M. BUTTERFLY - 17
Flat Gallimard dan Butterfly. Beijing. 1960

SONG: (Kepada audiens) 1961. Gallimard dalam perjalanan pulang balik ke rumahnya.

CHIN: Dapatkan maklumat bila sebenarnya amerika akan bom Vietnam. Lebih baik lagi kalau kau boleh dapatkan daerah mana yang diaorang akan serang dulu.

SONG: Aku akan cuba tapi aku tak boleh beriya sangat. Nanti dia syak.

CHIN: Faham. Lagi Apa lagi yang kau boleh bagitahu aku

SONG: Amerika akan tambah lagi bilangan askar di Vietnam dari yang ada sekarang kepada 170,OOO orang, dengan 120,000 askar dan 11,000 pegawai penasihat.

CHIN: (menulis dalam buku nota) nanti, nanti.. 120,000 askar dan..

SONG: 11,000 pegawai

CHIN: Pegawai penasihat. (senyap) macamana kau boleh ingat semua ni, ha

SONG: Aku ni kan pelakon.

CHIN: Oh, ya ya.. sebab tu ke kau pakai baju macam tu

SONG: Macam tu tu, macamana cik chin

CHIN: Macam tu! Pakai gaun. Tiap-tiap kali aku datang sini,kau mesti pakai gaun. Jadi kau pakai gaun ni sebab kau berlakon ke atau ada sebab lain

SONG: Berlakon tu kan sama maknanya dengan menyamar. Jadi ini penyamaran namanya, cik chin.

CHIN: Entahlah. Pada aku orang yang jadi pelakon ni memang pelik. Aku setuju dengan apa yang mak aku cakap, pelakon tu sama je dengan pelacur dan taik judi dan..

SONG: Benda ni membantu aku untuk dapatkan maklumat yang kau tulis dalam buku kau tu. (senyap)

CHIN: Kau tak kan buat benda-benda yang melampau kan Benda-benda yang melanggar peraturan Parti kita

SONG: Kenapa pulak aku nak buat benda-benda macam tu

CHIN: Tak tau. Saja lah tanya. Kau tau kan, bila kau bekerja untuk parti itu bermakna kau bawak nama Chairman Mao dalam apa perkara pun yang kau buat, kan

SONG: Aku tak pernah lupakan dia dalam apa pun yang aku buat. Tiap detik tiap saat.

CHIN: Samalah kita. Okei, terima kasih Komrad. (Komrad Chin mula beredar) Komrad

SONG: Ya

CHIN: Jangan lupa: homoseks tu haram di sisi undangundang Negara kita.

SONG: Ya, aku tau.

CHIN: Sajalah nak ingatkan. (Komrad Chin keluar)

SONG: (kepada audiens) Zaman sekarang,benda tu dah tak jadi hal pun di China ni. (gallimard menjengah

dari luar pentas)

GALLIMARD: Pergi dah perempuan tu

SONG: Ya. Kau pulak sambung, Rene.