Lukisan Asmara - 17
Keenam Belas

ADUH, sunyinya rumah aku malam ini. Kalau ada budak berdua tu, mesti riuh rendah rumah ini dibuat mereka,

rungut Roziana yang agak kesunyian kerana Alyssa dan Elly menyertai program Hari Keluarga di Genting Highlands. Selalunya, Alyssa dan Ellylah yang sentiasa menceriakan suasana di rumah Roziana. Mereka gemar bercerita, bergurau-senda dan usik-mengusik sesama sendiri. Alyssa, kalau sudah bertemu dengan Elly, umpama guruh yang berdentam di langit, mahu runtuh bumi dibuatnya. Kegamatan mereka itulah, teman ketawa dan sedih bagi Roziana. Elly pula, walaupun tinggal berasingan, namun kelibatnya sentiasa bermastautin di rumah itu. Selain kerana Alyssa adalah sahabatnya, Elly juga turut menganggap Roziana seperti kakaknya sendiri.

Roziana lebih gemar menghabiskan masa di rumah sahaja. Bukannya tiada undangan untuknya bersantai di luar, namun dia lebih suka merehatkan diri dan mindanya, di rumah sahaja. Baginya, rumah adalah syurga yang indah dan mendamaikan jiwanya, apa lagi dengan cuti am yang panjang itu. Siang tadi, dia baru sahaja menolak pelawaan teman sepejabatnya, Sabtu, untuk keluar berjalan-jalan sambil menonton wayang. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia segan kerana dia tahu bahawa Sabtu telah lama menaruh perasaan terhadapnya. Dia tidak mahu nanti, Sabtu mula membuka persoalan hati yang masih belum mampu dijawab olehnya. Buat masa sekarang, dia masih belum mahu menjebakkan dirinya dengan perasaan cinta terhadap orang lain. Dia berasa kurang mampu untuk mencintai dan dicintai oleh seseorang. Terkejut Roziana seketika, apabila telefon rumahnya berdering. Siapa pula yang menelefonnya, malam-malam begini Jangan-jangan Sabtu yang kecewa bila hasratnya ditolak mentah-mentah oleh Roziana, siang tadi. Kak Rozi lantas memperlahankan suara televisyen, untuk memberi ruang kepadanya menjawab panggilan tersebut.

Assalamualaikum, Kak Rozi. Tengah buat apa tu

Waalaikumsalam. Astagfirullah, kamu rupanya Lyssa. Akak ingatkan siapa tadi. Kenapa tiba-tiba Lyssa telefon akak ni Tak ada aktiviti ke, malam ni

soal Roziana yang gembira mendengar suara Alyssa di hujung talian.

Saja nak tahu, Kak Rozi sedang buat apa tu. Kak Rozi rindu pada Lyssa, tak

Kamu ni, ada sajalah Lyssa. Bagaimana holiday dekat sana Seronok ke

Biasa-biasa saja Kak Rozi. Itulah, Lyssa ajak join sekali, tapi akak tak mahu. Kalau tidak, boleh kita bertiga share bilik yang sama. Mesti seronok, kan Apa yang akak nak malukan, sebab ramai yang bawa kaum keluarga dan sahabat handai mereka juga,

seloroh Alyssa separuh menjerit kerana terpaksa bersaing dengan kebisingan di sekitarnya.

Tak apalah Lyssa, mungkin lain kali sahaja. Akak rasa, akak nak relax kat rumah sahaja, malas nak ke mana-mana. Biarlah kamu berdua yang muda-muda sahaja yang enjoy. Orang berumur macam akak ini, lagi sesuai lepak di rumah saja,

Oh ya, Lyssa. Siang tadi ada kawan telefon kamu. Akak pun tak pasti, dia nak apa. Cuma, akak beritahu dia yang Lyssa sudah berlepas ke Genting Highland untuk program Family Day tu. Dia ada sebut nama dia, tapi akak pun ingat-ingat lupa. Nesa, Norsha ke Nisya, namanya,

beritahu Roziana. Sayang sekali, kata-kata Roziana itu, tidak begitu jelas penerimaannya dalam gegendang telinga Alyssa. Dia langsung tidak mendengar nama kawan yang disebut oleh Roziana itu. Suasana di sekelilingnya terlalu bingit dengan hiruk-pikuk orang ramai bermain permainan yang tersedia di taman tema tersebut. Menyesal pula Alyssa kerana tidak menelefon Roziana ketika berada di bilik tadi. Dia terlupa hendak berbuat demikian. Tapi, tak apalah, nanti dia pasti akan menghubungi Roziana semula, sekembalinya ke bilik hotel nanti.

Beb, aku ingat nak balik bilik sekejaplah. Perut aku ni, tiba-tiba saja rasa memulas selepas makan tadi. Engkau jalan-jalan dululah ya, nanti aku menyusul,

ujar Elly yang menepuk bahu Alyssa, sambil sebelah tangannya memegang perut sebagai isyarat bahawa perutnya itu sedang meragam. Alyssa hanya menganggukkan kepalanya. Tidak guna berbicara dalam suasana yang bingit itu. Serentak itu, matanya mengekori sahaja kelibat Elly yang kelamkabut menghilang di celah-celah orang ramai. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam, tetapi keadaan masih lagi riuh dalam kawasan taman tema itu. Mungkin suasana di situ tidak akan lelap, malam itu.

Terlalu ramai pengunjung yang beratur untuk bermain setiap jenis permainan yang disediakan. Namun, Alyssa tidak nampak satu pun batang hidung teman-teman sekerjanya bersama keluarga mereka. Masing-masing tenggelam di sebalik rimbunan manusia yang ramai itu. Alyssa hanya menurut sahaja, kaki yang mengatur setiap jejak langkahnya. Dia tidak tahu, mahu ke mana. Hendak mencuba permainan yang ada, rasanya dia tidak sanggup untuk beratur lama, apa lagi berebut dengan orang ramai di situ. Mahu atau tidak, diturutkan sahaja langkah kakinya sementara menunggu Elly tiba semula ke situ. Namun, ketika dia sedang melayan suasana di situ, bahunya disentuh dari belakang. Apabila dia menoleh, Nisya sedia tersenyum memandangnya.

Alamak, apa perempuan tak guna ni, buat di sini Aku sudah tak berminat nak berkawan dengan dia lagi. Takkan dia tak faham-faham lagi,

getus Alyssa di dalam hatinya. Nisya terus menarik tangan Alyssa ke tempat yang agak sunyi sedikit. Mereka ke suatu sudut yang lebih tenang untuk berbicara. Alyssa pula seolaholah tidak terdaya untuk menahan kakinya dari terus menuruti Nisya. Nisya tampak terlalu tergesa-gesa, seperti mengejar sesuatu tanpa mahu membuang lebih banyak masa.

