Abstrak Cinta Aku & Dia - 17
BAB 17

The Nickys

KATE dan Audrey melangkah masuk ke dalam restoran itu. Ini adalah pertama kali mereka datang ke sini. Mereka menjangkakan The Nickys ini mirip kelab malam, tetapi jangkaan mereka meleset.Tempat ini terletak di kawasan terbuka. Tiada lampu laser atau bunyi bingit yang menyambut kedatangan mereka. Yang kedengaran hanya alunan muzik dan nyanyian oleh sebuah kumpulan yang sedang membuat persembahan di pentas utama ketika ini.

Penyambut tetamu membawa mereka ke meja tidak jauh dari pentas utama yang sudah dikhaskan untuk mereka. Setelah membuat pesanan minuman, Kate mengucapkan terima kasih.

We are here. Where are you

Kate menghantar mesej setelah panggilan ke telefon bimbit Zack tidak berjawab sejak dari tadi. Sudah hampir lima minit mereka duduk. Bayang Zack langsung tiada.

Zack chai na li (Mana Zack) Tanya Audrey.

Wo pu che tao. (Saya tak tahu.) Kate menjawab tanpa memandang ke arah Audrey. Perhatiannya terarah kepada kumpulan muzik yang membuat persembahan di hadapan.

Audrey tidak bersuara lagi. Pandangannya turut terarah ke depan. Menikmati persembahan yang disajikan.

Ha men hen hao wor.... (Mereka sangat bagus.) Komen Audrey, merujuk kepada kumpulan yang membuat persembahan.

Kate menoleh sebentar ke arah Audrey dan mengangguk, mengiyakan komen Audrey. Matanya kembali ke depan.

Ni kan..ni kan. Zack chai na pien. (Awak tengok. Zack di sana.) Kate berkata, kelihatan teruja.

Naa li (Mana) Soal Audrey.

Kate menunjuk ke arah pentas utama tanpa menjawab soalan Audrey. Tangannya melambai-lambai, mahu memastikan Zack sedar kehadirannya di situ.

Zack hanya membalas dengan senyuman sambil meneruskan persembahan.

Ladies and gentlemen. Please allow us to take 15 minutes break and after that, we are going to continue with another session. Anna, penyanyi wanita utama berkata setelah mempersembahkan empat buah lagu berturut-turut. Pentas utama di kosongkan. Irama muzik alunan piano menjadi pengganti hiburan buat seketika.

Zack. Kate bersuara sambil melambai ke arah Zack sekali lagi apabila Zack datang ke arah mereka.

Hai Kate. Zack datang menyapa sambil tersenyum. Audreyright

Zack memandang Audrey seketika, mahu memastikan tekaannya adalah tepat. Audrey hanya mengangguk, tersenyum sedikit. Kurang mesra nampaknya. Zack menarik kerusi lalu duduk bersama mereka.

Hey, what a surprise. Kata Kate. Zack masih tersenyum.

So, this is how you chilling out. Kate menyambung kata.

Only do it for fun. Balas Zack.

Zack dan Kate terus berbual-bual. Audrey hanya menyampuk sekali-sekala. Dalam diam, Zack kurang selesa dengan cara Audrey memandangnya.

I nak pergi washroom sekejap. Kate meminta.

Sana. Zack menunjukkan arah.

Dont be too long. Pesan Audrey sambil menggengam jari Kate.

I wont be long. Kate berkata kepada Audrey lalu bangun.

Audrey mengangguk, genggaman dilepaskan. Zack pula rasa semacam dengan situasi itu. Kini, tinggal mereka berdua saja. Keadaan yang sedia pelik semakin janggal. Zack berkira-kira untuk meninggalkan Audrey di situ.

I tak tahu, apa yang istimewa tentang you sampaikan Kate selalu cerita pasal you. Audrey memulakan bicara dengan bahasa Melayu yang sangat fasih. Namun, suaranya kedengaran dingin.

Zack memandang Audrey tanpa berkata apa-apa.

Dia cakap pasal you hampir setiap hari. Zack ituZack ini. Zack blabla...bla Sambung Audrey.

Zack mengangkat kening. Mula merasakan yang Audrey cemburu. Tidak pernah dia terfikir perkara begini akan berlaku kepadanya.

