CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 17
IDLAN mendongak memandang dada langit. Sekumpulan burung terbang hampir menyapa awan mencuri fokus. Kan bagus kalau dia jadi sebahagian dari burung-burung itu. Terbang bebas tanpa dibelenggu sebarang beban dan masalah.

Dia leka dengan persembahan percuma di langit itu. Bibir melakar senyum dan kedua-dua tangan mencekak pinggang. Namun, tumpuannya terganggu apabila ada suara halus menyapa dari belakang.

Abang tengok apa atas sana tu

Idlan senyum lebar. Tahu suara itu milik Ika. Dia berpaling. Kenapa Ika selalu muncul ketika dia menikmati suasana alam Semalam juga begitu.

Ika tak nampak apa yang abang nampak

Ika mendongak ke langit. Mengikut perlakuan

Idlan, Ika nampak awan, langit, burung dan corak.

Wajah Idlan berkerut. Corak

Ya. Corak. Serpihan dari awan yang tak bercantum. Hanya garis-garis halus dan garis-garis kasar. Abang tak perasan Senyum manis mula terukir di bibir. Dia kembali memberi tumpuan pada Idlan.

Idlan garu dagu. Serta-merta perhatian beralih pada gadis itu, Abang nampak, tapi tak terlintas dalam fikiran bahawa serpihan awan itu adalah corak. Ia tetap awan di mata abang.

Siapa suruh abang tengok dengan mata kasar Cuba lihat dengan mata halus. Maksud Ika, dengan mata hati. Tentu abang dapat tengok jauh dari itu.

Tawa halus Idlan berderai, Sejak bila Ika jadi sentimental

Sentimental

Idlan melangkah menghampiri tangga lalu melabuh duduk di situ, Ika bawa apa Macam baru balik dari kenduri.

Ika melangkah dan mendekati Idlan. Mangkuk tingkat dihulurkan. Mak suruh hantar lauk dari masjid yang mereka simpan masa kenduri tadi. Lagipun, Che Jah tak datang. Dia sakit lutut, kan

Idlan mengambil mangkuk tingkat dari tangan Ika lalu diletak atas beranda, Biasalah orang tua. Macammacamlah datang sakitnya.

Abang tak bawa dia ke klinik

Dah, malam tadi. Doktor suntik sejarum. Nampak makin elok. Esok lusa, bolehlah dia pergi masjid macam biasa.

Ika curi-curi pandang wajah Idlan yang tak beriak. Dalam hati, dia ingin mengorek sesuatu. Dia nak tahu kenapa Idlan ada di kampung dan tak pulang semula ke Johor Bharu. Tapi, dia segan nak bertanya soal itu. Nanti dikatakan busy body.

Ika, mari duduk sini. Nanti penat berdiri. Ika tak perlu risau. Kita duduk berborak pun di depan rumah. Mak abang ada kat dalam. Nanti masuklah jenguk dia sekejap. Kalau nak berbual dengan abang kat sini pun boleh. Ika pilih pakej mana satu Ika nak. Kalau Ika masuk, boleh minum-minum. Kalau duduk sini, boleh tengok langit atau pandang depan. Panjang Idlan berkata-kata. Tak lupa mengisi bahan menyakat Ika.

Ika menahan senyum, Biarlah kita borak kat sini aje. Abang tu, kalau sehari tak usik Ika, memang tak best hidup abang, kan Kat luar mengusik, dalam WhatsApp menyakat. Menyampah betul...

Idlan gelak kecil. Jangan menyampah sangat dengan abang. Orang tua-tua kata, kalau kita benci sangat pada seseorang, kemungkinan orang tu jodoh kita, ujar Idlan lagi.

Tak lekang mahu bergurau dengan Ika. Hairan dia. Setiap kali mereka berjumpa, ada saja modalnya nak lihat wajah Ika jadi malu-malu dan bertukar warna.

Ika tarik muncung. Kedua-dua tangan dipeluk ke tubuh. Usikan Idlan tak boleh dipangkah bodoh-bodoh. Nanti dia sendiri akan terkena.

Abang... Ika nak tanya satu soalan. Ika cuba mengubah tajuk perbualan.

Ada yang ingin ditanyakan pada Idlan. Ia melibatkan soal perasaan. Mungkin Idlan boleh beri pendapat lebih bagus memandangkan lelaki itu ada banyak pengalaman. Ika nak tahu sejauh mana dia sukakan Idlan. Adakah suka biasa-biasa atau suka sampai ke tahap cinta. Tapi, soalannya nanti haruslah berlapik. Tak mahu terlalu terbuka. Mungkin dia boleh berkias sedikit supaya Idlan tak syak sesuatu.