Hei Nisya, stop it, please. Ke mana lagi engkau nak heret aku ni Sudah, lepaskan tangan aku. Sakitlah!

ujar Alyssa, hampir jerit sambil merentap tangannya supaya terlepas dari genggaman Nisya. Nisya hanya mengangkat kedua telapak tangannya, lalu terdengar Alyssa berkata,

Apa engkau buat di sini, Nisya Boleh tak, engkau jangan ganggu hidup aku lagi I am not, interested to be friend of you, anymore. Jangan cari aku lagi, okey.

Meleret sahaja senyum yang terpamer dari gadis kurus itu. Wajahnya yang bersahaja itu cukup untuk menceritakan, bahawa dia sememangnya punya rancangan jahat terhadap Alyssa. Pandai dia berlakon dengan Roziana di talian siang tadi sehingga wanita itu terpedaya dan memberitahunya, di mana Alyssa berada. Kini, rancangannya hampir membuahkan kejayaan.

Hei Alyssa, janganlah sombong sangat. Takkanlah you dah lupakan kawan baik you ni. You janganlah marah-marah I, sebab I susah-susah datang dari jauh, semata-mata nak jumpa dengan you!

ujar Nisya dengan senyuman manis.

Janganlah nak berpura-pura di depan aku, Nisya. Aku dah kenal siapa sebenarnya engkau. Rossa dah ceritakan segala-galanya kepada aku. So, allow me to end this friendship, now,

ujar Alyssa dengan tegasnya. Nisya hanya terlopong melihat kemarahan Alyssa itu, tetapi tersenyum semula.

Wah! Nampaknya perempuan tu dah terlebih dahulu memulakan langkahnya. Whatever it is, Rossa memang tak suka dengan I, maka itulah, dia suka buat cerita yang kurang baik tentang I. But, let us forget about her. I pun tak interested nak berbicara soal dia, because, I am here for you, not her.

Alyssa tidak tahu, kata-kata apa lagi yang hendak diluahkan kepada perempuan yang tidak tahu bahasa itu. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja perempuan keding itu diterajang keluar dari taman tema tersebut. Kehadirannya hanya menyemakkan pemandangan sahaja. Orang seperti Nisya, umpama parasit yang hidup merempat, tetapi cukup licik untuk menggunakan kesempatan ke atas orang lain demi kesenangan dirinya sendiri.

Apa yang engkau hendak lagi, perempuan

bentak Alyssa sambil terjegil biji matanya.

Ooopsss, I cuma nak pertemukan you dengan orang yang paling merindui you sahaja. Suppose, you kena ucapkan terima kasih pada I, tahu tak

Mempertemukannya dengan seseorang Tetapi dengan siapa Tatkala itu, fikiran Alyssa berlegar-legar di tengah kedinginan malam, bagi mencari jawapannya. Namun, keadaan tidak membiarkan dia berfikir terlalu lama, apabila Fir tiba-tiba muncul di hadapannya, sambil tersenyum sumbing.

Hei sayang, lama tak jumpa you. You know, I miss you lot. Banyak sungguh rancangan kita yang tergendala sebelum ini, kan

ujar Fir dengan suara romantiknya.

Hah, betullah kamu berdua ni macam kembar siam. Di mana ada Nisya, di situ ada Fir, rupanya. Hei, apa yang korang berdua nak dengan aku, ha

Amboi, manis sungguh cara you layan I, Alyssa. Tapi tak apa, kata-kata you tu, jadi pengubat rindu I selama ini,

ucap Fir lagi. Alyssa rasa terlalu meluat dengan kelakuan pasangan terlampau di hadapannya itu. Apakah tujuan sebenar mereka datang berjumpa dengannya sehingga ke Genting itu. Lalu Alyssa teringat akan pesanan Rossa tempoh hari yang mereka berdua itu licik dan bijak menggunakan kesempatan untuk menganiayai gadis-gadis. Kini, Alyssa perlu lebih berhati-hati dengan kedua-dua mereka. Jangan sampai dia masuk perangkap mereka pula.

Ah, sudahlah Fir, Nisya, aku dah tahu kejahatan yang sudah kamu berdua lakukan. You all semua ni, dalang sindiket penjualan perempuan untuk dijadikan pelacur, kan Dah ramai gadis-gadis yang menjadi mangsa kejahatan kamu berdua. Nasib baik aku tak masuk perangkap jahat engkau, Fir. Mulai hari ini, aku tak akan percaya dengan janji manis kau lagi. Dan kau Nisya, bawa-bawalah bertaubat. Sudah-sudahlah jadi ejen yang menjahanamkan kaum sejenis engkau,

ujar Alyssa dengan lantang sekali. Semakin bulat bola mata Nisya memandang kecil sahaja Alyssa di hadapannya. Manakala Fir pula, semakin galak mengukir senyum nakalnya. Dia jadi berahi melihat kemarahan Alyssa. Di mata Fir, Alyssa tampak lebih ayu jelita, ketika dia marah. Geram sungguh dia mengenangkan, setiap godaannya terhadap wanita itu seringkali menemui kegagalan.

Alyssa, Alyssa, you memang bijak tapi you jangan lupa yang manusia ada hari bodohnya juga,

tawa Nisya secara mengejek.

Apa maksud kata-kata engkau ni, Nisya

Alyssaku yang manis, kawan baik you yang bernama Nisya ni, seorang photographer yang mempunyai minat mengumpul koleksi gambar gadis-gadis cantik, macam you ni. Antara koleksi gambar yang I jumpa, berada dalam simpanannya ialah gambar ini,

beritahu Fir sambil menunjukkan dua keping foto Alyssa yang berada dalam simpanannya dan Nisya. Astaghfirullahalazim! Terpaku Alyssa melihat gambar-gambarnya yang ditunjukkan oleh Fir itu. Sesungguhnya, gambar itu menunjukkan dia berada dalam keadaan yang begitu mengghairahkan dan tidak sedarkan diri. Anehnya, bilakah masanya Nisya merakamkan gambar-gambarnya itu. Bagaimana dia boleh begitu lalai, sehingga membenarkan insan yang tidak bertanggungjawab itu merakamkan detik-detik yang tidak disangka itu

Kamu berdua ni, memang kurang ajar, kan Jangan cuba-cuba nak ugut aku dengan gambargambar super-impose ni. Aku tahu, aku takkan segila ini,

marah Alyssa lagi dan jarinya tak henti-henti menepuknepuk gambar yang di dalam genggaman Fir itu.

