DIARI jingga diletakkan di sudut kiri meja belajar. Rasa puas bila segala apa yang berlaku dicurahkan pada kertas putih itu. Sejak kejadian dia melanggar motosikal Fariz, hidupnya seakan terikat dengan kehidupan keluarga Fariz. Semalam mama ada beritahu hajat Puan Akma, mama Tajdid. Sekali lagi terpaksa minta tangguh. Entah kenapa aku jadi buntu bila terpaksa memilih walaupun kedua jejaka itu bukan pilihan aku.
Manalah menghilangnya Mr. Baseball Cap aku tu. Agaknya dah lenyap sampai ke bulan. Bayang pun tak pernah nampak sejak aku balik Malaysia ni. Haih
Haihapa aku nak buat ni Felisha menopang dagu. Kalendar di sudut kanan meja dibelek sekilas. Dua hari lagi dia akan ke kampung Cermai semula. Terpaksa. Kalau tak, Fariz tak akan kembalikan duit aku.
Sha, kau ni kenapa Sejak kau kenal Fariz tu, macam nilah sikap kau. Termenung sini, termenung sana. Apa kau dah jatuh cinta ke kat mamat tuHanim muncul di muka pintu.
Dulu kau tak macam ni. Kau happy dengan kedai bunga kau tu. Sekarang ni, macam dah hilang semangat. Hanim menapak dan duduk di birai katil.
Tak ada la..aku tengah bengang ni. Niat aku nak Fariz tu jatuh cinta dengan aku memang susah. Memang hati dia tu macam batu dalam batu. Keras gila. Aku yang beria berlakon kononnya aku ni suka dan cintakan dia. Alih-alih, mak dia yang beria nak aku nikah dengan mamat tu. Haru macam ni. Felisha sandar di kerusi pula.
Habis tu Kau yang nak macam tu kan
Aku nak mamat tu jatuh cinta dengan aku je. Bukan sampai nak nikah. Felisha garu kepala. Berserabut.
Hmm..susah jugak macam ni. Benda ni macam dah tak ada penghujung. Kau dan Fariz tu masing-masing tak suka antara satu sama lain. Aku rasakan..elok kau tarik diri je dari meneruskan niat kau tu nak dia jatuh cinta dengan kau. Aku rasa daripada kau buang masa dengan mamat tu, baik kau cari mamat baseball kau tu. Mana tahu..dia pun tunggu kau jugak Hanim mula beri pendapat.
Entahlah beb. Aku dah buntu. Aku terfikir jugak macam tu. Masalahnya sekarang ni aku kena jelaskan pada opah dia. Lusa dia nak balik kampung. Dia suruh aku ikut sekali. Felisha sudah serba salah.
Nak jelaskan apa Aku tak faham. Berkerut kening Hanim.
Dua minggu lepas kan aku ikut keluarga Fariz tu balik kampung opah dia. Ada la, satu malam tu..aku sakit perut. Aku guna bilik air di bilik Fariz sebab bilik air kat dapur tu terkunci. Bila aku keluar dari bilik air, dia muncul. Lepas tu pintu bilik dia pulak terkunci. Tak boleh buka. Rosak. Aku dan dia terkunci kat dalam bilik tu. Apa lagi, opah dia ingat Fariz tu sengaja kunci dan buat benda tak senonoh kat aku. Jadi, dia suruh aku dan Fariz tu bernikah. Kau tahulah aku dan Fariz mana ada apa-apa pun. Tambah mamat tu siap cakap, mati hidup balik pun tak akan nikah dengan aku. Felisha berterus terang.
Apa Jadi kau dan Fariz tidur satu bilik Hanim menelan liur. Mata sudah bulat. Besar!
Ish kau ni! Ke situ pulak! Aku jerit panggil Alia dan opah. Fariz pulak gertak aku. Dia cuba takut-takutkan aku. Apa lagi, aku jeritlah. Bila dia rapat, aku dah tergolek jatuh. Dia hempap tubuh aku. Masa tu jugaklah pintu bilik tu terbuka luas. Apa kau fikir bila dilihat berpelukan macam tu Otak kau mesti fikir lain kan Felisha mengeluh.
Hanim sengih.
Apa sengih-sengih Felisha ketap bibir.
Okey apa. Dulu kau jugak cakap tak jumpa calon suami. Nilah masanya! Ada la alasan kau nak nikah cepat. Kalau aku la..aku nak je nikah dengan Fariz tu. Lelaki maskulin tu beb! Hanim sudah tersenyum simpul.
Banyaklah kau punya maskulin! Felisha luku kepala Hanim.
