Gadis Kebaya Merah - 17
BAB 17

MALAM ITU, Ana Dahlia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Kudin berkenaan hal Senah yang dilaporkan hilang. Tadi, sebaik habis kerja dia segera menghubungi Kudin. Detektif Jailani pula masih berbincang dengan Detektif Razif berkenaan kes tadi. Agak lama dia menunggu Kudin di restoran itu. Matanya menala ke arah sebuah motorsikal hitam yang sudah mula parkir di depan restoran. Dia tersenyum. Kudin menepati janji. Kudin dilihat berjalan ke arahnya sambil memegang helmet.

"Awak dah lama tunggu" Kudin melabuhkan punggung di sebelah Ana Dahlia.

"Baru saja. Terima kasih kerana sudi datang." Ana Dahlia mengukir senyum. Kudin dilihat sudah menanggalkan sarung tangan hitam dan diletakkan atas meja bersama helmet.

"Hmm..ada apa awak nak jumpa saya kat sini" Kudin sandar di kerusi. Ana Dahlia dilihat masih seperti dulu.

"Saya ada hal penting nak beritahu awak.."

"Hal apa Ada masalah ke di tempat kerja baru awak" Kudin berkerut kening melihat riak Ana Dahlia yang sudah berubah. Sugul.

"Err..tak. Bukan hal tu.." Ana Dahlia masih berfikir cara yang sesuai untuk terangkan kepada Kudin tentang hal Senah.

"Habis tu Ke....awak rindukan saya" Kudin sengih.

Ana Dahlia pantas menoleh. Dia senyum kelat. Perasan mamat ni.

"Ini berkenaan dengan Senah.."

"Senah Kenapa dengan dia" Kudin pandang Ana Dahlia dengan riak pelik. Kalau kes kehilangan Senah yang Ana Dahlia cuba beritahu, macam mana dia tahu hal itu

"Kawan saya yang kerja polis tu beritahu, ada orang buat laporan tentang kehilangan Senah." Ana Dahlia menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.

"Siapa yang buat laporan Bila" Kudin memandang tajam ke arah Ana Dahlia.

"Nama orang tu Arshad dan laporan tu dibuat malam tadi." Terang Ana Dahlia berhati-hati. Dia melihat riak Kudin yang tidak terkejut sedikit pun.

Kudin diam seketika. Jadi Chad sudah buat laporan polis rupanya.

"Awak kenal siapa Arshad" Tanya Ana Dahlia bila melihat Kudin hanya diam.

"Chad tu kawan sekampung kita orang.." Jelas Kudin.

"ChadDahi Ana Dahlia berkerut.

Err..maaf, saya panggil dia Chad. Kudin sngih. Telupa yang Ana Dahlia tidak kenal nama timangan Chad.

Macam mana Senah boleh datang KL Chad tu ke yang bawa dia ke sini" Ana Dahlia cuba korek cerita dari Kudin. Kes itu sudah diserahkan kepadanya.

"Macam tulah apa yang Chad beritahu saya. Sekarang ni Senah dah hilang. Saya risau jika berlaku apa-apa yang buruk pada Senah. Dia tu memang berani keluar malam-malam..haih.." Kudin geleng.

"Jadi, apa yang awak nak buat Takkan serah pada polis semata-mata" Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah nampak sugul. Nampak jelas riak Kudin yang mengambil berat hal Senah.

"Entah la..saya dan Chad dah cuba cari tapi tak jumpa juga." Kudin mengeluh.

"Hmm..saya rasa Senah mungkin dalam bahaya. Kawan polis saya cakap, sekarang ni ada satu sindiket membekal gadis-gadis ke luar negara. Kumpulan sindiket itu masih bebas. Pihak polis sedang menyiasat kes ni. Ini termasuk jenayah berat kerana pernah berlaku kes pembunuhan ke atas gadis yang cuba melarikan diri." Jelas Ana Dahlia berhati-hati, bimbang Kudin akan mengesyakinya nanti.

"Tu la..saya pun risau ni. Habis tu, apa kita nak buat Awak nak tolong saya ke siasat hal ni" Kudin pandang Ana Dahlia yang masih memandang ke arahnya.

"Saya boleh bantu awak dalam hal ni. Kawan saya tu memang bahagian ni. Apa-apa nanti, saya update. Err..boleh saya tahu, awak memang sukakan Senah ke" Ana Dahlia senyum.

"Kenapa" Kudin pula bertanya. Soalan Ana Dahlia tidak dijawab.

"Tak ada la..Senah tu...cinta sangat kat awak. Terang-terang dia cakap depan awak. Awak beruntung tau dapat orang macam Senah tu. Dia cantik dan ramah." Puji Ana Dahlia. Dia lihat riak Kudin yang tidak berapa selesa.

