ANIS pandang sekeliling. Hatinya mula berdebar sebaik melangkah ke dalam rumah mewah milik keluarga Izara. Diperhati sekitar ruang tamu. Terasa kakinya tidak mencecah lantai. Bagai berada di istana kayangan. Matanya melirik pula ke arah foto-foto yang dilihat dulu sewaktu pertama kali menjejak kaki ke situ. Masih tersergam indah di setiap dinding dan atas meja panjang.
Anis! Jom ke bilik aku dulu!
Anis menoleh. Izara sudah tersenyum di anak tangga menuju ke tingkat dua. Dia masih terpaku di situ. Tidak berani berganjak.
Jomlah! Izara mula menarik tangan Anis.
Anis hanya mengikut rentak Izara. Matanya masih melihat keindahan hiasan dalam rumah besar itu.
Nilah bilik aku! Malam ni kau tidur sini eh! Aku sudah sediakan sebuah bilik untuk kau. Kalau tak pun, kau tidur je di bilik aku.
Anis sedikit terkejut. Tiada niat untuknya bermalam di rumah mewah itu.
Eh! Bila masa aku kata nak bermalam Kau ni pandai-pandai jelah!
Alah..takkan tak boleh. Banyak kali aku ajak kau bermalam dan study sama-sama di rumah aku ni tapi kau selalu menolak. Kali ni kau tak ada alasan lagi. Lagipun pengajian kita pun dah nak habis. Bolehlah..please Nada Izara sudah seperti seorang budak kecil merajuk dengan ibu.
Tapi
Tak ada tapi-tapi! Fasal baju, kau pakai je baju aku! Izara sengih. Dia senyum melihat Anis sudah tidak dapat berdalih lagi.
Okey, sekarang dah nak masuk maghrib. Kita solat dulu, lepas tu baru makan. Sambung Izara lagi.
Anis senyum hambar. Kali ini dia tidak dapat memberi apa-apa alasan lagi. Izara sudah mengatur semuanya.
IMRAN berhentikan keretanya di laman. Dia pandang jam tangan. Sudah tujuh setengah malam. Masih ada setengah jam lagi.
Kereta Izara dijeling sekilas. Ada tersadai di garaj. Sudah baliklah tu. Dia mula melangkah ke ruang tamu sambil bersiul-siul kecil. Sempat menjenguk ke dapur. Mama, kak Dina dan Kak Leha sedang sibuk menyediakan hidangan makan malam.
Ehem!
Mereka menoleh serentak. Irdina hanya tersenyum. Abang baru balik Cepat pergi mandi. Kejap lagi kita nak makan.
Kenapa sampai nak kena mandi bagai Ada tetamu istimewa ke Imran capai buah epal yang sudah siap dikupas. Dikunyah dengan lahap. Perutnya dari tengah hari tadi tidak diisi.
Abang! Pergi mandi! Puan Zaharah mula membebel.
Imran sengih. Sebiji lagi epal diambil dari mangkuk. Dia terus melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sebaik tiba di muka pintu bilik Izara, kakinya terhenti di situ. Satu suara lunak sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Yang nyata bukan suara adik kembarnya. Perlahan dia mengintai dari daun pintu yang terkuak sedikit. Izara dan seorang gadis lain lengkap dalam busana telekung putih.
Lama dia mendengar gadis itu membaca kalimah Allah. Izara pula sedang khusyuk mendengar alunan suara merdu gadis itu.Kemudian Izara tergagap-gagap pula membaca semula ayat-ayat yang telah dibaca oleh gadis itu. Sama dengannya yang tergagap-gagap menyebut setiap ayat suci itu.
Minah somtam ke niImran terjenguk-jenguk ingin melihat wajah gadis yang membelakanginya. Ah! Tak kisahlah!
Imran mula melangkah ke biliknya. Siap membersihkan diri, dia menyarungkan pula baju tidur. Tidak perlu kelihatan segak.
