KAMUS tebal berkulit keras merah disebak muka ke muka. Ajai menunggu dengan penuh debar. Dilihatnya Cikgu Isa tekun menyelak helaian demi helaian. Bibir guru itu termuncung sedikit.
Ha, ini dia! Ajai, tengok ni, ucap Cikgu Isa memecah sepi kala itu.
Cikgu Isa menghulurkan kamus tersebut kepada Ajai. Ajai merapatkan duduknya di sisi guru itu. Ada getaran di hati. Lidahnya terjuih dikit dek terbeban dengan berat kamus itu.
Terus dia meluncurkan jari telunjuknya dari atas ke bawah. Terhenti di tengah-tengah.
Yalah, cikgu. Ada dua sahaja maksudnya. Halkum dan penduduk Orang Asli. Habis tu, kenapa mereka semua gunakan perkataan itu juga
Entahlah. Kamus ini memang menjadi rujukan bagi pakar-pakar bahasa. Semua perkataan bahasa Melayu ada. Tetapi, bahasa komunikasi yang direka-reka masyarakat seka-
rang tidak semuanya akan tertulis di sini. Bagi kes istilah jakun yang kamu tanyakan tadi, cikgu tak berapa pastilah. Kalau mengikut apa yang dirujuk, itulah saja maksudnya.
Ajai terlopong mendengar penjelasan guru itu. Dia berpuas hati. Angin-angin sudah mula membisikkan kemenangan pada lohong telinganya.
Jadi, salahlah kalau menyebut jakun untuk tujuan menghina
Itu cikgu tak pasti. Mungkin istilah itu timbul daripada pengaruh bahasa asing yang akhirnya menjadi bahasa daerah. Jadi tiada siapa yang boleh membuat kepastian.
Tapi, kalau suku kaum Jakun sendiri yang mendengarnya, mereka akan terasa direndahrendahkan. Walhal kaum Jakun bukanlah seteruk itu. Saya pasti, istilah itu wujud kerana merujuk kepada sifat dan ciri-ciri Orang Asli Jakun. Saya yakin, di situlah mulanya.
Sabar, Ajai. Cikgu rasa eloklah kamu terus bertanya pihak yang bertanggungjawab. Jumpa pegawai-pegawai atau pakar di pusat rujukan Bahasa Malaysia. Cikgu tak marah kalau kamu nak perjuangkan bangsa kamu. Tapi, elok bertanya kepada yang pakar dahulu.
Ajai mengatup kamus itu. Berkeretup kedengaran di telinga kedua-duanya. Dia terbayangkan wajah Ayap. Teringin benar dia bertemu dengan hero kampung itu. Berdasarkan
cerita Tok Batin Kutam tempoh hari, dia tahu Ayap perlu dihargai. Dia mahu jadi seperti Ayap. Bukan untuk dihormati, tetapi dihargai.
Tengok dululah, cikgu. Kalau ada masa, saya tanya. Nada suara Ajai makin perlahan. Barangkali kecewa kerana Cikgu Isa tidak menyebelahinya.
Ceridau anak-anak kecil jiran sebelah mencuri masuk ke ruang tamu. Bahagia si anak kecil berkejar-kejaran dengan basikal empat roda mereka.
Baguslah kalau macam tu. Ajai, sebenarnya isu ini telah lama dibangkitkan. Sejak kamu belum lahir lagi. Tetapi, hal-hal kemasyarakatan sebegini jarang sekali diperbesar. Bimbang ada pihak yang akan terguris nanti, Cikgu Isa menyambung kuliahnya. Dia mahu Ajai benarbenar faham dan tidak terburu-buru menghukum sesuatu perkara.
Mengapa pula tidak boleh diperbesar Sebab Orang Asli memang layak ditindas dan dihina Orang Melayu, orang Cina, orang India saja yang betul Begitu Semangat Ajai kian menggelojak.
Bukan begitu maksud cikgu. Nanti kamu dah besar kamu akan faham, pujuk Cikgu Isa. Dia terhimpit dengan semangat Ajai.
Ajai menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia masih tidak berpuas hati selagi kaumnya tidak diadili.
Dia pernah cuba mengkaji sendiri di internet. Banyak artikel dan forum yang dibacanya berkenaan isu tersebut. Malangnya, satu pun tidak berpihak kepadanya. Boleh dikatakan kesemuanya menyebelahi kebanyakan orang yang mengistilahkan jakun terhadap sesuatu yang buruk dan keji. Kononnya, jakun itu membawa maksud yang lain dan suku kaum Jakun perlu menerima hakikat itu.
