku tertanya-tanya tapi aku nampak kebimbangan kau ketika itu. Tapi selepas kau tahu siapa dia yang sebenarnya, kau rasa marah bukan Dan hati kau enggan percaya bahawa dia tak bersalah biarpun setelah aku tunjukkan bukti-buktinya. Kau sama seperti ayah kau Tengku Amar yang menutup telinga pada kebenaran. Tuduh Joshua lantang.

Josh.. Umar menegur. Dia sudah pening kepala dengan pertengkaran yang berlaku antara kedua-dua lelaki itu. Dan puncanya kerana Danira!

Kau bukan berikan kebenaran pada aku Joshua. Kau hanya mahu aku percaya apa yang kau percaya. Setelah enam tahun, baru saksi itu muncul Kenapa baru sekarang Kenapa tidak enam tahun dulu

Aku juga tertanya-tanya perkara yang sama. Tapi saksi itu ada rakaman video di tempat kejadian. Walaupun gambarnya kabur dan suaranya tidak jelas, tapi ia cukup membuktikan Firdaus dibawa sekumpulan lelaki ke tempat kejadian dan dipukul bertalu-talu. Dan untuk pengetahuan kau, Danira tidak ada dalam rakaman tu.

Wajah Filman berkerut. Rakaman video

Di mana rakaman video tu Aku perlu tengok. Pinta Filman dengan wajah serius. Joshua terdiam sejenak.

Sewaktu kami buka semula kes ini, satu salinan rakaman video itu diserahkan pada peguam bela Ismail Habib. Dan aku cukup yakin, ayah kau juga menyimpannya. Ujar Joshua.

Filman tergaman. Ayahnya

Tangannya menggeletar. Tubuhnya membahang. Tidak tertahan lagi dengan apa yang baharu disaksikannya, dia segera menutup laptopnya. Nafasnya berdesah kuat. Wajahnya berkerut gelisah. Ya ALLAH! Ini semua tak mungkin berlaku pada Firdaus!

Rakaman video itu diserahkan Joshua sejurus selepas mereka singgah ke pejabat lelaki itu. Ketika Joshua memberikannya, lelaki itu sempat berpesan sesuatu.

Aku harap lepas kau tengok video ni, kau akan ubah persepsi negatif kau pada Danira. Ujar Joshua.

Dia menarik nafas panjang. Wajahnya diraut kedua-dua belah tangannya. Kalau mengikut dari kandungan video itu, Joshua berkata benar. Sekumpulan lelaki yang kabur imejnya jelas kelihatan mengelilingi abangnya Firdaus yang kelihatan lemah. Wajah Danira langsung tidak kelihatan dalam video tersebut. Mungkinkah Danira memang benar-benar tidak bersalah

Aku pernah bawa video tu pada pakar tempatan, tapi imej dalam video tu masih gagal diperbaiki. Tapi kami masih mencuba. Kata-kata Joshua terus berlari-lari di fikirannya.

Maksud kau, kalau rakaman ni berjaya dibaiki, kita akan dapat pembunuh Firdaus Begitu Dia inginkan kepastian.

Joshua sekadar mengangguk.

Aku akan cuba bawa rakaman ni pada seorang teman aku di US. Dia bekerja dengan pihak Interpol. Mungkin dia boleh membantu kita. Ujarnya pada Joshua yang ternyata lega mendengar kata-katanya yang berupa jaminan.

Laptopnya ditutup kasar. Dia bingkas bangun lalu beredar ke muka pintu. Namun hajat hatinya ingin menemui ayahnya, tidak jadi dilakukan. Sebaliknya dia kembali ke tempat duduknya. Matanya memandang ke arah gagang telefon di atas mejanya. Setelah berkira-kira sejenak, dia segera mengangkat gagang lalu menekan butang intercom. Suara seorang gadis muncul di talian.

Ada apa Encik Filman Tanya gadis di talian.

Meen, tolong saya hubungi peguam Ismail Habib Dia bersuara.

Baiklah, sekejap ya Encik Filman. Balas suara tersebut.

Thanks Meen. And one more thing, please..tolong rahsiakan hal ni dari ayah saya. Saya tak mahu dia tahu yang saya mencari Encik Ismail Habib. Pesan Filman.

Okay, I willdont worry. Janji gadis peranakan India-Muslim itu.

Klik! Panggilan telefon diputuskan. Filman termenung seketika di mejanya. Hatinya gusar. Fikirannya berladung resah. Wajah Danira saling bertebar di fikirannya. Danira! Keluh Filman dengan nafas yang terasa kian sukar. Mengapa begini takdir kita berdua Kita bertemu, tapi jalan kita tak sama. Kita merindui, tapi kenapa rindu ini menyiksa diri Kenapa

... bersambung