Dude! I'm Getting Married - 17
BAB 17

SERI lega. Minggu depan dia akan bekerja di tempat baru sebagai Chemist. Dah lama dia impikan kerja tu. Buat apa belajar penat-penat kalau kerja entah apa-apa. Bunga yang dihias cantik dalam pasu bunga dibawa ke ruang tamu. Di sepanjang pintu masuk dari laman rumah penuh dengan belon berwarna warni. Yang pasti, semua anak-anak jiran dijemput sekali. Meriah bila ada budak-budak.

Ucu!!

Seri menoleh. Acik dah tersengih di laman bersama dua kek bulat yang dipesan dari Kak Asiah, pembuat kek yang mama selalu tempah.

Abang, kenapa sampai dua kek

Kan ramai budak-budak tu! Acik muncungkan mulut ke arah budak-budak yang berlari-lari di laman.

Oh.. Seri ambil satu kek dari tangan Acik. Mereka bersama beriringan menuju ke ruang dapur.

Kek ni simpan dalam fridge dulu. Acara majlis nanti lepas zuhur kan Acik jeling jam di pergelangan tangan.

Seri angguk.

Ma dan pa mana

Kan ada kat laman tu..tengah siapkan meja dan makanan lain. Seri sengih. Dia susun bunga di dalam pasu.

Oh ya ke Abang tak perasan tadi. Ni..dah mandi ke belum Acik pandang Seri yang masih dalam baju tidur besar gedabaknya.

Alah..lambat lagi. Baru pukul 10. Seri sengih.

Anak dara tak elok bangun lambat, mandi lambat. Tak ada orang nak masuk meminang nanti. Acik luku manja kepala Seri. Memang keras kepala!

Abang ni! Ucu tahu la. Siapa yang nak masuk meminang Seri gosok kepala.

Suka menjawab betul dia ni. Buat tu cepat sikit, lepas ni pergi mandi. Acik muncungkan mulut ke arah susunan bunga dalam pasu.

Err..bang..Ucu tanya sikit boleh Seri jeling Acik di sebelah yang sibuk menyusun gula-gula dalam balang.

Hmmapa dia

Kenapa tiap minggu abang suruh Ucu masak

Acik berdehem kecil. Tersedak.

Ingatkan soalan apa la tadi.. Acik cuba bersikap selamba. Seri tak boleh tahu kenapa.

Abang belum jawab lagi.. Seri mendesak.

Saja abang nak test adik abang ni pandai masak ke tak.. Acik sengih. Jawab kena yakin. Dia tahu sangat sikap Seri yang akan terus bertanya selagi jawapan yang diberi tidak memuaskan hatinya. Ingat dulu masa sekolah rendah, jenuh dia jawab setiap soalan Seri. Lepas satu soalan ke satu soalan lain. Tak jawab nanti, rajuknya berhari-hari! Tak pasal-pasal kena marah dengan ma dan pa. Nasib la bila jadi abang ni..kena mengalah setiap masa.

Ya ke Ucu tak percaya. Abang mesti ada sesuatu ni..

Acik pandang Seri dengan ekor mata. Dah buat dahlepas ni soalan apa lagi yang dia nak tanya.

Mana ada..abang memang nak test Ucu je. Macam steak dan lamb chop tu..sedap! Ma dan pa pun puji. Along pun siap bawa balik rumah dia lagi! Acik sengih. Memang masakan Seri kena dengan tekaknya. Kalaulah Seri tu orang lain, tak ada kena mengena dengan dia, dah lama Seri jadi isteri aku! Hahaha.

Ucu tak percaya jugaktentu ada sebab lain ni.. Seri teleng muka ke arah muka Acik.

Sudahlah kalau tak percaya..

Ucu nampak hari tu..abang siap bawa bekal lagi balik rumah bujang abang tu..

Salah ke

Tak salah tapi Seri diam seketika.

Tapi apa

Abang bagi kat Koci eh Seri tuding jari ke hidung Acik.

Koci

Seri angguk.