Baginya tetamu yang diundang bukan insan istimewa untuk diberi sambutan seperti itu. Laju kakinya melangkah turun ke ruang dapur. Perutnya sudah lama berbunyi minta diisi. Solat maghrib pula dilakukan acuh tak acuh saja. Sekadar memenuhi waktu yang terluang. Jiwanya masih lompong. Jika sempat dia akan bersolat. Jika tidak, waktu solat lebur macam tu je.
EH! Kenapa abang pakai baju tidur Kan kita ada tetamu! Irdina memandang Imran atas bawah. Budak ni biar betul! Kalau makwe dia datang bukan main lagi melaram. Pakai minyak wangi bagai!
Istimewa sangat ke sampai nak kena pakai smart bagai Imran mula duduk di kerusi di meja makan. Sebiji lagi epal merah dicapai.
Abang ni tak baik tau cakap macam tu! Hormatlah sikit tetamu kita. Puan Zaharah mencuit bahu anak bujangnya yang tersengih bak kerang busuk.
Imran senyum kelat. Dia jeling mama dan kak Dina. Abang Kamarul pula tersenyum memandang ke arahnya. Sudah faham sikapnya begitu.
Mama..abang bukan anak dara. Nak kena pakai cantik-cantik supaya sedap di mata tetamu memandang.. Imran sengih lagi. Epal merah dikunyah lahap. Dia jenguk pula lauk pauk yang ada di atas meja. Semuanya sedap. Lain rasanya menu kali ini.
Ha..Anis jangan malu-malu! Mari makan! Irdina mendekati Anis yang berdiri di sebelah Izara yang mula menapak ke ruang dapur.
Imran pantas berpaling. Ini ke tetamu istimewa Minah ni
Anis tunduk membisu. Tidak sanggup bertentang mata dengan Imran. Dia melihat sekeliling. Semua keluarga Izara sudah berkumpul di situ. Terasa dirinya sekerdil makhluk di muka bumi ini bila berada di tengah-tengah keluarga Izara.
Jomlah makan! Dah lapar ni! Apa nak tunggu lagi Tetamu istimewakan dah sampai! Imran mula menceduk lauk ke dalam pinggan. Sinis nadanya. Anis di sebelah Izara dijeling sekilas. Tak nampak istimewa apa pun minah ni! Sama saja aku tengok.
Baju kurung jingga dan tudung putih menyaluti tubuh Anis dirasakan sama sahaja seperti biasa. Seperti yang dia selalu jumpa di kampus.
Abang ni! Izara cubit paha Imran sebaik duduk di sebelah kiri Imran.
Anis! Mengapa tercegat lagi kat situ. Marilah duduk! Izara bangun semula melihatkan Anis masih terpacak di muka pintu dapur.
Kau duduk sini! Izara menyuruh Anis duduk betul-betul berhadapan dengan Imran. Sengaja dia berbuat begitu. Ingin melihat reaksi mereka nanti.
Takkan nak duduk pun sampai kena panggil macam tuan puteri Ha..nanti jangan lupa suapkan sekali! Imran jeling Anis yang masih tunduk membisu. Wajah gadis itu sudah mula berubah rona. Ada warna kemerahan menyaluti pipi putih. Dia senyum sendiri.
Abang! Cakap tak sayang mulut! Irdina pula mencubit lengan Imran.
Aduh! Sakitlah! Imran pandang Irdina yang mula mencebik ke arahnya.
Anis masih tunduk. Duduk kaku di depan Imran. Telinganya terpaksa dipekakkan. Kalau bukan kerana Izara dan kak Dina yang beria menyuruhnya makan malam di situ, tidak ingin dia berdepan dengan mamat sombong berlagak tu.
Jemputlah makan Anis. Puan Zaharah mula menghulur lauk kepada Anis.
Anis hanya senyum. Melihatkan mamat sombong itu masih merenungnya dengan tajam, dia tidak berani bersuara. Bibirnya terasa berat untuk melontar kata-kata.
Suasana makan malam itu mula sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan. Anis cepat-cepat mengelak bila tangannya bertembung dengan tangan Imran ketika hendak mengambil lauk pauk.