Sejak akhir-akhir ini, perasaannya aneh apabila berjumpa Idlan. Kalau dulu dia benci, menyampah dan tak suka ketika Idlan muncul depan mata. Tapi, sekarang semua dah terbalik. Makin kerap bersama Idlan, berbual, bergaduh dan berbaik, hatinya berbunga-bunga. Kalau setakat dia suka berkawan dengan lelaki itu, dia tak kisah sangat. Tapi, kalau sampai ke tahap cinta, itu yang buat dia takut. Soalan susah ke, soalan senang

Senang aje. Abang jawab, tau. Ika tunjuk wajah mengharap.

Okey. Abang cuba jawab.

Erm... Kalau seorang perempuan sukakan seorang lelaki, bukan bermaksud cinta, kan

Idlan kerutkan dahi, Siapa cakap kalau antara lelaki dan perempuan bila dah suka, tak bermaksud cinta

Ika sendirilah cakap.

Bagi abang, apa yang Ika cakap tu salah.

Pelik. Kenapa tiba-tiba Ika tanyakan dia soalan begitu Mungkinkah Ika sukakan seseorang dalam diam Idlan rasa panas. Dahi disapu perlahan. Dirasakan peluhnya mula keluar. Dia risau memikirkan kemungkinan itu. Bimbang kalau ada lelaki lain berjaya mencuri hati si gadis yang mula mengetuk pintu hati.

Kenapa salah

Pendapat abang, suka tu dah memang sebahagian dari perasaan cinta.

Ika diam. Tak tahu nak setuju atau nak bangkang pendapat Idlan. Kalau suka itu cinta, bermakna... dia cintakan Idlan Ika membantah keras dalam hati. Apa betul ke dia cintakan Idlan Ah, mengarut sungguh.

Lan... kenapa tak ajak Ika masuk

Idlan berpaling, memberi perhatian sebentar pada ibunya yang berdiri di muka pintu, Ika yang tak mahu. Lan tak boleh nak paksa dia.

Ika mencemik. Bila masa Idlan menjemputnya masuk Idlan cuma memberi dua pilihan. Tak pula dijemput naik ke rumah. Penipu betul Idlan ni. Kutuk Ika dalam hati sebelum memberi senyum pada Che Jah.

Makcik, Ika dah nak balik. Lutut makcik macam mana Dah baik sikit Soalnya, sekadar bertanya khabar.

Che Jah memerhati lutut sendiri dan kembali membalas senyum. Terbit garis-garis halus di tepi bibir, Alhamdulillah. Allah masih berikan kekuatan untuk berjalan.

Baguslah tu. Bukan apa, mak kat masjid tadi risau sebab makcik tak datang. Yang lain-lain pun risau. Insya-Allah, malam nanti mereka datang sini lawat makcik.

Hish, apa nak dirisaukan Makcik tak apa-apalah, balas Che Jah dan mempelawa Ika masuk ke rumah.

Tiada pilihan apabila Che Jah menjemput sendiri, Ika terpaksa akur demi menjaga hati orang tua. Tak mahu dikatakan tiada adab kerana menolak.

Ika duduklah atas kerusi. Makcik nak duduk di bawah. Nak bersandar kat tiang. Kejap lagi nak minta Abang Idlan urutkan kaki, ujar Che Jah sambil duduk perlahan dengan bantuan Idlan.

Ika yang hampir-hampir melabuh duduk di kerusi, terpaksa batalkan niat. Dia memutuskan duduk di lantai bersama Che Jah.

Eh, kenapa Ika duduk bawah

Ika lebih muda, takkan nak duduk atas kerusi sedangkan makcik duduk bawah Ika rasa macam tak hormatkan makcik aje. Seganlah...

Sejuk telinga Che Jah apabila Ika memberi jawapan begitu. Penuh sopan dan berhemah. Kalau dapat menantu perempuan begini, tentu hatinya senang. Perlahan kedua-dua tangan Che Jah menyentuh pipi Ika. Diusap lembut tanpa sepatah kata. Bertuah Mak Wan ada anak gadis sebaik ini. Bertimbang rasa dan faham hati orang tua.

Idlan duduk sebelah Che Jah hanya memerhati. Dia faham apa tersirat di hati kecil ibunya. Rasa bersalah datang menerpa. Kalau masa dapat diputar semula, ingin sekali dia membetul keadaan.

Kenapa makcik nampak sedih Soal Ika. Pelik melihat tingkah Che Jah apabila menyentuh dan mengusap pipinya. Sentuhan itu bagaikan seorang ibu membelai anak sendiri.

Che Jah tersedar. Baru perasan dia bertindak jauh dan terus berhenti mengusap wajah Ika, Kalau Ika jadi menantu makcik, gembiranya hati makcik ni.