Tak boleh ke Takkan abang nak makan sorang-sorang. Dah tinggal serumah, kena la kongsi. Tak baik pentingkan diri sendiri. Acik senyum. Seri tak boleh tahu yang sebenarnya dia bagi kepada Jai.

Seri diam. Kalaulah dia boleh bagi kepada Jaialangkah bahagianyaini mamat pembuli tu yang dapat makan! Mana Jai tinggal

Jai pun satu, sengaja mengelak dari dihantar sampai ke rumah. Rahsia sangat ke rumah dia

Ucu fikir apa

Hah Abang tanya apa tadi Seri segera menoleh.

Hmm..ingat apa ni..boyfriend ke Acik usik. Sejak dua menjak ni Seri lain macam.

Mana ada! Abang ni! Seri muncung.

Dah..pergi mandi cepat. Dah dekat tengah hari ni. Hari ni abang nak kenalkan seseorang kat Ucu. Acik

senyum. Rancangannya mesti menjadi kali ni. Jai dah setuju datang.

Siapa

Ada la

Seri jeling Acik. Apa kena dengan abang aku ni Nak kenalkan dengan makwe dia ke apa Dah senyum-senyum kambing macam tu!

Haaabang nak kenalkan makwe abang eh Usik Seri.

Hish! Abang mana ada makwe. Siapa la yang nak kan abang ni.. Acik buat muka merajuk.

Hek elehburuk betul abang merajuk. Muka macam abang ni, ramai yang nak. Kalau abang ni bukan abang Ucu, dah lama Ucu jatuh cinta tau! Seri sengih.

Acik diam. Fikiran Seri sama dengan apa yang dia fikir tadi. Dah ditakdirkan mereka ni adik-beradik.

Dah la tu! Pergi mandi! Acik tarik tangan Seri, bangun dari situ.

Hmm..tak siap lagi Ucu

Acik dongak. Ucu yang terpacak di sebelah dah senyum sumbing.

Along dari mana Seri cium tangan kakak sulungnya.

Dari dapur..makanan semua dah siap. Ma mana

Ada kat laman. Acik mencelah.

Hmm..ni kenapa dengan baju tidur lagi ni. Anak dara apa ni Along dah membebel.

Seri sengih. Dia segera berlari ke tingkat atas.

Acik ketawa mengekek. Memang sejak dulu dia dan Seri takut dengan Along. Garang Along mengalahkan mama dan papa!

TETAMU semakin ramai membanjiri laman rumah banglo dua tingkat. Ada yang memenuhi sekitar kolam

renang. Mana yang bawa anak kecil dan kanak-kanak, mereka begitu riang berlari-lari sekitar laman.

Datuk Kamaruddin dan Datin Rubiha sibuk melayan tetamu. Acik turut melayan tetamu yang datang. Ramai juga kawan Seri yang hadir. Naik juling mata melihat gelagat kawan Seri yang gila-gila.

Hmmmacam nilah perempuan. Kalau dah jumpa tu, tak ingat dunia lain dah. Acik sengih. Matanya melilau mencari kelibat Jai dan Koci.

Ni abang Seri kan

Acik berpaling ke kiri. Seorang gadis manis dan tinggi lampai, cantik dengan baju kurung moden berona jingga. Tudung polka dot cantik tertutup rapi di kepala.

Err..ya. Ni siapa Acik senyum kelat. Memang dia tak kenal rapat kawan Seri. Setakat tahu nama je. Itu pun bila Seri cerita kisah kawan-kawan sekelasnya.

Saya Lisa.

Acik angguk. Cantik

Seri manaLisa panjangkan leher, jenguk ke dalam rumah.

Dia ada..err..kalau nak makan, makanan dah ada kat sana. Acik tuding ke arah meja makan yang berderet makanan tersedia di situ.

Terima kasih..boleh teman kan saya Saya tak biasa la.. Lisa pegang tangan Acik.

Acik cepat-cepat tarik semula. Apa kena minah ni Kenal tak..apa tak..alih-alih selamba dek je pegang aku.