Anis memang asal orang Tumpat ke Puan Zaharah mula memecah keheningan suasana yang senyap dari tadi.
Err..ya makcik.
Ohmak makcik pun asal Tumpat juga tapi menetap di Kota Baharu bila berkahwin dengan ayah makcik. Selalu juga kami pulang ke kampung. Err..dengar cerita Anis pandai buat somtam
Err...
Tak adalah sedap sangat somtam dia ni mama! Abang rasa ada lagi somtam yang lebih sedap di luar sana nun! Imran tiba-tiba memotong cakap Anis. Dia jeling Anis yang terkebil-kebil dari tadi.
Abang ni! Mama bukan tanya abang! Pandai-pandai je jawab! Puan Zaharah jeling pula Imran. Tersengih-sengih.
Entahnya! Pandai je jawab! Izara mula menyampuk. Rasa nak siku je mulut abang kembarnya malam tu.
Anis senyum kelat. Kata-kata Imran tadi cukup membuat hatinya bengkak! Dah tahu tak sedap tapi suruh jugak aku buat somtam tu! Cakap tak serupa bikin!
Mama, Anis ni bukan pandai masak somtam je. Masak hidangan macam ni pun sedap! Adik pernah rasa masakan Anis ni.
Memang sedap! Abang,macam nilah kalau nak cari girlfriend! Ni tidak, makwe abang tu goreng ikan pun hangus! Izara sengih.
Mulutnya dimuncungkan ke arah lauk pauk di depannya. Dipandang sekilas Anis yang memandangnya tidak berkelip.
Anis turut pandang Izara yang petah bercakap. Laju macam berteh jagung! Dia pandang pula Imran yang dari tadi merenungnya dengan riak selamba.
Aduh! Anis menggosok betisnya. Dia pandang Izara yang mula mengenyit mata. Main tendang-tendang pulak Zara ni! Dia jeling ke arah kakinya. Kaki Izara masih menguis-nguis kakinya. Sekali lagi dia pandang Izara dengan keningnya terangkat. Izara beria memberi isyarat agar mengiakan segala kata-katanya tadi. Kening diangkat double jerk.
Apa yang tak kena Irdina pula menyampuk.
Err..tak ada apa kak. Kaki saya tersepak kerusi tadi.. Anis melemparkan senyuman kelat. Terpaksa berbohong. Dia jeling Izara yang tersengih-sengih. Sekali lagi Izara menguis kakinya. Apa kena dengan Izara ni Asyik tendang kaki aku je ni! Ini tak boleh jadi! Anis mula menguis kaki Izara dengan harapan Izara tidak lagi berbuat demikian.
Aduh!
Anis terbeliak. Tergamam melihat Imran mengaduh kesakitan. Alamak! Aku tersepak kaki dia ke Adoi!!
Imran merenung Anis yang tiba-tiba tunduk. Boleh tahan jugak gatal minah ni! Tak dapat aku, kaki aku pun dia nak!
Eh, apa korang buat ni Izara pandang Imran dan Anis silih berganti. Hehe..rasakan. Baru tahu penangan rancangan aku! Dia sudah dapat mengagak yang Anis akan membalas menguis kakinya. Itu yang selalu dilakukan masa belajar di perpustakaan dulu. Cepat-cepat kakinya diangkat ke atas sedikit.
Puan Zaharah senyum. Dia jeling Kamarul dan Irdina yang turut senyum. Gelagat tiga sekawan itu sudah seperti budak-budak.
Dipandang pula Anis yang tersipu malu. Masih tunduk membisu. Gadis itu ditatap sejenak. Kalaulah Anis menjadi menantunya, alangkah baiknya. Teringat lelaki yang berada di sebelah Anis di kedai tudung dulu. Dengan megah lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami Anis. Ingin saja dia bertanya tentang hal itu. Biarlah dulu. Apa pula kata Anis nanti, hal peribadinya dikorek sebegitu rupa.