Alyssa, barangkali you lupa yang you pernah bermalam di rumah I, semasa you merajuk dengan sahabat baik dan kakak angkat you, tempoh hari. Masa tu, you nampak desparate sangat nak berjumpa dengan Fir, sedangkan ketika itu, Fir sedang outstation ke luar negera. Lalu, you terima cadangan I untuk menginap saja di rumah I untuk beberapa hari. Lagi pun, masa tu, you sendiri yang beritahu I, bahawa you tiada tempat tinggal, kan

cerita Nisya mengingatkan Alyssa.

Celaka kau, Nisya! Jadi engkau manfaatkan peluang itu untuk kenakan aku, ya Memang benarlah apa yang diceritakan oleh Rossa, bahawa engkau ni, memang perempuan jahat. Binasalah hidup engkau!

marah Alyssa, tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Fir dan Nisya ketawa besar melihat kemarahan Alyssa sehingga menitiskan air matanya sendiri. Alyssa pula berasa benar-benar kesal kerana mengenali dua manusia durjana itu. Ini semua berpunca dari dirinya sendiri. Mengapakah dia begitu lalai sehingga merosakkan dirinya sendiri dengan bergaul bersama orang-orang yang tidak bertanggungjawab itu. Jika tidak, semua itu pasti tidak akan terjadi.

Ya Allah, mengapakah engkau pertemukan aku dengan dua syaitan durjana ini

rintih Alyssa di dalam hatinya.

Begini sajalah, Alyssa, menyesal macam mana sekalipun, sudah tak berguna lagi. Terlanjur you dah kenal, siapa sebenarnya we all berdua, I think, its better for us to come into the point. Sebenarnya, kami ada tugas untuk you sebagai pertukaran untuk semua gambar-gambar you yang ada dalam simpanan kami. Itu pun, kalau you masih sayangkan masa depan you,

ugut Fir lagi.

Apa sebenarnya, yang kamu berdua ni nak, ha

Alyssa sayang, malam ini ada client dari Taiwan menginap di sini. Sebentar lagi, dia akan lepak di bistro dan karaoke, di aras dua. Dia mahukan perempuan muda seperti you, untuk menemani dia minum-minum, makan-makan dan nyanyi-nyanyi. You hanya perlu temankan lelaki itu, sebab dia adalah salah seorang pelanggan besar bos I. Selepas itu, you boleh lepas bersama-sama semua gambar you ini. Tapi, kalau you tak mahu melakukan tugas ini, mungkin esok gambargambar ini akan berleluasa terpampang di internet. Masa tu, maruah you akan jadi tatapan pelayar internet dan jadi bualan chatters di sana. Tentu you tak mahu kalau perlakuan ghairah you ini, jadi santapan matamata di internet nanti,

ugut Fir. Rupa-rupanya, mereka sudah membuat perancangan lebih awal lagi untuk memperdagangkan Alyssa. Malahan, Alyssa tidak punyai pilihan lain lagi, selain dari menuruti sahaja kehendak mereka, demi menjaga maruahnya. Andai kata gambar-gambar tersebut tersebar di internet, apa pula kata mereka yang mengenalinya. Bagaimana dia hendak menjelaskan kepada Elly dan Roziana nanti. Lebih memalukan lagi, apa pula nanti kata Tuan Fahreen nanti. Sudah pastinya dia akan kecewa dengan penyebaran itu. Tentunya, dia akan menganggap Alyssa sebagai perempuan murahan kerana lebih rela mempertontonkan tubuh badannya kepada orang ramai, tetapi tidak kepada suaminya sendiri.

Baiklah, aku akan menuruti kehendak kamu berdua, demi maruahku. Dan, kamu berdua mesti mengotakan janji untuk mengembalikan foto-fotoku itu berserta dengan salinan dan simpanannya sekali. Tetapi ingat, perjanjian kita hanya memerlukan aku menemani pelanggan tersebut semasa di kelab itu sahaja. Aku tidak akan lakukan perkara yang lebih dari batas yang sepatutnya,

akhirnya Alyssa bersuara untuk cuba mencari kata sepakat dengan dua broker pelacur itu. Persetujuan Alyssa itu, mengundang seribu satu kegembiraan kepada Fir dan Nisya. Mereka mula membayangkan habuan yang bakal diterima dari tauke intan berlian yang berasal dari Taiwan itu. Walaupun Alyssa bersetuju pada dasarnya untuk menjadi peneman hiburan kepada Tauke Ang, namun dia masih sangsi dengan keikhlasan Fir dan Nisya untuk mematuhi segala perjanjian yang dimeterai antara mereka. Sepanjang mengekori Fir ke tempat yang dijanjikan kepada Tauke Ang, Alyssa menyumpah seranah jantan itu, tanpa hentinya. Dia turut kesal di atas segala keterpaksaan yang wujud di dalam kehidupannya. Ini adalah kali kedua, dia terpaksa melakukan perkara yang di luar batas kerelaannya.

Kali pertama pula, apabila dia terpaksa menikahi Tuan Fahreen yang juga tanpa kerelaannya. Keadaan di kelab karaoke tersebut, agak suram dengan hanya diterangi lampu kelip-kelip yang kadang kala tidak menyinar dengan cahaya yang sepatutnya. Alyssa terus dipimpin oleh Fir menuju ke bilik nombor 14. Bilik tersebut disediakan untuk para VIP dan tauke-tauke yang masyhur. Tauke Ang, sudah tentunya orang yang amat dikenali, walaupun dia merupakan peniaga dari Taiwan. Yang pastinya, orang-orang di sini mengenalinya kerana dia punya empayar perniagaan yang agak meluas di sini. Namun, sehingga kini, jenis perniagaan sebenarnya masih kabur dan gagal dihidu oleh pihak-pihak tertentu.

Hello Mr. Ang, how are you

tegur Fir sambil menjabat tangan lelaki tersebut.

Hei Mr. Firza, good, good. I dont believe that you will come over here, this early,

sambut Tauke Ang dengan terujanya, sambil mata nakalnya menjeling Alyssa yang berada di sebelah Fir.

Well, Mr. Ang, promise must be make perfect. That is business, man.

Good!, I like your attitude, young man,

puji Taukeh Ang lagi, yang menaikkan tahap perasan dalam diri Fir. Wekkk! Rasa nak muntah Alyssa melihat sandiwara dua buaya itu. Kalau diturutkan hati, mahu dia juga dia meludah ke arah lelaki-lelaki keparat tersebut. Biar mereka berdua tahu, bahawa dia amat membenci situasi tersebut.