Err..cik Lisa boleh ke sana. Ramai kawan Seri yang ada kat sana.. Senyum Acik dah sumbing. Pertama kali berjumpa perempuan bertudung yang tidak kisah halal haram.

Betul ni abang tak nak teman kan saya Ulang Lisa.

Acik senyum kelat. Minah nitak faham bahasa ke..

Koci!!

Nasib baik Koci datang. Dapatlah aku elak minah gedik ni.

Acik!

Koci bergaya berjalan ke arah Acik. Seluar jeans hitam dan kemeja T warna biru muda menyerlahkan lagi ketampanannya. Dia betulkan rambut yang sedikit kusut.

Wah! Bukan main lagi kau smart bagai! Nak mengurat adik aku ke Acik usik. Bahu Koci jadi mangsa tumbukan gurau Acik.

Boleh ke aku berkawan dengan adik kau

Macam aku kata dulu..the best man win! Acik sengih. Dalam hati dia lebih suka Jai dari Koci.

Koci senyum. Dia dan Acik beriringan ke deretan makanan di meja panjang di laman.

Mana Jai

Koci jongket bahu.

Tadi kat rumah, dia macam sibuk je depan lap top. Kejap lagi kut dia datang. Koci ambil kuih dan buah dan diletak dalam piring.

Oh..kau tak tanya dia ke..jadi datang ke tak Acik dah rasa resah.

Tanya..dia jawab kejap lagi. Aku datang la dulu. Buah anggur dimasukkan ke dalam mulut. Habis satu tangkai.

Kenapa Tanya Koci lagi.

Err..tak ada apa.. Acik jeling jam di pergelangan tangan. Dah hampir pukul dua petang. Sekejap lagi majlis nak mula.

Seri mana Koci jenguk ke arah ruang tamu.

Adatengah siap.. Acik jawab acuh tak acuh.

Abang..dah makan Nah! Lisa menghampiri Acik dan Koci sambil menghulurkan sepinggan ayam madu panggang.

Untuk saya tak ada ke Koci senyum nakal. Lisa dipandang atas bawah. Cantiknya minah ni!

Acik renung Koci yang dah menjalar matanya menjelajah tubuh Lisa. Aku dah agak dah..mamat ni pantang tengok perempuan cantik. Ada hati nak mengurat adik aku.

Ehem!! Acik berdehem kuat.

Koci pandang Acik.

Lisa pandang jejaka di depannya. Kacak!

Err..korang berboraklah dulu. Oh ya! Cik Lisa, ni Farid, seorang engineer yang berjaya. Acik sengaja kenalkan Lisa pada Koci. Dari riak gadis gedik tu, nampak jelas minah tu teruja dengan lelaki kacak dan kaya.

Oh ya Lisa dah bulat mata.

Kan betul! Acik senyum sinis melihat riak Lisa yang dah bersinar matanya mendengar siapa Koci.

Korang boraklah ya. Aku tengok adik aku kejap. Acik cepat-cepat melangkah ke ruang tamu. Lega.

JAI menapak malas ke arah laman rumah mewah Acik. Meriah dan mewah. Kalau di kampungnya, majlis sebegitu dikira majlis perkahwinan. Lumrah dunia, yang berharta akan menyambut dengan gaya mereka dan yang kurang berkemampuan, cukup dengan rasa syukur.

Aku tak biasa dengan semua ni.. Langkah Jai terhenti di meja pertama.

Dari jauh dia melihat Lisa sedang berbual mesra dengan Koci. Kadang-kadang Lisa tepuk bahu Koci. Entah apa yang lucu sangat.

Huh..tak pernah berubah budak ni. Koci pun sama. Layan je minah tu. Kata dah jumpa calon yang sesuai..takkan minah gedik tu kut..

Jai!

Jai menoleh. Acik dah melambai ke arahnya.

Kenapa lambat

Aku lambat ke Jai angkat tangan. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas.

Ya la! Tengok dah pukul berapa Tiga petang! Adik aku dah potong pun kek tu! Acik luku kepala Jai. Ada je alasan mamat ni.

Jai senyum kelat.

Tak apa..ada lagi kek. Acik sengih. Teringat dia beli dua biji kek tadi.