Yalah! Apa kau suka lelaki yang six pack ke Hanim ketawa terbahak-bahak.
Kau ni kan! Suka sangat perhatikan badan lelaki! Entah-entah kau pun tahu bentuk badan si Aqif tu. Entah kau tu yang suka lelaki ketak-ketak tu!! Felisha mula ketawa.
Hanim baling bantal pada Felisha.
Tak ada la..Fariz tu aku tengok memang handsome. Kulit putih, tinggi, ada gaya, bibir dia menggoda.. Hanim senyum meleret.
Felisha mencebik. Bibir menggoda Mulut longkang ada la!
Aku perasanmuka Fariz tu..ada iras Mr. Baseball Cap kau tu. Entah-entah dia tu.. Hanim jeling Felisha. Ayatnya tergantung kat situ.
Apa Felisha tenung muka Hanim yang dah tersengih.
Ahbukan kut.. Hanim sengih lagi.
Felisha diam. Apa yang keluar dari mulut Hanim tadi dihadam sekali lagi. Memang sejak pertama kali terpandang wajah Fariz masa Fariz buka helmet di tempat kejadian dia langgar motosikal dulu..dia tergamam seketika.
Beb, aku nak tanya sikit. Kau rasa Fariz tu sesuai ke dengan aku
Hakau tanya soalan macam ni, kau dah ada rasa apa-apa ke Hanim kenyit mata.
Tak ada lamana tahu kan. Satu hari nanti, Fariz tu suka kat aku. Kalau dia betul-betul cintakan aku, apa aku nak terima ke dia Sedangkan aku hanya ada rasa suka biasa je kat dia.
Sekarang ni memang la. Esok-esok Ataukau masih tunggu Mr.Baseball Cap tu.. Hanim kenyit mata lagi.
Entahlah..soal perasaan tu urusan Allah. Kalau lelaki misteri tu..memang aku suka dia tapi nak buat apa, dia pun entah terdampar kat mana sekarang ni. Kalau Fariz pulak, buat masa ni aku memang sakit hati kat mamat tu. Dah la! Kalau cakap pasal mamat tu, sampai kiamat pun takkan habis! Baik layan novel aku ni. Felisha mula ubah topik.
Hanim senyum meleret. Faham sangat sikap Felisha kalau tak suka sesuatu. Terus dia ubah cerita. Elok-elok cerita A, cepat je kalih cerita Z.
Oh ya! Aku terjumpa lelaki maskulin kau! Hmm..dah semakin handsome aku tengok. Felisha pandang muka Hanim yang sudah berkerut kening.
Siapa Hanim sudah keliru.
Laa..doktor kesayangan kau tu la! Aqif! Felisha ketawa.
Be..betul ke ni Kat mana kau jumpa dia Dia sihat ke Eh, dah nikah ke dia Soalan bertubi menerjah lubang telinga Felisha.
Felisha gosok-gosok lubang telinganya. Tu dia! Soalan dah macam peluru.
Wei! Jawablah! Hanim dah tak sabar.
Dari banyak soalan tu, dua je aku boleh jawab. Dia kerja kat PPUM dan dia sihat walafiat! Felisha senyum. Seronok tengok muka Hanim yang sudah teruja. Macam baru dapat bunga dari kekasih hati!
Err..kau rasa dia dah kahwin ke Suara Hanim sudah bertukar nada. Perlahan.
Felisha jongket bahu.
Wah! Dua sahabat ni! Sembang sampai tak sedar aku yang terpacak kat sini! Najwa sengih. Dia menapak ke arah katil Felisha.
Serentak Felisha dan Hanim berpaling.
Kau dah habis kerja Felisha senyum. Bila masa pulak si Najwa ni tercongok kat situ
Haah..baru habis. Penat sikit. Korang sembang pasal apa tadi Rancak nampak Najwa duduk sebelah Hanim.
Apa lagi..pasal mamat sentap tu la.. Felisha mencebik.
Serentak Hanim dan Najwa ketawa.
Kau macam mana Felisha jeling Najwa yang masih ketawa.
Macam mana apa
Kau dan boyfriend kau tu la. Bila nak bertunang
Ohaku je yang suka kat dia. Dia langsung tak suka aku.. Suara Najwa sudah kendur.
Maksud kauHanim pula mencelah.
Kadang-kadang pelik dunia ni. Kenapa kita asyik nak kejar benda yang susah dikejar. Kejar benda yang susah dapat. Najwa mula tunduk.