Pernah sekali dia tertarik untuk membaca lanjut pada suatu ruangan artikel. Apa yang memeranjatkannya ialah isu istilah jakun sudah sampai ke perbincangan pemimpinpemimpin utama negara. Malah, ada beberapa perkataan lain yang turut sama berjuang untuk dipertahankan. Ajai terpinga-pinga. Memang perkataan-perkataan itu selalu lancar sahaja meniti di bibir masyarakat. Tetapi, mengapa mereka masih tidak berhenti menggunakannya Banyak lagi perkataan seerti yang lebih sopan lagi berbanding perkataan-perkataan tersebut. Ajai kecewa dengan sikap segelintir masyarakat. Apakan daya, negaranya juga.
Ajai panas hati. Dia nekad untuk bergulat demi suku kaum Jakun!
Cikgu, boleh saya tanya sesuatu Ajai kembali bersuara.
Apa dia
Dekat Bangsar ni, di mana ada kawasan yang boleh kita mandi Maksud saya, berenang.
Kolam renang Cikgu Isa mencungkil lagi. Dia tidak dapat mengagak arah soalan Ajai tadi.
Ya. Lebih kurang itulah.
Dekat Kompleks Sukan Bangsar ada. Kenapa
Saya teringin nak berenang. Dulu dekat kampung adalah Tasik Chini tempat nak lepas geram. Di sini tak ada, jelas Ajai sambil tersengih.
Oh, betul juga. Kamu nak pergi bila Petang ni
Eh, tak adalah! Petang ni nak ulang kaji sikit. Nanti kalau saya nak tenangkan fikiran atau nak hilangkan bosan saya pergilah.
Bukannya jauh sangat pun.
Ajaklah Gana sama.
Ajai gagu. Tiada jawapan. Dia pasti Gana tidak akan ikut serta nanti.
Tiba-tiba Cikgu Isa terbatuk-batuk. Kali ini kuat benar bunyinya.
Cikgu tak apa-apa Ajai cakna. Dia bimbang penyakit guru itu bertambah teruk.
Tak ada apa-apa. Mungkin cuaca panas. Tekak cikgu kering.
Ajai makin gusar. Dia sedar gurunya itu menghidap leukimia. Cikgu Isa perlu lebih
banyak berehat. Dia tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku.
Cikgu berehatlah dulu di bilik, Ajai memujuk perlahan.
Tak mengapa, Ajai. Batuk sikit saja.
Cikgu Isa masih mengusap-usap lehernya. Batuknya makin galak. Tercungap-cungap dia mencuri nafas.
Cikgu, mari saya bawa cikgu ke bilik. Ajai tidak berputus asa. Sebetulnya, dia sangat risau melihat keadaan guru itu. Dia mahu Cikgu Isa lebih banyak berehat di bilik supaya tidak tercemar dengan udara kotor di luar.
Ajai, cikgu sihat.
Cikgu kena rehat di bilik. Di sini udaranya tercemar.
Lepas makan ubat nanti, baiklah. Tak perlu sampai nak terperap di bilik.
Cikgu Isa masih rasa bersalah tentang kejadian lalu. Disebabkan dia mengurungkan diri di dalam bilik, hubungan mereka menjadi renggang. Dia mahu menghabiskan sisa-sisa yang tinggal bersama Ajai.
Penyakit leukimia bukan mudah untuk dirawat. Berehatlah, cikgu, laju tutur kata Ajai. Tanpa diduga, dia terlepas cakap tentang penyakit itu. Rasa kasihnya yang bersarang terbebas jua.
Bicara Ajai menyentap jiwa Cikgu Isa. Dia tergamam. Entah bila masanya Ajai tahu penyakitnya. Anak mata Ajai diteliti. Perlahan nafasnya dihembuskan.
Kepala Ajai mengguk. Menyesal sendiri. Dia terlalu sayang akan penjaganya itu. Dia tidak mahu berpisah dengan insan yang telah banyak memperkenalkannya erti sebuah kehidupan. Salahkah dia peduli Salahkah dia melemparkan kasih dan sayang Kelabu.