Wajah Ika berkerut. Kenapa Che Jah kata begitu depan Idlan Nanti apa Idlan akan fikir

Maaf kalau Ika silap tanya. Bukan ke makcik dah ada menantu Tentu makcik dan pakcik gembira. Mungkin nanti akan dapat cucu, lurusnya Ika berkatakata dalam pada tidak tahu perkara sebenar yang membelenggu Che Jah sekeluarga.

Che Jah tunduk. Dia terlupa Idlan ada di situ. Mujur tak terlepas cakap. Kalau tak, jatuh maruah keluarga depan Ika. Persoalan Ika dibiarkan sepi tak berjawab.

Lan, tolong urut kaki mak sikit, boleh

Idlan mengangguk. Patuh dengan permintaan, Tentulah boleh. Kalau mak tak suruh, Lan urut juga, tapi tak adalah pandai sangat.

Ika pun boleh urut. Makcik nak tak kalau Ika urut sama Ika tawarkan diri.

Che Jah tersenyum senang hati. Dia mengangguk setuju. Ika membuka penutup botol minyak urut. Muncung botol diterbalikkan dan ditutup dengan tapak tangan.

Minta kat abang sikit. Idlan buat isyarat menyuruh Ika curahkan sedikit minyak ubat di atas tapak tangan.

Ika menurut. Pertama kali, tangan mereka bersentuhan secara tak sengaja. Tersedar kesilapan itu, Ika segera jarakkan diri. Dia meneguk keras air liur. Perasaan asing itu muncul lagi. Satu perasaan aneh yang buat jantungnya berdegup tak stabil. Sekejap pantas, sekejap perlahan. Kalau marah, sedih, gembira, senang hati, risau... dia tahu bagaimana rasanya. Tapi, perasaan yang satu itu, yang berkali-kali hadir ketika menatap wajah Idlan, buat dia makin keliru.

Idlan perasan dengan perubahan drastik di wajah Ika. Dia juga berperasaan sama. Namun, tak membiarkan perasaannya hanyut dan terus melakukan urutan di lutut kiri ibunya. Bukan dia tak suka perasaan itu muncul. Tapi, dia tak boleh terlalu leka dengan mainan hati lelakinya. Sedar dia masih suami orang. Walaupun gagal menutup kebenaran sebenarnya sang hati telah terpikat, bimbang juga kalau dia bertepuk sebelah tangan.

Ika buat perkara serupa. Meniru aksi Idlan dengan mengurut lutut kanan Che Jah. Che Jah pejam mata dan terlena.

Ika tak sengaja sentuh tangan abang. Maaflah...

Lain kali Ika kena hati-hati. Abang ni suami orang, perlahan suara Idlan membalas. Sengaja menyentuh soal itu untuk ingatkan diri sendiri. Bukan ditujukan terus pada Ika.

Ika termalu sendiri dengan kata-kata Idlan. Dia tunduk memandang lutut Che Jah. Idlan tunjuk muka bersalah. Memang tak patut dia jawab begitu apabila Ika meminta maaf. Kasihan Ika.

Abang minta maaf. Tak ada niat nak buat Ika rasa malu, Idlan bertingkah serba salah dan mengharap Ika tak berkecil hati.

Walaupun Idlan terlepas cakap, Ika terpaksa menelan perasaan malu. Ungkapan maaf Idlan susah nak diterima. Ika berjauh hati. Tak fasal-fasal sebak berhimpuan di dada. Dia kembali ke alam nyata, Idlan sudah ada isteri, dah kahwin. Memang dia silap besar apabila mula sukakan lelaki itu. Dia tahu, dia sudah jatuh cinta. Dia mengaku, dia jatuh hati pada Idlan.

Tanpa sepatah kata, Ika cuba bangkit mahu segera pulang. Buat apa berlama-lama lagi di rumah Idlan kalau kini dia sedar, dia tak boleh terlalu rapat berkawan dengan lelaki itu. Namun, Ika terduduk semula apabila Idlan bertindak di luar batas dengan memegang kemas pergelangan tangannya.

Ika tersentak. Mujur kulitnya berlapik dengan lengan baju kurung.

Ika marah abang Soal Idlan. Mukanya terdesak. Tahu dia tersilap cakap hingga buat Ika berkecil hati. Ika nak balik. Tolong lepaskan tangan abang.

Idlan tidak menurut permintaan Ika, tapi sebaliknya pegangan masih kemas.

Ika berdebar. Saat mata bertembung dengan renungan Idlan, jantungnya kian hebat bergendanggendang. Cuba ditarik tangannya supaya terlepas dari cengkaman Idlan. Namun, makin dia tarik, makin kemas pegangan Idlan.

Lepaskan tangan abang. Ika nak balik.

Katakan dulu Ika maafkan abang. Katakan sekarang. Idlan mendesak. Dia perlukan kemaafan dalam kadar segera.