Mr. Ang, let me introduce you our lovely lady here, Miss Alyssa. She will entertain you tonight and make your night be the most memorable one. I guarrantee that,

ujar Fir yang mula memperkenalkan Alyssa kepada Tauke Ang. Nafsu kejantanan buas Tauke Ang mula menggelegak apabila berjabat tangan dengan Alyssa. Bersentuhan kulit dengan Alyssa sahaja, sudah mampu menggiurkannya. Tauke Ang berasa amat berpuas hati dengan sajian yang disediakan oleh Fir itu. Namun dia tidak tahu, Alyssa sememangnya mempunyai perasaan berahi juga terhadapnya. Perasaan berahi untuk membelasah tauke yang gilakan perempuan itu, sampai setengah maut.

Okay Mr Ang, I hope you enjoy yourself with the entertainers tonight. As usual, I wolud require the balance soon after the service,

bisik Fir ke telinga tauke gendut tersebut. Serentak itu, mereka sama-sama ketawa besar. Ikan sudah berada di tangan, cuma tinggal peraihnya yang hendak menyediakan hidangan yang membuak nafsu itu. Sebelum meninggalkan Alyssa kepada Tauke Ang dan orang-orangnya, Fir sempat berbisik kepada Alyssa,

Sekarang, masanya untuk you laksanakan tugas you. Ingat, kalau you cuba nak lari, maknanya you menempah gambar-gambar you di youtube. I nak you layan tauke ini, sepuas-puasnya. Faham!

Alyssa terperanjat mendengar perkataan layan sepuas-puasnya. Adakah itu bermaksud bahawa, dia juga harus menemani tauke gila itu di ranjang Tidak, ini tidak mungkin dilakukannya, apa lagi dengan lelaki yang dia sendiri tidak tahu suku bangsanya. Walaupun Tauke Ang dikatakan berasal dari Taiwan, namun rupa dan perwatakannya tidak seperti orang Cina Taiwan. Tetapi, dia lebih persis kepada rupa suku kaum yang berasal dari Mongolia atau Tibet. Dengan kulitnya yang agak berkeladak, kepalanya botak licin dan perutnya yang gendut umpama gajah bunting itu, tidak memungkinkan Alyssa memujuk dirinya untuk sebantal dengan lelaki tersebut.

Mr. Ang, enjoy okay,

ucap Fir, ringkas sebagai isyarat bahawa dia mahu berlalu pergi. Namun begitu, tanpa Alyssa sedari, Fir sempat mencampurkan sejenis serbuk seperti bahan pengkhayal ke dalam minuman Alyssa, sebelum mengangkat kakinya. Tujuannya hanya satu untuk mengkhayalkan Alyssa supaya dia dapat terus menemani Tauke Ang, ke kamar tidurnya. Kini, tinggallah Alyssa untuk menemani buaya darat yang ganas itu. Tangannya tidak henti-henti meraba tangan dan paha Alyssa, walaupun semasa dia berkaraoke. Suaranya, jangan dikatalah. Sedap lagi suara katak yang memanggil hujan. Puas Alyssa menepis tangan gatal itu, namun dia tetap meneruskan perlakuannya kerana dia sudah membayar harga yang sepatutnya kepada Fir. Makin lama, dia jadi semakin ghairah untuk terus bersentuhan dengan Alyssa.

Alyssa cuba meredakan kemarahannya dengan meneguk air minuman yang berada di hadapannya. Dia harus bersabar, selagi mampu kerana memikirkan soal gambar-gambarnya yang masih berada bersama Fir dan Nisya. Namun, nampak gayanya, malamnya bakal berantakan kerana sedikit demi sedikit, dia sudah merasai penangan serbuk pengkhayal yang dicampurkan bersama air minumannya itu. Alyssa merasakan kepalanya pening sekali dan lantai tempatnya berpijak, seperti tinggi dan rendah. Matanya pula, berasa amat mengantuk sekali, namun, dalam pada itu dia terus memasuki fasa yang penuh illusi. Dia mula meraban dan berasa dirinya berada di suatu alam yang nikmat. Tanpa dia sedari, akhirnya dia rebah di ribaan Tauke Ang. Sementara itu, Fir dan Nisya yang hanya bermastautin di muka pintu kelab karaoke tersebut, begitu berharap agar rencana mereka itu akan berjaya. Tenggelamnya Alyssa di dalam pangkuan nafsu serakah Tauke Ang, bererti habuan yang lumayan menanti mereka. Tauke Ang sudah berjanji untuk memberikan bayaran yang tinggi, jika ternyata Alyssa masih dara lagi seperti yang dipromosi oleh Fir kepadanya.

Hai Fir, dari tadi I tengok you senyum tak habishabis macam pemburu dapat kijang. You pasti ke, yang rancangan kita ini akan berjaya Ingat Fir, I tak mahu berputih mata. Susah payah I cari jalan untuk jejak dia sampai ke sini,

kata Nisya.

You jangan bimbanglah, Nisya. Selama ini, pernahkah I tipu you Once I dapat sahaja payment dari Tauke Ang tu, I berilah bahagian you. Tetapi, first and the most, kita kena pastikan yang rancangan ini berjaya. Kalau Alyssa mungkir janji, hancurlah harapan kita nak dapat habuan yang lumayan dari Tauke Ang tu,

ujar Fir pula. Kedua-dua mereka itu sebenarnya masih sangsi dengan keberhasilan rancangan mereka. Namun, setakat itu, mereka masih belum melihat kelibat Alyssa menyelinap keluar dari kelab karaoke tersebut. Tauke Ang pastinya akan menelefon Fir, sekiranya Alyssa lari darinya. Setakat itu, nampak gayanya, rancangan mereka masih berjalan dengan lancar. Fikir Fir, barangkali Alyssa sudah terminum minuman yang dicampurkannya dengan serbuk pengkhayal itu. Jika itu berjaya, maka terlaksanalah cita-cita jahatnya itu. Keadaan di taman tema dalam Genting Highlands, masih meriah. Orang ramai masih tidak menghiraukan malam yang sudah semakin larut. Nampak gayanya, terpaksalah pihak pengurusan melanjutkan waktu permainan, demi memenuhi permintaan dari pengunjung yang ramai itu. Lagi pun, mereka tidak akan rugi kerana perlanjutan waktu itu, malahan keuntungan yang berlipat ganda lagi, bakal diraih.

