Jadi inilah anak Profesor Adnan yang terkenal itu Suara lelaki itu muncul. Garau dan serak tetapi bernada sinis. Kata-kata lelaki itu disambut derai tawa orang-orang yang bersamanya.
Kamu cantik sekali, mirip ibu kamu. Sambung lelaki itu sambil menatap ke arahnya dari atas ke bawah.
Dia tersentak. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia sangsi. Jangan-jangan dia diculik oleh organisasi yang dikatakan Umar. Kumpulan pengedar dadah yang telah menghancurkan hidup keluarganya selama in.
Kamu tentu tahu kenapa kamu dibawa ke sini bukan Lelaki berjambang itu mendekatinya. Tanpa disedari dia berganjak lagi selangkah dua ke belakang. Perasaan takutnya kini tak mampu dibendung.
Danira Lelaki itu berbisik dengan senyuman lebar.
Jangan dekat. Danira menjauh. Bibirnya diketap rapat-rapat. Dia semakin gelisah menghadap lelaki-lelaki itu.
Hmmgarang. I like that. Puji lelaki itu sambil ketawa kecil. Sejurus kemudian lelaki itu berpaling ke arah lelaki bertubuh sasa di sampingnya.
Kau uruskan gadis manis ni Faruk. Aku ada hal penting yang lain. Ujar lelaki berjambang itu. Lelaki yang seorang lagi hanya mengangguk. Usai kelibat lelaki berjambang itu menghilang, lelaki yang dipanggil Faruk itu menoleh ke arahnya. Renungan lelaki itu tajam menikam wajahnya membuatkan dia gugup. Lelaki itu mara lebih rapat ke arahnya. Wajahnya menjadi santapan mata lelaki itu dari atas ke bawah.
Tak sangka Zahlia ada anak gadis secantik ini. Suara lelaki itu meletus keluar.
Danira tersentak. Nama Zahlia yang disebut lelaki itu membuatkan dia tergaman. Betullah seperti sangkaannya. Lelaki-lelaki yang menculiknya ada kaitan dengan kisah silam ayah dan ibunya.
Kau tentu tahu kenapa kami bawa kau ke sini bukan
Danira menggeleng. Cuba menafikan apa yang sedikit sebanyak melekat di fikirannya.
Faruk ketawa kecil seraya mengerling ke arah pengikut-pengikutnya. Wajah manis gadis bertudung di hadapannya diratah dengan seronok.
Jangan nak berlagak naf sayang. Sekarang kita jimatkan masa masing-masing. Serahkan formula yang ayah kau curi tu pada kami.
Saya tak faham apa yang awak cakap. Danira masih menafikan.
Pang! Tanpa amaran, telapak tangan yang kasar itu tiba-tiba mendarat di permukaan pipinya yang licin. Dia terpanar. Merah matanya menatap lelaki yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.
Aku tahu kau ada formula tu. Serahkan formula tu pada aku dan aku janji takkan bunuh kau. Desak Faruk mulai berang.
Danira semakin gementar. Dia tahu benar apa yang dimahukan lelaki itu. Tapi dia tidak boleh membongkarkan tentang rantai yang dimiliki adiknya. Jika penjahat-penjahat itu tahu mengenai rantai itu, pasti adiknya akan menjadi sasaran mereka pula. Dia takkan sesekali menggadaikan keselamatan Naufal demi keselamatannya sendiri.
******
Aliff benar-benar gelisah. Sudah berulangkali dia berjalan mundar-mandir di halaman rumah. Sesekali dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir satu jam namun batang hidung Filman masih belum kelihatan. Dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kakaknya diculik di hadapan matanya dan dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Hendak melaporkan pada pihak polis, malangnya dia tidak tahu siapa yang menculik Danira. Tiba-tiba sahaja wajah Filman muncul di fikirannya, dan tanpa berfikir panjang dia menghubungi lelaki itu.
Ketika melihat kereta Filman memasuki halaman rumah, dia merasa lega. Filman keluar dari perut kereta lalu melangkah ke arahnya dengan wajah cemas.
Siapa yang culik dia Soal Filman serius.
Aliff tak tahu bang. Semuanya berlaku mendadak.
Aliff ingat nombor kenderaan penculik tu
Dia menggeleng. Maaf, Aliff tak nampak apa-apa pun. Yang Aliff tahu kenderaan tu sejenis mini van berwarna hitam gelap. Plat kenderaan tu tak jelas. Ujar Aliff.
Kenapa Aliff jumpa Danira hari ni Soal Filman seraya merenung anak muda itu. Aliff terkedu. Pertanyaan lelaki itu membuatkan lidahnya kelu untuk berterus-terang. Dia memandang Filman. Mata lelaki itu terus merayap ke arahnya. Tatapan mata Filman cukup serius kali ini.
Namun belum sempat dia mahu menjelaskannya, sebuah kenderaan tiba-tiba terpacul di sebelah kereta milik Filman. Tengku Saida dan Najla keluar dari perut kereta. Melihat kedua-dua anak lelakinya berkumpul di luar, Tengku Saida mengerutkan dahinya.
Kenapa ni Soal wanita itu ingin tahu.
Filman menggeleng. Tak ada apa-apa ma, Fil nak keluar kejap dengan Aliff. Kami ada hal. Pinta Filman. Dia melirik ke arah Aliff seolah-olah mengisyaratkan sesuatu. Mengerti dengan rentak pandangannya, Aliff hanya mengangguk dengan wajah sugul.
Abang, Naj nak minta pinjam laptop. Pinta Najla tiba-tiba sebelum sempat Filman memasuki perut keretanya.
Filman melemparkan pandangan ke arah anak gadis itu. Mana laptop Naj
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang ingin dilakukan Najla dengan laptop Filman