Mana bakal isteri aku tu Jai senyum. Cuba bergurau.

Wah..kau dah suka kat adik aku ke Acik dah senyum sampai telinga.

Tak ada la..kau jugak kan yang beria nak kenalkan adik kau tu dengan aku. Nah! Aku dah datang ni..mana dia Jai sengih. Dulu masa Acik buat kenduri, dia balik awal. Kali ni dia nak tunggu, yang mana satu adik kesayangan Acik ni.

Bunyi macam nak menyerah diri je kau ni Acik siku lengan Jai.

Jai sengih.

Jom..adik aku ada kat ruang tamu. Acik tarik tangan Jai. Menonong Jai ikut Acik ke arah ruang tamu.

Hish! Acik ni! Macamlah aku ni kemaruk sangat nak jumpa adik dia! Silap aku jugak tadi. Gatal mulut kata bakal isteri buat apa! Ambik kau Jai!!

Adik mana Along Acik tanya kakak sulungnya bila sampai di ruang tamu.

Ada kat dapur.. Along senyum.

Jai..kau tunggu sini tau! Jangan pulak kau mengada-ngada nak balik macam hari tu. Acik tuding jari ke arah Jai.

Jai sengih. Dia duduk di sofa. Kakak sulung Acik dah ke laman semula. Tiada sesiapa di ruang tamu. Kebanyakan tetamu berada di laman sambil menjamu selera.

Mana Acik ni Jai panjangkan leher mengintai arah dapur. Dia ketuk pahanya dengan jari. Matanya menghala pula ke arah laman. Dari situ dia nampak jelas Koci melayan perempuan muda yang hadir sama.

Hmmmemang tak pernah berubah kau Koci. Kata dah jumpa calon. Bukan main lagi kau merenyam dengan mereka tu. Koci..Kocitak faham aku. Jai sengih.

Dia pandang pula ke arah dapur. Acik tak muncul-muncul jugak. Dah setengah jam dia melangut di ruang tamu tu.

Hmm..aku tunggu lagi lima minit. Kalau Acik tak datang jugak..aku blah. Jai dah mula bosan. Acik buat hal lagi. Dulu macam tu juga. Tinggalkan dia sendirian. Mati kutu macam ni!

Jai bingkas bangun. Tempoh menunggunya dah tamat. Acik entah ke mana, adik dia pun entah ke mana. Orang lain sedap menikmati makanan di laman, aku melangut menunggu buah tak gugur kat sini.

SERI teragak-agak nak keluar. Acik jenuh pujuk Seri.

Macam ni..Ucu bawa kek ni kat depan. Kawan abang ada kat situ.. Pujuk Acik lagi.

Abang ni kenapa Special sangat ke kawan abang tu Rimaslah macam ni! Seri mencebik. Gaun labuh warna ungu yang tersarung di tubuhnya diangkat sedikit. Memang sukar untuk dia berjalan kalau tak buat macam tu. Meleret labuh menyapu lantai.

Alah..pergi je la..dia ada kat sofa tu. Acik tolak Seri.

Terpaksa Seri melangkah ke arah ruang tamu sambil membawa sebiji kek yang belum dipotong. Dari muka pintu dapur, dia nampak kelibat kawan abangnya yang membelakanginya mengadap ke arah laman sambil menyeluk tangan dalam poket seluar.

Eii..nak kena jumpa jugak ke Seri mencebik. Ikut hati malas nak ke ruang tamu.

Dia melangkah perlahan. Kek dibawa berhati-hati. Kalau terpijak gaun labuhnya sendiri, sah sah dia tersungkur nanti. Perlahan Seri melangkah.

Alamak!! Maaaaaaaaaaaaakkk!!

Jai berpaling. Sebiji kek dah melayang ke arahnya. Tak sempat mengelak.

Paaaaaaaaaapp!!

Erk!!

Seri dah jatuh macam nangka busuk di tepi sofa. Memang betul, dia dah terpijak gaun sendiri. Tak dapat nak imbangkan badan semata-mata tak nak kek di tangannya jatuh. Dia cepat-cepat bangun.