DI RUANG TAMU, Anis duduk di sebelah Izara yang bersandar kekenyangan. Selesai menikmati makan malam tadi, keluarga Izara mengajaknya pula ke ruang tamu. Dia jeling di atas meja sofa, sudah terhidang kopi panas dan puding roti. Kak Irdina dan suaminya pula duduk berdua di sofa panjang sebelah Puan Zaharah.Imran pula duduk menyandar di sofa jauh sedikit dari yang lain sambil menonton tv. Di tangannya tergenggam remote control tv. Entah apa yang ingin ditonton. Asyik tukar siaran je dari tadi!
Anis, terima kasih sebab tolong akak kat pasar hari tu. Tak tahulah apa akan jadi kalau Anis tak tolong. Tak sangka Anis pandai bersilat. Irdina mendekati Anis. Tangan halus Anis dipegang lembut.
Pandai sikit-sikit je kak. Anis tunduk.
Imran jeling sekilas pada Anis. Silat Mati hidup balik aku tak percaya minah ni pandai bersilat! Masa tumbuk aku dulu pun, macam tak kena je gaya dia! Matanya beralih kembali ke arah kaca tv.
Terima kasih Anis kerana telah selamatkan kak Dina. Kami terhutang budi dengan Anis. Kami ingin membalas jasa Anis. Cakaplah apa saja, kami sedia membantu. Kamarul turut bersuara.
Eh..sikit saja bang. Kebetulan saya pun ada kat situ masa tu. Semua tu dengan izin Allah. Anis mula resah. Bimbang dirinya disalah anggap nanti.
Ya Anis. Kak Dina telah ceritakan semuanya pada aku. Terima kasih. Kalau kau tak ada entah apa akan jadi pada kak Dina.. Izara peluk Anis seketika.
Zara..aku hanya penyebab. Semua itu atas izin Allah bukan kerana aku. Anis mengukir senyuman.
Imran hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka. Memang kak Dina ada ceritakan padanya juga tentang itu tetapi itu semua dipandang sepi. Minah ni pandai silat Tendang kaki aku ikut suka hati dia je! Silat konon!
Anis, makcik tak tahu nak balas dengan apa. Ikutkan hati makcik, makcik nak Anis jadi menantu makcik tapi makcik tak boleh paksa. Puan Zaharah turut mengiakan kata-kata anak perempuannya.
Anis tergamam. Rona wajahnya mula berubah. Dia jeling Imran yang berpura-pura tidak mendengar kata-kata Puan Zaharah. Tak kan hanya kerana tu aku kena kahwin dengan mamat berlagak ni. Oh! Tidak!
Hari tu..siapa yang di sebelah Anis Maksud makcik..lelaki yang berdiri di sebelah Anis masa di kedai tudung di KB dulu Puan Zaharah mula serius. Dia perlu cari kepastian dari Anis.
Ha..err..dia tu.. Anis agak terganggu dengan soalan itu. Malas rasanya berbicara soal abang iparnya.
Mama ni tanya lagi. Lelaki tu kan bakal suami dia! Imran mencelah. Matanya masih melekat pada kaca tv.
Eh eh! Dia pulak yang jawab. Irdina baling bantal kecil ke arah Imran.
Betul ke dia bakal suami Anis Puan Zaharah masih ingin mencari kepastian. Wajah gadis itu ditatap lembut. Nyata ada riak kurang senang terpancar di wajah gadis itu.
Maafkan makcik..makcik hanya nak tahu. Sebab makcik rasa, Anis macam tak suka kat dia. Sambung Puan Zaharah lagi. Wajah Anis sudah berubah rona.
Anis terpaku mendengar kata-kata Puan Zaharah. Macam mana dia tahu aku tak suka Razman
Alah mama ni..memanglah dia tak suka sebab dia dah sukakan orang lain. Izara tiba-tiba menyampuk. Selamba dia melontarkan ayat maut kepada Anis.
Siapa Serentak Puan Zaharah dan Irdina bertanya. Membuntang memandang Izara tidak berkelip.
Izara angkat kening. Anis di sebelah dicuit dengan hujung jari.