"Saya biasa je la. Tak ada apa-apa perasaan pun. Perasaan saya ni dah disimpan untuk orang lain..." Kudin berkata perlahan. Dia jeling Ana Dahlia yang hanya tersenyum di situ.

"Oh ya Siapa" Ana Dahlia berpura-pura tanya. Dia boleh agak apa maksud kata-kata Kudin tadi.

"Tak payah lah tahu. Orang tu pun tak pandang pun kat saya." Kudin sengih.

Jebat Merah Gadis Kebaya Merah

~ 296 ~

"Awak tak luahkan pada dia, manalah orang tu nak tahu isi hati awak, betul tak" Ana Dahlia gelak. Dia cuba kawal diri.

Kudin hanya pandang Ana Dahlia. Dia ni..pura-pura tanya aku..kaulah yang aku suka tu!

"Oh ya, dah kenal pasti siapa pemilik mayat reput tu" Kudin mengalih topik.

"Dah..kawan polis saya dah tahu keputusan tu tapi itu kes polis, jadi dia pun tak beritahu siapa. Saya ni kan...kawan je.." Ana Dahlia sengih.

"Hmm...betul jugak."

"Saya dengar awak dipanggil polis untuk soalsiasat" Ana Dahlia cuba berlagak yang dia tidak tahu apa-apa.

"Ya, pagi tadi. Ada ke mereka tuduh saya yang merancang pembunuhan tu Gila!" Kudin mencebik.

"Dituduh tak sama dengan membunuhkan" Kudin dijeling sinis.

"Whatever! Saya tak bersalah. Kusha tu yang patut disalahkan. Ada saja yang tak kena." Kudin sedikit merengus.

"Itu memang kerja polis untuk siasat dan soal. Tak bermakna awak dipanggil untuk soalsiasat, awak adalah bersalah. Itu prosedur polis untuk selesaikan satu-satu kes." Ana Dahlia pertahankan kerjayanya.

"Sebelum balik dari balai polis tadi, saya diarahkan untuk membuat Domestic Inquiry." jelas Kudin.

"Maksud awak Kan itu sudah lama" Ana Dahlia berkerut kening.

"Sebab syarikat tak buat la, saya disuruh buat DI tu. Pekerja diberhentikan tanpa sebab. Lepas tu ada pekerja yang hilang begitu sahaja. Keluarga gadis yang hilang tu pula tidak buat tuntutan saman kerana perkara itu tidak dibawa ke mahkamah. Jadi sekarang ini, perlu ada DI untuk menyiasat kenapa dan mengapa sebelum ambil tindakan berhentikan pekerja. Tidak boleh sesuka hati pecat pekerja." Kudin mengeluh. Itu bermakna kerjanya nanti akan bertambah.

"Hmm..itu prosedur biasa dalam sebuah syarikat yang ada kes macam tu tapi disebabkan tak ada yang komplen, maka DI tu tak perlu rasanya. Lainlah kalau famili yang terlibat tidak puas hati dan ingin menyaman syarikat atau mengambil tindakan mahkamah.

Contohnya, kes gadis yang hilang tu. Seolah syarikat lepas tangan." Ana Dahlia turut menyokong arahan yang disuruh itu.

"Manalah saya tahu...dulu saya kerja lain.." Kudin mengeluh lagi.

"Awak kerja apa dulu" Sengaja Ana Dahlia tanya.

Kudin diam seketika. Dia tidak menjawab soalan Ana Dahlia. Jatuh maruahnya nanti kalau gadis itu tahu siapa dia dulu dan apa kerja yang dibuat. Ana Dahlia masih memandangnya tak berkelip. Comel jugak minah ni...tak berani nak luahkan perasaan sendiri...haih..

"Awak kerja apa" Ulang Ana Dahlia. Kudin dilihat sudah mengelamun.

"Err...macam mana nak buat DI tu ek" Kudin cuba mengubah topic lagi.

"Awak tak ada pengalaman"

Kudin geleng. Pengalaman teman orang kaya adalah! Dia sengih.

"Pertama sekali, dalam kes awak ni, hantar surat kepada bekas pekerja yang diberhentikan tu sekali dengan surat tunjuk sebab, kumpulkan bukti, lepas tu hantar lagi surat untuk DI. Barulah boleh dilakukan DI. Saksi, pendakwa dan juri yang dilantik kena hadir semasa proses DI tu." Terang Ana Dahlia dengan panjang lebar. Muka Kudin sudah berkerut.

Terkebil-kebil Kudin mendengar kata-kata Ana Dahlia.

