Uncle yakin dia ada kat dalam
Diam.
Kalau macam tu, tunggu sehingga saya sampai. Saya akan segera ke sana.
Klik! Panggilan telefonnya diputuskan. Joshua segera melemparkan pandangan ke arah Evelyn yang sedang terpisat-pisat memandangnya.
Evy, Im so sorry. You kena teruskan tanpa I. I ada hal penting, need to go now. Ujar Joshua pada wanita di hadapannya.
Kenapa Josh You nampak cemas ni. Balas Evelyn dengan wajah risau. Joshua hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu terus bertikam lidah dengan wanita itu tentang Danira.
Perjalanan dari restoran tempat dia makan malam bersama Evelyn dengan The Polka Dots hanya memakan masa 15 minit sahaja. Keretanya diperlahankan apabila semakin mendekati kelab malam yang agak terkenal itu. Dari jauh, dia terpandang kelibat Umar di seberang jalan. Tanpa disuruh, dia segera menghentikan kenderaannya berhampiran lelaki itu. Umar segera membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut keretanya.
Macamana keadaan kat dalam Uncle ada nampak Danira Soal Joshua sedikit cemas. Umar hanya menggelengkan kepalanya.
Aku cuma dengar mereka berbual-bual, tapi aku pasti Danira ada kat dalam. Balas Umar cukup yakin.
Kalau macam tu kita berdua masuk ke dalam dan cari Danira. Putus Joshua.
Kau gila Mereka takkan lepaskan kita keluar hidup-hidup dari sana. Kelab malam tu tempat mereka berkumpul. Bantah Umar.
Habis takkan kita nak biarkan Danira kat dalam seorang diri. Dia mesti ketakutan sekarang ni. Kita kena selamatkan dia uncle. Ujar Joshua dengan suara meninggi.
Kita perlukan rancangan Josh. Kalau kita membabi buta bertindak, bukan nyawa kita sahaja melayang, nyawa Danira juga, Tegas Umar.
******
Joshua terdiam. Kata-kata Umar ada benarnya. Lama termenung, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Wajah seorang lelaki terbayang-bayang di fikirannya. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mula mendail.
Kau nak telefon siapa tu tanya Umar ingin tahu.
Saya nak telefon Cobe.
Kau dah gila ke Josh Dia salah seorang dari mereka. Herdik Umar berang mendengar kata-kata Joshua yang tidak masuk akal.
Uncle juga kata kita tak boleh masuk ke tempat tu sesuka hati. Kita perlukan orang dalam untuk menyelamatkan Danira. Sekarang pilihan kita hanya Cobe. Dia mahukan formula Snowman tu sebagai pertukaran untuk nyawa Danira. Kita akan berikan padanya jika dia boleh selamatkan Danira. Putus Joshua.
Tapi kau lupa ke Kita tak ada formula tu. Bantah Umar.
Dia tak perlu tahu semua itu.
Kalau dia mengkhianati kita macam mana Soal Umar.
Joshua terdiam, Dia tidak fikir Cobe jenis lelaki begitu. Meskipun lelaki itu penjenayah namun dari cara lelaki itu berkata-kata, dia tahu lelaki itu akan berpegang pada janji-janjinya.
Kalau begitu, kita akan ambil risiko ini. Tutur Joshua nekad. Umar hanya mampu mengeluh panjang.
Kau memang dah gila Josh! Geleng Umar hampir tidak percaya dengan keputusan lelaki itu. Melihat Joshua menekan-nekan keypad pada telefon bimbitnya, dia hanya mampu membiarkan dan berserah. Keluhannya meniti keluar dari bibir. Mereka memang menempah maut kali ini! Aduh! Apakah dia akan mampu menghirup udara lagi selepas ini
******
Danira cuba menggerakkan tubuhnya namun seluruh badannya terasa kebas dan sakit-sakit. Dia baru terjaga dari tidur. Sudah berjam-jam lamanya dia terkurung di bilik itu. Matanya dengan segera terpandang dulang makanan yang berada berhampiran dengan kakinya. Meskipun mulutnya kering dan perutnya kelaparan, namun dia tidak tergamak mahu menyentuh makanan itu. Baru sebentar tadi dia melihat botol-botol bir dan arak memenuhi tempat itu.
Mujurlah ikatan tangannya sudah dileraikan. Bolehlah dia bergerak bebas sedikit. Sesekali bunyi irama muzik yang rancak singgah di penjuru telinganya. Dia masih tertanya-tanya di mana sebenarnya dia berada. Apa yang mereka semua mahukan darinya Namun semua jawapan yang berlegar di fikirannya tidak mampu dileraikan kali ini.
Tiba-tiba telinganya menangkap suatu bunyi. Beberapa derap tapak kaki kelihatan menghampiri bilik tempatnya terkurung. Dia lekas-lekas berundur ke belakang. Matanya liar mengawasi sekitar bilik itu untuk mencari-cari sesuatu yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya. Dia sudah nekad. Meskipun nyawanya dalam bahaya, namun dia harus mempertahankan dirinya dalam apa jua cara. Maruah dirinya lebih penting dari nyawanya. Apa sahaja niat lelaki-lelaki itu menculiknya akan ditentang selagi ada kudrat dalam dirinya.
Krakk! Daun pintu di hadapannya terkuak lebar. Beberapa orang lelaki yang tak dikenali menerpa masuk. Namun antara banyak-banyak lelaki itu, dia lebih tertarik menatap seorang lelaki berjambang yang kelihatan tegap dan murah dengan senyuman. Meskipun senyuman itu ternyata dilemparkan kepadanya, namun entah kenapa hatinya gerun mahu menatap lelaki itu lama-lama.
bersambung
Bab akan datang:
Dapatkah Danira dibawa keluar dengan selamat