Kau perli aku eh Felisha sudah terasa. Sindir aku ke ni
Yang kau terasa kenapa Aku tuding kat aku sendiri la Sha. Aku ni dah jadi muka tembok. Aku je yang sibuk nak eratkan kasih sayang tapi dia Dah macam-macam aku buat untuk ambil hati dia. Aku tukar penampilan. Kau tengok, aku dah lama tak pakai jeans. Aku pakai baju kurung. Dia suruh aku aku pakai jubah, Aku pakai pulak jubah tapi dia macam tak nampak yang aku ni bersungguh-sungguh. Najwa pula mengeluh.
Hmmdah lama kau kenal diaHanim pandang Najwa yang sudah sugul.
Aku suka dia sejak aku tahun satu lagi. Yang peliknya dia layan aku. Selalu jugak datang rumah aku. Layan kedua orang tua aku. Tapi bila aku tanya soal nikah, dia senyap. Aku bingung la. Najwa menopang dagu.
Eh..aku kenal ke boyfriend kau Dia sama course dengan kau jugak ke Hanim cuba merisik.
Najwa senyum hambar. Angguk tak, geleng pun tak.
Wa..salah kau jugak. Nak berubah ni bukan kerana lelaki tau. Kita berubah biarlah kerana Allah. Ikhlas. Bukan sebab lelaki suruh. Jadi selama ni, kau pakai semua ni sebab arahan dari boyfriend kaulah Felisha renung mata Najwa yang kelihatan agak suram.
Hanim mengangguk, mengiakan kata-kata Felisha.
Mula-mula tu ya la tapi lepas tu aku fikir jugak. Aku macam tak ikhlas. Depan dia aku pakai baju kurung, belakang dia aku pakai seluar jeans dan T-shirt. Aku masih tak boleh ubah cara pemakaian aku. Najwa muncung.
Beb, kau jangan paksa diri. Aku pun macam kau. Aku selesa pakai macam ni. Kalau lelaki tu tegur tu, makna dia ambil berat pasal kita. Esok-esok bila dah jadi isteri, kenalah taat pada dia. Bukan dia suruh kita pakai seksi pun. Felisha cuba tenangkan hati Najwa.
Entah laaku dah tak tahu nak buat apa lagi. Sekali lagi Najwa mengeluh.
Susah nak teka hati lelaki ni. Aku pulak, memang tak ada rasa apa-apa tapi orang tua pulak yang sibuk nak satukan kami.Felisha turut mengeluh.
Mereka bertiga masing-masing diam seketika. Melayan perasaan sendiri. Bunyi deringan telefon bimbit begitu nyaring. Melalak lagu Afgan.
Sha! Tu! Phone kau dah melalak tu! Tak nak jawab ke Hanim siku lengan Felisha yang sudah mengelamun.
Siapa call aku malam-malam buta ni Felisha jeling skrin. Tajdid
Najwa turut jeling.
Hello..ya saya. Hal penting apa awak nak jumpa saya Tengoklah. Nanti saya call awak semula esok. Telefon bimbit dimatikan talian.
Siapa ShaNajwa pandang muka Felisha yang sudah berubah rona.
Ni lagi satu. Pening otak aku ni. Felisha menjawab acuh tak acuh.
Ya la..siapa Najwa sudah tak sabar.
Malaslah aku nak cerita. Felisha bangun dan menapak ke bilik air.
Najwa dan Hanim turut bangun. Mereka mula beredar dari bilik Felisha.
PAGI lagi Felisha sudah ke kedai bunganya. Sempat singgah beli roti canai dan dua bungkus nasi lemak di gerai yang biasa dia beli.
Kereta diparkir betul-betul depan kedainya. Hari tu tak banyak kereta yang diletakkan di situ. Felisha senyum sendiri. Kalau tak, keretanya diparkir jauh dari lot kedai yang disewa.
Ainul, tolong akak kejap! Felisha menapak ke pintu kedai. Ainul sedang mengemas dan menyusun bunga.
Ya kak! Ainul menuju ke kereta dan mengambil barang dari bonet kereta bos mudanya.
Assalamualaikum!
Ainul menoleh. Seorang gadis tersenyum kepadanya. Lama Ainul perhatikan gadis itu. Macam kenal
Err..waalaikumussalam. Ya Ainul berkerut kening.
Kedai bunga dah buka ke belum
Sudah, cik nak beli bunga ke Ainul mengukir senyum. Orang kata, berpagi macam ni kalau dah ada pelanggan, rezeki akan masuk sampai ke petang.
Ya, saya nak pesan bunga untuk majlis esok.
Kalau macam tu, mari kita ke kedai dulu. Ainul angkat barang dan berjalan bersama ke arah kedai bunga.
