Filman mengeluh sedikit. Dia memusingkan tubuhnya lalu mencapai beg laptopnya yang disimpan di tempat duduk belakang. Laptop itu segera diserahkan pada Najla. Matanya sempat berlari ke arah ibunya yang kelihatan agak pucat.
Ma, kami mungkin balik lambat. Maaf sebab tak dapat makan malam bersama malam ni. Ujar Filman. Tengku Saida sekadar mengangguk tanpa memberi apa-apa ulasan. Dia hanya memerhatikan Filman memacu keretanya keluar dari petak garaj sebelum menghilang. Hati Tengku Saida terbit sayu. Kasihan Filman! Wajah anak lelakinya itu kelihatan muram dan tidak berseri. Dia tahu Filman menderita. Sejak Filman berterus-terang tentang Danira, belum sekalipun dia berpeluang untuk duduk berbincang dengan Filman tentang gadis itu.
Tengku Saida mengeluh panjang. Kepalanya tiba-tiba pusing. Ada keresahan yang berputar di setiap penjuru kepalanya. Najla berpaling.
Ma Kenapa Ma tak sihat Najla bertanya bimbang.
Dia menggeleng. Tak ada apa-apa Naj. Ma cuma kasihankan abang Filman kamu. Keluh Tengku Saida sebak.
Najla terdiam. Dia mengerti maksud ibunya. Semua ini terlalu mendadak untuk mereka hadapi. Hanya kerana gadis di taska Melia, keluarga harmoni mereka menjadi porak peranda.
Kenderaan yang dipandu Filman meluncur laju di jalanan. Melihat meter kereta itu semakin mencecah kelajuan 110km/j, Aliff mengerling ke sampingnya. Wajah Filman jelas kelat dan muram. Ternyata mood Filman benar-benar tidak baik ketika ini. Meskipun kereta itu mempunyai penghawa dingin, namun kesejukan langsung tak terasa. Sebaliknya dia merasakan bahang yang melarva di setiap pelusuk ruang di dalam kereta tersebut.
Kita nak ke mana sebenarnya bang Aliff memberanikan diri bertanya.
Filman tidak menjawab, sebaliknya keretanya terus dipandu laju.
Kita nak ke balai polis ke Soal Aliff lagi.
Filman mendengus keras. Suara Aliff terus lenyap.
Aliff belum cakap lagi dengan abang kenapa Aliff jumpa Danira. Tak disangka-sangka Filman mengulang pertanyaan yang cukup menakutkan Aliff. Sekali lagi dia terkedu.
Sampai bila Aliff nak sorok perkara ni pada abang Pada kami semua Herdik Filman sedikit keras. Dia menoleh sesaat dua pada Aliff sebelum melarikan pandangannya.
Aliff tergaman. Dadanya berbahang. Cara Filman menyoalnya seperti tahu sesuatu. Mungkinkah lelaki itu sudah tahu siapa Danira dalam hidupnya Ya ALLAH!
Abang dah tahu Suaranya perlahan tapi gementar.
Filman menarik nafas panjang. Abang dengar Aliff dan Danira berbual tempoh hari di beranda. Dia mengakuinya.
Aliff menarik nafas panjang. Kelopak matanya dipejam rapat. Dia cuba mengumpul kekuatan diri untuk berterus-terang dengan Filman tentang keadaan sebenarnya. Namun untuk memulakannya, ia cukup sukar.
Betul ke Danira kakak Aliff Soal Filman lagi.
Betul bang. Akhirnya dia mengaku!
Kenapa Aliff tak beritahu hal ni pada kami awal-awal lagi
Macam mana Aliff nak beritahu kalau selama ini Aliff tak ingat apa-apa Aliff tak ingat siapa diri Aliff atau apa yang jadi pada Aliff selama ini. Tapi bila dia muncul dan Aliff jumpa dia, ingatan Aliff kembali satu persatu. Ya dia memang kakak Aliff. Dan Aliff yang abang kenal selama ini adalah Naufal Benjamin. Ujar Aliff sebak.
******
Filman mengeluh. Naufal! Itulah nama yang kerap dicanang anak gadis itu selama ini. Naufal yang hilang dari sisi Danira adalah Aliff yang selama ini hidup di samping keluarganya.
Aliff tahu abang terkejut mendengar semua ini. Lagi-lagi dalam keadaan keluarga kita sekarang. Aliff juga tahu ayah dan ma bencikan Kak Nira. Abang juga mungkin bencikan dia, tapi Aliff tak boleh hidup tanpa Kak Nira. Aliff dah banyak buat salah pada kakak selama ini. Aliff berdosa pada dia! Kakak terhukum selama ini disebabkan Aliff.
Abang tahu Danira tak salah kalau itu yang Aliff mahu dengar. Abang dah tengok rakaman video di tempat kejadian waktu Firdaus dibunuh. Abang yakin dia tak salah. Filman cuba menyakinkan anak muda itu.
Video Wajah Aliff terus berubah. Video apakah yang dimaksudkan lelaki itu Kerut di wajahnya semakin lebar.
Peguam Danira berikan abang satu salinan rakaman video yang kononnya dirakam oleh seorang saksi di tempat kejadian ketika itu. Tapi imej lelaki-lelaki di dalam video tu kurang jelas. Jelas Filman.
Nafas Aliff berbolak-balik. Kata-kata Filman membuatkan dia gementar.
Abang akan pujuk ayah baik-baik selepas abang cari siapa sebenarnya pembunuh abang Firdaus. Aliff jangan risau! Filman berjanji.
Aliff tunduk. Bibirnya diketap rapat. Tuhan!
Sekarang kita cari Danira dulu. Lepas tu abang akan siasat siapa pembunuh Firdaus. Semuanya akan baik-baik sahaja. Percayalah!
Abang tak perlu cari lagi. Dia bersuara dengan tubuh menggigil.
Filman menoleh.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Aliff akan berterus-terang mengenai kematian Firdaus