Mencari Kiblat Cinta - 166
Tubuh kerdilnya segera dicampak ke arah sofa bed yang agak empuk. Dengan tangan masih berikat, dia terkiai-kiai cuba membetulkan posisinya. Kedua-dua lelaki yang menangkapnya sebentar tadi dipandang dengan wajah gementar. Sejak dia diheret memasuki perut mini van itu dari kawasan kafeteria, dia cuba memahami mengapa dia diculik. Namun perasaan takutnya tak mampu dibendung lantaran mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama dia menempah bahaya seperti ini.

Lepas ni apa Dia mendengar salah seorang lelaki itu bertanyakan temannya.

Kita tunggu arahan bos aje. Pastikan tak ada sesiapa yang tahu perempuan ni ada kat sini. Ujar temannya pula.

Dia kemudiannya ditinggalkan bersendirian di dalam bilik itu. Bunyi pintu bilik dikunci rapat membuatkan nafasnya bergetar. Sewaktu dia dibawa masuk ke situ, matanya ditutup rapat. Namun telinganya dapat mendengar alunan bunyi muzik yang kuat dan suara ramai sedang tertawa. Ya Allah! Kat mana aku sekarang

******

Sewaktu Badak membisikkan sesuatu ke telinganya, wajah Tim terus berubah. Dia menoleh ke arah Badak dengan wajah penuh tanda tanya. Lelaki bertubuh besar itu hanya mengangguk bagaikan mengiyakan berita yang baharu disampaikannya tadi.

Kerja siapa Tanya Tim ingin tahu.

Faruk dan orang-orangnya. Ujar Badak.

Tim mengeluh panjang. Tak disangkanya Faruk mengambil tindakan lebih cekap kali ini.

Mana dia sekarang.

Orang-orang Faruk bawa dia ke Polka Dots.

Kalau begitu kau terus awasi gerak-geri Faruk. Arah Tim.

Cobe macamana Perlu kita bagitahu dia berita ni

Tim menoleh ke arah Badak. Nafasnya bertukar desahan. Cobe menjadi masalahnya kali ini. Bagaimana dia mahu menguruskan perkara ini tanpa melibatkan Cobe Tim benar-benar rungsing kali ini.

Aku nak kamu selesaikan hal ni baik-baik. Selepas formula tu diperolehi, aku nak kamu berdua bunuh budak perempuan tu. Jangan tinggalkan sebarang kesan.

Kata-kata lelaki berjambang itu masih segar di ingatan. Arahan itu terpateri di kepalanya. Mustahil dia akan mengabaikan sahaja arahan lelaki yang menjadi ketuanya sejak belasan tahun yang lalu. Tak mungkin dia berani engkar, apatah lagi kedudukan Cobe kini menjadi taruhan. Samaada Cobe musnah atau anak gadis itu yang hilang nyawa, dia pasti akan memilih Cobe. Tim sudah nekad!

Bunyi dentingan gelas saling bersentuhan menarik perhatiannya. Dia berpaling ke arah sekumpulan muda-mudi yang riuh-rendah ketawa sambil meneguk arak. Melihat gelagat anak-anak muda yang separuh mabuk itu, dia mengeluh panjang.

Topi yang menutupi sebahagian kepalanya ditarik ke bawah. Alunan bunyi muzik yang berentak remix disco dance itu rancak dan menarik perhatian. Namun dia tidak terpengaruh dengan muzik itu, malah tidak ada hati untuk menyertai anak-anak muda itu bersukaria sambil mabuk-mabuk. Dia ada tujuan tertentu menghabiskan masanya di kelab malam yang agak terkenal di ibukota itu.

Sejak beberapa minggu yang lalu dia kerap datang ke The Polka Dots. Walaupun dia datang sebagai pelanggan, namun minuman keras di kelab malam itu tidak pernah disentuh. Tujuannya hanya satu! Dia mahu mengintip gerak-geri kumpulan Datuk Kahirul itu atau lebih dikenali dengan panggilan Mr. Kay.

Dia tahu kelab malam The Polka Dots itu dimiliki oleh lelaki itu dan menjadi tempat pertemuan ahli-ahli kumpulan pengedaran dadah terbesar itu berkumpul. Sudah beberapa kali dia mengintip di situ, namun kelibat Datuk Kahirul jarang dilihatnya. Dia hanya sering bertemu dengan Faruk, orang kanan lelaki itu yang menguruskan kelab malam itu.

Macamana perempuan tu Dia masih kat atas

Ahah..budak-budak kita tengah awasi dia. Aku dengar Mr. Kay nak datang malam ni. Jadi kita kena ketatkan kawalan. Jangan nanti bila Mr. Kay sampai, perempuan tu lepas lari pulak. Mati kita nanti!

Bicara dua lelaki berhampiran menarik perhatiannya. Nama Mr. Kay yang disebut dua lelaki itu membuatkan dia terus memasang telinganya.

Apa mereka nak buat dengan perempuan tu agaknya

Bos ada rancangan besar dengan perempuan tu. Kalau rancangan bos berjaya, Cobe dan orang-orang dia akan mampus. Lelaki itu ketawa besar disambut deraian tawa lelaki yang seorang lagi.

Tapi perempuan tu lawalah.

Kau jangan buat yang tak senonoh. Kalau kau sentuh perempuan tu nahas kau. Perempuan tu anak Profesor Adnan, dah lama bos nakkan perempuan tu.

Wajah Umar berubah mendadak. Kata-kata terakhir lelaki itu membuatkan dia terpempan. Apakah Danira berada di tempat ini sekarang Kalau benar, gadis itu berada dalam bahaya. Dia segera bingkas bangun lalu diam-diam meninggalkan tempat itu. Ada sesuatu yang harus dilakukannya.

Joshua sedang makan malam bersama Evelyn apabila telefon bimbitnya berdering. Melihat nama Umar terpapar pada paparan skrin telefonnya dia segera menjawab panggilan tersebut. Evelyn sekadar memerhatikan tanpa berkata apa-apa.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Umar akan meminta bantuan Joshua untuk menyelamatkan Danira