"Dan juri tu mestilah non-bias juri. Jika pekerja yang diberhentikan tu dulunya bekerja di bahagian kewangan, maka juri perlu diambil dari kalangan eksekutif dari bahagian lain." Tambah Ana Dahlia lagi.

"Macam mana nak buat DI untuk gadis yang hilang tu Itukan yang penting dan yang polis nak" Kudin semakin tidak faham.

"Ya..awak kena panggil waris mereka dan juga siasat kawan rapat yang sama-sama bekerja di situ." Ana Dahlia senyum. Terkebil-kebil Kudin mendengar.

"Hmm...pelik..awak ni tahu semua ni. Mana awak belajar Awak kan kerani je" Kudin tenung Ana Dahlia.

"Memanglah saya ni kerani cabuk je tapi saya pernah alami benda tu semua masa bekerja di syarikat dulu-dulu tu.." Riak Ana Dahlia sudah berubah. Janganlah kantoi depan mamat ni...

"Oh..okey.." Kudin mengangguk.

"Jadi, kes Senah macam mana" Ana Dahlia kembali pada topik asal.

"Saya akan siasat juga hal ni. Awak tolong saya ek" Kudin senyum.

Ana Dahlia mengangguk. Lagi senang kerjanya nanti dengan bantuan Kudin.

SENYUMAN lebar mula terukir di bibir. Terubat rindunya pada gadis itu. Kudin henyak tubuh di sofa. Dia mula ambil remote control tv dan menonton cerita yang tersiar di situ. Senyumannya semakin menjadi-jadi. Mata pada kaca tv tetapi hati dan benaknya memikirkan Ana Dahlia yang baharu saja ditemuinya sebentar tadi.

"Hoi!"

Kudin terkejut. Lepat sudah tersengih di belakangnya sambil membawa satu mug berisi coklat panas.

"Kau ni! Aku ingatkan tak ada orang tadi! Bila kau balik" Kudin urut dada.

"Wah! Dah pandai senyum sengih sorang-sorang nampak Apa kau dah jatuh cinta ke apa" Lepat usik Kudin. Dia teguk coklat panas yang dibancuh tadi.

"Kau belum jawab soalan aku!" Kudin luku kepala Lepat.

"Pukul lapan tadi. Kau dari mana ni Balik je..sengih macam kerang ternganga!" Lepat sengih.

"Aku dari restoran tadi..." Kudin berkata hambar.

"Hmm...kau makan sorang ke..ada yang temankan" Sekali lagi Lepat mengusik.

"Kau ni sibuk je la. Kau tu..ke hulu ke hilir...bila nak berbini" Kudin jeling Lepat yang sudah tersengih.

"Aku tak apa..kau tu. Dah macam angau aku tengok. Eh, adik kau mana Lawa jugak aku tengok. Bolehlah aku jadi adik ipar kau." Lepat gelak kecil.

"Banyaklah kau punya adik ipar. Kerja macam kau tu, siapa yang nak buat jadi laki" Kudin turut sengih. Lepat selalu outstation.

"Kau jangan hina kerja aku..ke hulu ke hilir pun, masyukk.." Lepat sengih. Dia teguk lagi coklat panas sambil betulkan silanya di atas sofa. Mata menala pula ke kaca tv.

Kudin diam seketika. Dia masih memikirkan bagaimana untuk menyiasat hal Senah yang hilang. Betul kata Ana Dahlia, takkan nak serahkan kepada pihak polis semata-mata. Entah-entah Senah sekarang ini dalam kesusahan. Entah-entah Senah sesat ke apa ke.

Telefon bimbitnya berdering kuat. Kudin lihat nama yang tertera di skrin telefon. Chad yang menghubunginya. Lama dia berbual.

"Weh! Ada yang tak kena ke" Lepat pula menyibuk. Muka Kudin sudah berubah riak.

"Kawan aku...dah hilang." Lemah suara Kudin.

"Hilang Macam mana boleh hilang" Lepat terkejut.

"Entah...dia tu dah la tak biasa dengan area KL ni." Kudin mengeluh.

"Tadi tu..aku dengar kau sebut nama Karim. Siapa Karim" Lepat mula bertanya. Dia mendengar perbualan Kudin di telefon tadi.

"Dia kawan Chad...dialah yang bawa kawan aku yang hilang tu ke sini." Terang Kudin.

"Kawan kau yang hilang tu...perempuan kan" Teka Lepat.

"Ya..kenapa" Kudin pula merasa pelik.

"Aku rasa kawan kau tu dalam bahaya. Baik kau cepat-cepat selamatkan dia. Aku kenal siapa Karim yang kau maksudkan tadi tu..kalau Karim yang tu la..." Lepat geleng. Yvonne, kawan sekerjanya dulu pernah terlibat dengan Karim yang menjanjikan kerja kepada perempuan dan berakhir dengan penjualan kepada sindiket haram.