Kak tengok dulu nak bunga apa. Saya nak simpan barang sekejap. Ainul minta diri ke pejabat Felisha.
Felisha jenguk dari dalam bilik pejabatnya. Macam pernah nampak dia ni. Perlahan Felisha menapak ke arah gadis tadi.
Err..ya cik. Nak bunga apa Felisha senyum. Manis melayan tetamu.
Jumpa lagi kita ya. Saya nak bunga daisi dua jambak dan bunga dahlia dua jambak. Berapa ya
Semua sekali seratus ringgit. Felisha masih senyum.
Baiklah.. Not seratus dihulur kepada Felisha.
Ainul! Bungkus dua jambak bunga dahlia dan dua jambak bunga daisi! Laung Felisha kepada Ainul yang sibuk menyusun bunga.
Err..saya bukan nak sekarang. Boleh hantar esok pagi. Dalam pukul sebelas. Majlis tu nanti pukul dua petang.
Oh, boleh je.Felisha mengajak gadis tadi ke bilik pejabatnya.
Cik boleh tulis nama dan alamat kat sini. Esok kami akan hantar. Felisha sua buku pesanan. Lama wajah gadis itu diamati.
Err..maaf. Cik ni pernah datang kedai saya kan dulu Felisha mula menegur.
Ya saya. Oh ya, saya Kamalia. Panggil Lia
Saya Felisha, panggil Sha. Felisha turut bersalam.
Saya tunggu esok. Kebetulan saya datang ni, saya nak menjemput Cik Felisha datang ke majlis saya esok. Kamalia mula minta diri.
Felisha hanya senyum. Sudah lali dengan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam.
InsyaAllah, kalau tak ada apa aral. Felisha turut melemparkan senyuman. Kamalia dihantar dengan ekor mata hingga lenyap dari pandangan.
Kak Sha, tu perempuan yang datang beli bunga hari tu kan Ainul menghampiri Felisha yang masih berdiri di muka pintu kedai.
Felisha angguk.
Siapa dia kak
Nama dia Kamalia.
Ohsopan je Ainul tengok. Ainul kembali menyusun bunga di rak.
Felisha pula menyambung semula kerjanya di pejabat. Ada teks mesej di skrin telefon bimbit.
Hmm..apa hal Tajdid ni nak jumpa aku Malam tadi pun sibuk call aku. Ada hal penting sangat ke Felisha balas semula.
Ainul! Akak nak keluar sekejap. Jumpa kawan jap! Felisha bingkas bangun dan mula ke kedai makan yang terletak di hujung lot bangunan, selang tiga buah lot kedai dari kedai bunganya.
FELISHA jenguk ke arah meja makan dalam restoran. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Hampir sepuluh pagi.
Mana pulak Tajdid ni
Assalamualaikum..
Felisha berpaling ke belakang. Tajdid sudah tersenyum manis di muka pintu.
Waalaikummussalam.. Felisha kaget.
Dah makan Tajdid senyum lagi.
Err..belum tapi saya dah beli nasi lemak tadi. Tak sempat nak makan lagi. Felisha berterus terang. Memang tadi dia tak sempat jamah nasi lemak. Pagi-pagi lagi pelanggan sudah ada. Ingat nak sarapan bersama Ainul.
Kalau macam tu, kita makan dulu. Tajdid ajak Felisha ke meja makan.
Felisha sudah gelisah. Apa la mamat ni nak sebenarnya
Bagi saya nasi lemak dan teh tarik. Awak Tajdid pandang Felisha yang masih terkial-kial di depannya.
Err..bagi saya kopi o je la.
Tak nak makan
Felisha geleng. Kalau aku makan karang, siapa pulak yang nak habiskan nasi lemak aku tu. Ainul tu dah la tengah diet sekarang ni.
Ada apa awak nak jumpa saya ni Felisha terus kepada topik asal.
Takkan nak jumpa awak pun kena ada hal penting dulu, baru boleh jumpa Tajdid sengih.
Felisha menelan liur. Boleh tahan ustaz ni. Aku pulak yang malu.
Tak ada la..kita bukannya ada apa-apa. Saya tak nak nanti jadi buah mulut orang. Lainlah kalau awak tu tunang saya ke, suami saya ke..
Felisha menopang dagu. Wajah putih bersih Tajdid diamati seketika. Betullah kata Ainul, Tajdid memang mempunyai ciri-ciri lelaki yang dicari perempuan solehah. Aku Tengok pakaian pun rasanya tak sesuai kalau aku berpasangan dengan Tajdid ni.
Awak tenung saya macam nak telan tu kenapa Dah terpikat ke Usik Tajdid. Dari tadi Felisha asyik merenungnya.