Anis masih tunduk membisu.
Sebenarnya, mama dan kak Dina suka kat Anis ni. Kalau boleh mereka nak jadikan menantu rumah ni! Kamarul yang diam dari tadi mula mencelah. Ada senyuman penuh makna terukir di bibirnya.
Pantas Imran pandang abang iparnya. Menantu Anis direnung tajam. Memang sah! Minah ni tak tahu malu! Gatal! Buktinya, kejadian di meja makan tadi. Kaki Anis menendang kakinya. Ni dah macam perigi mencari timba!
Adik sokong!! Izara mula mengangkat tangan ke atas. Senyumannya sudah sampai ke telinga. Anis di sebelah masih diam membisu sambil menundukkan wajah.
Abang..diam je. Macam mana Irdina mula mengusik Imran yang merenung tajam Anis.
Ha Err..macam mana apa Imran cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah kaca tv. Siaran tv diubah lagi.
Maaf. Saya sedar siapa saya. Ramai lagi gadis di luar sana yang cantik dan sepadan dengan... Anis yang diam sejak tadi kini mula bersuara. Dia jeling Imran. Tidak berani sebut nama Imran. Berada di tengah-tengah keluarga Izara begitu menyebabkan dirinya diperhatikan. Apatah lagi topik perbualan yang menyakat dirinya dengan Imran. Sesuatu yang dirasakan tidak perlu dipanjangkan. Dirinya bukan pilihan Imran.
Anis..jangan cakap macam tu. Kami semua dah anggap kau macam keluarga kami sendiri. Kan abang Izara mula jeling Imran. Mata dikenyit ke arah abang kembarnya itu.
Sebenarnya aku yang inginkan kau jadi sebahagian dari keluarga ni. Baiklah kalau kau tak suka kat abang aku tapi janganlah kau segan datang rumah aku ni. sambungnya lagi.
Haah Anis. Selalulah datang sini. Anggaplah kami ni keluarga Anis juga. Kalau jadi menantu pun, makcik lagi suka! Kan abang Puan Zaharah tersenyum manis. Matanya melirik pada Imran.
Hah Imran pandang Puan Zaharah yang tersenyum simpul penuh makna. Eii! Apa yang istimewa sangat pasal minah ni Sampai dia orang sibuk nak jadikan menantu rumah ni!
Apa hah Alah..buat-buat terperanjat pula!Izara sengih. Sekali lagi dia mengenyit mata ke arah Imran.
Imran bingkas bangun dan terus menuju ke biliknya. Tidak betah berada di situ.
Izara senyum melihat tingkah abang kembarnya. Dia pandang pula Anis yang mula tunduk.
Abang nak ke mana pulak tu Puan Zaharah menegur Imran yang turun semula dengan jeans biru dan kemeja putih.
Nak keluar! Semak kat sini. Ada duri! Sinis kata-kata Imran. Anis dijeling sekilas.
Abang! Izara bangun dan mula mengejar Imran yang sudah memasuki kereta.
Nak apa
Kenapa dengan abang ni Adik tahu abang pun sukakan Anis kan Izara menahan Imran dari pergi.
Suka Minah tu Lancang mulut Imran menyoal balik.
Adik dapat rasa Anis pun suka kan abang.
Eii! Tak hingin! Imran menghidupkan enjin dan terus memecut pergi. Dia mula cuak bila berbicara soal hati. Pedihnya masih terasa bila ditinggalkan Natasha dulu.
Izara memandang Imran penuh geram. Memang benar kata-kata Anis. Abangnya keras hati.
ANIS tidak sedap hati. Dia pandang sekitar bilik Izara. Luas, lengkap dengan sofa. Jam bulat di dinding sudah sebelas setengah malam. Fikirannya masih pada kejadian di meja makan dan di ruang tamu tadi. Dirinya seolah perigi mencari timba. Beria keluarga Izara ingin jodohkan dia dengan Imran sedangkan Imran tidak pernah ada hati.
Eh, kenapa tak tukar baju Izara keluar dari bilik air mula menegur Anis yang masih berbaju kurung dan bertudung.