"Kau kenal Karim" Kudin pula terkejut.

"Ya! Dia orang tengah dalam sindiket penjualan perempuan yang dijual kepada tauke besar untuk pasaran luar negara. Aku tahu pun dari member aku yang hampir terjebak dengan tipu daya Karim lahanat tu!" Lepat mula serius.

Kudin terdiam. Dia mula terbayang bagaimana keadaan Senah seandainya Senah betul-betul jadi mangsa Karim. Chad, bagaimana Chad boleh percaya pada mamat tu Dia pantas menelefon Ana Dahlia. Maklumat itu perlu diberitahu kepada Ana Dahlia dan boleh disampaikan kepada kawan polisnya nanti.

SEMENTARA itu, di sebuah rumah lama yang berada jauh dari rumah lain, Senah dikurung dalam sebuah bilik. Dia masih tidak mengerti apa yang telah berlaku. Seingatnya, malam semalam, Karim menelefonnya ingin berjumpa dan menemukannya dengan orang yang bekerja di syarikat yang ingin mengambilnya sebagai kerani. Alih-alih, dia dibawa ke rumah ini. Meliar Senah melihat sekitar bilik. Masa mula-mula menjejakkan kaki ke rumah itu, dia perasan ada lebih kurang lima orang perempuan yang kebanyakannya adalah perempuan muda sedang berkumpul di ruang tamu. Pakaian mereka memang menjolok mata. Bila ditanya kepada Karim, Karim hanya menjawab, mereka semua itu juga akan bekerja di syarikat yang sama.

Senah memandang ke arah pintu bila terdengar pintu biliknya diketuk. Seorang perempuan yang sungguh cantik dan berpakaian seksi tersenyum kepadanya sebaik pintu dibuka.

"Nah, makan ni." Sepinggan nasi dan segelas air dihulur kepada Senah.

"Err..nanti, saya di mana ni Kenapa saya di sini" Senah beranikan diri bertanya.

"Makan saja. Kamu selamat di sini." Perempuan itu senyum dan keluar dari bilik itu.

Senah masih duduk di birai katil. Dia masih bingung dengan apa yang terjadi. Nasi yang dihulur tadi dimakan dengan lahap. Dari tengahari tadi dia tidak jamah makanan.

Sekali lagi pintu dikuak. Kali ini Karim yang masuk ke biliknya. Senah sudah pucat.

"Dah makan" Karim senyum.

Senah angguk.

"Bagus..lepas ni ikut abang ya." Karim memujuk.

"Ke mana"

"Ikut saja. Abang dah dapat rumah sewa baru untuk Senah. Jom!" Tangan Senah ditarik dan mereka berdua mula keluar dari situ.

Senah hanya mengikut rentak Karim. Mereka berdua mula menaiki kereta meninggalkan rumah itu menuju ke kota KL semula.

Sepanjang perjalanan, Senah hanya diam. Sesekali dia jenguk panorama KL yang sentiasa cerah dan terang dengan lampu. Sentiasa sibuk dengan kenderaan yang tidak putus-putus memenuhi ruang jalan raya.

Sampai di rumah, Senah disuruh ke bilik. Lama Senah tunggu di situ. Dia lihat jam di dinding dalam bilik itu. Hampir sebelas malam.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni" Senah mula menangis. Kini baru dia merasa sesuatu tidak kena. Dia menangis tersedu-sedu.

Tidaaaaakkk!!!

Tersentak Senah mendengar suara menjerit dari bilik sebelah. Dia melekapkan telinganya ke dinding. Suara seorang perempuan menjerit masih kedengaran.

"Siapa"Agak kuat Senah bertanya.

Dia beranikan diri menapak ke bilik sebelah. Pintu bilik sebelah berkunci. Dia cuba pulas tombol pintu. Beberapa kali dia cuba buka tapi tidak berjaya. Dia melaung memanggil orang yang berada di bilik sebelah. Tidak ada sahutan.

"Siapa di dalam Aku datang nak tolong kau!" Laung Senah lagi.

Kali ini pertanyaannya disambut dengan jeritan kuat yang menyuruhnya pergi dari situ. Senah mencuba lagi, memujuk agar pintu yang berkunci itu dibuka dari dalam.

"Pergi!"