Ya... ya... Ika maafkan. Takut-takut Ika membalas. Debar jantung akhirnya perlahan dan kembali stabil.

Ikhlas Idlan senyum menampak sebaris gigi. Dalam pada bimbang kalau Ika tak maafkan, seronok pula dia mengusik.

Ya... ik... ikhlas. Ika gugup. Tergagap dia menjawab. Debaran hebat dalam dada buatkan jantung bagaikan mahu melompat keluar.

Serta-merta tangan Ika terlepas. Dia menggosok pergelangan tangan yang terasa kebas. Jahat betul Idlan. Kalau ye pun nak minta maaf, takkan sampai begitu sekali dia diperlakukan.

Idlan garu sisi telinga. Kenapa begitu mudah dia menyentuh Ika Apa tujuan sebenar dia buat macam tu Nasib baik tak bersentuh kulit. Kalau tak, dah tentu pipinya makan penampar sulung.

Ika bangkit. Ketika itu Che Jah tersedar. Tubuhnya bergerak-gerak sebelum mata dicelik perlahan.

Ika dah nak balik Soal Che Jah sambil mendongak.

Ika memberi senyum serba salah. Perasaan berdebar belum hilang. Namun dia cuba juga untuk menjawab pertanyaan Che Jah. Bimbang pula kalaukalau dia tak menjawab Che Jah akan tertanya-tanya kenapa dia seperti tergesa-gesa mahu pulang.

Ya, makcik. Ika nak balik. Dah lama sangat Ika kat sini, Kelam kabut dia melangkah tanpa sempat bersalaman dengan Che Jah.

Ika, nanti dulu. Kenapa gopoh sangat Biar Abang Idlan hantarkan. Nanti cepat sampai. Che Jah buat usul.

Kaki Ika terpasak. Sekali lagi Che Jah menyuruh Idlan jadi driver dia Oh, tolonglah. Dia tidak lagi mahu berada dekat dengan Idlan. Cukup-cukuplah. Dia tak mahu diletak dalam keadaan serba salah. Kalau dia masih rapat dengan lelaki itu, bimbang pula perasaannya terbawa-bawa dan terus hanyut menyintai lelaki yang salah.

Biar dia balik sendiri. Rumahnya bukan jauh. Dia datang jalan kaki, balik pun kenalah jalan kaki, Idlan mencelah.

Suka betul dia menyakat Ika. Padahal kalau diberi peluang menghantar Ika, dia lebih dari sanggup. Satu sebab, tak boleh biarkan Ika balik dalam keadaan marah. Satu alasan lagi, dia tidak boleh menipu diri sendiri. Dia... sukakan gadis itu. Dia... mula menyintai anak gadis Mak Wan. Biarpun dikatakan muka tak malu kerana pernah mengabaikan Ika satu ketika dulu, tak salah kalau sekarang ini dia cuba menebus kesilapan itu.

Ika berpusing. Mata dikecilkan. Dia tak faham dengan sikap Idlan yang sentiasa berubah. Sekejap cakap baik-baik. Sekejap pula menyakitkan hati tak habis-habis.

Ika boleh balik sendiri. Jalan kaki pun jalan kakilah, bidas Ika. Nadanya berkecil hati.

Lan, hantar Ika, Che Jah keluarkan arahan tegas.

Okey mak.

Idlan tak melepaskan peluang cerah depan mata. Ini masanya untuk dia berterus-terang soal hati dan perasaan terhadap gadis itu. Dia tak mahu peluang keemasan ini disia-siakan. Hati Ika mesti ditambat secepat mungkin. Kalau Ika menolak, dia perlulah berusaha lebih gigih.

Ika mendengus perlahan namun melangkah semula ke arah Che Jah. Dia tunduk dan menyalami tangan Che Jah.

Terima kasih Ika sudi urut lutut makcik. Ika urut sebelah kanan, sedap aje makcik rasa, tapi lutut kiri macam nak tercabut dikerjakan Abang Idlan kamu tu. Kasar betul dia mengurut. Dah tak sayang mak dia agaknya, rungut Che Jah dengan nada bergurau.

Ika tersenyum sambil menjeling Idlan dengan hujung mata. Dalam hati dia ketawa besar apabila Che Jah berkata begitu.

Biasalah tu, makcik. Tangan perempuan kan, lebih lembut dan halus. Berbeza dengan tangan lelaki. Kasar. Kalau dalam soal urut-mengurut, serah aje pada orang perempuan. Orang lelaki bukan pandai sangat. Tahu cakap aje lebih, Ika ambil peluang menyindir Idlan.

Idlan tak terkata dengan sindiran pedas Ika. Malas dia nak membalas kata-kata Ika depan ibunya. Nanti, tak fasal-fasal dia dimarahi. Ibunya selalu menangkan Ika. Dia pula sering dianggap sebagai pesalah besar.