SEHELAI kertas putih tersisip rapi di celahan kitab terjemahan al-Quran itu. Ada nota ringkas yang terpalit. Ajai membacanya dalam hati. Berharap agar negeri hatinya mendengar dan menekuni.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Ajai mencernakan satu persatu ilmu yang dipelajarinya daripada Pak Teh. Kemudian dia menaakul dan menghubung kait antara satu sama lain. Sudah terang lagi bersuluh. Dia perlu gigih mencari kehidupan dan berdoa agar dipermudahkan segala jalan.
Pak Teh, kalau dah tertulis kita ini penghuni neraka dan ditetapkan tidak memperoleh bahagia di dunia, mengapa kita perlu beribadah lagi Dan mengapa Allah
berjanji untuk memperkenankan doa kita sekiranya telah ditakdirkan kita tidak berjaya dalam sesuatu perkara Kemusykilan Ajai berkembang.
Ajai, Pak Teh nak tanya kamu satu saja soalan. Kamu tahu qadak dan qadar kamu
Pak Teh tersenyum. Bukan sekali dia dipertanyakan soalan seperti ini. Ketika dia bertugas dahulu pun memang banyak mualaf mempertikaikan takdir dan ketentuan Allah. Dia percaya Ajai lebih mudah menghadam daripada mereka yang baharu. Ajai sudah lama mengenal Islam. Cuma ia kurang dihayati.
Tidak. Manusia mana boleh tahu takdir Allah, balas Ajai dengan yakin.
Ha, pandai pun! Habis tu, kenapa kita mesti persoalkan Mengapa kita tidak berdoa sahaja mengharapkan yang baik-baik dalam hidup kita
Berkerut dahi Ajai. Masih rencam dengan penjelasan Pak Teh.
Beginilah, Ajai. Pak Teh analogikan dalam kehidupan seharian. Katakanlah kamu baru sahaja menduduki peperiksaan. Kamu tentu tidak tahu apa keputusannya, bukan Jadi, apa perlu kamu buat sementara menunggu keputusan itu keluar
Berdoa, ringkas dibalas Ajai.
Ya, berdoa. Mengapa
Sebab saya nak keputusan itu bagus. Kalau saya tersilap jawab pun waktu peperiksaan, saya mengharapkan agar pemeriksa dilembutkan hatinya ketika menanda. Paling-paling pun dapatlah markah kasihan.
Betul! Begitu jugalah dengan hidup ini. Kita meniti hari-hari dengan penuh takwa, tetapi kita masih tidak pasti apa yang menanti kita di akhirat nanti. Sama ada syurga atau neraka. Kerana terkadangnya kita terleka dengan melakukan dosa, apa kita tidak layak mengharap dosa itu diampunkan
Ajai terangguk-angguk. Oh, begitu.
Jadi, belajarlah rajin-rajin. Jangan fikirkan soal lain. Allah akan balas setimpal dengan apa yang kamu usahakan. Kalau kamu usaha sedikit, maka sedikitlah kamu dapat. Yang penting, yakin dengan Allah. Sebab jika kita bersangka baik terhadap Allah, tidak mustahil kita akan dapat apa yang kita mahu.
Insya-Allah saya akan cuba. Jangan risau, Pak Teh.
Tapi, ingat. Tawakal juga penting. Nanti kamu dah habis PMR, jangan ingat dah merdeka, lepas tu boleh berseronok-seronok. Buang mentaliti tu. Sepatutnya kamu perlu lebih dekatkan diri kepada Allah. Supaya kamu dapat balasan apa yang kamu hajatkan. Faham
Ajai sengguk. Kini, dia sudah faham.
Setiap langkah dan langkaunya perlu diiringi
dengan doa dan tawakal. Pak Teh pernah berpesan, orang yang malas berdoa dianggap sombong dan tidak layak menjadi ahli syurga.
Ajai membelek-belek nota itu. Pak Teh seperti sudah dapat membaca apa yang sedang bermain difikirannya.
Setiap manusia perlu bersungguh-sungguh mengubah nasib sendiri! Tapi, nasib kaumku pula bagaimana rungutnya, risau.
Kitab tebal itu didakap erat di tulang selangka. Dia bersyukur. Meski Pak Teh sudah berjauhan, tetapi kitab pemberian ustaz itulah guru mayanya.
Dahulu, jika dia ingin mengaji dia akan membaca mashaf al-Quran. Sejak Pak Teh dan Mak Teh berpindah, dia menjadikan terjemahan al-Quran itu sebagai bahan bacaannya. Lebih mudah untuk memahami bahasa al-Quran dengan terjemahan yang tersedia. Lagi pula, dia sangat berminat untuk membaca sirah-sirah yang terkandung dalam surah-surah tertentu. Sampai ada suatu masa dia hanya membaca terjemahan sahaja berjam-jam lamanya.