Tersentak sekali lagi bila mendengar jeritan kuat perempuan itu. Senah diam seketika. Dia melihat sekitar ruang tamu. Bilik hanya ada dua dan terletak betul-betul sebelah ruang tamu. Di ruang tamu, hanya ada set sofa dan sebuah televisyen. Senah melangkah ke dapur. Dia mencari senjata tajam yang boleh digunakan untuk mengumpil pintu atau yang boleh membuka kunci melalui lubang kunci. Dia kembali semula ke depan pintu bilik perempuan tadi dengan sebilah pisau.

Pintu itu cuba dicungkil dengan pisau yang diambil tadi. Beberapa kali Senah mencuba tapi masih tidak terbuka. Dia sudah berputus asa. Dia intai seketika sekitar ruang tamu. Mana tahu Karim tiba-tiba muncul di situ. Sekali lagi dia cuba cungkil melalui lubang kunci. Dia mula tersenyum. Tombol dipulas sedikit, pintu mula terbuka sedikit. Senah intai melalui pintu yang terbuka itu. Pintu itu diselak dari dalam dengan rantai besi. Dari celah pintu yang sedikit terbuka itu, dia melihat dengan jelas seorang perempuan yang memakai baju kurung dan tudung sedang menangis teresak-esak. Mukanya ditekup ke atas kedua kepala lutut.

"Psst...psst..." Senah cuba memanggil perempuan itu yang masih tunduk.

Sekali lagi dia beri isyarat. Kali ini perempuan itu mendongak. Membuntang dia melihat wajah perempuan itu sebaik perempuan itu berpaling dan melihat ke arah pintu.

"Ya Allah! Anum!!! Buka pintu ni!!" Jerit Senah dengan kuat. Pantas saja dia melaung nama Anum. Dia memang kenal itu adalah Anum, teman sekampungnya yang sudah lama hilang.

"Anum!! Aku Senah la! Buka pintu ni! Aku akan selamatkan kau!" Jerit Senah lagi.

Perlahan Anum menapak ke arah pintu. Dia turut intai dari celah pintu. Memang Senah!

"Senah! Tolong aku Senah! Tolong aku!!" Anum merayu.

"Bukalah pintu ni dulu!!" Senah tunjuk ke arah tombol pintu di bahagian dalam.

"Aku tak boleh buka! Pintu ni dah rosak!" Anum cuba pulas tombol. Sejak dia dipindahkan ke rumah itu dua bulan yang lepas, sudah beberapa kali dia cuba melarikan diri tetapi tidak pernah berjaya.

"Kau tendang kuat!" Arah Senah.

Anum cuba menendang pintu itu tapi masih tidak berjaya. Dia terduduk dan menangis di situ.

Senah juga sudah berputus asa. Dia cepat-cepat menoleh bila terdengar derapan tapak kaki menuju ke muka pintu utama.

"Err...Anum..ada orang datang. Kau buat macam biasa ya..aku datang sekejap lagi." Senah berbisik dan mula masuk ke biliknya semula.

KARIM melangkah masuk ke dalam rumah bersama dua bungkus nasi dan dua botol air mineral. Dia ke bilik Senah.

"Nah, makan ni. Ni rumah sewa awak. Esok kita akan ke syarikat tu untuk mendaftar." Karim hulur sebungkus nasi kepada Senah.

Senah hanya mengikut arahan Karim. Dia pandang lelaki bertubuh gempal itu dengan riak benci. Baru dia tahu selama ini dia ditipu dengan janji mendapat kerja di KL. Senah sorok pisau yang diambil dari dapur tadi. Dia hanya melihat Karim keluar dari bilik dan menuju pula ke bilik Anum. Dia mula berfikir cara untuk melepaskan diri dari situ bersama Anum. Lelaki itu perlu diajar.

DI RUANG TAMU, Karim menunggu Jo datang. Tadi Jo sudah pesan kepadanya. Sementara menunggu Jo datang, Karim menonton tv sambil menikmati kacang rebus. Kacang itu dibaling tinggi dan cuba disambut dengan mulut ternganga. Dia sengih. Memang dia pro dalam hal itu. Telefonnya berdering lagi. Dia mula menjawab.

Senah masih di dalam bilik memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan keluar dari situ. Dia perlu melarikan diri malam itu juga. Mundar mandir dia di dalam bilik. Sesekali dia kuak pintu dengan perlahan. Karim dilihat masih leka menonton tv. Senah kembali ke katil. Dia mula mencari idea. Pisau yang disorokkan di bawah bantal tadi diambil.

"Hmm...kalau aku tusuk dengan pisau ni..berani ke aku Dia boleh mati ke" Senah pandang pisau yang agak berkilat itu walaupun agak kontot.

