Mencari Kiblat Cinta - 165
Dia berpaling. Menatap wajah anak muda itu dalam-dalam. Sungguh dia amat terharu mendengar bicara Naufal. Kasihan Naufal. Tentu anak muda itu bimbang dan risau dengan kehilangannya selama ini.

******

Minuman yang masih berasap di hadapannya langsung tidak disentuh. Malah kek yang dipesan anak muda itu juga tidak menyelerakan di anak tekaknya. Kedai kek yang kelihatan lengang itu sesekali membangkitkan gelodak gelisah di jiwanya. Dia tahu wajahnya sedang menjadi tumpuan anak muda itu.

Sejak mereka menjejakkan kaki ke situ, Aliff belum bersuara apa-apa pun, sebaliknya anak muda itu lebih suka menatapnya. Sesekali dia membalas pandangan anak muda itu. Tapi entah kenapa, semakin lama wajah Aliff direnung, hatinya semakin digamit perasaan bersalah.

Naufal nak cakap apa dengan kakak Kalau nak cakap apa-apa lebih baik cepat. Kakak kena balik cepat, takut Pak Maidin dan Mak Minah risau bila kakak keluar agak lama. Dia bersuara perlahan. Sengaja memberi alasan agar rasa kekok yang dirasainya menghilang.

Aliff menarik nafas panjang. Saku bajunya diseluk. Ada sesuatu yang dikeluarkan dari poket kemejanya sebelum dia meletakkanya di hadapan Danira. Anak matanya melontarkan pandangan ke arah wajah di hadapannya. Ternyata tindak tanduknya membuatkan wajah itu berkerut.

Apa ni Soal Danira hairan. Dia nampak jelas Aliff meletakkan beberapa buah buku simpanan bank di hadapannya.

Itu untuk kakak. Duit di dalamnya mungkin tak banyak, tapi cukup untuk menampung hidup kita buat sementara waktu. Naufal akan cari kerja dan jaga kakak. Kita boleh cari rumah kecil dan tinggal berdua sahaja. Ujar Aliff.

Naufal.. Danira sebak. Kata-kata Aliff membuatkan dirinya tenggelam dalam tangisan.

Naufal takkan tinggalkan kakak lagi. Naufal akan tebus semua salah Naufal pada kakak. Naufal akan tunaikan amanat ayah supaya jaga kakak baik-baik. Naufal akan buat semua itu. Tapi kakak mungkin terpaksa menunggu lebih lama. Bisik Aliff tenang.

Maksud Naufal

Pertanyaannya tidak berjawab. Aliff seperti sukar mahu mencerna ayat untuk dijadikan jawapan. Dia tahu Aliff sedang berfikir panjang. Anak muda itu sedang bingung!

Naufal tahu apa dosa Naufal kak. Naufal benar-benar rasa bersalah pada mereka semua. Selama ini mereka jaga Naufal tanpa mengetahui bahawa Naufal lah yang sebenarnya membunuh anak mereka. Mereka menderita kak. Mereka terseksa dengan kesalahan yang Naufal buat selama ini. Dan paling Naufal kesalkan, kakak terpaksa tanggung semua kesalahan Naufal. Kakak terpaksa menelan semua penghinaan mereka. Maafkan Naufal kak. Naufal janji Naufal akan bersihkan nama kakak. Naufal akan kembalikan maruah kakak. Tutur Aliff.

Naufal nak buat apa sebenarnya ni Naufal jangan buat yang bukan-bukan. Wajahnya gusar. Bicara Aliff seperti mengandungi sesuatu maksud.

Naufal akan ceritakan segala-galanya pada ayah. Naufal akan beritahu mereka apa sebenarnya yang berlaku malam itu. Apa sahaja hukuman, Naufal akan terima semuanya. Ujar Aliff sebak.

Jangan Naufal, jangan buat macam tu. Kakak tak sanggup tengok hidup Naufal musnah. Dia merayu dengan cucuran airmata.

Naufal juga tidak sanggup tengok kakak terus dipersalahkan.

Kakak tak apa-apa. Naufal jangan risaukan kakak.

Tak kakak. Selagi Naufal tak selesaikan hal ni, selagi itu Naufal akan terus dihantui rasa bersalah. Sekalipun mereka bencikan Naufal selepas ini, Naufal akan terima.

Mereka akan bawa Naufal ke penjara. Hidup Naufal akan musnah. Tolonglah Naufal jangan buat begini. Kita berdua boleh pergi dari sini dan lupakan segala-galanya. Kita mulakan hidup baru. Pujuk Danira resah.

Anak muda itu tersenyum hambar. Itu yang Naufal mahukan kak. Naufal nak mulakan hidup baru, tapi hanya selepas Naufal selesaikan semua ini. Naufal cuma pohon kakak jangan tinggalkan Naufal. Naufal tak mahu kehilangan kakak lagi. Rayu Aliff.

Danira mengesat tubir mata yang kian dibasahi air jernih. Dia juga seperti Aliff, yang tidak sanggup kehilangan anak muda itu.

Kakkalau Naufal tanya sesuatu, kakak janji jawab dengan jujur ya. Nada suara anak muda itu berubah. Danira melontarkan pandangan ke arah Aliff. Hatinya tertanya-tanya.

Apakah kakak cintakan abang Filman

Dia terkejut. Terpegun sejenak mendengar pertanyaan itu.

Abang Filman cintakan kakak. Apa kakak juga mencintainya Sambung Aliff lagi inginkan kepastian.

Naufal, kakak tak layak untuk dia. Lagipun dia tentu bencikan kakak selepas dia tahu semua ini. Bisik Danira sebak.

Aliff mengeluh panjang. Kini fahamlah dia rentak sebenar perasaan anak gadis itu. Jawapan Danira sudah menerangkan segala-galanya. Tapi dia cukup kesal kerana semuanya terpaksa berakhir begini. Takdir telah mempermainkan mereka semua!

Kalau kakak benar-benar menyukai abang Filman, Naufal akan jumpa dia dan ceritakan segala-galanya. Kakak jangan bimbang, Naufal akan selesaikan segala-galanya untuk kakak. Sejurus berkata demikian, Aliff bangun dari kerusi yang didudukinya membuatkan Danira terpinga-pinga.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Filman mempercayai bahawa Danira yang membunuh Firdaus