Sementara itu, Elly, masih lagi berlegar-legar di ruangan tersebut bagi meninjau-ninjau setiap pelosok taman tema itu mencari Alyssa. Mereka terpisah sebentar tadi, dek kerana perut Elly yang meragam. Dan kini, Elly kesal kerana meninggalkan sahabatnya itu. Seharusnya, dia mengheret Alyssa sekali ke bilik mereka supaya Alyssa tidak hilang. Puas Elly mencari, puas juga dia cuba menghubungi telefon bimbit Alyssa, namun gagal. Setiap panggilannya, terus sahaja masuk mesej. Elly berasa pelik dan tertanya-tanya, apakah mungkin telefon sahabatnya itu kehabisan bateri Tetapi, dia ada terlihat Alyssa mengecas bateri telefonnya, petang tadi. Jadi, mustahil ia sudah kehabisan. Elly turut bertanyakan teman-teman sepejabatnya serta ahli keluarga mereka yang terserempak dengannya. Tetapi, mereka juga tidak melihat atau tahu di mana Alyssa berada.

Menurut mereka, kali terakhir melihat Alyssa ialah ketika makan malam beramai-ramai, jam lapan malam tadi. Jadi, ke mana Alyssa sebenarnya, sekarang Persoalan itu yang masih merentasi pemikirannya yang semakin risau jika Alyssa gagal ditemui malam itu. Elly juga agak kepenatan kerana sudah beberapa kali dia berulang-alik ke biliknya. Manalah tahu, kalau-kalau Alyssa telah kembali ke situ, tanpa pengetahuannya. Tetapi, harapan itu, ternyata hampa. Alyssa jarang berperangai sebegini. Selalunya, Alyssa akan memaklumkan kepadanya, jika dia hendak ke mana-mana. Paling tidak pun, dia akan menghantar mesej kepada Elly, supaya sahabatnya itu tidak bimbang. Elly jadi semakin buntu. Hari sudah larut malam, namun kelibat Alyssa masih belum ditemuinya. Sudah lebih dua jam, dia memusing taman tema itu, tetapi tetap gagal menemukan Alyssa.

Kepada siapa hendak dia mengadu perihal kehilangan Alyssa. Kepada polis bantuan yang mengawal di situ Pasti kecoh jadinya nanti. Apa pula pandangan mereka nanti, apabila Alyssa muncul, betul-betul selepas dia membuat laporan. Bagaimana dengan Roziana Haruskah dia bertanyakan wanita tersebut Apa yang Elly tahu, Alyssa ada menghubungi Kak Rozi, ketika perutnya buat hal tadi. Jadi, mungkin Kak Rozi tahu sesuatu dan Alyssa ada menyatakan apa-apa kepadanya. Tetapi, andaikan tiada, macam mana pula Takkan dia nak menyusahkan Kak Rozi pula. Pastinya, Kak Rozi akan menjadi bimbang sekali lagi. Cukuplah dia menderita, apabila Alyssa kerapkali hilang beberapa ketika dahulu. Elly tidak mahu mengkhabari perkara yang belum pasti lagi itu kepada Kak Rozi. Entah macam mana, nama dan wajah Tuan Fahreen, tiba-tiba terpacul di kotak fikirannya. Mungkin itulah jalan yang terbaik buat masa ini. Sekurang-kurangnya, Tuan Fahreen punya ramai pengawal untuk membantunya mencari Alyssa.

Aku mesti beritahu Tuan Fahreen pasal hal ni. Tuan Fahreen memang berhak tahu kerana yang hilang itu adalah isterinya sendiri. Pasti nanti, dia punya jalan untuk menyelesaikan kehilangan ini,

fikir Elly. Dengan berat hati, langkah terpaksa juga diaturkannya menuju ke kamar penginapan Tuan Fahreen. Dia berasa tidak begitu molek untuk memaklumkan perkara itu kepada Tuan Fahreen, menerusi panggilan telefon sahaja. Apa-apapun, dia mesti bersemuka dengan Tuan Fahreen untuk menjelaskan kepadanya, bagaimana mereka boleh terpisah. Elly berharap agar Tuan Fahreen tidak terperanjat dengan berita ini dan lebih-lebih lagi, tidak marah kepadanya.

Apa Hilang Macam mana boleh hilang, Elly Awak dah cari betul-betul ke

soal Tuan Fahreen sebaik sahaja Elly menyampaikan berita buruk itu kepadanya.

Sudah puas saya mencarinya, tuan, tapi tak bertemu dia langsung. Saya risau tuan, takut sesuatu yang buruk terjadi kepadanya. Walaupun Genting ni tak besar, tapi banyak tempat-tempat hiburan yang boleh memerangkapnya. Tuan faham maksud saya, kan

terang Elly dengan suara bersalah. Tuan Fahreen cukup faham dengan kerisauan yang dirasai oleh Elly. Dia juga lebih risau kerana yang hilang itu adalah isterinya sendiri. Selama ini, dia berjaya menemui dan menjejaki semula isterinya yang pernah hilang itu. Tetapi kali ini, bimbang juga andainya kehilangan Alyssa, tidak berjejak.

Syarul, tolong dapatkan saya, Abang Mat,

arah Tuan Fahreen kepada salah seorang pengawal peribadinya.

Abang Mat tiada di sini, tuan. Dia keluar!

jawab Syarul pula.

Apa Abang Mat pun dah hilang ke Dia ke mana

tanya Tuan Fahreen lagi, tidak berpuas hati dengan jawapan Syarul sebentar tadi.

Maafkan saya, tuan, sebab dia langsung tak beritahu ke mana dia nak pergi.

Aduhh!! Kacau jadinya. Cuba hubungi dia, sekarang juga. Kalau dia tak angkat, hantar mesej s.o.s pada dia,

arah Tuan Fahreen. Nampak sangat Tuan Fahreen kelam-kabut menangani isu kehilangan Alyssa. Sedang keadaan menjadi agak kalut di situ, tiba-tiba telefon bimbit Tuan Fahreen berbunyi. Ada kelegaan di wajah Tuan Fahreen kerana orang yang menghubunginya itu adalah orang yang sedang dia cari iaitu Abang Mat.

Ha, Abang Mat pasti ke

soal Tuan Fahreen sambil diperhatikan oleh semua orang yang berada di situ.

Baiklah, Abang Mat tunggu sahaja di situ. Saya akan segera ke sana.

Setelah mematikan talian, Tuan Fahreen mula memberi arahannya,

Aziz, kamu tinggal di sini dan hubungi saya kalau ada apa-apa perkhabaran. Yang lain pula, ikut saya sekarang. Elly, seeloknya kamu pulang sahaja ke bilik kamu dan tunggu di sana. Manalah tahu, kalau-kalau Alyssa pulang ke sana, bolehlah kamu maklumkan kepada saya.