Dia bangun semula dan melangkah ke arah pintu. Karim masih di situ sedang berbual pula di telefon. Dia pandang sekitar bilik, mencari apa-apa yang boleh dihantuk ke kepala Karim. Dia tersenyum. Ada pasu bunga yang agak besar di tepi dinding. Pasu bunga lama itu dipeluk dan dia menghampiri pintu semula. Sekali lagi Senah intai Karim yang sibuk mengunyah kacang.

Perlahan dia berjalan ke arah Karim yang membelakanginya. Pasu bunga itu diangkat setinggi boleh dan dihempap ke atas kepala Karim. Pecah berderai pasu tadi. Karim sudah pengsan di situ. Cepat-cepat Senah cari kunci dari poket seluar Karim. Dia mula menuju ke bilik Anum. Pintu dibuka dan dia terus tarik tangan Anum yang sudah terpinga-pinga.

"Kita nak ke mana ni" Anum yang sudah terheret itu mula bertanya.

"Kita kena keluar dari tempat ini sekarang sebelum ada orang jumpa kita dan sebelum penyangak tu sedar. Cepat!" Tangan Anum ditarik kasar. Mereka berdua mula melangkah keluar dari rumah itu yang terletak agak jauh dari rumah yang lain.

JO bersiul-siul sambil memutar kunci kereta menuju ke rumah yang dimaksudkan oleh Karim tadi. Langkahnya terhenti sebaik melihat pintu rumah sudah terbuka luas. Dia meluru masuk ke dalam rumah. Karim dilihat sudah pengsan di sofa berlumuran darah.

"Karim! Karim! Bangun!!" Jo tepuk pipi Karim beberapa kali.

Karim mula buka mata. Dia pandang sekitar. Kepalanya terasa berdenyut.

"Mana perempuan tu" Jo sudah menyinga. Karim masih terpinga-pinga.

Pantas Jo buka pintu bilik. Kedua gadis itu sudah tiada. "Sial!!"

"Tak guna kau Karim! Dengan perempuan pun kau boleh kalah" Jo cengkam kolar baju Karim yang sedang mengerang kesakitan.

"Aku tak tahu..tiba-tiba kepala aku rasa bengang.." Karim usap kepalanya. Ada darah.

"Cis!" Jo meluru ke luar rumah dan cuba mencari sekitar laman. Tidak ada tanda-tanda kedua gadis itu berada di situ. Dia pasti mereka berdua itu berada tidak jauh dari situ. Dia masuk semula ke dalam rumah.

"Kau tahu, bos sudah lama tanya pasal perempuan tu!" Jo sudah geram. Dia beri penumbuk sebiji kepada Karim.

"Eh, kau ni kenapa Kan dulu kau juga yang nak keluar dari kumpulan ni kan" Karim tak berpuas hati. Dia menyapu darah yang mula mengalir di bibirnya.

"Memanglah! Tapi tugas ni yang terakhir! Perempuan yang kau ambil dari KL tiga bulan lepas tu, mana dia Perempuan tu yang bos nak tahu tak!" Jo semakin geram.

"Kita cari je la perempuan lain!" Karim meludah darah yang semakin laju meleleh.

"Kau nak mampus! Perempuan tu aku dah janji dengan Taiko Chong! Taiko Chong sudah janji dengan Mr.Vincent!" Jo mengetap bibir. Kali ini dia merasa dirinya dalam bahaya.

"Kau pun belum kenal lagi kan pasal perempuan tu Jadi, kita gantilah dengan perempuan lain! Apa yang susahnya" Karim juga turut geram.

"Masalahnya kau dah kirim gambar perempuan tu kepada Taiko Chong!! Bengap betullah!" Jo mendengus.

"Habis tu" Karim sudah mula rasa takut. Dia tahu sikap Taiko Chong, kalau putih yang dia hendak, maka putihlah juga kena cari!

"Aku tak tahu..err..kau ada lagi gambar perempuan tu" Jo mula reda.

Karim angguk. Dia hulur gambar kedua gadis yang berada di dalam rumah itu tadi kepada Jo.

"Kau...kau pasti ini mereka tadi" Jo menelan liur. Terbeliak dia melihat gambar kedua gadis itu.

"Yalah! Tadi kau juga yang nak tengok kan" Karim jeling Jo yang tiba-tiba sudah berubah riak.

Jo tergamam. Dia terduduk di sofa sambil menekup muka. Rasa bersalahnya semakin kuat. Tak sangka, selama ini dia menculik dan memperdaya kawan sekampungnya sendiri. Gambar yang berada dalam genggamannya jatuh ke lantai.

"Kau ni kenapa Dah drama la pulak.." Karim kutip semula gambar itu.

