Selepas dia mandi dan selesai bersiap-siap, diam-diam dia turun dari rumah meninggalkan Mak Minah bersendirian. Hatinya nekad mahu mencari Naufal. Tapi entah kenapa, dia berubah fikiran secara tiba-tiba. Dia ragu-ragu mahu mencari Naufal dan menganggu anak muda itu lagi.
Dari jauh sebuah teksi muncul dari suatu arah. Tanpa berfikir panjang, dia segera menahan teksi tersebut. Setelah memberitahu teksi tersebut ke mana destinasinya, si pemandu terus memecut ke koordinat yang sudah terpeta di kepala.
Perjalanan yang tak sampai setengah jam itu meredah masuk ke laluan tanah perkuburan yang kelihatan sepi. Cuaca mentari yang terik menyinari pohon-pohon di sepanjang jalan yang kelihatan tegak. Usai membayar tambang teksi, Danira memandang sayu pada lapangan tanah perkuburan di hadapannya. Sejak dia dibebaskan, inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke sini. Dahulu dia berniat mahu datang menziarahi pusara ibubapanya sebaik dia menemui Naufal. Namun selepas Naufal ditemukan, hasrat itu masih jauh untuk jadi kenyataan. Malah ia mungkin takkan jadi kenyataan sampai bila-bila pun.
Kakinya diatur perlahan meredah denai kecil ke suatu arah. Sebaik langkah kakinya makin dekat, matanya tiba-tiba terpandang seseorang sedang bertimpuh di hadapan pusara ibunya. Dia berhenti. Matanya mengecil ke arah sesusuk tubuh seorang lelaki yang membelakanginya. Hatinya diterpa perasaan ingin tahu siapakah gerangan lelaki itu. Kenapa lelaki itu singgah di pusara ibunya Zahlia
Namun beberapa ketika kemudian Danira terpaku. Rambut putih lelaki itu tiba-tiba mengingatkannya pada seseorang. Lelaki itu! Bibirnya diketap kegeraman. Tiba-tiba sahaja dadanya berbahang dengan api kemarahan. Tanpa berfikir panjang dia segera mendekati lelaki itu.
Bunyi daun-daun kering yang melekat di tapak kakinya cukup untuk membuatkan lelaki itu tiba-tiba berpaling ke arahnya. Melihat kehadirannya, lelaki itu turut menampakkan wajah terkejut.
Apa awak buat kat sini Soal Danira dengan suara meninggi. Dia sudah tidak peduli sejauh mana bahayanya lelaki itu. Saat ini hatinya benar-benar tidak mengizinkan lelaki itu mendekati pusara ayah dan ibunya.
Mana kau menghilang selama ini Lelaki itu menyoal tanpa mempedulikan . pertanyaannya. Wajah itu beransur tenang ketika memandangnya.
Saya yang tanya dulu apa yang awak buat dekat kubur ayah dan umi saya Macamana awak boleh sanggup datang ke sini setelah apa yang awak buat pada keluarga saya Herdik Danira berang. Nafasnya tercungap-cungap menahan amarah yang kian melahar.
Lelaki itu mendengus perlahan lalu segera berdiri. Namun renungan lelaki itu menyapa lembut ke wajahnya. Kata-katanya yang kasar seolah-olah tidak meninggalkan apa-apa kudis pada lelaki itu.
Aku tahu kau bencikan aku, tapi aku ada hak untuk berada di sini.
Wajah Danira berubah. Hak Kata-kata lelaki itu gagal difahaminya. Hak apa yang dimaksudkan lelaki itu setelah hidupnya musnah angkara lelaki itu
Aku kenal ibu kau Zahlia. Sambung lelaki itu.
Sekali lagi dia terkejut mendengarnya. Lelaki berambut putih dan bertatoo naga itu kenal dengan ibunya
Kami sama-sama membesar di rumah anak-anak yatim suatu ketika dahulu. Percaya atau tidak, hubungan aku dan ibu kau cukup rapat. Ujar Cobe. Entah kenapa hari ini mulutnya ringan mahu menjelaskannya pada anak gadis itu kedudukan sebenarnya. Dia sendiri tidak menduga akan terserempak anak gadis itu di sini.
... bersambung