Dia dicemburui oleh seorang wanita hanya kerana teman wanita kepada wanita itu rapat dengan dia. Kalau Audrey itu lelaki, mungkin dia tak akan rasa sejanggal ini.

Apa yang dia cerita pasal I Zack bertanya, juga dengan nada dingin. Dia memutuskan untuk mengikut saja rentak Audrey.

Banyak.

Pendek saja jawapan Audrey membuatkan kening Zack terangkat sekali lagi.

Tapi tak apa. I tak kisah asalkan dia happy.I tak pernah nampak dia happy macam ni sejak Kevin tinggalkan dia.

Kevin Soal Zack.

Kates boyfriend. Jawab Audrey.

Oh. Zack terangguk-angguk.

Shes stupid. It has been more than a year. Kevin never turn up, not even a phone call.I dah beritahu Kate banyak kali supaya lupakan Kevin. Tapi Kate degil. Kate tetap harap yang Kevin akan balik semula pada dia.

Zack mula menumpukan perhatian pada Audrey.

Disebabkan Kevin, hidup Kate jadi tak tentu arah. Dia pernah mabuk. Makin kuat merokok. Honestly, I tak tahu nak cakap apa lagi pada Kate supaya dia lupakan Kevin. Audrey seolah-olah mengadu. Satu keluhan dilepaskan. Suaranya juga tidak sedingin tadi.

Berapa lama Kate dengan Kevin bercinta Zack semakin berminat untuk mengetahui kisah Kate.

I tak ingat. Rasanya, dah lama. Jawab Audrey.

Zack mengangguk lagi.

Things got worse since six months ago. Kate been diagnose with Rheumatoid Arthritis.

Zack mengerutkan kening. Penyakit yang disebut Audrey, dia kurang tahu. Untuk ulang sebut pun, Zack teragak-agak.

Say that again Pinta Zack.

Audrey memutarkan biji mata. Rheumatoid Arthritis. R.A in short. Ulang Audrey.

Zack membuat muka tanda soal.

Basically, R.A ialah penyakit keradangan sendi. Sakit disebabkan hormon dalam badan tak stabil. Tahap keimunan badan you jadi tak tentu arah. Kalau you terkena penyakit ni, sendi you akan sakit. Tangan atau kaki you akan bengkak secara tiba-tiba. Lebih teruk lagi, kadang-kadang you akan jadi lumpuh sementara. Audrey menerangkan secara ringkas.

Berapa teruk sakit Kate Soal Zack setelah terdiam beberapa saat.

Depends. Kalau teruk sangat, Kate tak boleh bangun langsung.

Macam mana Kate boleh kena R.A

Susah nak terangkan. Mungkin faktor hormon, genetik, mungkin bakteria. Sampai sekarang pun, susah nak detect apa yang trigure penyakit R.A ni Balas Audrey.

Zack tersenyum sedikit.

Kenapa Tanya Audrey apabila melihat Zack tersenyum.

Cara you terangkan macam doktor.

Memang pun I doktor. Jawab Audrey.

Zack tergamam. Melihat penampilan Audrey, dia tak dapat menjangka yang Audrey adalah seorang doktor.

Kenapa Audrey mengulangi soalan yang sama apabila melihat Zack memandangnya semacam.

I tak sangka pulak yang youdoktor. I mean, judge from your appearance

Well, dont judge. Doctors are human too

Zack diam.

Sejak Kate terkena penyakit ni, dia dah kurang minum alkohol, which is good for her. Sekarang ni, I nak cuba pujuk dia berhenti merokok. Merokok boleh sebabkan sakit dia jadi lebih teruk. Sambung Audrey.

Errreally

Audrey mengangguk.

Tiba-tiba Zack terasa bersalah. Dia memang kerap merokok dengan Kate. Siap berkongsi pula.

Now, Kate is addicted to painkiller. She is afraid that she will be in pain, so she will eat painkiller in advance. That will affect her body in long term. I cant ask to her to stop medication because she do need it. Dah banyak kali I nasihat, makan ubat bila sakit saja.

Tapi, Kate degil.Audrey berterusan meluahkan rasa. Nampak benar yang dia seperti kebuntuan.

Zack terdiam lagi mendengar penerangan Audrey.

I betul-betul risaukan Kate. She is alone here. Keluarga dia semua di UK. Relatives pun tak ramai di sini. Dia cuma ada I tapi I nak kahwin tak lama lagi.Siapa nak jaga Kate kalau dia jatuh sakit I cannot ask her to live together with my husband and Ikan.