Jo hanya diam. Dia masih menekup muka. Dia harus cari jalan untuk menolong Anum dan Senah walau terpaksa bergadai nyawa. Itu semua salahnya! Dia harus cari Anum dan Senah sampai dapat sebelum keduanya dikesan oleh Taiko Chong yang mempunyai ramai kuncu.

MANAKALA di luar sana, Senah dan Anum berlari sekuat hati. Terpaksa mereka meredah hutan kecil menuju ke jalan besar. Dari situ mereka mula berjalan mengikut jalan raya yang agak kecil. Sesekali mereka berhenti berehat kerana terlalu penat berlari.

"Senah..aku penat la.." Anum tercungap-cungap menahan mengah.

"Kau kena kuat Anum. Kita kena keluar dari tempat ni." Senah pandang sekitar kawasan situ. Gelap dan agak jauh dari jalan besar.

Anum terpaksa mengikut rentak Senah. Sudah hampir tiga bulan dia dikurung di dua tempat berlainan. Kali ini, Senah yang selamatkannya. Nak tak nak, dia perlu ikut rentak Senah yang ternyata tidak endahkan kegelapan malam. Mereka berdua meredah jalan kecil itu dan meredah pula hutan kecil.

"Senah..aku betul-betul penat..kita rehat sekejap ya.." Anum sudah terduduk di perdu pokok besar.

Senah terpaksa mengalah. Anum dilihat sudah tertidur di situ. Dia merapati Anum dan tidur bersama di situ. Bila terjaga, dia terkejut. Gadis kebaya merah muncul di depannya dengan sebuah senyuman. Senah menelan liur. Mukanya pucat. Tidak sangka, dia akan bersua lagi dengan jelmaan gadis kebaya merah itu di situ. Dia pandang sekitar. Gelap gelita. Hanya bunyi cengkerik dan sekali sekali bunyi burung hantu sayup sayup. Dia cuba pejamkan mata tapi makin dipejam makin dia nampak jelas gadis kebaya merah itu.

"Kau jangan bimbang..aku sudah lega. Aku nak kau tahu yang aku sebenarnya dibunuh. Malam aku ditempatkan di hospital, aku diculik dan dibawa ke sebuah rumah. Tubuh aku dijadikan bahan untuk seorang bomoh masukkan roh jahat dan aku diseksa dengan menyiat dan menoreh muka aku dengan pisau tajam sehingga aku mati."

Senah bulat mata mendengar pengakuan gadis kebaya merah itu yang sudah mendayu-dayu suaranya menahan sebak.

"Aku nak kau cari pembunuh aku..tolong aku..."

Senah sekali lagi terkejut. Gadis kebaya merah tadi sudah bertukar menjadi asap dan lenyap dibawa angin malam. Dia berpeluk tubuh. Embun dingin menitik ke dahi. Dia pandang Anum yang sudah nyenyak di sebelah. Matanya dipejamkan semula.

MATAHARI mula memancar terik di celah-celah dahan pokok. Senah berpisat-pisat membuka mata dan mendongak ke langit. Sudah cerah rupanya. Dia mula kejutkan Anum yang masih lena. Mereka berdua menyambung berjalan meredah hutan kecil. Hampir sejam mereka meredah hutan, akhirnya mereka sampai di tebing sebatang sungai. Pantas saja keduanya mencuci muka.

Senah, kita kat mana ni Anum mendongak sebaik mukanya disimbah air sungai yang sejuk. Matanya melilau melihat sekitar situ.

Hmm..kat sana macam ada satu kampung. Senah tuding ke arah sebuah kampung yang jelas kelihatan di depan mereka.

Anum senyum. Akhirnya berjaya juga mereka sampai ke sebuah perkampungan yang agak banyak rumah di situ.

"Anum...kita minta bantuan penduduk di sini.." Senah mengajak Anum ke sebuah rumah yang berdekatan.

Anum hanya mengangguk lemah. Tenaganya sudah tidak ada lagi.

Mereka berdua mula melangkah ke situ. Senah terpegun melihat keindahan kampung itu yang sungguh menarik dan teratur. Terpana melihat rumah-rumah yang berwarna warni dan sekitarnya ditanam dengan pokok bunga senduduk putih dan bunga melati. Hairan melihat perkampungan yang bagaikan sebuah kampung yang amat cantik di matanya. Tenang melihatnya.

"Assalamulaikum.."

Senah berpaling. Seorang lelaki tua berjanggut putih menegurnya.

"Wa'alaikumussalam.." Senah senyum. Anum turut senyum.

"Nampak macam penat. Silalah ke rumah pakcik.." Pelawa lelaki berjubah putih itu.

Senah dan Anum hanya mengikut lelaki itu ke sebuah rumah berwarna hijau dan sekeliling rumah itu pula hanya ditanam dengan senduduk putih. Bermula hari itu, Senah dan Anum mula menginap di situ untuk sementara waktu.