Zara..aku..aku sebenarnya tak ada rasa apa pun. Tadi korang cakap macam tu, macamlah aku ni tergila-gilakan abang kau tu. Aku pun ada maruah. Anis pandang Izara yang mula menapak ke arahnya.
Anis, maafkan aku. Aku tahu kau berbohong. Kau cuba menidakkan perasaan kau tu pada abang aku. Dari cara kau melihat, aku dapat agak yang kau ada hati kat Imran. Maafkan aku kerana sikap Imran tadi. Kalau kau tak suka tak apa. Kami tak boleh paksa. Izara mula duduk sebelah Anis yang duduk di birai katil.
Bukan ituImran dah anggap aku ni perempuan tak ada maruah. Cara dia renung aku tadi, memang sah dia tuduh aku macam tu. Suara Anis mula sebak.
Anis..jangan salah sangka. Imran memang macam tu. Dia serik dengan perempuan bertudung. Pengalaman lalu yang membuatkannya jadi begitu. Aku yakin, dia akan jatuh cinta dengan kau satu hari nanti. Dan aku yakin yang kau akan jadi kakak ipar aku! Izara senyum melirik.
Jangan mimpilah! Anis jeling Izara yang tersengih mengusiknya dengan Imran.
Dahlah! Dah lewat ni. Tukar baju dan tidur! Izara mula menapak ke atas katil. Selimut ditarik ke paras dada.
Anis mula menukar baju tidur yang telah diletakkan siap-siap di atas katil tadi. Selepas membersihkan diri, dia mula mengambil wuduk. Itu yang diajar oleh ibunya sejak kecil. Sebelum tidur, bersihkan diri dengan berwuduk dan berdoa sebelum tidur.
Anis, kau baca apa Izara berpaling sebelah kiri. Melihat Anis terkumat kamit membaca sesuatu.
Tiga Qul.. Anis senyum. Dia mula meraup muka dan menyapu sehingga ke seluruh tubuh.
Kau jampi ke apa Izara semakin bingung.
Zara..ni bukan jampi. Ni adalah mengelakkan diri kita dari gangguan syaitan dan iblis. Mimpi kita juga tidak mimpi yang bukan-bukan. In Shaa Allah, Allah akan pelihara tidur kita. Anis bersuara perlahan. Lampu utama ditutup, hanya lampu tidur di sebelah katil saja dibiarkan bernyala.
Oh..ajarkan aku sikit. Selama ni aku tak tahu pun. Izara mula bangun dan menyandar di birai katil. Dia mula membaca ayat Quran yang diajar oleh Anis.
Dah..tidur. Sweet dream! Anis menarik selimut ke paras dada.
Jangan lupa mimpikan abang aku. Izara mula usik Anis.
Eii..kau ni! Tak habis-habis! Dahlah! Tidur! Anis terus menarik selimut sehingga menutupi mukanya.
ANIS tersedar dari tidur. Dia genyeh mata. Jam di tepi katil sudah pukul empat setengah pagi. Perutnya ditekan kuat. Terasa memulas. Perlahan dia melangkah ke bilik air. Sempat juga dia mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud.
Dahaganya Anis meraba tekaknya yang terasa kering. Dia jeling jam. Hampir lima setengah pagi. Dah nak subuh.
Kain telekung dilipat kemas. Izara masih berdengkur. Perlahan bahu Izara digerakkan. Menggeliat pulak minah ni. Sekali lagi dia menggoncang bahu Izara. Masih tidak mahu bangun. Eh, selimut lingkup pula dia!
Anis ke bilik air semula untuk mandi. Sempat dia mengejutkan sekali lagi Izara yang masih tidur lena. Mimpi apa agaknya minah ni. Tersenyum-senyum! Anis ketawa kecil. Geli hati melihat riak muka Izara yang tersengih dalam tidur.
Zara, bangunlah! Dah subuh ni!
Hmmaku nak tidur la..kacaulah! Sekali lagi Izara menarik selimut hingga menutupi muka.