Elly hanya mengangguk lemah. Dia akur dengan arahan bosnya itu. Walau bagaimanapun, dia agak kecewa kerana tidak dapat menyertai misi mencari Alyssa itu. Tapi, arahan Tuan Fahreen itu logik juga. Sekurang-kurangnya, jika Alyssa pulang ke bilik, bolehlah dia beritahu kepada Tuan Fahreen dan orangorangnya. Jadi, tidaklah mereka tercari-cari lagi. Tuan Fahreen dan orang-orangnya tiba di tempat yang dijanjikan oleh Abang Mat tadi. Memang benar, Abang Mat sudah sedia menunggu di situ. Tentunya, dia punya maklumat tentang Alyssa. Abang Mat sememangnya seorang yang cekap dalam pelbagai hal. Abang Mat lantas membisikkan maklumat yang amat diperlukan oleh Tuan Fahreen, berkenaan dengan Alyssa. Menurut Abang Mat, dia berjaya mengekori Alyssa, setelah curiga dengan dua orang teman yang turut bersama-samanya. Malahan, Abang Mat juga tahu tentang rancangan durjana mereka itu. Lantas, dia terus menceritakan segala-galanya kepada Tuan Fahreen. Tanpa bertangguh, satu lagi arahan dikeluarkan oleh Tuan Fahreen,

Syawal, Aziz dan Mahmud, kamu bertiga pergi terus ke karaoke tersebut dan ambil Alyssa terus dari tauke gila itu. Kalau dia banyak sangat soal, kamu sebut sahaja nama saya pada dia. Abang Mat dan kamu berdua, mari ikut saya, selesaikan perkara ini dengan budak-budak yang membuat onar tersebut.

Sejurus mendengar arahan, mereka semua bergerak ke haluan masing-masing. Seperti yang dikehendaki oleh Tuan Fahreen, Syawal dan dua rakannya memasuki ruang karaoke nombor 14 yang dihuni seketika oleh Tauke Ang, konco-konconya dan juga Alyssa. Mujur mereka cepat kerana setibanya mereka di situ, Alyssa sudah pun diangkat untuk diusung ke kamar Tauke Ang pula. Keadaan Alyssa ketika itu, amat menyedihkan. Dia tampak terlalu mabuk dan masih khayal dan pening, walaupun dalam keadaan sedar.

Taukeh Ang, serahkan perempuan itu kepada kami sekarang. Kamu tak layak untuk bawa dia ke mana-mana. Kami akan bawa dia pergi, walaupun dalam keadaan terpaksa,

tegas Syawal yang langsung tidak memberi peluang kepada Tauke Ang.

Tercabar dengan kata-kata Syawal itu, Tauke Ang lantas bersuara,

Wei, I dont know you, people. Dont simply make funny joke to me. You better get out of my way.

Baru Syawal tahu, bahawa orang tua itu tidak tahu berbahasa Melayu. Patutlah mereka tercengangcengang macam orang tolol, ketika Syawal menutur arahan sebentar tadi.

Mr. Ang, we hope that you will understand us better. You cant take this lady with you, because shes belong to somebody else. It is not proper for you to do that, especially here in Malaysia,

kata Syawal pula, menterjemahkan maksud awalnya tadi.

I dont give a damn here. Ive bought this girl to serve me tonight. Ive deserve the right on everything Ive paid. You guys should get out of my side, before I kick you like a dog here,

jawab Tauke Ang dengan angkuhnya mempertahankan perempuan yang dirasakan adalah haknya untuk malam itu.

You can kick us like a dog, but we also dont give a damn. We will bring this lady along. We insist to do that. If youve got any problem here, or, maybe any claims, please direct yourself to our bos, Tuan Fahreen,

tegas Syawal lagi. Tauke Ang agak tergamam apabila mendengar nama Tuan Fahreen. Dia tidak sangka bahawa dia sedang berhadapan dengan orang-orang Tuan Fahreen. Siapa yang tidak kenal dengan lelaki ternama dari Malaysia itu. Namun, Tauke Ang punya sejarah sendirinya dengan Tuan Fahreen, yang memungkinkannya untuk tunduk kepada taikun tersebut, setiap kali mereka bertembung. Tuan Fahreen hampir memusnahkan perniagaannya dahulu yang bermula dari angkaranya sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang masuk perangkap Tuan Fahreen dan selepas itulah Tauke Ang sudah berjanji pada dirinya sendiri, bahawa dia tidak akan sekali-kali cari fasal dengan pemilik Tajul Holdings itu. Akhirnya, dengan rela, Tauke Ang melepaskan juga Alyssa kepada Syawal dan rakan-rakannya. Dia tidak mahu, sejarah dengan Tuan Fahreen berulang untuk sekali lagi. Kalau sudah namanya Tuan Fahreen, maka dia lebih rela beralah.

Oh, you boleh angkatlah ini perempuan. Its okay, you tak perlu bayar apa-apa. Send my regards to Tuan Fahreen,

kata tauke itu. Kali ini bolehlah pula, tauke dari Taiwan itu berbahasa Melayu. Manakan tidak, Malaysia merupakan rumah keduanya. Dalam sebulan, hampir dua atau tiga kali dia akan berulang-alik ke sini. Apa lagi, apabila mendengar nama Tuan Fahreen disebut, terus lidahnya bertukar kepada lidah terkena belacan, terboleh berbahasa Melayu, tanpa perlu berfikir lama. Akhirnya, tanpa bersoal jawab lebih lama lagi, Alyssa telah diusung keluar dari tempat itu. Namun, dia masih lagi pening dan mabuk yang keterlaluan akibat terlalu banyak tertelan serbuk khayal. Cakapnya juga sudah meraban. Syawal dan yang lain tidak tahu apa yang harus dilakukan. Apa yang penting, mereka harus membawa pulang Alyssa dengan segera ke bilik Tuan Fahreen. Selepas itu, terpulanglah kepada Tuan Fahreen, apa yang harus dilakukannya kepada Alyssa.

Fir, you rasa-rasa kan, rancangan kita ni akan berjaya ke

soal Nisya kepada Fir yang sama-sama menunggu di kawasan ruang rehat berhampiran bistro tersebut.

No worry Nisya, everything, dah diatur sebaik mungkin. Sebentar lagi, kita akan dapat habuan kita,

jawab Fir menyangkal kebimbangan Nisya itu. Tiba-tiba, telefon Fir berdering. Nampaknya seperti panggilan dari Tauke Ang atau konco-konconya. Namun begitu, senyuman meleret yang diukirnya, pada mulanya bertukar menjadi masam. Nisya mengesyaki, ada berita tidak baik yang mendatangi Fir. Sejurus selepas talian dimatikan, Fir mula mengamuk.

Celaka sungguh! Perempuan ni memang nak kenalah.

Kenapa Fir What happen

tanya Nisya pula yang agak terkejut dengan kemarahan Fir tersebut.