SeriouslyI tak tahu nak buat apa lagi. Dah banyak kali I suruh dia balik ke UK tapi Kate tak nak. Dia tetap nak tunggu Kevin balik. Dia takut kalau dia balik ke UK, Kevin tak dapat cari dia lagi. Stupid, rightI meankalau betul Kevin sayangkan Kate, takkanlah

Waityou cakap,you nak kahwin Zack memotong bebelan Audrey.

Yes. Audrey angguk.

Zack terkebil-kebil.

But I thought...you dengan Kate. Zack tak dapat menghabiskan ayatnya.

A lesbian couple Soal Audrey sambil senyum sinis.

Zack senyum sumbing, mengiyakan kata-kata Audrey.

Audrey tertawa kecil.

I know you will think that way but no. We are not.Audrey menyambung kata, masih tersenyum sinis.

But I saw you and Katein the clubboth of you were

Its for fun. Audrey memotong kata-kata Zack dengan pantas.

Fun Kening Zack terangkat.

I think its not necessary for me to explain myself. Like I said earlier, dont judge. You. Me. Kita semua ada cara masing-masing.

Fair enough. Balas Zack.

Audrey mencapai gelas berisi Coke lalu meneguk isinya sedikit.

Zack, shes broken. Sick, wounded and broken. I really dont know what else I can do about Kate Audrey berkata dalam nada perlahan.

Zack memandang Audrey tanpa kata. Dalam diam, dia turut merisaukan Kate, berbaur dengan rasa simpati. Tapi, apa yang dia boleh buat

Hey! Kenapa muka youand you so serious Kate sudah kembali.

Audrey hanya tersenyum manakala Zack memandang Kate dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Audrey Panggil Kate, terasa curiga dengan keadaan itu.

Ni ken wo shuo, ni ken ha jiang shenme Ni pu yau luan-luan jiang ler. (Awak beritahu saya, apa yang awak cakap dengan dia Awak jangan cakap yang bukan-bukan.) Kate berkata dalam bahasa Mandarin. Mungkin tidak mahu Zack memahami butir perbincangan mereka.

Na li you (Mana ada)" Audrey turut menjawab dalam bahasa Mandarin.

Ni pu yau pyen wo... (Awak jangan tipu saya.)

Wo mei you pyen ni ler... (Saya tak tipu awak.)

Dek kerana tidak memahami butir perbualan mereka, Zack menjadi tiang lampu buat seketika. Wajah Kate seperti mencurigai sesuatu manakala Audrey pula seperti sedang memujuk Kate.Setelah berbalas kata dalam seminit, barulah Kate ceria semula.

Kate takut I cakap bukan-bukan pasal dia pada you. Audrey menerangkan isi perbualan mereka secara ringkas kepada Zack.

Zack tersenyum memandang Kate.

Zack! Anna, si penyanyi wanita utama memanggil Zack. Times up.

Excuse me, ladies. Zack meminta diri lalu bangun. Untuk seketika, Zack memandang Kate.

Go ahead. We loves to see you singing Kata Kate, pelik dengan Zack yang melihatnya agak lama.

Kata-kata Kate membuatkan Zack tersenyum lalu meninggalkan mereka untuk kembali membuat persembahan.

Sebelum kami mulakan, saya nak ambil kesempatan ini untuk ucap sesuatu pada kawan saya, Kate Setelah bersedia di pentas utama, Zack memulakan kata. Sedikit tepukan kedengaran daripada pengunjung.

Kate. I want you to know that whatever happen, life goes onso be strong.

Kata-kata Zack menyebabkan wajah Kate berubah lalu memandang ke arah Audrey.

Ni ken ha jiang shenme (Awak cakap apa pada dia) Kate bertanya tetapi Audrey hanya tersenyum tanpa menjawab.

Enjoy this song. Sambung Zack lalu mula memetik gitar.

Where there id desire

There is gonna be a flame

Where there is a flame

Someone's bound to get burned

But just because it burns

Doesn't mean you're gonna die

You gotta get up and try, try, try

Thank you. Ucap Zack setelah habis menyanyi. Tepukan diterima dari para pengunjung. Zack memandang Kate dan buat seketika, pandangan mata mereka bertaut.

Senyuman terukir di bibir masing-masing.