Tim tergamam. Kata-kata lelaki itu mengejutkannya.
Apa yang kau merepek ni
Aku dah bosan hidup begini. Aku mahu serah diri Tim.
Kau ingat Mr. Kay akan benarkan Dia akan bunuh kau dulu sebelum kau sempat pijakkan kaki kau ke balai polis. Balas Tim memberi amaran. Wajah lelaki itu merah padam.
Cobe tidak memberi sebarang ulasan. Dia tenggelam sebentar entah ke mana. Pertemuannya dengan Danira siang tadi benar-benar memberi kesan padanya. Kata-kata gadis itu memberi tamparan besar padanya.
Kalau benar awak ambil berat pada ibu saya. Kalau benar awak rasa bersalah padanya, jadi tolonglah balik ke pangkal jalan dan mohon keampunan dari Allah. Bertaubatlah sebelum ada lagi keluarga bahagia yang awak musnahkan hidupnya.
Bertaubat Balik ke pangkal jalan Apakah ia mungkin untuk orang jahat seperti aku Yang hidupnya dipenuhi dengan dosa yang tak mungkin diampunkan.
Mr. Kay dah beri arahan. Dapatkan formula tu dan selepas itu bunuh dia.
Kata-kata Tim mengejutkannya. Dia berpaling ke arah Tim dengan wajah gusar. Bicara lelaki itu cuba ditafsir sebaik mungkin. Benarkah apa yang aku dengar ni
Mr. Kay dah tahu fasal budak tu Cobe. Aku agak Faruk yang punya angkara.
Bila kau jumpa dia
Beberapa hari lepas. Maaf aku tak beritahu kau hal ni lebih awal. Tapi aku perlu ingatkan kau siapa Mr. Kay tu. Dia takkan lepaskan kita begitu sahaja. Sekurang-kurangnya kita dapatkan formula tu untuk dia supaya dia puas hati. Soal budak perempuan tu, lupakan saja! Lagipun Zahlia dah lama meninggal. Kau tak perlu lindungi dia lagi. Nasihat Tim bersungguh-sungguh.
Kau nak suruh aku biarkan sahaja Danira dibunuh Sama macam ibu bapa dia Sanggah Cobe dengan nada keras.
Ini untuk keselamatan dan kepentingan kau. Kalau kau tak sanggup nak buat, aku akan lakukannya. Balas Tim.
Mata Cobe terbeliak. Kata-kata Tim membuatkan barannya memuncak. Dia menatap tajam ke arah lelaki itu seperti hendak ditelannya.
Jangan sentuh dia Tim. Kalau ada apa-apa yang buruk berlaku pada dia, aku takkan maafkan kau walaupun kau kawan aku. Cobe memberi amaran keras.
Aku cuma tak nak Mr. Kay curiga pada kau. Lambat laun Kawasan Emas akan jatuh semula ke tangan Faruk. Waktu itu kekuasaan kita akan berakhir Cobe. Bantah Tim, juga dengan suara meninggi.
Cobe terdiam. Dia tahu niat lelaki itu baik. Dia sudah lama kenal dengan Tim yang boleh dipercayainya. Tim sekadar bercakap atas dasar menjaga kepentingannya sahaja.
Kau fikirkanlah hal ni baik-baik. Tak berbaloi kau korbankan kedudukan kau demi kerana gadis itu. Aku tak nak tengok kau tersungkur rebah sebab dia. Sambung Tim lalu bergegas ke muka pintu. Bunyi daun pintu dikatup rapat membuatkan Cobe menarik nafas panjang. Hatinya benar-benar gusar kini. Dia yakin lambat-laun, lelaki seperti Mr. Kay akan mengotakan kata-katanya. Nyawa Danira dalam bahaya! Zahlia, jangan bimbang. Dahulu aku mungkin tak mampu melindungi kau, tapi kini aku akan lindungi Danira sepenuh hati aku. Itu janji aku! Bisik Cobe nekad.
Panas terik yang membahang memaksa dia mendongakkan wajahnya. Sinar matahari yang menyengat di atas kepala membuatkan peluhnya menitis di dahi. Langkahnya diatur lemah ke arah rumah teres setingkat yang dihuni oleh Pak Maidin dan Mak Minah. Dalam perjalanan pulang dari tanah perkuburan tadi, dia sudah berfikir semasak-masaknya. Sebelum dia memulakan hidup baru, dia harus menyelesaikan apa yang belum selesai dalam hidupnya. Mereka yang bertanggungjawab di atas kematian ayah dan ibunya harus menerima balasan setimpal.
Sebentar tadi dia menelefon Umar, lelaki yang dikatakan sahabat ayahnya. Sudah dinyatakan persetujuannya untuk membantu Umar membawa penjenayah-penjenayah itu ke muka pengadilan. Dia juga berjanji mahu mendapatkan formula dadah sintetik itu dari Naufal. Mendengar kata-katanya, Umar kedengaran gembira dan lega. Tapi dirinya sebaliknya. Dia tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan rantai itu dari tangan Naufal. Bagaimana dia mahu menjelaskan semua ini pada Naufal
Kakak satu suara muncul memecah lamunannya. Dia berpaling. Melihat kelibat seorang anak muda itu, dia terpanar. Naufal! Baru sebentar dia teringatkan adiknya itu dan kini orang yang dirinduinya tiba-tiba muncul di hadapan mata. Dia gugup. Cepat-cepat dia membalikkan tubuh mahu segera beredar dari situ. Namun anak muda itu lebih pantas menghalang.
Kakak nak ke mana Kakak nak pergi tinggalkan Naufal macam tu aje
Dia hanya berdiam diri. Wajahnya tunduk sugul.
Dah berhari-hari Naufal cari kakak. Naufal pernah telefon Pak Maidin tapi dia kata kakak tak pernah datang ke sini. Tapi hari ni hati Naufal tergerak untuk ke mari. Naufal tahu kakak tentu akan cari Pak Maidin dan Mak Minah.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana Cobe cuba untuk melindungi Danira Adakah mereka akan menemui formula itu