Tauke Ang tak mahu bayar baki tu. Katanya, ada tiga orang lelaki sudah bawa Alyssa pergi dari situ. Jadi, dia tidak akan bayar kepada perkhidmatan yang tidak dia perolehi,

sungut Fir.

Siapa yang berani bawa Alyssa pergi itu Janganjangan teman lelakinya. Ini tak boleh jadi. Mereka belum kenal lagi, siapa kita. I tak kira, esok I akan upload gambar-gambar perempuan tu di internet,

marah Nisya pula. Tetapi, mereka tidak berkesempatan melakukan apa-apa kerana Tuan Fahreen dan orang-orangnya muncul dengan tiba-tiba. Mereka berdua tergamam, apabila melihat lelaki yang amat dikenali itu berada betul-betul di hadapan mereka. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Tuan Fahreen, ketika itu Persoalan demi persoalan, mulai berlegar di kepala mereka berdua.

Kamu berdua, tolong serahkan gambar-gambar Alyssa dan salinannya sekali, yang kamu ambil tanpa pengetahuan dia. Kalau tidak, kamu tahulah nasib kamu macam mana nanti,

ujar Tuan Fahreen memberi arahan.

Eh, siapa engkau, ha Pandai-pandai pula nak bagi arahan pada kami

soal Fir dengan angkuhnya, berpura-pura tidak mengenali Tuan Fahreen. Abang Mat yang tidak berpuas hati melihat kesombongan Fir itu, pula mencelah,

Hei, orang muda, jangan kurang ajar sangat. Engkau tahu tak, engkau sedang berhadapan dengan siapa ni

Apa aku peduli, dia yang ganggu urusan aku. Lagi pun, apa kena-mengena Alyssa dengan Tuan Fahreen, sampai sibuk-sibuk minta gambar-gambar dia berbagai,

tengking Fir pula. Tuan Fahreen yang hampir hilang sabar, mula mencekak kolar baju Fir. Lelaki berlagak itu perlu diberi pengajaran, agar dia tidak sewenangwenangnya mempergunakan hak milik orang lain, demi kepentingan dirinya sendiri.

Engkau dengar sini baik-baik, jangan sekali pun engkau dekati Alyssa atau mempergunakan dirinya untuk tujuan wang. Aku tak ambil kisah, jika engkau nak jual mana-mana perempuan sekalipun, asalkan bukan Alyssa. Engkau tentu tak mahu diri engkau susah, kan

Tuan Fahreen memberi amaran.

Siapa tuan pada Alyssa, ha

soal Fir yang masih lagi tidak berpuas hati.

Kalau engkau nak tahu, perempuan yang engkau cuba jual itu adalah isteri aku. Aku beri peringatan terakhir kepada engkau, jika engkau cuba nak menganiayai dia lagi, engkau akan terima akibatnya. Bila-bila masa saja, aku boleh sumbat engkau ke penjara. Engkau jangan fikir yang aku tak tahu apa pekerjaan engkau yang sebenarnya. Jika engkau tak mahu masalah, better you stay away from Alyssa, from now onwards,

ujar Tuan Fahreen memberi amaran keras kepada Fir.

Dan engkau pula,

Tuan Fahreen berpaling kepada Nisya yang masih terkulat-kulat di situ, mungkin kerana terkejut apabila mengetahui status Alyssa yang sebenarnya.

Aku hendak, engkau serahkan gambar-gambar Alyssa kepada aku dan jangan sekali-kali engkau upload gambar-gambarnya di internet. Jika tidak, pihak polis akan segera berada di depan pintu rumah engkau untuk memberkas engkau. Ingat!

sambung Tuan Fahreen lagi. Tuan Fahreen tidak berminat untuk menunggu lebih lama lagi, di situ. Dia tidak minat untuk terus berkomunikasi dengan dua insan yang jahat di matanya itu. Setelah menyaksikan kesemua mereka berlalu, Fir terus merenung Nisya dengan seribu macam persoalan. Dia tidak mengerti, mengapa kali ini Nisya gagal menyelidiki status sebenar mangsa yang bakal dijeratnya.

Kenapa engkau tak pernah beritahu yang Alyssa itu, isteri orang, terutama sekali Tuan Fahreen Nyarisnyaris kita tertangkap tadi!

marahnya.

Manalah I tahu. Alyssa pun tak pernah beritahu yang dia tu isteri orang. Kalau I tahu dia isteri Tuan Fahreen, dah lama I jauhkan diri I dari dia. Selama ini pun, I tengok dia tu, single-mingle je. Cara pergaulannya, sosial kehidupannya, langsung tidak mencerminkan yang di itu sudah berkahwin. You pun, janganlah nak salahkan I saja. Kalau status seseorang tu, ada ditulis di dahinya, senanglah kita nak tahu. You yang selalu asyik-masyuk dengan dia pun, tak dapat detect status dia, kan

jawab Nisya yang tidak berpuas hati dengan kemarahan Fir itu.

I ni lain Nisya, mana-mana jenis perempuan pun, I ngap saja, sampai I tak tahu, dia tu single or married. Perempuan kelab, semua sama saja perangainya,

jawab Fir pula, masih mempertahankan kebenarannya. Fir akhirnya berlalu pergi dari situ dengan hati yang masih marah. Dia meninggalkan Nisya termangu keseorangan di situ, bersoal jawab dengan kealpaannya itu. Sementara itu Tuan Fahreen kembali ke biliknya apabila di khabarkan mereka telah berjaya menyelamatkan Alyssa.

Puan Alyssa ada dalam bilik tuan. Kami baringkan dia di katil Tuan. Tetapi, keadaannya....

Syawal tidak tergamak untuk menghabiskan ayatnya. Tuan Fahreen pula, tanpa lebih banyak bersoal jawab dengan pengawalnya itu, terus memasuki ruang kamarnya untuk mengetahui situasi isterinya. Manakala pengawal-pengawalnya yang lain, hanya menunggu di luar. Mereka tidak mahu masuk campur urusan seterusnya majikan mereka bersama isterinya. Mereka hanya perlu menunggu arahan seterusnya. Sejurus kemudian, Tuan Fahreen keluar lalu memberi arahan kepada pengawal-pengawalnya untuk beredar. Sebaik-baiknya, biarlah dia sendiri yang memberesi isterinya itu. Rasanya, tidak enak untuk mereka semua menyaksikan keaiban Alyssa yang sedang khayal ketika itu. Tanpa bersoal jawab kesemua pengawalnya berlalu dari situ. Abang Mat sempat berpesan kepada Tuan Fahreen,

Tuan, walau apa pun keadaan Puan Alyssa ketika ini, saya harap tuan faham bahawa dia berada dibawah kesedarannya. Jika dia waras, saya percaya, dia tidak mungkin berkelakuan sedemikian. Nampaknya, si Firaun itu telah memberikan dos serbuk khayal yang berlebihan kepada Puan Alyssa.