Eherr..tak ada la. Saya kagum dengan awak ni. Rupa ada, perangai baik, ustaz lagi, boleh dikatakan serba serbi lengkap. Apaawak tak nak cari perempuan solehah ke Sengaja Felisha lontarkan soalan cepu mas.
Oh..itu ke yang awak fikir sampai tenung saya macam tu. Awak rasa siapa Tajdid mengukir senyum.
Mana saya tahu. Ramai perempuan solehah yang sesuai untuk awak. Pakai baju kurung sentiasa dan tudung pun labuh. Tak macam saya ni. Pakai pun ikut selera je. Felisha senyum.
Ya ke Tajdid mula hirup teh tarik yang sudah sampai di meja. Kopi o panas dihulur kepada Felisha.
Felisha angguk.
Tak semestinya begitu. Jodoh tu rahsia Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya. Macam saya ni, saya suka awak. Tajdid sekali lagi berterus terang.
Felisha menelan liur. Terkedu.
Errawak ada hal apa nak jumpa saya Sekali lagi Felisha ubah topik. Pengakuan Tajdid tadi cukup membuatkan hatinya gelisah.
Oh ya. Sebenarnya saya nak ajak awak ke majlis kawan saya. Majlis kesyukuran. Sudi tak Tajdid mengunyah pula nasi lemak.
Bila
Esok petang.
Maaf, saya ada kerja esok. Saya kena hantar bunga kepada pelanggan. Felisha senyum. Lega. Nasib baik ada alasan kukuh.
Ohkalau macam tu, tak apa la. Mungkin lain kali saja. Tajdid menghabiskan nasi lemak.
Habis sarapan, Felisha dan Tajdid beriringan menapak ke kedai bunga semula.
Kalau awak tak jadi hantar bunga tu, call saya. Nanti saya ambil awak kat sini. Tajdid sempat berpesan sebelum melangkah ke kereta.
Felisha hanya angguk. Tajdid memang tak pernah berputus asa.
Bunyi teks mesej jelas di telinga. Felisha baca sekilas.
Eii! Dia ni tak faham-faham! Aku tahu la! Aku tak akan mungkir janji. Felisha ketap bibir. Mesej dari Fariz tadi cukup membuatkan hatinya bengkak. Lusa dia kena bersedia depan opah Fariz. Adoi!! Penat macam ni!
FELISHA pulang awal ke rumah. Sempat singgah di rumah mama. Kereta Audi milik papa ada tersadai di laman.
Mama, papa. Felisha mencium tangan kedua orang tuanya.
Awalnya Sha tutup kedai Puan Bainun tuang kopi panas ke dalam cawan.
Ya mama. Lagi pun, banyak bunga dah habis stok. Esok lepas Sha hantar bunga kepada pelanggan, Sha ingat nak survey bunga kat Cameron Highlands. Spend sana dua tiga hari. Lagi pun, Puan Suraya ajak Sha balik ke kampungnya esok. Felisha melabuhkan punggung sebelah mama.
Sha, kat Cameron Highlands tu tak ada hotel ke Tak elok Sha bermalam di rumah orang. Fariz ikut sekali ke Encik Zainuddin pula mencelah.
Biarlah bang. Sha tahu jaga diri. Dulu pun dia pernah ikut keluarga Fariz tu. Tak ada apa yang berlaku pun. Puan Bainun jeling suaminya yang tidak puas hati.
Felisha menelan liur beberapa kali. Aduihmampus aku kalau mama tahu kejadian malam tu. Harap-harap Puan Suraya dan opah Fariz tidak panjangkan hal tu pada mama dan papa. Kalau takentah apa yang akan berlaku nanti. Nikah paksalah jawabnya!
Sha nak bermalam berapa hari
Sha! Papa tanya tu! Berangan pulak budak ni! Puan Bainun cuit lengan Felisha.
Hah Papa tanya apa Felisha sengih.
Nak bermalam berapa lamaUlang Encik Zainuddin.
Mungkin tiga malam.
Encik Zainuddin hanya mengangguk.
Ingat, jaga maruah diri. Sha tu perempuan. Jaga aurat. Puan Bainun jeling Felisha yang sudah mula tunduk.
Felisha mengangguk lemah. Dia habiskan kuih cucur udang dalam pinggan sebelum minta diri.
Eh, budak ni. Tengah hari tadi tak makan ke Puan Bainun sengih. Nampak benar anak gadisnya pelahap!
Tak mama. Tak sempat.. Felisha mencium sekali lagi tangan kedua orang tuanya.