Bangunlah Zara. Dah subuh!
Izara mula buka mata. Terkebil-kebil melihat Anis yang sudah bertelekung.
Mak!!!
Zara, kenapa ni
Kau nikan! Aku ingat hantu tadi! Dahlah pakai telekung dalam gelap-gelap macam ni! Kenapa tak buka lampu Izara menjerit hingga terjatuh dari katil.
Anis ketawa geli hati. Aku dipanggil hantu Dia terus menarik tangan Izara yang sudah terjelepok atas lantai.
ENAM setengah pagi lagi Anis dan Izara dah ke dapur. Mereka mula menyediakan sarapan. Kak Leha pula sudah lama tercongok di dapur.
Kak Leha! Masak apa Izara tepuk belakang kak Leha yang leka membersihkan ayam.
Kak Leha ingat nak buat nasi lemak.
Nasi lemak Biar Anis yang masak. Dia pandai masak nasi lemak! Izara jeling Anis yang berdiri di tepi meja makan.
Adik, pandai masak apa pula Kak Leha mula mengusik Izara.
Alah..kak Leha ni. Malulah kalau Anis tahu. Anis! Kau ajar aku masak boleh Izara rangkul bahu Anis. Dia mula kenyit mata.
Boleh..apa salahnya.. Anis senyum.
Pagi itu, mereka bertiga mula menyediakan sarapan. Anis masak nasi lemak dan sambal sotong. Izara pula menolong Kak Leha menggoreng ayam.
Hmm..dah siap. Sedapnya sambal sotong ni. Pandai Anis masak. Kak Leha mula memuji masakan Anis.
Biasa je kak.. Anis senyum kembali.
Hmm..sedapnya bau! Masak apa ni Puan Zaharah tiba-tiba muncul di muka pintu.
Nasi lemak mama! Anis yang masak! Izara sengih. Dia jeling lagi Anis yang sibuk menghidangkan sarapan di atas meja makan.
Pagi itu, masing-masing mula mengadap meja makan. Nasi lemak sambal sotong yang dibuat oleh Anis hampir habis. Puan Zaharah merenung lembut Anis yang duduk di sebelah Izara. Dalam hatinya begitu inginkan Anis menjadi menantunya. Sudah lama dia inginkan seorang menantu yang pandai memasak. Tak sangka kawan Izara sendiri rupanya.
Mana abang Izara pandang sekeliling. Kelibat abangnya tidak kelihatan.
Tidur lagi la tu! Hari ni kan hari minggu! Irdina sengih. Sudah faham perangai Imran yang selalu bangun lambat bila hujung minggu.
Ha! Panjang umur! Puan Zaharah senyum sebaik melihat Imran sudah terpacak di muka pintu. Masih dengan baju tidur.
Eii! Tak mandi! Izara menutup hidung bila Imran mula duduk di sebelahnya.
Dah gosok gigilah! Imran mula capai nasi lemak dan mencedok sambal sotong.
Tinggal ni je ke sambung Imran lagi. Dia mengambil semua sambal sotong dalam mangkuk.
Siapa suruh bangun lambat Izara siku lengan Imran.
Suka hati abanglah!
Sedap tak Izara teruja.
Imran angguk. Sedap! Pandai kak Leha masak!
Bukan kak Leha..Anis yang masak nasi lemak tu. Irdina mula mencelah.
Uhuks!!
Puan Zaharah segera menyua segelas air kepada Imran yang terbatuk-batuk. Tiba-tiba tersedak! Tu la..makan perlahan sikit.
Imran mula meneguk air yang dihulurkan oleh ibunya. Dia jeling Anis yang tunduk dari tadi. Pandai juga minah ni masak. Boleh tahan.
Abang nak ke mana Izara pandang Imran yang mula bangun selepas membasuh tangan.
Kedai mamak! Sakit perut makan sambal sotong ni! Imran jeling lagi Anis dengan riak mencebik.
Anis senyum hambar. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Dia jeling Imran yang mula melangkah semula ke tingkat atas.