Err..maaf..saya tak sengaja tadi.. Seri pandang muka lelaki tu. Penuh satu muka dengan krim kek.

Jai tergamam. Dia sapu perlahan krim kek yang melekat di kedua belah mata. Masih tak boleh buka. Pedih! Krim dah masuk dalam mata.

Na..nanti saya ambik air dan tisu.. Seri dah gelabah. Kenapalah aku ni gelojoh sangat Kalut semacam! Patutlah Jai panggil aku cik Kalut!

Acik jenguk ruang tamu. Suara Seri menjerit tadi begitu kuat di cuping telinganya. Seri dan Jai dah tercegat di situ. Sorang dengan muka pucat lesi dan sorang lagi dah bertempek muka dengan krim kek. Ketawanya terus pecah!

Abang ni! Bukan nak tolong! Seri menoleh. Acik dah tekan-tekan perut ketawa terbahak-bahak.

Macam mana boleh jadi macam ni Acik ketawa lagi. Dia mendekati Jai yang dah teraba-raba berjalan. Jai dipapah ke dalam bilik air.

Seri terduduk di sofa. Mukanya dah pucat. Adoi! Kenapalah jadi macam ni Kenapalah aku pakai gaun labuh sapu lantai ni Tu la..gatal sangat nak bergaya. Tengok apa dah jadi!

Mesti abang marah aku ni.. Seri genggam jari. Dia pandang arah bilik air. Belum keluar.

Seri!!

Seri pandang ke arah laman. Ojie dah melambai ke arahnya.

Kau nak apa Laung Seri.

Sini la jap! Ni kan birthday kau!

Seri serba salah. Rasa bersalah pada lelaki tadi masih terasa. Ah..biarlah dia. Aku bukannya sengaja. Dia menapak ke laman ke tempat Ojie.

JAI sapu sisa-sisa kek yang terkena baju kemeja yang dipakai. Mukanya dah rasa berminyak dengan krim kek. Acik dari tadi tak habis-habis ketawa.

Dah la tu Jai mencebik. Memang dalam sejarah dia dilempar dengan sebiji kek macam tu.

Ambik kau! Aku nak bagi kek kat kau..dapat sebiji terus..kelepap atas muka kau! Hahahah!! Acik ketawa terbahak-bahak.

Aku nak baliklah..baju aku ni dah bau..tak selesa aku macam ni. Jai tarik baju kemeja yang dah kotor.

Sorry la Jai. Aku nak kenalkan kau dengan adik aku, alih-alih kek dulu kenal kau! Acik masih tak henti ketawa. Lucu!!

Tak luculah! Dah..aku balik dulu..kalau kau balik rumah malam ni, kau tapau apa-apa kat aku nanti. Jai segera beredar.

Tunggu la. Adik aku..kau tak kenal lagi. Dia ada kat laman tu! Acik tuding ke arah laman.

Jai pandang sekilas. Ramai gadis yang ada di situ. Mana satu

Jom! Aku kenalkan! Acik tarik tangan Jai menuju ke laman semula.

Acikaku baliklah. Baju aku kotor ni. Jai berkeras nak balik.

Alah..adik aku kat situ je. Sekejap je! Acik tak lepaskan tangan Jai.

Ehem!!

Acik dan Jai menoleh. Koci dah tersengih kat sebelah.

Korang ni biar betul Mata Koci tepat menala pada kedua tangan Acik dan Jai.

Jai cepat-cepat rentap tangannya dari cengkaman tangan Acik.

Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan! Jai ketap bibir.

Aku tak kata apa pun.. Koci sengih.

Aku blah dulu! Jai melangkah laju meninggalkan laman rumah Acik.

Acik hanya pandang Jai pergi. Alamak..tak jadi lagi. Jai pun satu, adik aku kat situ je. Tak sampai pun sepuluh langkah. Acik garu kepala.

Kau ni kenapa Biarlah dia nak balik! Koci turut pandang Jai yang dah hilang dari laman.

Acik diam. Rancangannya gagal lagi.