Tuan Fahreen hanya menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan pendapat Abang Mat yang lebih berpengalaman darinya, dalam hal-hal sebegini. Setelah Abang Mat pun beredar, Tuan Fahreen segera menutup pintunya lantas mendapatkan Alyssa, yang masih berilusi tinggi itu. Pakaian yang dipakai Alyssa ketika itu, boleh dikatakan hampir terselak di sana sini. Sedangkan dia, masih melayan imaginasinya sendiri sambil tersenyum sendirian, soalah-olah sedang beraksi panas ketika itu. Tuan Fahreen mahu menghentikan semua yang sedang berlaku ketika itu, namun dia buntu akan bagaimana caranya untuk mengeluarkan Alyssa dari alam khayalannya itu.

Akhirnya, Tuan Fahreen mendapat satu akal. Dia lantas mengusung Alyssa dengan khudrat jantannya, dan didudukkan di dalam tub mandi. Ketika di dalam usungan, Alyssa acapkali mencium pipinya. Alangkah indahnya jika ciuman itu datang dari Alyssa, ketika dia dalam keadaan sedar, fikir Tuan Fahreen. Dia sememangnya sentiasa mendambakan cinta dan kasih sayang dari Alyssa. Belum sekali pun dinikmatinya, selama berstatus suami kepada Alyssa. Selepas itu, air pun dibuka dan dengan sertamerta Alyssa menjadi basah kuyup dari hujung kakinya sampailah ke kepalanya. Namun, kebasahan itu tidak cukup untuk menghentikan khayalannya yang masih di tahap tinggi itu. Tuan Fahreen hanya mampu duduk di sudut tab mandi itu, menunggu dengan sabar akan perubahan yang bakal disaksikannya nanti. Namun, Tuan Fahreen terkejut apabila tubuh badan Alyssa pula yang mula menggeletar dan keadaanya menjadi semakin teruk selepas beberapa ketika, sehingga bibir dan kukunya bertukar warna menjadi pucat kebiruan.

Tuan Fahreen panik, terutamanya apabila dia baru teringat bahawa mereka sedang berada di Genting Highlands dengan cuaca malam yang amat dingin sekali. Maka, langkah merendam Alyssa untuk menyedarkannya, bukanlah langkah yang bijak. Tuan Fahreen akhirnya menggendong Alyssa keluar dari tab mandi tersebut. Ketika itu, keadaan Alyssa sudah tidak sedarkan dirinya lagi. Tuan Fahreen turut melucutkan pakaian basah Alyssa itu, lalu digantikannya dengan pakaian miliknya yang lebih kering. Tetapi, keadaan Alyssa masih tidak berubah. Tubuhnya makin menggigil dengan kuat sekali. Akhirnya, Tuan Fahreen terpaksa menghubungi Abang Mat, bagi mendapatkan nasihat dari pengawalnya yang lebih berpengalaman itu.

Begini, tuan jangan cepat panik,

nasihat yang diberikan oleh Abang Mat itu, masih gagal meredakan perasaan gusar Tuan Fahreen ketika itu.

Bagaimana saya tak panik, Abang Mat. Dia menggigil kesejukan sehingga pengsan. Kalau terjadi apa-apa kepada dia, saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya rasa, lebih baik saya hubungi ambulans sekarang dan bawa dia segera ke hospital,

ujar Tuan Fahreen, mencantas ayat seterusnya yang hendak diperkatakan oleh Abang Mat tadi. Tuan Fahreen menyesal kerana untuk pertama kalinya, dia telah melakukan kesilapan yang bodoh sebegitu sekali. Dia sendiri tidak mengerti, bagaimana dia boleh bertindak sesuatu yang boleh mengundang padah kepada isterinya itu.

Tuan, bawa bertenang. Dengar penjelasan Abang Mat dahulu. Memang keadaan terdesak sekali sekarang ni, tetapi kita punya cara yang jauh lebih cepat dan berkesan. Saya bukannya bimbangkan sangat tentang imej dan maruah tuan tu, tetapi kita boleh cari penyelesaiannya melalui usaha tuan sendiri. Tuan, adalah suami kepada Puan Alyssa. Jadi, Abang Mat nak sarankan tuan guna cara ni dahulu, iaitu body to body heat. Cara ini lebih cepat dan berkesan, malahan sering digunakan di negara-negara yang beriklim sejuk dan bersalji juga,

terang Abang Mat.

Betul juga saranan Abang Mat itu,

fikir Tuan Fahreen. Apa salahnya jika dia mencuba cara itu. Niatnya ikhlas, bukannya untuk menganiayai Alyssa ataupun memalukannya. Lagi pun, cara itu sedikit pun tidak salah dari sisi agama kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Akhirnya, Tuan Fahreen mengambil keputusan untuk menurut sahaja nasihat Abang Mat itu. Dia tidak mahu menunggu terlalu lama kerana khuatir keadaan itu akan lebih memudaratkan Alyssa. Tuan Fahreen terpaksa melurutkan pakaiannya juga, untuk menyelimuti kepanasannya kepada Alyssa. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu melihat susuk tubuh isterinya itu kerana takut tertewas dengan godaan nafsunya. Namun, nafsunya bergelora apabila tubuhnya merapati tubuh Alyssa.

Ya Allah, sesungguhnya aku bakal tewas malam ini. Isteriku ini adalah wanita yang terlalu istimewa. Aku tahu, hubungan kami ini halal di sisiMu. Namun, aku tidak tahu sama ada aku mampu menanggung kemarahan dan kecamannya lagi terhadapku, selepas ini. Engkau berilah aku kekuatan sebagai seorang suami, dan Engkau lembutkanlah hati wanita yang aku cintai ini, supaya dapat menerima cinta suciku ini.

Tiba-tiba, Tuan Fahreen seperti terdengar satu suara yang berbisik ke telinganya dan berkata,

Nikmatilah dia, Fahreen. Dia adalah hakmu yang sah untuk selama-lamanya, selagi ikatan kamu halal di sisi Allah. Kamu berhak memilikinya secara rela atau terpaksa. Kamu tidak akan menyesal, malahan kamu akan jadi seorang yang cukup bertuah, kerana berjaya memiliki wanita yang menjadi pujaan hatimu.

Akhirnya, godaan itu dituruti jua. Malam itu juga, Tuan Fahreen sudah melaksanakan tanggungjawab batinnya buat pertama kali, sebagai seorang suami.