DIARI CINTA ROMEO - 17
Cuaca mendung. Tanah basah. Baru lepas hujan barangkali. Aku jenguk dekat tingkap. Pemandangan dari aras 12 terutamanya dari bilik aku ni membolehkan aku melihat keseluruhan kawasan UM. Nampak suram je. Sejuk. Aku suka cuaca macam ni. Tak panas sangat. Tak sejuk sangat. Ala-ala korea.

Kata kawan aku yang kipas susah mati korea. Aku pun tak tahu apa yang dia minta sangat. Tak dinafikan diorang memang comel tapi lelaki jambu sangat. Maaf kepada peminat Korea. Lepas tu tengok Running Man, gelak sorang-sorang. Mungkin aku tak cuba masuk dalam dunia mereka. Kalau aku masuk pun tak mungkin aku akan jadi macam diorang. Minta-minta dijauhkanlah.

Kali terakhir aku pergi Melaka masa aku tingkatan lima. Dan bila aku sampai Melaka tadi, aku tak percaya. Betul ke aku ada dekat Melaka ni

What the.. Banyak gila perubahan. Pesat gila membangun. Aku just ingat air terjun dekat dengan traffic light tu je. Lain-lain aku dah tak recognize Monolog aku dalam hati.

Aku selalu je lalu Melaka kalau balik kampung. Batu Pahat Kuala Lumpur. Tapi lalu dekat PLUS je. Takde sampai nak masuk pelusuk Melaka. Tapi kali ni aku terkesima. Cepat betullah Membangun. Patutlah dapat gelaran Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau. Dan aku dah jatuh cinta dengan Melaka since pertama kali aku sampai dulu.

Vibrate. Ada mesej masuk. Daripada CapitalM

CapitalM : Awak, dekat mana tu

Aku : Fiz baru je lepas tol Ayer Keroh. Masuk Melaka dah. Kenapa sayang

CapitalM : Ada saudara Sue datang ni. Tak tahu lagi boleh pergi stadium tak.

Aku : =(

CapitalM : Ala sayang, jangan macam ni. Dah saudara dia nak datang. Tak elok pulak kalau kitorang keluar.

Aku : Fiz datang Melaka ni pun sebab sayang tau. Kalau tak, tadi memang tak pergi. Dengan tak sedap badan macam ni. Hm takpelah. Bukan salah awak. Bukan salah sesiapa. Kalau ada rezeki nanti, kita jumpalah okay.

CapitalM : Okay awak. Terima kasih sebab faham. Miss u

Aku : Miss you too baby. I love you

CapitalM : Hm.. lyt

Sedih. Mestilah sedih. Rindu punya pasal, aku sanggup ke Melaka dari KL. Tapi aku rasa jodoh kami kuat. Aku optimis. Dia akan datang ke stadium. So aku enjoy sepanjang perjalanan.

Pak cik bas tu bukak cerita Mission Impossible : Ghost Protocol. Aku dah cakap pak cik ni baik dan peramahkan. Dia tak nak kitorang boring. Siap bukak movie lagi. Pak cik ni siap bagi aku gula-gula angin lagi. Sebab dia tahu alu tak sihat. Batuk-batuk. Terima kasih pak cik. Kalau pak cik baca buku, pak cik jangan ambil hati pasal tadi ye. Sebab saya tak sihat. Tu yang macam nak marah-marah je.

Kau tahu jalan tak ni Pak cik bas

Saya ingat-ingat lupalah pak cik. Dah lama saya tak pergi Qiu

Apa nama tempat tu Pak cik bas

Stadium Hoki Bukit Serindit. Dekat-dekat dengan hospital Qiu

Oh okay-okay. Tahu Pak cik bas

Jalan punya jalan punya jalan, kami sesat. Pak cik ni sengih-sengih je tengok kitorang. Memang pak cik ni tahu sangat pun jalan. Kan Kami masuk kawasan perkuburan Cina, kami masuk ceruk kampung mana entah. Dengan bas yang besar tu, muat je pak cik ni cilok dekat jalan-jalan sempit.

Aku ingat ada satu sekolah ni. SK Perempauan Durian Daun. Betul atau tak Kalau salah, sila betulkan saya. Entah, aku pun ingat-ingat lupa. Lepas dua kali tanya orang, barulah kami jumpa tempat yang dituju. Nasib baik tak ramai orang lagi. Macam aku cakap tadilah, stadium tu muat-muat unuk 200 orang je. Kalau lambat, nasib kena tengok game sambil berdiri atau dekat luar stadium

Masa kami sampai ni, Jepun tengah menentang Iran. Keputusan seri pada separuh masa pertama. Tapi aku tak amik port sangat pasal game ni. Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling. Tengok karenah manusia yang berbilang bangsa, ragam, tengok keadaan stadium yang padat dengan budak-budak sekolah. Rindu pulak dengan zaman sekolah. Untunglah nasib menyebelahi kami. Semua budak kolej aku dapat seat. Walau terpaksa berebut jugaklah. Nak buat macam mana, nak sangat buat dekat Melaka, promosi katanya.