Ajai berbaring. Dia terkenangkan Gana. Dia rindu akan jenaka kawan baiknya itu. Sejak peristiwa itu, Gana tidak lagi bersamanya. Di sekolah, Gana seperti mahu mengungsikan diri. Saat Ajai datang ke tempat duduknya, dia akan berpura-pura mahu ke tandas. Waktu rehat pula entah ke mana dia pergi. Selalunya
ada di perpustakaan atau meja bulat di hadapan koperasi sekolah. Barangkali dia sudah ada tempat bertapa yang baharu. Ajai tidak mahu mengganggu. Dibiarkan Gana bahagia tanpa kehadirannya.
Memang tidak sepatutnya dia menipu. Tetapi itu sahaja cara yang difikirkan sesuai. Dia takut apabila Gana tahu dia tiada apaapa hubungan langsung dengan Cikgu Isa, sahabatnya itu akan mempersoalkan kewujudannya di rumah Cikgu Isa. Dia tiada jawapan lain yang dapat menyelamatkan dirinya.
Apa agaknya yang sedang Gana lakukan sekarang Rindukah dia dengan si pembohong ini Ajai menjerit dalam hati.
HUJUNG minggu memang sesak dengan orang awam. Di mana-mana sahaja masyarakat berpusu-pusu memeriahkan setiap ceruk pusat membeli-belah seluruh negara. Plaza Low Yat juga tidak ketinggalan menjadi tempat jejak segelintir penghuni kota. Seawal jam 9.00 pagi telah dibuka, sehingga saat itu masih padat. Begitu panahan busur teknologi di negara ini.
Dua jam sudah, ada seorang perempuan diragut di luar Plaza Low Yat itu. Tidak lama kemudian, seorang gadis pula yang menjadi mangsa kerakusan pencuri. Cikgu Isa bingung. Jika beginilah keadaannya, apa helah kerajaan
menggazet Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat
Tiba-tiba pandangannya berpinar. Mabuknya mula menular. Pening dari pagi tadi masih tidak kebah, tetapi dia gagahkan juga untuk keluar rumah. Sudah lama dia berhajatkan untuk membeli telefon bimbit di sini. Tetapi, baru hari ini dia berkelapangan. Peluang yang ada tidak akan dilepaskan.
Kali ini dia keseorangan. Ajai tidak diajak sama. Dia mahu membikin kejutan untuk remaja itu. Pasti Ajai makin bersemangat menjelang PMR nanti. Ajai tidak pernah meminta apa-apa barang daripadanya. Pakaiannya, barang-barang keperluan lain semua dibeli oleh Cikgu Isa. Ajai tidak pernah berkira soal wang. Melainkan ia bertujuan membeli buku atau tambang ke Perpustakaan Negara. Dia sangat berbeza dengan remaja lain di kota yang berlagak mewah. Kerap menghabiskan duit ibu bapa.
Bang, singgah dulu. Ada model baharu. Kameranya bagus, video cantik macam-macam lagi yang canggih. Suara promoter mengulangi skrip yang sudah basi baginya.
Hampir semua kedai telah dijenguknya. Namun, satu pun tidak berkenan. Tambahan pula harganya mahal bukan kepalang. Benarlah telefon itu hebat-hebat belaka, tetapi kalau harganya tidak mahu mengalah siapa sahaja mahu beli melainkan orang kaya. Dia mengomel dalam hati.
Langkah Cikgu Isa terhenti. Dia mampir di sebuah kedai. Peniaganya Melayu. Jarang sekali dia melihat peniaga Melayu di sini. Wajah pemuda itu seperti pernah dilihatnya. Ya, dia pernah membeli sebuah telefon bimbit di sini empat tahun lalu.
Bayang Zarina tidak semena-mena muncul.
Wajah Cikgu Isa jadi kelat. Kisah beberapa bulan menjelang perkahwinannya dulu diimbau kembali. Semuanya gara-gara penjual Melayu di hadapannya ini.
Bang, berkenan yang mana Bajet berapa, bang
Peniaga itu membuka tirai realiti. Tampang Zarina pergi tanpa meninggalkan pesan.
Tengok yang itu. Berapa harganya