SUDAH dua hari berlalu. Jo semakin gelisah. Senah dan Anum masih tidak dijumpai sehingga sekarang. Perasaan bersalahnya semakin menebal. Entah di mana lagi dia harus mencari kedua gadis itu. Nasib baik Taiko Chong tidak bertanya apa-apa lagi padanya tentang Anum dan Senah. Dia perlu berusaha mencari mereka sampai dapat.

"Eh, Jo"

Jo mendongak. "Kudin"

Mereka berjabat sebentar. Kudin melabuhkan punggung sebelah Jo di sebuah restoran makanan segera.

"Wah! Lama tak nampak kau Kau kerja kat mana sekarang ni" Kudin sudah teruja.

"Err...aku baru balik dari US. Sekarang ni sedang cari kerja la ni..." Jo berdalih. Kudin tidak perlu tahu tentang kerjanya yang sudah terang-terang menyalahi undang-undang.

"Oh ya ke Weh! Lama betul kita tak jumpa kan Rasa aku..sudah hampir tujuh tahun!" Kudin mengusap dagu mengingati kembali kali terakhir dia dan Jo berada di kampung dulu.

"Hmm..macam tulah.." Jo berkata lemah. Benaknya sarat dengan hal Senah dan Anum. Kalau Kudin dapat tahu tentang hal itu, mampus dia dikerjakan nanti. Dari dulu dia tahu, Kudin memang sukakan Anum.

"Hah..hari tu Chad dan Jai ada balik kampung. Lama jugaklah..seminggu. Kau saja yang tak ada. Aku, Chad dan Jai sembang-sembang. Yalah..dah lama tak jumpa kan." Kudin mula bercerita tanpa disuruh.

"Chad dan Jai kat mana sekarang" Jo mula senyum. Terhibur mendengar teman sekolah dan sekampung bila sudah lama tidak mendengar khabar berita.

"Chad dulu kerja kat Kuantan tapi dah tukar ke KL. Jai pulak, yang aku tahu memang kerja kat KL ni tapi aku tak tahu dia kerja apa.

Aku pulak..kena ambil alih syarikat ayah aku yang sudah meninggal. Tak sangka, rupanya aku ni anak orang kaya.." Kudin sengih.

"Ya Syarikat apa" Jo mula teruja. Dia kalau boleh ingin bertukar kerjaya.

"TM Holdings."

Jo terdiam. Teringat pada seorang gadis yang hampir maut dilanggarnya dulu. Gadis itu dibawa ke hospital. Dari maklumat yang diterima, gadis itu pernah bekerja di TM Holdings.

"Kenapa" Kudin pandang Jo yang tiba-tiba senyap.

"Oh..tak..tak ada apa." Jo senyum kelat. Dia tunduk.

"So, apa kau buat sekarang Maksud aku..kau nak kerja apa pulak" Kudin tepuk bahu Jo.

"Entah..kalau kau ada kerja kosong, bolehlah aku memohon." Gurau Jo sambil tersenyum tawar.

"Eh, boleh je! Kau kan lulusan macam aku jugak. Rugilah kalau kau tak kerja. Ni kad aku!" Kudin hulur sekeping kad kepada Jo.

Jo melihat sekilas. Memang Kudin layak jadi tuan pengarah.

"Jo, kau tahu tak..Pak Sahak tu suruh aku cari Anum. Dah hampir lima bulan Anum hilang. Mana aku nak cari Aku sendiri pun tak tahu nak cekau kat mana. Kesian aku tengok Pak Sahak tu, dia begitu mengharapkan aku. Baru-baru ni, Senah pulak yang hilang entah ke mana. Aku ada marah jugak kat Chad tu. Dia gatal nak bawa Senah ke KL tu apa hal Dah tu percaya sangat cakap Karim tu! Eii! Geram betul aku!" Kudin mula bercerita hal Senah dan Anum.

Jo menelan liur. Nampaknya Kudin sudah tahu tentang Karim dan kehilangan Senah dan Anum.

"Err...pakcik Said tahu ke Senah ke KL"

Kudin geleng. "Tapi Chad dah buat laporan polis. Sekarang ni polis sedang siasat. Polis syak Senah dibawa lari oleh pihak sindiket pemerdagangan manusia. Aku dah buntu ni.." Kudin pula mengeluh.

Jo semakin pucat mukanya. Dia cuba kawal perasaan dan riak muka. Bimbang Kudin akan perasan nanti. Sekarang ini, dia kena berusaha lebih mencari Senah dan Anum. Kalau tidak, dia akan terperuk dalam penjara!