Aku mesej CapitalM

Aku : Sayang, Fiz dah sampai stadium

Takde respond. Mungkin sibuk melayan saudara Sue. Takpelah, yang penting aku dah beritahu yang aku dah sampai. Full time, Jepun belasah Iran 3-1. Takdelah belasah sangat sebenarnya. Aku tengok game tu, Jepunlah banyak kuasai perlawanan. Aku tak pandai sangat nak ulas game. Dan aku tau korang pun bukan nak tahu sangat tentang game ni. Malaysia main pukul 8. Sempat kalau solat dulu ni.

Tiba-tiba CapitalM mesej.

CapitalM : Awak, rindu.

Aku : Miss you too sayang. Kejap eh, Fiz nak solat.

CapitalM : Okay-okay

Aku tengok kiri, aku tengok kanan. Ramai gila orang. Ni kalau semua pergi solat, memang sah kerusi kena rembat. So aku aku buat keputusan pergi solat berdua-dua.

Dekat mana nak solat ni Aku

Surau dekat sebelah sana j Qiu

Okay. Aku pergi solat dulu dengan Amir. Kau tunggu sini, jaga seat. Kalau seat kitorang kena rembat, kepala kau aku rembat Aku

Aku pun pergilah solat dengan Amir. Sampai je surau, sejuk je hati aku tengok. Penuh. Sampai aku nak solat pun kena tunggu turn. Surau tu boleh muat 10 orang je untuk sekali berjemaah. Okaylah tu sebab stadium ni pun bukan selalu guna. Tapi ramai je yang nak solat. Lagi-lagi adik- adik dari sekolah rendah ni. Comel-comel je aku tengok. Sejuk j hati.

Lepas wudhu aku kena tunggu dulu satu jemaah yang tengah solat ni. Bukan ke tadi aku dah cakap aku kena tunggu giliran. Toleh kiri, toleh kanan. Amir bisik dekat aku.

Kau je yang paling tua dekat sini. So title imam tu milik kaulah Amir

Aku senyum je. Aku tak kisah jadi imam. Nanti dah kahwin pun mesti kena jadi imam untuk isteri dan anak-anakkan Tapi pada aku, kalau ada yang lebih baik dan sesuai, biarlah dia jadi imam. Dan Allah dengar apa yang aku hasratkan. Selesai je jemaah ni beri salam, datang seorang pak cik. Tengok pakaian, macam pegawai untuk kejohanan ni. Dia sesuailah kot. Aku pun terus iqamah.

Dan sebelum tu, aku nampak ada dua orang pemain Malaysia selesai solat. Alhamdulillah. Semoga kemenangan milik kamu malam ni.

Usai solat, aku terus ke seat tadi. Aku nampak pemain Malaysia dah masuk padang. Aku pun keluarkan mafla dan Jalur Gemilang. Maaf classmate, bendera tu aku rembat dari kelas. Mafla tu sebenarnya untuk Harimau Malaya tapi lantaklah. Malaysia tetap Malaysia okay. Aku memang sediakan mafla dengan Jalur Gemilang tu sebagai tanda sokongan aku. Patriotikkan aku Mestilah, saya orang Malaysia. Kalau bukan saya, siapa lagi nak sokong Malaysia. Sementara menunggu game start, aku mesej CapitalM.

Aku : Sayang, sayang dekat mana ni

CapitalM : Saya dah otw ke stadium ni wak

Aku : Yeah! Tengok, Fiz dah cakap dah. Mesti ada rezeki kita jumpa ni.

CapitalM : Buat apa tu Duduk dekat mana

Aku : Tengah tunggu dan rindu dekat sayanglah. Fiz duduk dekat dengan VIP ni. Dekat dengan grandstand. Tak sabar nak jumpa sayang ni.

CapitalM : Mesti ramai orangkan. Kalau tak jumpa pun takpelah. Dapat tengok dari jauh pun cukup.

Aku : Kenapa sayang cakap macam tu Sayang ada masalah k

CapitalM : Saya rindu emak saya wak. Bila saya tengok mak Sue, saya sebak. Saya rindu keluarga di Sabah.

Aku : Hm, sayang sabar k. Janganlah sedih-sedih. Semua orang rindu dekat keluarga. Fiz ni pun dah lama tak balik rumah. Dah sayang, jangan buat muka sedih. Nanti apa pulak Sue cakap.

CapitalM : Okay wak =)

Aku : Macam ni lah sayang. Tak mau sedih-sedih okay. Nanti dah sampai, mesej tau. Miss u baby.

CapitalM : K

Aku : k

CapitalM : Yela-yela, miss u too =)

Kesian pula aku dengan CapitalM ni. Tersentuh hati aku bila dia cakap macam tu. Aku yang dekat ni pun jarang balik. Nampak sangat tak menghargai peluang yang ada. Nanti kalau kena posting Sabah Sarawak, baru tahu nak balik semenanjung selalu. Besar harapan aku kalau aku sentiasa kuat. Ya, aku kena kuat untuk bagi sokongan dekat CapitalM. Semoga dia tabah untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu. Yeahhh!!

Dan seperti yang dijangka. Malaysia menang 2-1 ke atas Pakistan. Kira berbaloilah aku datang jauh-jauh ni. Dapat jumpa yang tersayang, Malaysia pun menang.

Alhamdulillah..